11 Tips Memasak Pasta Yang Sempurna Setiap Kali

Pasta sering menjadi pilihan masakan apabila anda ketandusan idea di dapur. Kerana resepi pasta selalunya mudah dan masa yang diambil untuk masak pasta cepat, menyebabkan populariti makanan ini makin meningkat.

Anda mungkin sudah selalu masak pasta, tapi tahukah anda apa cara masak pasta yang betul? Kami telah menyediakan panduan ringkas yang anda boleh ikut untuk mendapat tekstur pasta sempurna setiap kali. Berikut adalah 11 tips memasak pasta yang sempurna.


1. Guna Periuk Yang Besar

Lebih besar, lebih bagus. Pasta memerlukan ruang bergerak yang banyak kerena ia mengembang apabila dimasak. Kalau tidak diberi ruang yang secukupnya ia akan melekat dan menjadi lembik. Guna minimum 3 litre air untuk setiap 250 gram Pasta.


2. Elak Campur Pasta Berlainan Jenis

Cuba elakkan dari campur dua jenis pasta yang berlainan, kecuali kalau sais dan bentuk pasta itu sama. Pasta berlainan jenis dan sais mempunyai masa memasak yang berlainan. Ini boleh menyebabkan sebahagian dari pasta anda terlebih atau kurang masak.


3. Jangan Campur Minyak

Mitos yang terbesar semasa masak pasta adalah letak satu – atau dua sudu minyak masak kedalam air.

Ini tidak benar, kerana minyak akan terapung apabila dicampur dengan air, dan masa anda tos air pasta, air akan jatuh dulu meninggalkan selaput minyak diatas pasta anda. Ini akan meyebabkan sos tidak melekat pada pasta apabila dicampur. Pernah tertanya kenapa rasa sos tak sebati dengan pasta anda? Ini mungkin jawapanya.


4. Pastikan Air Mendidih

Jangan letak pasta kedalam periuk sebelum air betul – betul mendidih untuk mengelakkan pasta menjadi lembik. Masa yang anda pilih untuk memasukkan pasta kedalam air sungguh penting kerana ia akan menentukan tekstur pasta itu. Ia juga membuat kerje mengangar masa masak pasta ini lebih senang.


5. Tambah Garam

Untuk menambah rasa, tambah garam ke dalam air yang mendidih tadi. Semasa pasta sedang dimasak ia akan menyerap rasa garam. Ini akan menambah rasa enak keseluruhan hidangan pasta anda. Pastikan anda hanya letak garam secukup rasa.


6. Pelahankan Api

Apabila air sudah mendidih, kurang api sedikit supaya air tidak menggelegak dengan kuat. Ini boleh buat pasta yang berjenis lembut berkecai.


7. Jangan Tutup Periuk

Apabila anda telah meletakkan pasta kedalam periuk, pastikan anda tidak menutup periuk itu kerana air boleh melimpah. Jika anda takut air akan melimpah tanpa penutup, Letakkan senduk kayu di atas periuk tadi untuk mengelakkan air melimpah.


8. Kacau Selalu

Semasa memasak, kita akan sibuk dengan persiapan hidangan yang lain, kadang – kadang terlupa untuk kacau pasta yang sedang mendidih. Pasta dijamin melekat jika tidak dikacau, jadi jangan lupa kacau pasta anda selalu.


9. Masa Memasak

Jika anda ragu – ragu tentang tempoh masa memasak yang terbaik untuk jenis pasta yang anda gunakan, ikut saja masa yang dicadangkan diatas paket.

Jika anda memasukkan pasta semasa air betul – betul mendidih, masa yang ditetapkan di atas paket cukup untuk mendapat tekstur pasta yang betul.

Pasta paling sedap apabila di masak ke tahap al dente, perkataan bahasa itali ini bermaksud pasta yang telah masak dan keras sedikit apabila digigit tetapi tidak liat. Satu ke dua minit sebelum pasta itu masak, rasa pasta setiap 20 saat supaya anda dapat tentukan tekstur yang diinginkan.


10. Jangan Bilas Dengan Air

Ramai yang akan membilas pasta dengan air panas selepas pasta itu di tos. Apabila anda bilas pasta ini anda akan membasuh kanji yang berada di permukaan pasta.

Kanji ini bukan saja menambah rasa kepada pasta tersebut, malah bertindak sebagai agen pengikat diantara pasta dan sos.


11. Jangan Biarkan Pasta Sejuk

Jangan tunggu pasta sejuk sebelum anda campur dengan sos. Pasta menyejuk dengan cepat dan tanpa sos ia pasti akan kering dan melekat.


Harap Tips ini akan membantu anda dalam misi mendapat pasta sempurna. Jika anda nak tambah tips kepada senarai ini sila tinggalkan komen anda dibawah.

Kalau anda nak kongsi petua atau resepi di website ini email saja dan kami akan post di laman web kami. Terima kasih.



Related Posts