Campus Food Festival 2016 | UITM Shah Alam

Kepada pencinta makanan yang mencari festival makanan menarik pada bulan Mei ini jangan lupa singgah ke Campus Food Festival 2016.

Festival makanan anjuran Pixel Food ini akan berlansung di Dataran Gazebo Kolej Delima, UITM Shah Alam pada 4 ke 6 Mei ini.

Campus Food Festival UITM Shah Alam - Image 2

Penganjur mengajak sesiapa yang berminat mencuba sajian alternatif terbaru di pasaran untuk menghadiri festival makanan terbesar yang pernah diadakan di UITM Shah Alam ini.

Sebanyak 40 vendor terdiri dari vendor Street Food, Food Truck dan Street Fashion hadir memeriahkan festival ini dan menjanjikan anda tidak akan kempunan pilihan.

Campus Food Festival 2016 UITM Shah Alam - Image 3

Selain daripada makanan alaf baru yang lazat, banyak aktiviti yang telah diaturkan oleh pihak penganjur untuk memastikan anda sentiasa terhibur semasa di sana. Antara aktiviti yang akan berlansung pada hari festival adalah:

  • Booth Selebriti
  • Persembahan Pelajar UITM
  • Busking
  • Pertandingan Melukis
  • Cabutan Bertuah
  • Game Show
  • Zumba
  • Food vs Man

Sebagai bonus kepada yang datang, Campus Food Festival ini akan diadakan bersama dengan Malam Citra Warna UITM 2016. Anda juga akan berpeluang untuk melihat persembahan seperti Aerodance, Tarian Tradisional Kolej dan Pertandingan Lagu Irama Malaysia.

Peluang untuk Vendor

Kepada Usahawan dan vendor makanan yang mencari peluang untuk menyertai festival makanan ini, slot berniaga masih lagi dibuka. Slot tapak di bahagikan kepada 3 kategori iaitu:

  • Barang Basah
  • Barang Kering
  • Food Truck

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut tentang syarat–syarat penyertaan sila hubungi penganjur di nombor berikut:

  • Hotline: 011 160 71557 | 017 660 7459
  • Khairil : 013 6607875
  • Azhar : 012 4212030

Informasi Festival

Lokasi : Dataran Gazebo Kolej Delima, UiTM Shah Alam

Tarikh : 4 – 6 Mei (Rabu – Jumaat)

Masa : 10am – 9pm

Instagram : @pixel_food

Peta : Google Maps



Related Posts