Eco Free Market Shah Alam 2016 | Seksyen 13

Free Market Shah Alam kali ini bertema Eco Friendly sempena Hari Bumi 2016. Eco Free Market Shah Alam 2016 akan berlansung di Taman Sukan Lasak Shah Alam, Seksyen 13, pada 23 April ini.

Kepada mereka yang tidak pernah ke Free Market sebelum ini, Free Market adalah bazar yang berkonsep amal.

Di sini anda boleh menyumbang barang berlebihan yang tidak terpakai kepada orang yang lebih memerlukan barang tersebut. Anda boleh menyumbang barang seperti:

  • Pakaian
  • Permainan
  • Buku
  • Alatan Sukan
  • Barang Rumah

Eco Free Market Shah Alam 2016 - Image 2

Tanpa disedari, 23,000 tan sampah dihasilkan di negara kita setiap hari. Sebagai langkah untuk mengelakan pencemaran alam sekitar dan pembaziran yang tidak perlu, barang yang sebelum ini anda buang sekarang boleh diberikan kepada yang akan menggunakan semula barang tersebut.

Sama ada anda datang untuk memberi ataupun untuk mengambil, semua dijemput datang untuk memeriahkan Eco Free Market Shah Alam ini. Sudah pasti ia menjadi pengalaman yang tidak mudah dilupakan.

Eco Free Market Shah Alam 2016 - Image 3

Untuk memudahkan anda membuat keputusan atas barang apa yang anda patut sumbangkan, penganjur telah menyediakan Infografik yang boleh menolong anda membuat keputusan.

Eco Free Market Shah Alam 2016 - Image 3

Syarat-syarat Penyertaan

Untuk memastikan acara ini berjalan dengan lancar, penganjur telah meletakkan beberapa syarat untuk penyumbang dan pelanggan. Berikut adalah syarat-syarat yang ditetapkan:

Eco Free Market Shah Alam 2016 - Image 4

Aktiviti Di Eco Free Market Shah Alam

Selain daripada beramal anda juga boleh berhibur dengan beberapa aktiviti yang telah disediakan pada hari Free Market tersebut. Antara aktiviti yang akan diadakan pada hari tersebut adalah:

  • Wall Climbing
  • Flying Fox

Kepada yang tak pernah cuba aktiviti Flying Fox, ini lah peluang keemasan anda. Jangan lupa lapangkan kalendar anda pada 23 April ini.

Jom kita saling tolong-menolong sambil mengurangkan Carbon Footprint kita di Eco Free Market Shah Alam 2016. Masuk adalah percuma.

Informasi Bazar

Lokasi: Taman Sukan Lasak, Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, Shah Alam

Tarikh: 23 April (Sabtu)

Masa: 9am – 11am

Facebook Page

Peta: Google Maps



Related Posts