Gunung Raya & Gunung Mat Cincang | Langkawi

Pernahkah anda bertanya apa sejarah disebalik Gunung-gunung ikonik di Pulau Langkawi dan dari mana Gunung Raya & Gunung Mat Cincang mendapat namanya.

Sejarah Disebalik Gunung di Langkawi

Untuk Menyingkap rahsia disebalik nama gunung ini ini kita perlu lihat cerita yang terkandung di dalam mitos yang melibatkan pertempuran antara dua gergasi.

Mengikut lagenda, wujudnya tiga gergasi di pulau langkawi yang bergelar, Mat Raya, Mat Cincang dan Mat Sawar.

Anak perempuan Mat Raya bercinta dengan Anak lelaki Mat Cincang dan di utuskan oleh kedua pihak ibu bapa yang mereka akan dikahwinkan.

Pada hari perkahwinan anak mereka berlaku pergaduhan di antara Mat Raya dan Mat Cincang disebabkan oleh Mat Raya terampak anak Mat Cincang melihat perempuan lain semasa perkahwinan itu sedang di lansungkan.

Dalam pergaduhan ini kedua-dua gergasi tersebut membaling periuk dan belanga ke satu sama lain. Tiga tempat yang terkenal di Pulau Langkawi mendapat nama daripada kejadian yang berlaku semasa gergasi ini bertempur.

Lagenda mengatakan bahawa

  1. Tanah dimana periuk itu jatuh dan pecah diberi nama Kampung Belanga Pecah
  2. Tanah yang kuah jatuh dianamakan Pekan Kuah.
  3. Tempat jatuhnya air panas dinamakan Air Hangat.
  4. Tempat dimana cincin perkahwinan itu jatuh pula dinamakan Tanjung Cincin.

Sambungan kepada mitos ini, Gergasi ketiga, Mat Sawar, datang untuk meleraikan pergaduhan itu dan cuba mendamaikan keadaan.

Apabila mereka sedar kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka, mereka diisi dengan perasaan kesal dan sebagai langah untuk menebus kesalahan mereka, mereka setuju untuk bertukar menjadi gunung.

Gunung Berkenaan

  1. Mat Raya bertukar menjadi Gunung Raya
  2. Mat Cincang bertukar menjadi Gunung Mat Cincang
  3. Mat Sawar pula menjadi Bukit Sawar

Mat Sawar bertukar menjadi bukit yang kecil yang terletak diantara Gunung Raya dan Gunung Mat Chincang untuk menjaga mereka pada tahun-tahun yang akan datang.

Kesemua tempat yang tersenarai di atas merupakan destinasi pelancongan yang wujud di Langkawi dan antara tempat menarik di Pulau Langkawi sampai ke hari ini.

Gunung Raya

Gunung Raya

Gunung Raya merupakan gunung tertinggi di Langkawi dengan ketinggian 881 meter dari aras laut. Gunung ini dilindungi dengan hutan hujan yang tebal dan penuh dengan flora & fauna yang menakjubkan.

Hutan simpan ini merangkumi kawasan seluas 5000 hektar. Jika anda hendak ke puncak Gunung raya, terdapat dua cara yang anda boleh gunakan untuk sampai ke puncak iaitu dengan memandu atau berjalan (trekking).

Kalau anda tidak perpuluang untuk menyewa kereta anda sendiri, banyak kereta sewa dan teksi yang sedia menawarkan perkhidmatan mereka untuk membawa anda ke puncak. Harga teksi biasanya RM60 untuk perjalanan satu hala dari Pantai Cenang atau Pekan Kuah.

Jika anda pilih utuk memandu ke puncak Gunung Raya, caj sebanyak 50 sen bagi setiap kereta dikenakan di tol sementara yang terletak di kaki gunung.

Bermula dari persimpangan Jalan Ulu Melaka, jalan naik ke Gunung raya ini sempit dan berliku, dinasihatkan supaya anda memandu dengan perlahan dan selamat walaupun jalan ini tidak mempunyai kecerunan yang curam. Dinasihati berhati-hati di selekoh dan sentiasa lihat pada kereta yang datang dari arah bertentangan.

Perjalan untuk sampai ke punjak mengambil masa kira-kira 25 ke 30 minit jikalau memandu. Ia juga dinasihatkan supaya anda ke puncak pada awal pagi, kerana pada masa itu banyak binatan liar yang menghuni hutan di kawasan gunung ini aktif dan kalau anda bernasib baik anda akan dapat melihat mereka dalam perjalanan anda ke puncak.

Jika anda mencari pengalaman yang lebih mencabar untuk ke puncak, anda boleh mendaki gunung tersebut. Terdapat banyak “Tour Guide” yang menawarkan pakej trekking gunung yang berbaloi jika anda berminat untuk meneroka hutan di gunung ini.

Mendaki Gunung Raya boleh dikatakan senang kalau dibandingkan dengan gunung lain di Negara ini, kerana gunung ini tidak securam gunung yang lain.

Dalam perjalanan Anda ke puncak, anda boleh melihat hidupan liar, kerana Gunung Raya adalah habitat semulajadi banyak spesis haiwan liar. Antara yang paling ikonik ialah Helang Laut Perut Putih yang selalu kelihatan berterbangan tinggi mengelilingi puncak gunung itu.

Burung Enggang juga menjadikan kawasan hutan Gunung Raya sebagai rumahnya. Burung Enggang merupakan burung yang terbesar di Pulau Langkawi dan boleh membesar sehingga 1.3 meter dari paruh hingga ke ekor.

Senarai haiwan di Gunung Raya:

  • Lotong
  • Monyet Macaque
  • Helang
  • Burung Enggang
  • Kelawar Flying Fox
  • Tupai Terbang

Apabila anda sampai ke puncak gunung anda akan dapat melihat panorama yang luas Pulau Langkawi dan Laut Andaman. Untuk mendapatkan pemandangan 360 ° Pulau Langkawi dan pulau-pulau sekitarnya, anda boleh ke naik menara tinjau yang berdekataan situ.

Dengan bayaran RM10 ringgit sahaja anda boleh naik ke atas menara 8 tingkat ini. Ada sebuah lif yang akan membawa anda tingkat atas yang berada 900 meter diatas aras laut.

Menara Tinjau

Apabila anda puas menikmati pemandangan, singgah sebentar di D’Cocomut Resort yang juga terletak di puncak gunung itu. Di sini anda boleh rehat seketika di tempat yang lapang dan menikmati secawan teh sambil menikmati suasana yang nyaman.

Kalau anda masih berada di puncak pada wantu senja, pemandangan matahari terbenam dari puncak ini benar-benar menakjubkan. Di puncak ini juga terdapat spa, muzium kecil dan Menara kawalan satelit MEASAT.

Sebagai nasihat kepada para pengunjng yang berniat untuk mendapat gambar pemandangan yang terbaik, di nasihati supaya anda elak dari datang pada masa cuaca mendung kerana awan akan melindung panorama dan anda tidak akan dapat melihat pemandangan sepenuhnya.

Gunung Mat Cincang

Gunung Mat Cincang

Antara gunung yang juga menjadi tarikan di Pulau Langkawi ini adalah Gunung Mat Cincang. Gunung Mat Cincang adalah puncak kedua tertinggi di Langkawi dengan ketinggian 709 meter dari aras laut.

Terbentuk 500 juta tahun yang lalu, Gunung Mat Cincang merupakan gunung tertua di seluruh Asia Tenggara dan telah mendapat status “ UNESCO World Heritage Site” kerana keindahan alam semulajadi yang terdapat di gunung ini sukar untuk ditemui dimana-mana tempat lain di muka bumi ini.

Untuk ke puncak Gunung ini anda boleh menaiki kereta kable yang akan membawa anda ke ketinggi 700m dan menjangkau jarak sejauh 2 km. Dalam perjalan anda ketas anda akan dapat melihat pemandangan pulau ini dari keselesaan kereta kable anda. Perjalan kable car ini akan mebawa anda melalui 3 stesyen.

  1. Stesyen pertama berada di dasar gunung dan boleh dijumpai di oriental village.
  2. Stesyen ke dua dan ketiga berada di atas Gunung Mat Cincang

Pengalaman semasa melalui ketiga-tiga stesyen ini memberi anda peluang untuk explorasi gunung ini secara berperingkat. Setiap satu stesyen mempunyai keistimewaanya yang tersendiri dan  anda  akan mendapat pemandangan unik yang berbeza di setiap station.

Apabila anda samapai ke puncak anda boleh melintasi Sky Bridge. Tempat ini sesuai untuk bergambar kerana anda akan dapat melihat panorama yang menakjubkan.

Kepada yang minat mendaki Gunung Mat Cincang ini, tempat permulaan jalan naik ke puncak berada di Telaga Tujuh. Dari situ anda boleh menaiki tangga sepanjang 1km dan mempunyai 638 anak tangga sampai anda menemui Air Terjun telaga tujuh.

Air terjun ini adalah antara tarikan utama di Gunung ini. Di sini anda boleh berhenti seketika untuk rehat dan mandi di kawasan air terjun itu.

Sudah selesai berehat disitu, anda akan melintasi air terjun itu dan terus sampai ke trek tanah. Trek ini akan membawa anda melalui beberapa checkpoint sebelum anda sampai ke puncak.

Dari sini perjalanan mencabar sedikit dan dinasihati anda pergi bersama orang yang  berpengalaman mendaki Gunung Mat Cincang ini. Rasa penat mendaki gunung ini akan hilang apabila melihat panorama indah dipuncak nanti.

Sebagai kata penutup, janganlah lepaskan peluang ke Gunung tersebut apabila anda berada di Langkawi nanti.



Related Posts