15 Hotel Berdekatan KLCC | Penginapan Menarik Di Pusat Bandar

Apa yang menariknya menginap di hotel berdekatan dengan KLCC ni ya? Yang pasti salah satu sebabnya adalah kerana pemandangannya yang sangat mengujakan. Selain itu, sebagai bangunan yang menjadi ikon negara Malaysia, banyak destinasi menarik yang terdapat di KLCC seperti Aquaria, tempat membeli-belah Suria KLCC, Petrosains dan bermacam lagi yang membuatkan ia lokasi yang wajib dilawati oleh sesiapa sahaja yang datang ke Kuala Lumpur ataupun ke Malaysia buat pertama kali. Sehinggakan kalau tak melawat KLCC semasa di KL ibarat tidak ke Eiffel Tower kalau melancong ke Paris.

Penginapan berdekatan dengan KLCC juga merupakan satu pilihan yang tepat kerana banyak sekali kemudahan pengangkutan yang disediakan untuk memudahkan anda menerokai bandar ini. Bagi anda yang tak kisah tentang bajet, tak perlu berfikir dua kali di mana nak menginap kalau di Kuala Lumpur, cari sahaja hotel-hotel yang terletak dekat dengan KLCC.

Walau bagaimanapun, penginapan tidak boleh dipilih secara semberono, kalau penginapan tak best, rosak mood percutian anda. Untuk mengelakkan situasi ini daripada berlaku, kami ingin membantu anda membuat pilihan terbaik dengan menyenaraikan 15 hotel berdekatan KLCC yang menarik untuk pengalaman menginap yang istimewa.

15. Hotel Maya

Hotel-Maya-Main-Image

Untuk penginapan yang benar-benar terasa sangat classy dengan pemandangan menarik kota metropolitan, hotel ini memang the best! Lokasinya juga hanyalah 5 minit perjalanan kaki untuk ke KLCC dan pusat membeli-belah Pavilion.

Setiap bilik di hotel ini dihias dengan moden, lengkap dengan katil yang sangat selesa untuk anda tidur lena dan tingkap yang besar untuk menikmati pemandangan bandaraya yang cukup indah.

Hotel-Maya-Room-Image

Kemudahan lain yang disediakan untuk keselesaan sepanjang penginapan anda di sini adalah seperti bar mini, TV, peti deposit keselamatan, bilik mandi yang lengkap dengan tab mandi dan banyak lagi.

Hotel ini turut menawarkan fasiliti yang lengkap untuk anda beraktiviti sewaktu menginap seperti kolam renang dan spa yang menawarkan perkhidmatan urutan yang cukup memuaskan.

Harga: Dari RM305+ Semalaman

Alamat: 138 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

14. Dorset Kuala Lumpur

Terletak berdekatan dengan Timesquare dan banyak lagi lokasi tarikan yang lain seperti Pavilion dan KLCC. Anda boleh berjalan kaki sahaja dari hotel untuk ke pusat-pusat membeli-belah di sini.

Setiap bilik di hotel yang dihias dengan simple namun dalam masa yang sama elegan ini agak luas, bersih dan lengkap dengan penyejuk udara, TV bersaluran satelit yang menawarkan banyak siaran menarik, kemudahan membuat air teh serta kopi dan juga peti keselamatan untuk anda menyimpan barangan berharga dengan selamat semasa anda makan angin di sekitar bandar ini.

Dorsett-Hotel-KLCC-Room-Image

Kemudahan lain yang disediakan hotel ini adalah akses internet percuma, kolam renang yang cantik dan juga pusat kecergasan yang menawarkan pemandangan sekitar kawasan kolam renang. Anda pasti berpuas hati dengan tahap kualiti yang tinggi untuk setiap kemudahan yang disediakan. Wang ringgit yang anda keluarkan terasa sangat berbaloi dengan kemantapan kemudahan, kebersihan dan layanan yang diberikan hotel ini.

Harga: Dari RM315+ Semalaman

Alamat: 172 Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

13. Traders Hotel

Traders-Hotel-Main-Image

Bangunan 34 tingkat yang mempunyai rekabentuk sofistikated ini menyediakan ruang pejalan kaki tertutup untuk ke KLCC dan LRT. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan shuttle yang disediakan pihak hotel untuk ke KLCC, yang mana saja yang anda suka, semuanya tersedia untuk kemudahan anda. Kalau anda ingin bersantai bersama keluarga, anda boleh meluangkan masa di laluan joging yang disediakan di Taman KLCC ataupun di spa hotel ini yang menyediakan mandian berwap dan kolam air panas, dah manjakan badan baru syok nak bersiar-siar sekitar KL.

Traders-Hotel-Room-Image

Hotel ini memiliki 571 buah bilik kesemuanya yang didekorasi moden dengan menggabungkan warna-warna yang tenang membantu anda untuk tidur lena di tengah bandar yang sibuk ini. Bilik-bilik di hotel ini luas dan bertingkap besar dari lantai ke siling untuk membolehkan anda menikmati pemandangan bangunan-bangunan yang gah di sekitar KL. Lengkap dengan semua kemudahan yang penting sewaktu penginapan.

Anda juga boleh bersantai di kolam renang hotel ini sambil menikmati pemandangan yang mengujakan. Turut menawarkan gym yang dibuka 24 jam, jadi bila-bila anda terasa terlalu membulat selepas makan macam-macam di KL ni, anda boleh terus ke gym ini.

Harga: Dari RM657+ Semalaman

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

12. The Zon Suites Hotel

The-Zon-Suites-KLCC-Hotel-Main-Image

Berlokasi strategik, hanya dalam 5 minit berjalan kaki dari hotel ini anda akan sampai ke Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC dan Taman KLCC yang mempunyai lanskap yang sangat menarik. Kalau anda terasa malas untuk beraktiviti di luar, hotel ini menyediakan pusat kecergasan, kolam renang, spa dan sauna sebagai kemudahan. Agak lengkap bukan?

The Zon Hotel Room Image

Mungkin anda tak menyangka yang dengan harga yang lebih murah dari hotel lain di kawasan yang sama ini sebenarnya menawarkan lebih daripada yang disangka. Setiap bilik suite di hotel ini sudahlah luas, lengkap pula dengan ruang dapur dan ruang tamu. Apa yang penting, kebersihan hotel ini juga agak memuaskan. Sangat sesuai untuk penginapan bersama keluarga.

Harga: Dari RM180+ Semalaman

Alamat: 161D, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

11. Intercontinental Kuala Lumpur

Intercontinental Kuala Lumpur

Hotel yang memiliki rekaan dalaman ekslusif ini menawarkan penginapan yang sempurna untuk anda yang bercuti bersama keluarga dan inginkan hotel berhampiran KLCC. Untuk ke Menara Berkembar Petronas hanya mengambil masa 10 minit berjalan kaki sahaja dari hotel. Kalau anda tidak mahu berpanas, pihak hotel turut menyediakan shuttle percuma untuk perjalanan pergi dan balik daripada Suria KLCC dan Bintang Walk.

Intercontinental Kuala Lumpur- Room Image

Semua bilik di hotel ini dihias moden dan memiliki keluasan yang sesuai untuk penginapan bersama keluarga. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang memberikan keselesaan kepada anda sewaktu menginap iaitu katil dan bantal yang empuk, TV bersaluran kabel dengan siaran yang banyak, kemudahan membuat air teh dan kopi, peti keselamatan peribadi dan juga bar mini. Akses internet yang disediakan hotel juga agak mantap.

Intercontinental - Pool Side Image

Bukan sahaja menawarkan penginapan yang selesa, malahan anda berpeluang menggunakan perkhidmatan spa yang serba lengkap dan kolam renang yang menarik. Anda juga boleh bersantai di Concierge Lounge yang mana sambil-sambil bersantai anda boleh menggunakan iPad yang disediakan untuk para penginap.

Harga: Dari RM600+ Semalaman

Alamat: 165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

10. Ascott Kuala Lumpur

Ascott KLCC - Main Image

Ascott Kuala Lumpur menawarkan penginapan apartmen mewah yang memiliki kelasnya yang tersendiri, sesuai dengan lokasinya yang terletak di pusat bandar. Jarak apartmen ini dari KLCC hanyalah memakan masa 10 minit perjalanan kaki, bolehlah anda dan keluarga menikmati pemandangan sekitar bandar sambil menuju ke bangunan ikonik ini.

Bukan sahaja berlokasi strategik, sebagai sebuah apartmen yang mewah, sudah pasti ia dilengkapi dengan macam-macam kemudahan menarik seperti spa, gimnasium, gelanggang tenis dan kolam renang yang memiliki pemandangan yang sangat menakjubkan sekitar Kuala Lumpur.

Ascott Kuala Lumpur- Room Image

Setiap penginapan di Ascott yang dihias dengan elegan menawarkan  sistem hiburan rumah, peti deposit keselamatan, dapur yang lengkap dengan peralatan untuk memasak, mesin pencuci pinggan mangkuk, mikrowave dan lain-lain lagi. Membuatkan anda terasa seperti berada di rumah sendiri, selesa dan lengkap untuk anda yang datang bersama keluarga.

Harga: Dari RM385+ Semalaman

Alamat: No 9 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

9. Impiana KLCC

Impiana KLCC- Main Image

Hotel yang bernama Impiana KLCC ini benar-benar memberikan penginapan ‘impian’ anda sewaktu bercuti di KL. Bukan sahaja berlokasi strategik dengan hanya 5 minit berjalan kaki untuk ke pusat membeli-belah terkemuka, Pavilion, malahan turut bersambung dengan KLCC melalui sky bridge yang berpenghawa dingin. Pasti keluarga anda seronok dengan privilege yang diterima sebagai penginap hotel mewah ini.

Impiana KLCC - Room Image

Antara fasiliti lain yang perlu anda tahu adalah hotel ini memiliki sebuah spa yang telah memenangi anugerah, jadi kalau anda nakkan layanan terbaik untuk memanjakan diri anda, tak perlu fikir dua kali lagi, di sinilah anda boleh mendapatkannya tanpa perlu ke Bali. Selain itu, gimnasium yang disediakan hotel juga cukup lengkap dengan pelbagai peralatan senaman.

Impiana KLCC - Swimming Pool Image

Bilik-bilik dihotel ini dihias dengan warna-warna neutral untuk keselesaan anda, berlantaikan kayu lengkap dengan katil yang selesa untuk tidur yang lena. Bukan itu sahaja, kemudahan wifinya juga agak pantas, sesuailah dengan lokasi hotel ini kan. Kalau anda sudah puas lepak di dalam bilik dan inginkan aktiviti di luar anda boleh ke kolam renang infiniti yang disediakan, pemandangan dari kolam ini juga sangat memukau.

Harga: Dari RM446+ Semalaman

Alamat: 13 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

8. Corus Hotel

Corus Hotel Kuala Lumpur - Main Image

Hanya 2 minit berjalan kaki ke stesen LRT Putra dan 5 minit untuk ke Menara Berkembar Petronas. Anda juga boleh menaiki shuttle percuma yang disediakan untuk ke Chinatown dan Bukit Bintang, sebuah hotel yang tepat untuk anda yang ingin discover semua destinasi menarik di sekitar Kuala Lumpur.

Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan penyejuk udara yang menyegarkan, peralatan membuat air, dan juga radio untuk menghiburkan diri sambil bersantai melihat pemandangan sekitar KL yang menarik dari bilik. Tandasnya pula lengkap dengan tab mandi, macam inilah penginapan yang betul-betul best kan?

Corus Hotel Kuala Lumpur - Room Image

Untuk kemudahan beraktiviti sewaktu masa lapang, anda boleh menggunakan kemudahan peralatan senaman yang terdapat di gimnasium hotel ataupun bersauna di bilik sauna yang disediakan. Untuk menjamu selera, Dondang Sayang Coffee House di dalam hotel ini menyediakan masakan tempatan dan juga Eropah, kalau waktu tengah hari pula terdapat banyak food truck di tapak parking kosong bersebelahan hotel, dah kenyang baru seronok nak berjalan.

Harga: Dari RM265+ Semalaman

Alamat: Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

7. Le Apple Boutique Kuala Lumpur

Le Apple Boutique KLCC- Main Image

Hotel ini terletak begitu dekat sekali dengan pusat membeli-belah KLCC dan Avenue K, anda hanya perlu berjalan kaki dari hotel. Bab makanan, anda tak perlu risau kerana berdekatan dengan hotel ini terdapat kawasan di mana banyak trak-trak makanan berkumpul menjual bermacam jenis makanan yang menarik dan menyelerakan.

Le Apple Boutique KLCC - Room Image

Setiap penginapan di hotel ini dihias dengan moden dan lengkap dengan kemudahan seperti penyejuk udara, katil yang empuk, peti deposit keselamatan, bar mini dan juga TV untuk hiburan anda sewaktu bersantai di dalam bilik. Bilik airnya pula lengkap dengan semua kemudahan yang diperlukan dan airnya juga deras, syok untuk mandian yang menyegarkan selepas kepenatan menerokai bandaraya ini.

Harga: Dari RM210+ Semalaman

Alamat:  No. 160, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

6. PNB On The Park

PNB Perdana Hotel KLCC - Main Image

Menyediakan shuttle percuma untuk ke pusat membeli-belah 1 Utama dan Mid Valley, lokasinya juga agak hampir dengan KLCC, yang boleh diakses dengan hanya berjalan kaki dari hotel, sangat menarik untuk anda yang kaki shopping. Selain itu, hotel ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan menarik untuk anda beraktiviti bersama keluarga tersayang seperti laluan joging, gimnasium yang berkelangkapan moden, kolam renang, sauna, gelanggang tenis dan juga pusat karaoke. Banyak yang boleh dilakukan sepanjang penginapan di sini kalau anda sudah puas menerokai KL.

PNB Perdana Hotel KLCC- Room Image

PNB On The Park menawarkan penginapan apartmen yang dilengkapi dengan perabot kayu dan menggabungkan warna-warna yang tenang dalam rekaan, wujud suasana klasik, moden dan elegan dalam waktu yang sama. Setiap apartmen juga menawarkan dapur dengan kemudahan yang lengkap, serta ruang santai atau lounge yang bersofa untuk keselesaan anda dan keluarga bersantai. Untuk hiburan, anda boleh menggunakan kemudahan pemain DVD yang disediakan. Bukan itu sahaja, wifi yang disediakan di hotel ini juga di tahap yang memuaskan kerana wifi router diletakkan di setiap bilik. Cukup best bukan?

Harga: Dari RM283+ Semalaman

Alamat: 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

5. Oasia Suites Kuala Lumpur

Oasia Suites KLCC - Main Image

Jarak hotel suites ini dari salah satu bangunan tertinggi di dunia, KLCC hanyalah 900 meter. Untuk ke monorel Bukit Nenas pula hanyalah 10 minit perjalanan kaki dari hotel.

Sekiranya anda ingin ke Bukit Bintang, anda boleh mendapatkan perkhidmatan shuttle percuma yang disediakan hotel.  Apa yang menariknya di Oasia Suites ni ya? Hotel ini menawarkan gimnasium dan juga kolam renang yang terletak di bumbung hotel, bayangkan pemandangan yang dapat anda nikmati sambil beraktiviti di sini, sangat menyejukkan mata.

Oasia Suites KLCC - Room Image

Setiap bilik yang sangat luas dan sempurna untuk penginapan keluarga ini memiliki tingkap yang besar supaya anda dapat melihat pemandangan sekitar bandar sambil berehat. Bilik-bilik ini juga lengkap dengan dapur, ruang makan dan mesin basuh. Sangat sesuai untuk anda yang ingin menginap lama di Kuala Lumpur yang meriah dengan pelbagai tarikan menarik ni.

Harga: Dari RM260+ Semalaman

Alamat: No 10, Lorong P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

4. Grand Hyatt Kuala Lumpur

Grand Hyatt - Main Image

Kalau anda inginkan suasana dan layanan first class sewaktu percutian anda, inilah salah satu hotel yang patut anda pilih sebagai penginapan kalau di Kuala Lumpur. Lokasinya juga strategik yang mana dalam hanya 6 minit berjalan kaki anda akan sampai ke KLCC dan untuk ke Pavilion pula anda boleh menggunakan sky bridge.

Agak lain dari yang lain kerana lobi hotel ini terletak di tingkat atas sekali, dari sini anda dapat melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur yang begitu mengasyikkan. Bilik-biliknya juga berdekorasi mewah dan luas. Anda pasti akan tertarik dengan sentuhan penuh teliti di setiap penjuru bilik di hotel ini.

Grand Hyatt - Room Image

Kalau anda jenis yang aktif bersenam, anda wajib meluangkan masa di gimnasium hotel ini yang dibuka 24 jam yang turut menawarkan jurulatih peribadi, skrin LCD pada peralatan senaman dan akses internet, cukup hi-tech kan? Kalau anda ingin memanjakan diri anda dan keluarga, anda boleh ke Essa Spa yang menyediakan 11 bilik rawatan yang dilengkapi steam, jakuzi, sauna dan juga bilik ice fountain. Untuk menjamu selera, anda boleh ke Restoran Poolside yang menyediakan makanan yang simple dan segar untuk dinikmati sambil melihat pemandangan kolam renang yang menyejukkan mata.

Harga: Dari RM767+ Semalaman

Alamat: 12, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

3. Shangri-La Hotel

Shangri la KLCC - main image

Siapa yang tak kenal hotel mewah ini bukan? Kalau anda menginap di sini, anda tidak perlu berjalan jauh untuk ke bangunan yang gah sekali di Kuala Lumpur, KLCC yang hanya 5 minit berjalan kaki dari hotel. Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan shuttle untuk ke pusat-pusat membeli-belah terkenal sekitar KL. Kalau anda nak menerokai KL dengan lebih meluas lagi, anda hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit untuk ke stesen monorel Bukit Nenas.

Shangri-la KLCC - Room Image

Antara fasiliti yang disediakan hotel ini adalah kolam renang yang sangat cantik dikelilingi pokok-pokok yang hijau, tab mandian air panas, gimnasium dan perkhidmatan urutan.

Shangri-La - Poolside Image

Setiap bilik di hotel ini memiliki atmosfera mewah, sangat selesa dan kebersihannya memang terbaik! Anda juga dapat menikmati pemandangan indah sekitar Kuala Lumpur dari bilik hotel. Apa salahnya kalau sekali-sekala memanjakan ahli keluarga anda dengan penginapan mewah bukan?

Harga: Dari RM540+ Semalaman

Alamat: 11 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

2. Double Tree By Hilton

Double Tree By Hilton - Hotel Image

Hanyalah 5 minit sahaja daripada Stesen LRT Ampang Park, mudah untuk anda melawati banyak lagi tempat menarik yang ditawarkan sekitar KL tanpa perlu menaiki bas atau teksi dari hotel. Bukan itu sahaja, hotel ini turut menawarkan kemudahan gimnasium yang berperalatan senaman yang moden, bilik sauna dan kolam renang.

Double Tree Hilton - Room Images

Bilik-bilik yang berkonsep moden di hotel ini memiliki kemudahan yang diperlukan untuk keselesaan penginapan. Luas dan selesa untuk penginapan bersama keluarga.

Makanan buffet yang disediakan hotel ini sangat memuaskan hati dengan pilihan makanan yang sangat banyak daripada masakan India, Cina, Melayu dan juga barat. Perut kenyang, senang hati, baru boleh buat bermacam aktiviti menarik lagi.

Harga: Dari RM395+ Semalaman

Alamat: 348 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

1. Mandarin Oriental Hotel

Mandarin Oriental - Main Image

Hotel yang terletak bersebelahan sahaja dari pintu masuk Menara Petronas 3 ini sudah pastinya memiliki lokasi yang sangat best. Bila lagi nak tinggal dekat dengan bangunan yang terkenal di seluruh dunia ni kan? Sudahlah lokasinya strategik, kemudahan-kemudahan yang disediakan hotel ini juga tak kurang hebatnya, lengkap dengan pusat kecergasan, gelanggang tenis dan juga spa. Yang uniknya lagi, hotel ini turut menyediakan pusat golf dalaman untuk anda yang berminat untuk bermain tanpa perlu berpanas di padang.

Mandarin Oriental - Room Image

Setiap bilik di hotel ini berpenghawa dingin, lengkap dengan TV berskrin rata 42 inci dan peralatan untuk membuat air teh dan kopi. Tandasnya pula berlantaikan marmar lengkap dengan tab mandi dan pancuran mandian. Anda dapat merasakan kemewahan penginapan ini melalui gabungan warna-warna yang digunakan dan dekorasinya yang elegan.

Harga: Dari RM629+ Semalaman

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

Agak banyak penginapan yang menarik di sekitar KLCC ini. Sukar untuk membuat pilihan bukan? Apa kata kalau anda merancang terlebih dahulu aktiviti yang ingin dilakukan bersama keluarga semasa bercuti kerana hotel-hotel ini masing-masing menawarkan fasiliti yang berbeza.

Kalau penginapan-penginapan yang disenaraikan ini tidak menepati bajet anda, anda boleh meluangkan masa dengan membaca artikel kami 25 Hotel Menarik di Kuala Lumpur ataupun lawati sahaja Booking.com untuk mendapatkan tawaran harga yang terbaik untuk hotel-hotel yang menarik.

Terima kasih kerana meluangkan masa anda sehingga ke penghujung artikel hotel berdekatan KLCC ini, semoga anda dan keluarga dapat menikmati percutian yang penuh dengan keseronokan di Kuala Lumpur nanti!



Related Posts