24 Hotel Menarik Di Johor Bahru Untuk Percutian Bandar Yang Luar Biasa

Walaupun terletak di pinggiran nun hujung di selatan Malaysia, mustahil untuk memandang negeri ini dengan sebelah mata. Bandar yang membangun dengan pesat ini semakin hari semakin bertambah tarikan-tarikannya yang bukan main hebat lagi.

Terletak di pintu masuk untuk ke Singapura, Johor Bahru cukup meriah dengan aktiviti pelancongan, kerana itu jugalah banyak hotel menarik wujud di bandaraya ini. Cukup banyak, tapi anda tahukah yang mana yang terbaik untuk percutian anda?

Disebabkan terlalu banyak hotel yang ada, Mai Singgah ingin membantu anda membuat pilihan yang terbaik dengan menyenaraikan 24 hotel menarik di Johor Bahru beserta dengan penerangan terperinci. Jangan buang masa lagi, musim cuti makin mendekati, teruskan membaca untuk mencari penginapan idaman hati.

24. Amari Johor Bahru

Amari Hotel Johor Bahru - Main Image

Siapa tak suka sesuatu yang segar? Inginkan penginapan dengan kesegaran sebenar, apa kata kalau anda booking penginapan di Amari Johor Bharu. Sebuah hotel yang agak baru, berkonsep moden dan elegan, dengan penggunaan warnanya yang tampak mewah, penginapan anda sekeluarga di sini terasa cukup ekslusif!

Bukan sahaja sempurna pada pandangan mata dari segi rekaan bangunan dan dekorasi dalamannya, hotel ini turut lengkap dengan pelbagai fasiliti lain seperti kolam renang, spa, gym, jakuzi dan banyak lagi.

Amari Hotel Johor Bahru - Room Image

Konsep moden hotel ini juga bukan sahaja pada dekorasinya, malahan pada teknologinya seperti penggunaan sensor pergerakan di dalam bilik, tanpa perlu menggunakan kad untuk menghidupkan barangan elektrik. Gempakkan?

Lokasi hotel ini juga memang terbaik! Nak membeli-belah, di hadapan bangunan hotel ini terletaknya Pusat Membeli-belah Komtar yang mana di tingkat tiganya terdapat Angry Bird Activity Park untuk menceriakan hari anak-anak.

Harga: Dari RM320+ Semalaman

Alamat: 82C, Jalan Trus, Johor Bahru 80000

Selanjutnya Di Booking.com

23. Bliss Boutique Hotel

Bliss Boutique Hotel Johor Bahru - Main Image

Hotel yang unik bukan sahaja dari segi rekaan luaran bangunannya yang ceria dengan warna-warni, rekaan dalaman Bliss Boutique Hotel juga sangat kreatif!

Bliss Boutique Hotel - Room Image

Setiap sudut hotel ini kelihatan begitu unik sekali termasuklah bilik-bilik hotelnya yang dihias dengan berbeza antara satu sama lain. Kalau anda nak rasa tema-tema yang berbeza, jadikan hotel ini pilihan anda setiap kali bercuti ya?

Harga: Dari RM155+ Semalaman

Alamat:  50 Jalan Jaya, Taman Maju Jaya, 80400 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

22. Doubletree by Hilton Johor Bahru

Double Tree Johor Bahru - Main Image

Hotel yang cukup gah, Doubletree by Hilton Johor Bahru, terletak tidak jauh dari Pusat Beli-belah City Square yang hanya 500 meter dari hotel. Selain lokasi yang sempurna, anda dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan hotel ini seperti kolam renang dan gym yang moden.

Double Tree Johor Bahru - Room Image

Hotel yang elegan ini turut memberikan anda layanan yang sempurna yang dapat dirasakan dari awal anda menjejakkan kaki ke hotel sehinggalah ke akhir penginapan. Khidmat pelanggan yang tip-top daripada Hilton!

Harga: Dari RM315+ Semalaman

Alamat: No. 12 Jalan Ngee Heng, 80000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

21. 1 Tebrau Suites

1 Tebrau Suites Johor Bahru - Main Image

1 Tebrau Suites terletak berdekatan dengan pelbagai tarikan menarik dalam bandaraya sibuk Johor Bahru seperti KSL, Angry Birds Activity Park dan banyak lagi.

Kemudahan yang disediakan dalam setiap bilik pula agak lengkap membuatkan anda terasa seperti tinggal di sebuah homestay. Di samping itu, hotel ini juga menyediakan fasiliti mewah seperti kolam renang infiniti dengan pemandangan mengasyikkan sekitar bandar dan juga gym.

1 Tebrau Suites Johor Bahru - Room Image

Sekiranya anda menginap di bilik yang terletak di tingkat yang lebih tinggi, anda dapat menikmati panorama yang jauh lebih indah. Sambil-sambil bersantai di bilik, sebagai hiburan, anda boleh menggunakan kemudahan wifi yang disediakan pihak hotel yang sangat pantas kelajuannya.

Harga: Dari RM154+ Semalaman

Alamat: Lobby, 1 Tebrau, Jalan Tebrau, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

20. Renaissance Johor Bahru Hotel

Renaissance Johor Bahru - Main Image

Lihat sahaja bangunan Renaissance Johor Bahru Hotel, anda dah boleh membayangkan rekaan dalamannya yang juga sangat mengujakan. Penggunaan warna-warna natural di dalam dekorasi dalamannya yang dapat dilihat sebaik anda menjejakkan kaki ke lobi hotel, membuatkan anda terfikir yang ini bukanlah hotel biasa.

Renaissance Johor Bahru - Room Image

Antara kemudahan yang disediakan hotel ini adalah kolam renang dan pusat kecergasan. Lokasinya? Anda jalan kaki sahaja dari hotel, macam-macam terdapat di sekitarnya, pusat membeli-belah? Kedai makan? Semuanya terletak berdekatan dengan hotel.

Penginapan di hotel ini juga cukup sesuai untuk anda yang datang bersama keluarga kerana keluasan biliknya yang sangat memuaskan, selesa dan lengkap dengan pelbagai kelengkapan moden.

Harga: Dari RM340+ Semalaman

Alamat: 2, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, , 81750 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

19. Holiday Villa Johor Bahru City Centre

Holiday Villa Johor Bahru - Main Image

Terletak berhadapan dengan Pusat Membeli-belah KSL yang bukan calang-calang di Johor, Holiday Villa Johor Bahru City Centre adalah pilihan yang tepat bagi anda yang ingin membeli-belah sewaktu di Johor. Sekiranya anda menginap di hotel ini pada hari Isnin, jangan lupa untuk melawat pasar malam yang terletak berdekatan KSL Mall.

Holiday Villa Johor Bahru - Room Image

Dah puas berjalan-jalan di sekitar Johor Bahru, anda boleh bermandi-manda di kolam renang infiniti hotel ini yang turut menawarkan pemandangan yang sempurna. Jakuzi juga disediakan di ruang mandian pancuran kolam ini. Kemudahan lain yang disediakan hotel ini yang mesti anda nikmati sewaktu penginapan adalah sauna dan pusat kecergasan.

Harga: Dari RM270+ Semalaman

Alamat: 260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

18. Somerset Puteri Harbour Iskandar Puteri

Somerset Puteri Harbour Iskandar Puteri

Somerset Puteri Harbour Iskandar Puteri menawarkan penginapan yang begitu sempurna, apa yang anda inginkan untuk penginapan yang selesa? Bilik yang luas? Dapur yang lengkap? Peti ais yang besar? TV dengan pelbagai siaran? Wifi yang power? Kalau macam tu, bookinglah penginapan di Somerset Puteri Harbour Iskandar Puteri.

Somerset Puteri Harbour Iskandar Puteri - Room Image

Anda rasa itu pun dah cukup? Jangan terkejut, hotel ini juga lengkap dengan kolam renang yang berpemandangan indah dan juga sebuah pusat kecergasan untuk anda memulakan hari dengan aktif sepanjang penginapan. Lokasinya pula terletak berdekatan dengan banyak kedai makan.

Harga: Dari RM260+ Semalaman

Alamat: Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Nusajaya, 79000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

17. Potpourri Boutique Hotel

PotPourri Boutique Hotel Johor Bahru

Potpourri Boutique Hotel adalah penginapan yang bukan sahaja murah malahan, terletak di lokasi yang sangat strategik, berdekatan dengan pelbagai jenis restoran termasuklah McDonald’s. Kalau perut lapar, tak perlulah anda bersusah-payah bergerak jauh untuk menjamu selera. Kalau anda pencinta makanan, lokasi hotel ini memang terbaik!

Potpourri Boutique Hotel - Room Image

Selain itu, walaupun berdekatan dengan jalan utama, tidur malam anda di hotel moden ini cukup lena seperti tidur di atas awan kerana tilamnya yang begitu empuk. Bukan senang nak dapat hotel dengan tempat tidur sesempurna ini, lebih-lebih lagi dengan harga yang agak murah.

Harga: Dari RM105+ Semalaman

Alamat: N0. G29 & G30, Jalan Kolam Air 2 Nongchik Riverside, 80100 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

16. De Sweet Boutique Hotel

De Sweet Boutique Hotel Johor Bahru - Main Image

De Sweet Boutique Hotel seperti namanya, anda pasti akan mendapat pengalaman manis sepanjang penginapan di sini. Harga yang murah dengan kualiti yang terasa mewah, siapa yang tak tertarik?

Bilik-bilik yang ditawarkan di sini cukup luas, bersih dan selesa untuk penginapan bersama keluarga. Hotel ini turut menyediakan water filter dengan pilihan air panas dan sejuk.

De Sweet Boutique Hotel - Room Image

Berkaitan lokasi hotel ini pula, anda tidak perlu berjalan jauh untuk ke kawasan bandar yang meriah dan juga pusat-pusat membeli-belah.

Harga: Dari RM128+ Semalaman

Alamat: G-122, Jalan Permas 15/1, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

15. V8 Hotel Johor Bahru

V8 Hotel Johor Bahru - Main Image

Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti pusat kecergasan, kolam renang dan akses wifi, V8 Hotel Johor Bahru, adalah sebuah penginapan yang sempurna untuk percutian anda di Johor Bahru.

V8 Hotel Johor Bahru - Room Image

Kolam renang yang disediakan hotel ini lengkap dengan kawasan kolam untuk kanak-kanak beserta dua gelongsor untuk memaksimumkan keseronokan mereka bermandi-manda. Pemandangan dari kolam renang juga sangat menarik.

Lokasi hotel ini pula berdekatan dengan pelbagai tempat makan termasuklah KFC dan McDonald’s yang kesemuanya dapat diakses dengan hanya berjalan kaki dari hotel.

Harga: Dari RM171+ Semalaman

Alamat: 2, Jalan Jati 2, Taman Nusa Bestari,, 81300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

14. Midori Concept Hotel

Midori Concept Hotel - Johor Bahru

Hotel 3 tingkat, Midori Concept Hotel, kelihatan sangat unik jika dilihat dari luar, mana taknya, bangunannya ini dilitupi oleh tumbuhan menghijau sebagai latarbelakang nama hotel yang dipaparkan, bukan lukisan, tapi tumbuhan yang sebenar.

Lihat sahaja rekaan luaran bangunan hotel ini, pasti membuat anda tak sabar nak tahu bagaimana pula dekorasi dalamannya yang tak kurang hebatnya. Dekorasi dalaman hotel ini unik dengan elemen Eropah atau Victoria yang dapat dilihat dari setiap sudut hotel, semuanya sungguh instagrammable!

Midori Concept Hotel Johor Bahru - Room Image

Sekiranya anda menginap di hotel ini, anda boleh melawat adventure park yang terletak begitu dekat dengan hotel. Selain itu, untuk mengisi perut yang lapar juga tidak menjadi isu, banyak sekali gerai-gerai dan restoran yang terletak berdekatan.

Harga: Dari RM168+ Semalaman

Alamat: 57, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

13. Amerin Boutique Hotel Johor Bahru

Amerin Boutique Hotel Johor Bahru - Main Image

Bagi pencinta kopi, inilah hotel untuk anda, Amerin Boutique Hotel Johor Bahru, yang menempatkan Gloria Jean’s Coffees di tingkat bawah hotel. Sekiranya anda ingin menikmati pemandangan mengujakan sambil menjamu selera, anda boleh ke Sky View Restaurant yang terletak di tingkat 13A hotel ini.

Selain kaya dengan pelbagai pilihan makanan, hotel ini turut lengkap dengan kemudahan lain seperti kolam renang di tingkat 15 hotel, spa dan pusat kecergasan.

Amerin Boutique Hotel Johor Bahru - Room Image

Berkaitan dengan bilik yang ditawarkan di hotel ini, bilik terbesar yang ditawarkan adalah Amerin Suite yang lengkap dengan 2 buah bilik, 2 buah TV, ruang santai, tab mandian, mesin basuh dan mesin pengering. Kalau ada bajet lebih, bilik ini adalah yang terbaik untuk penginapan bersama keluarga.

Harga: Dari RM174+ Semalaman

Alamat: No 35, Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, Skudai Johor, 81200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

12. Tanjong Puteri Golf Resort Berhad

Tanjong Puteri Golf Resort Berhad

Untuk penginapan yang tidak membosankan walaupun tidak keluar dari kawasan resort, Tanjong Puteri Golf Resort Berhad patut menjadi pilihan utama anda sewaktu di Johor Bahru.

Tanjong Puteri Golf Resort Berhad - Room Image

Bagi anda yang aktif, apa yang terlintas dalam fikiran untuk anda lakukan sepanjang percutian?  Hampir kesemuanya ada di resort ini antaranya, kolam renang bersaiz olimpik, gelanggang tenis, gelanggang futsal, sauna, gym, permainan papan, billiard, spa dengan suasana desa, ping-pong, dan macam-macam lagi, semuanya tersedia untuk anda sekeluarga!

Harga: Dari RM525+ Semalaman

Alamat: Jalan Tanjong Puteri 1, Tanjong Puteri Resort, Pasir Gudang, 81700 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

11. Zoom Inn Boutique Hotel

Zoom In Boutique Hotel - Johor Bahru

“Let our hotel sayang you” inilah kata-kata cinta Zoom Inn Boutique Hotel untuk para penginapnya.

Zoom In Boutique Hotel Johor Bahru - Room Image

Kata-kata ini bukanlah ibarat menanam tebu di tepi bibir, tapi memang betul-betul direalisasikan dengan keutamaan yang diberikan pihak hotel kepada keselesaan penginapan anda, dari tempat tidur yang empuk, wifi yang pantas, dekorasi yang unik dengan idea yang menyegarkan, anda masih lagi berkira-kira untuk menginap di hotel ini?

Harga: Dari RM106+ Semalaman

Alamat: Unit 7, 8 & 9, Block 7, Danga BayJalan Skudai, 80200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

10. Thistle Johor Bahru

Thistle Johor Bahru - Main Image

Untuk penginapan dengan pemandangan yang indah, mai booking Thistle Johor Bahru kerana dari hotel ini anda mungkin dapat menikmati pemandangan indah Selat Johor ataupun bandaraya Singapura.

Selain itu, lokasi hotel ini yang terletak hampir dengan Jalan Mohd Amin juga adalah satu lagi bonus, kerana di sini terdapat gerai yang menjual tauhu bakar dan lain-lain lagi yang cukup mengiurkan. Kalau anda nak shopping pula, khidmat shuttle percuma disediakan untuk anda ke JPO, bukan pusat membeli-belah biasa, tapi bebas cukai lagi tu!

Thistle Johor Bahru - Room Image

Keseronokan menginap di hotel ini tidak terhenti di situ, Thistle Johor Bahru juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kolam renang, pusat kecergasan, spa dan gelanggang tenis.

Harga: Dari RM270+ Semalaman

Alamat: Jalan Sungai Chat, 80100 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

9. KSL Hotel & Resort

KSL Hotel & Resort - Johor Bahru

Kalau anda pernah dengar tentang Pusat Membeli-belah KSL, ini pula adalah tempat penginapannya, KSL Hotel & Resort, yang tak lain tak bukan, terletak di dalam pusat membeli-belah ini sendiri. Kaki shopping apa lagi? Penginapan ini khas untuk anda! Tak cukup membeli-belah di sini, JPO pula hanyalah 20 minit pemanduan dari sini.

KSL Hotel-& Resort Johor Bahru - Room Image

Antara kemudahan lain yang tersedia bagi para penginap hotel adalah kolam renang, pusat kecergasan, sauna dan taman tema air mini. Sebuah penginapan yang menyeronokkan untuk anda sekeluarga!

Harga: Dari RM236+ Semalaman

Alamat: 33 Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

8. Grand Bluewave Hotel

Grand Bluewave Hotel - Johor Bahru

Grand Bluewave Hotel adalah sebuah penginapan yang membuatkan anda terasa seperti tinggal di rumah sendiri dengan kemudahan yang lengkap seperti TV bersiaran kabel, wifi yang pantas, dapur kecil, bar mini dan banyak lagi. Anda juga tidak akan bosan dengan pelbagai kemudahan mewah lain yang disediakan hotel seperti  kolam renang dan gym yang agak lengkap.

Grand Bluewave Hotel Johor Bahru - Main Image

Dari bilik penginapan Grand Bluewave Hotel yang berkonsep moden ini anda dapat menikmati pemandangan yang menarik sekitar bandaraya Johor Bahru.

Harga: Dari RM172+ Semalaman

Alamat: 9R, Jalan Bukit Meldrum, 80300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

7. Somerset Medini Iskandar Puteri

Somerset Medini Iskandar Puteri Johor Bahru - Main Image

Sekiranya tujuan utama anda bercuti ke Johor Bahru adalah untuk melawat Legoland, hotel ini adalah salah satu penginapan yang terbaik. Agak dekat dengan tarikan terkenal ini sehinggakan terdapat bilik yang menyajikan pemandangan sekitar Legoland.

Somerset Medini Iskandar Puteri Johor Bahru - Room Image

Hotel yang dikelilingi oleh taman hijau ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan menarik seperti gym yang cukup lengkap dengan pelbagai peralatan senaman, bilik permainan kanak-kanak dan juga kolam renang infiniti.

Harga: Dari RM270+ Semalaman

Alamat: Lot 5 Jalan Medini Utara 4, Medini Iskandar, Nusajaya, 79200 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

6. New York Hotel Johor Bahru

New York Hotel Johor Bahru - Main Image

New York Hotel Johor Bahru terletak tidak jauh dari Johor Bahru-Singapore Causeway yang hanyalah 10 minit perjalanan dari hotel. Di sekitar hotel ini juga terdapat banyak kedai makan dan pusat membeli-belah. Tak perlu risau tentang lokasi!

New York Hotel Johor Bahru - Room Image

Menawarkan 413 buah bilik yang dihias moden termasuklah tandas yang lengkap dengan tab mandian. Tak cukup dengan ini, kemudahan lain yang disediakan hotel adalah bilik sauna, gym, kolam renang yang dilengkapi jakuzi air panas dan spa. Anda sekeluarga dapat menikmati percutian sebenar dengan menginap di hotel ini.

Harga: Dari RM160+ Semalaman

Alamat: No 22, Jalan Dato Abdullah Tahir, 80300 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

5. Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Grand Paragon Hotel Johor Bahru - Main Image

Dari jauh lagi dapat dilihat Grand Paragon Hotel Johor Bahru yang memiliki rekabentuk bangunan yang unik ini. Dilengkapi dengan kolam renang, pusat urutan, spa, sauna, pusat kecergasan dan salon, agak lengkap untuk menghidupkan hari-hari anda sepanjang penginapan di sini.

Grand Paragon Hotel Johor Bahru - Room Image

Grand Paragon Hotel Johor Bahru memiliki 358 buah bilik yang dihias dengan mewah serta lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk memastikan keselesaan sepanjang penginapan anda sekeluarga di sini. Yang syoknya lagi, dari bilik-bilik ini, anda dapat melihat pemandangan yang mengujakan sekitar Selat Tebrau, Singapura ataupun sekitar bandaraya Johor Bahru. Pasti akan menjadi percutian yang sukar dilupakan.

Harga: Dari RM208+ Semalaman

Alamat: 18 Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

4. Hotel Jen Puteri Harbour

Hotel Jen Puteri Harbour - Main Image

Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata atmosfera menarik dan unik Hotel Jen Puteri Harbour ini. Terdapat pelbagai jenis bilik yang boleh anda pilih seperti bilik dengan pemandangan indah dan bilik dengan tema-tema Hello Kitty yang pelbagai. Tak kisahlah apa sahaja jenis bilik yang anda duduki, kesemuanya dihias dengan begitu teliti dan menarik dipandang.

Hotel Jen Puteri Harbour - Room Image

Untuk aktiviti di hotel ini pula, anda boleh menikmati mandian menyegarkan badan dan minda di kolam renang infiniti hotel ataupun mengeluarkan peluh di pusat kecergasan hotel.

Harga: Dari RM385+ Semalaman

Alamat: Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, Nusajaya, 79000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

3. Bello Hotel JB Central

Bello Hotel JB Central

Hotel dengan dekorasi moden, Bello Hotel JB Central, adalah sebuah penginapan yang terletak di lokasi yang sangat menarik. Dari pintu masuk hotel ini,  sekiranya  anda ke sebelah kanan, dalam 5 minit berjalan kaki, anda akan sampai ke kawasan pasar malam, manakala sekiranya anda menuju ke arah kiri pula, dalam 5 minit berjalan kaki anda akan sampai ke City Square Mall.

Bello Hotel JB Central - Room Image

Kalau anda ingin ke Singapura, anda boleh menaiki bas 707 yang berhenti berdekatan hotel untuk ke Universal Studios Sentosa. Lokasi yang cukup sempurna!

Harga: Dari RM143+ Semalaman

Alamat: 21 Jalan Meldrum, 80000 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

2. Millesime Hotel Johor Bahru

Millesime Johor Bahru - Main Image

Bilik-bilik di Millesime Hotel Johor Bahru  yang berlantaikan kayu dan lengkap dengan pelbagai kemudahan moden ini dihias dengan tona warna natural, menimbulkan suasana tenang dan selesa. Di samping itu, dari bilik-bilik penginapan di hotel ini, anda sekeluarga dapat menikmati panorama yang mengujakan sekitar bandar.

Millesime Johor Bahru - Room Image

Bukan itu sahaja, hotel ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan menarik seperti spa, kolam renang yang terletak di tingkat 7 hotel dan pusat kecergasan.

Harga: Dari RM179+ Semalaman

Alamat: B-01-01, Jalan Persiaran Afiat, Taman Kesihatan Afiat, 79259 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

1. Mutiara Johor Bahru

Mutiara Johor Bahru - Main Image

Terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru, hotel Mutiara Johor Bahru pastinya tidak akan mengecewakan anda dari segi lokasinya yang berdekatan dengan pelbagai tempat menarik di Johor.

Di samping lokasi yang menarik, hotel ini juga menarik perhatian ramai penginap kerana kemudahan-kemudahan yang disediakan yang agak lengkap seperti bilik steam, kolam renang, pusat kecergasan, khidmat urutan dan banyak lagi.

Mutiara Johor Bahru - Room Image

Yang menarik dan uniknya tentang hotel ini adalah kerana ia turut menawarkan bilik istimewa untuk kanak-kanak iaitu Jr Club Suite yang dilengkapi dengan patung mainan dan playstation.

Harga: Dari RM195+ Semalaman

Alamat: Jalan Dato Sulaiman, Taman Century, K.B. No 779, 80990 Johor Bahru

Selanjutnya Di Booking.com

Bagaimana? Ada yang mencuri hati anda? Kalau dah ada, apa yang anda tunggu-tunggukan lagi, bukan senang untuk mendapatkan penginapan di hotel menarik di Johor Bahru ini. Nak lihat lebih banyak hotel menarik yang ada di Johor dengan potongan harga yang sukar dikalahkan oleh laman web hotel yang lain? Layari booking.com, gerenti terkejut melihat harga-harga hotel yang ditawarkan!

Untuk memudahkan anda yang ingin mencari hotel murah sebagai penginapan di Johor Bahru, silakan membaca artikel kami 25 Hotel Murah Di Johor Bahru. Murah atau mahal, penginapan-penginapan di Johor Bahru pasti tidak akan mengecewakan anda dari segi lokasinya, di mana-mana sahaja anda berada, ada sahaja destinasi menarik untuk dilawati.

Jangan buang masa lagi! Rancang aktiviti, tempah hotel dan kemas beg anda untuk sebuah percutian yang menyeronokkan di Johor Bahru!

Baca: 50 Destinasi Terbaik Di Singapore



Related Posts