25 Hotel Menarik Di Kuala Lumpur | Penginapan Istimewa & Luar Biasa

Apa sahaja yang anda inginkan semuanya ada di bandar ini, sebuah kota metropolitan yang terkenal di seantero dunia, Kuala Lumpur. Dari bangunan bersejarah zaman penjajahan British, kehijauan pokok-pokok, tempat makan yang best, bangunan pencakar langit, tempat membeli-belah dan banyak lagi, semuanya lengkap di bandar yang kecil ini. Rakyat Malaysia sendiri belum tentu dah melawat semua tempat menarik di KL ni.

Banyak juga pilihan tempat penginapan yang ditawarkan kepada sesiapa yang berniat ingin meneroka bandaraya ini. Nak memudahkan kerja anda untuk membuat pilihan penginapan terbaik semasa berada di sini, kami menyenaraikan 25 hotel menarik di Kuala Lumpur yang pasti tidak akan mengecewakan anda.

25. Bagasta Guesthouse

Bagasta Boutique Hotel Main Image

Rumah tumpangan Bagasta ini mempunyai rekaan dalaman yang agak simple dan sejuk mata memandang.  Menggabungkan tona-tona warna yang lembut untuk mewujudkan suasana yang menyenangkan.

Bagasta Boutique Hotel Room Image

Biliknya yang luas sempurna untuk sebuah penginapan bersama keluarga. Anda dapat menikmati pemandangan yang menakjubkan bangunan KLCC dari hotel ini. Setiap bilik berlantaikan kayu dan lengkap dengan kemudahan seperti televisyen dan bilik mandi yang mempunyai pancuran mandian yang menyegarkan badan.

Bagasta Guesthouse Rooftop Area

Terletak kurang 1 km dari KLCC dan hanya 5 minit berjalan kaki jika anda ingin menaiki LRT ke lokasi-lokasi tarikan yang lain. Yang syoknya, anda boleh menyewa basikal yang disediakan kalau inginkan pengalaman percutian yang lebih realistik lagi! Tapi berhati-hati kalau membawa barangan berharga ya.

Harga: RM180++  ke RM375++ Semalaman

Alamat: 56, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur 50300

Selanjutnya Di Booking.com

24. Ceria Hotel

Ceria Hotel Bukit Bintang
Sumber: Pham Tang

Nakkan sebuah percutian yang ceria? Jom menginap di hotel ini yang bukan sahaja murah dan membahagiakan poket anda, malahan lokasinya juga sangat strategik kerana terletak berhampiran dengan Berjaya Times Square, pusat membeli-belah terkenal di KL.

Ceria Hotel Bukit Bintang Room

Bilik-bilik di hotel ini memiliki rekaan dalaman yang minimal dengan penggunaan warna monokrom menjadikan ia kelihatan bersih, selesa dan elegan.

Ceria-Hotel-Bukit-Bintang-Lobby-Mai-Tran

Kemudahan yang disediakan adalah seperti penghawa dingin, televisyen, dan seterika. Simple dan ada segalanya untuk keselesaan penginapan anda di bandaraya ini.

Harga: RM95++ ke RM170++ Semalaman

Alamat: 270 Changkat Thambi Dollah, Pudu, Kuala Lumpur 55100

Selanjutnya Di Booking.com

23. Chaos Hotel

Chaos Hotel Kuala Lumpur Main Image
Sumber: Chaos Hotel

Chaos atau dalam bahasa Melayunya ‘huru-hara’, jangan salah sangka pula dengan namanya. Nama hotel ini memang tiada kena-mengena sebenarnya memandangkan suasana dalam hotel ini agak tenteram dan selesa.

Chaos Hotel Kuala Lumpur Lobby

Hiasan dalam hotel ini adalah gabungan urban dan alam semulajadi. Satu gabungan yang agak bercanggahkan? Tapi pihak hotel berjaya menggabungkan kedua-duanya menjadi sebuah dekorasi yang sangat indah. Berada di dalam pusat membeli-belah terkemuka, Fahrenheit 88, anda tak perlu nak pergi jauh-jauh untuk mencari tempat makan, semuanya anda di sini.

Chaos Hotel Kuala Lumpur Room

Bilik-biliknya juga lengkap dengan hiburan televisyen bersaluran satelit, pemanas air serta tandas yang lengkap dengan peralatan mandian. Penginapan yang sempurna dan strategik.

Harga: RM123++ ke RM300++ Semalaman

Alamat: Lot B-1, Fahrenheit 88, 179 Jalan Bukit Bintang

Selanjutnya Di Booking.com

22. Container Hotel

Container Hotel Kuala Lumpur Main Image
Sumber: Container Hotel

Suka berinstagram? Apa kata kalau anda menginap di hotel yang unik ni. Mesti anda susah nak percaya yang hotel macam ni punya cool wujud di KL. Container Hotel menggunakan kontena sebagai sebuah penginapan yang unik untuk anda. Aduh, mesti panaskan? Tak akanlah namanya hotel kalau buat anda berpeluh, ianya lengkap dengan penyejuk udara, jangan risau.

Container Hotel Kuala Lumpur Rooms

Tapi, bilik-bilik di sini hanya sesuai untuk anda yang datang sebagai solo traveler atau dalam 2 orang sebab kontenanya tidaklah besar mana. Unik dan murah pula tu, sesuai untuk anda yang dalam percutian berbajet.

Harga: RM35++ ke RM165++ Semalaman

Alamat: 1, Jalan Delima, Kuala Lumpur 55100

Selanjutnya Di Booking.com

Baca: 13 Hotel Terapung Menarik Di Malaysia


21. Grid 9 Hotel

Grid 9 Hotel Main Image
Sumber: Grid 9

Apa yang best pasal Grid 9 Hotel ni? Lokasi, kemudahan dan tempat santainya semuanya mantap. Hotel yang direka dengan konsep moden ini terletak di lokasi strategik berdekatan dengan stesen MRT Maharajalela, Chinatown dan lain-lain.

Grid 9 Hotel Room

Setiap bilik di hotel ini berhawa dingin, lengkap dengan televisyen untuk hiburan anda kalau dah penat berjalan di KL. Tandasnya pula memiliki mandian air panas dan sejuk untuk kesegaran anda.

Grid 9 Hotel Living Area

Dah puas lepak dalam bilik, apa kata kalau anda pergi ke ruang santai yang disediakan hotel, Grid 9 Lounge, di sini anda boleh bermain billiard, menonton tv dengan speaker gempak sambil duduk di bean bag, memang lepak habis!

Harga: RM40++ ke RM110++ Semalaman

Alamat: No.9, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

20. Lantern Hotel

Lantern Hotel Main Image
Sumber: Lantern Hotel

Di tengah-tengah Chinatown terletaknya Lantern Hotel yang menggabungkan konsep rekaan industrial atau lebih tepat lagi rekaannya seperti era 1920 ke 1960-an dengan penggunaan material seperti kayu, batu-bata dan besi dalam hiasan dalamannya.

Lantern Hotel Inside Image

Kalau dah menarik macam ni rekaan dalamannya, puaslah anda upload gambar bercuti di media sosial nanti.

Lantern Hotel Room Image

Hotel ini menyediakan bilik peribadi dan bilik dorm dan sesetengah bilik memiliki ruang balkoni di mana anda dapat menghirup udara luar. Tapi kalau nak menikmati pemandangan dengan lebih puas lagi, anda boleh ke Lantern Hotel Café dan dari situ, anda dapat melihat sekeliling Chinatown yang sentiasa meriah ini sambil menjamu selera.

Harga:  RM91++ ke RM139++ Semalaman

Alamat: 38, Jalan Petaling, Kuala Lumpur 50000

Selanjutnya Di Booking.com

19. Anggun Boutique Hotel

Anggun Boutique Hotel

Anggun Boutique merupakan sebuah hotel empat tingkat yang menjadikan rumah Melayu tradisional sebagai sumber inspirasi. Dari luar anda dapat melihat penggunaan kayu pada sebahagian besar rekaannya. Aura tradisional hotel ini adalah satu keunikan kerana kedudukannya yang berada di tengah-tengah kota. Siapa sangka penginapan se‘klasik’ ini terletak tidak jauh dari pusat membeli-belah urban iaitu Pavilion Mall yang hanya 5 minit berjalan kaki dari hotel.

Anggun Boutique Hotel Room

Setiap bilik berlantaikan kayu dan yang membuatkan suasana bilik terasa lebih klasik lagi adalah sentuhan vintaj pada perabot-perabot yang terdapat di dalam bilik hotel. Di tingkat atas sekali, terdapat ruang santai di mana anda boleh menikmati sarapan pagi sambil menghayati panorama pagi di sekeliling hotel yang penuh kehijauan.

Anggun Boutique Hotel Lobby

Dah puas bersantai, hotel ini turut menyediakan perkhidmatan urutan badan, barulah lengkap pakej percutian anda. Terletak berdekatan dengan Jalan Alor, di sini anda boleh mencari pelbagai jenis makanan yang mengenyangkan dari pelbagai jenis masakan seperti masakan cina, thai dan india. Bagi yang muslim, cari yang halal ya!

Harga: RM350++ ke RM750++ Semalaman

Alamat: 7 & 9 Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, Kuala Lumpur 50200

Selanjutnya Di Booking.com

18. Manhattan Business Hotel

Manhattan Business Hotel Damansara Main Image

Nama hotel ini yang diambil dari sebuah bandar di New York memberikan anda pengalaman penginapan seperti berada di kota metropolitan ini. Tak dapat ke New York, sekurang-kurangnya dapat ‘feel’nya pun jadilah kan.

Hiasan dalamannya yang penuh perincian menghidupkan suasana yang mewah dan penuh keselesaan. Lokasi hotel ini juga berdekatan dengan pelbagai pusat membeli-belah terkenal seperti The Curve, 1 Utama dan Ikea.

Manhattan Business Hotel Damansara Room

Setiap bilik di hotel ini dilengkapi dengan penyejuk udara, televisyen, peti keselamatan dan peralatan membuat air. Tandasnya juga lengkap dengan pancuran mandian dan pengering rambut.

Harga: RM160++ ke RM280++ Semalaman

Alamat: A-G-1, Nombor  1, Damansara Neo, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47800 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

17. The Mesui Hotel

The Mesui Hotel Main Image
Sumber: The Mesui Hotel

Melihat rekaan luaran bangunan ini, memang lain dari yang lain. Sangat unik dan menarik perhatian. Bukan sahaja cantik di luar, dalamannya juga dihias dengan menarik sekali gabungan konsep moden dan sentuhan 70-an.

The Mesui Hotel Room

Bilik-bilik di hotel ini dihias dengan minimal untuk memberikan keselesaan. Bukan itu sahaja, kebersihan hotel juga tip-top! Lengkap dengan peyejuk udara dan semua kemudahan penginapan, terdapat tiga jenis bilik yang ditawarkan untuk anda iaitu, Lush,Loft dan Luxe. Ruang lepak hotel ini juga sangat selesa dengan konsep terbuka di mana anda boleh bersantai sambil online ataupun membaca majalah setelah seharian meneroka KL.

Harga: RM149++ ke RM178++ Semalaman

Alamat: 9 Jalan Mesui, Bukit Bintang, Kuala Lumpur 50200

Selanjutnya Di Booking.com

16. Hotel Mezzo

Hotel Mezzo Main Image
Sumber: Hotel Mezzo

Hotel ini terletak hanya 5 minit dari LRT Maluri dan 10 minit ke pusat membeli-belah Jusco. Selain itu, banyak tempat-tempat makan yang tersedia untuk anda di sekitar hotel ini.

Hotel Mezzo Room Image

Bilik-bilik di hotel ini sangat selesa dan agak luas jadi ianya sangat sesuai untuk anda menginap bersama keluarga. Rekaan dalamannya simple tapi dengan tahap kebersihan hotel ini yang mantap, siapa tak suka kan? Setiap bilik lengkap dengan televisyen dan bilik mandi berpancuran air hujan.

Tidak jauh dari hotel ini juga kalau anda nak berekreasi bersama keluarga, anda boleh ke Taman Rekreasi Shamelin Walk yang hanya 1.6 km dari hotel.

Harga: RM98++ ke RM188++ Semalaman

Alamat: 532, Batu 3 ¼, Jalan Cheras, Kuala Lumpur 56100

Selanjutnya Di Booking.com

15. Orion Design Hotel

Orion Design Hotel Main Image
Sumber: Orion Design Hotel

Rekaan dalaman hotel ini ibarat hidup di dunia galaksi kerana menggunakan simbol-simbol zodiak dan bintang sebagai tema. Sangat unik dan menarik untuk dipandang apatah lagi untuk dijadikan tempat penginapan, memang syoklah kan. Terdapat 12 bilik kesemuanya, hiasan dalaman setiap bilik adalah berbeza-beza antara satu sama lain untuk memberikan pengalaman yang unik kepada setiap penginap.

Orion Design Hotel Room

Bilik-biliknya lengkap dengan penyejuk udara, televisyen dan sambungan iPod, bolehlah anda chill sambil mendengar lagi kegemaran anda. Cantik, lengkap dan lokasinya juga strategik. Hanya 10 minit dari pusat membeli-belah terkemuka, Mid Valley, dan dalam 20 minit pemanduan anda dapat menjejakkan kaki ke Petaling Street dan Bukit Bintang untuk meneruskan siri penjelajahan anda di sekitar kota ini.

Harga: RM235++ ke RM345++ Semalaman

Alamat: 62, Jalan Bukit Raja, Off Jalan Taman Seputih, Kuala Lumpur 58000

Selanjutnya Di Booking.com

14. The Reeds Boutique Hotel

The Reeds Boutique Hotel Main Image
Sumber: The Reeds Boutique Hotel

Bangunan hotel dengan rekabentuk klasik ini terletak di pusat bandar KL yang berdekatan dengan 2 buah stesen monorel, dapatlah anda meneroka KL sepuas hati kan? Kurang 2 km dari hotel ini adalah KLCC, Pavilion Mall dan Fahrenheit 88. Tempat makan juga banyak di sekitar hotel.

The Reeds Boutique Hotel Room Image

Bilik-bilik di hotel ini dihias dengan konsep moden dan tradisional menggunakan warna-warna yang menarik hati. Terdapat beberapa bilik di hotel ini di mana anda boleh menikmati  pemandangan Menara Kuala Lumpur, kalau dapat memang beruntunglah anda!

Harga: RM55++ ke RM277++ Semalaman

Alamat: 9, Jalan Yap Ah Shak, Kuala Lumpur 50300

Selanjutnya Di Booking.com

13. Sakura Hotel

Sakura Boutique Main Image

Terdapat 38 buah bilik di hotel ini yang sangat selesa dan dihias dengan dekorasi yang bertujuan untuk menimbulkan suasana harmoni, gabungan alam semulajadi dan konsep moden kontemporari.

Kalau anda ke cafénya yang terletak di atas bumbung hotel, anda dapat melihat pemandangan sekitar hotel sambil menikmati makanan.

Sakura Boutique Hotel Kuala Lumpur Room Image

Hotel ini turut terletak berdekatan dengan Plaza Low Yat, KLCC dan Pavilion Mall. Di hadapan hotel ini pula terdapat Bazar Larut Malam KL yang menjual bermacam barangan untuk anda mencuci mata dan bershopping sepuas hati. Gerai-gerai makan pun banyak di bazar ini.

Harga: 79++ ke RM119++ Semalaman

Alamat: 327 & 329 Jalan Tun Razak (Pudu), Kuala Lumpur 50400

Selanjutnya Di Booking.com

12. V Garden Hotel

V Garden Hotel Main Image
Sumber: V Garden Hotel

Seperti namanya, hotel ini menjadikan alam semulajadi sebagai inspirasi deko. Di setiap bilik terdapat motif bunga-bungaan atau tumbuhan. Seperti berada di taman bunga, tambahan lagi dengan katil yang sangat selesa, pasti nyenyak tidur anda.

V Garden Hotel Waiting Area

Kalau anda ke ruang santainya pula, anda dapat merehatkan badan di bean bag yang tersedia sambil menikmati pemandangan taman di sekeliling, ruang santai ini turut berbumbungkan kaca, jadi bolehlah anda lepak di sini pada malam hari untuk melihat langit yang indah di waktu malam.

V Garden Hotel Room

Restorannya juga berdekorasi ala-ala taman. Kemudahan pengangkutan juga memang tidak perlu dirisaukan, hanya 5 minit dari hotel ini terdapat stesen LRT Maluri.

Harga: RM118++ ke RM200++ Semalaman

Alamat: 21, Jalan Pudu Ulu, off Jalan Cheras, Kuala Lumpur 56100

Selanjutnya Di Booking.com

11. The Yard Boutique Hotel

The Yard Boutique Hotel

Terletak di Bukit Bintang, tidak lebih dari 5 minit berjalan kaki sekitar hotel ini terdapat banyak tempat yang boleh dilawati seperti pusat membeli-belah, restoran, tempat refleksologi dan banyak lagi. Monorel juga dekat sahaja.

The Yard Boutique Hotel Room

Bilik-bilik di hotel ini agak luas, sesuai untuk anda datang bercuti bersama keluarga. Hiasan dalaman di bilik-bilik yang selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan ini adalah kombinasi konsep kontemporari dan tradisional.

Taman ala English sebagai ruang santai yang disediakan hotel memberikan ketenangan untuk anda bersantai di waktu pagi atau malam sambil menikmati udara segar.

Harga: RM133++ ke RM241++ Semalaman

Alamat: Lot 623 (No 51D), Jalan Tengkat Tong Shin, Kuala Lumpur 50200

Selanjutnya Di Booking.com

10. KL Journal Hotel

The KL Journal Hotel
Sumber: The Journal Hotel

Hotel dengan rekabentuk moden ini bukan sahaja berada di lokasi yang terkenal yang berdekatan dengan tarikan-tarikan di KL, malahan lengkap dengan pelbagai kemudahan atau hiburan yang diidamkan penginap sewaktu bercuti seperti gym, kolam di atas bumbung hotel, permainan ping pong, perpustakaan pun ada untuk anda yang suka membaca.

The KL Journal Working Room

Dari bilik-bilik yang dihias moden ini anda dapat menikmati pemandangan Menara Petronas yang sangat cantik pada waktu malam melalui tingkap yang besar.

The Journal Kuala Lumpur Room

Semua bilik lengkap dengan keselesaan penyejuk udara, televisyen, internet yang laju dan iPod dock. Untuk bilik-bilik tertentu pula terdapat mesin kopi Nespresso, jadi untuk anda yang kaki kopi jangan lupa untuk meminta bilik dengan kemudahan ini.

Harga: RM340++ ke RM450++ Semalaman

Alamat: No. 30, Jalan Beremi, Off Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

9. Sekeping Backlane

Sekeping Backlane Main Image
Sumber: Sekeping Backlane

Sebuah rumah penginapan yang sesuai untuk anda yang berjiwa adventurous untuk mendapatkan pengalaman gaya hidup yang agak unik.  Dari bilik di rumah penginapan ini anda dapat melihat pokok yang menghijau. Kalau anda ke bahagian atas bumbung pula, anda dapat bersantai di rooftop garden di situ sambil melihat panorama sekitar Lembah Pantai.

Sekeping Backlane Room Image

Rumah ini turut lengkap dengan peralatan dapur untuk kemudahan anda sewaktu menginap bersama keluarga.

Sekeping Backlane Kitchen Area

Tidak jauh dari rumah ini anda boleh ke stesen LRT yang hanya 3 minit berjalan kaki dan pusat membeli-belah Bangsar Village pula hanya 15 minit dari hotel. Tempat-tempat makan terletak di sekitar hotel sahaja.

Harga: RM220++ ke RM330++ Semalaman

Alamat: No. 48, Off Kuala Lumpur, Jalan Tenggiri, 59100 Kuala Lumpur

Laman Web: Sekeping Backlane


8. Aloft Kuala Lumpur Central

Aloft Boutique Hotel Kuala Lumpur
Sumber: Aloft Hotel

Terletak bersebelahan dengan KL Sentral, lokasinya sangat strategik untuk anda yang ingin meneroka bandaraya ini. Juga berdekatan dengan Brickfields, di sini anda dapat melihat banyak tempat-tempat makan yang best. Kalau nak shopping, NU Sentral Mall adalah yang terdekat, di sini juga banyak tempat makan yang menarik.

Aloft Boutique Hotel Room

Setiap bilik di hotel ini berpenghawa dingin dan berlantaikan karpet, lengkap dengan kemudahan seperti televisyen dan lain-lain untuk keselesaan penginapan anda.

Suka bersenam? Bercuti tak bermaksud anda perlu tinggalkan aktiviti yang sihat ni kan, anda boleh lawati gym yang disediakan hotel.

Harga: RM540++ ke RM1010++ Semalaman

Alamat: No 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

7. Villa Samadhi

Villa Samadhi Main Image
Sumber: Villa Samadhi

Penginapan mewah di vila ini sesuai untuk anda yang mengidamkan suasana yang penuh ketenangan dan kesantaian selepas begitu lama stres dengan bermacam cabaran pada hari-hari biasa.

Villa Samadhi Poolside

Direka dengan gabungan konkrit dan kayu buluh, anda dapat menikmati atmosfera tenang vila ini seperti tinggal jauh dari kota walaupun sebenarnya vila ini terletak di tengah-tengah KL.

Villa Samadhi Rooms

Anda boleh bermandi-mandian di kolam renang dan memanjakan diri anda dengan khidmat urutan yang disediakan hotel. Bilik tidurnya juga  lengkap dengan jakuzi di mana anda dapat menyegarkan badan yang penat. Untuk menjamu selera, anda boleh menikmati masakan melayu dan antarabangsa di restoran terbuka, Mandi Mandi.

Harga: RM744++ ke RM1335++ Semalaman

Alamat: No. 8, Jalan Madge, Off Persiaran Madge, Jalan U-Thant, 55000 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

6. Rain Forest Bed & Breakfast

Rainforest Bed & Breakfast Main Image

Terletak di Bukit Bintang, hotel ini tidak jauh dari pelbagai lokasi menarik di sekitar KL. Monorel juga berada dekat sahaja dari hotel untuk anda meneroka KL dengan lebih puas lagi.

Rainforest Hotel Lobby
Sumber: Rain Forest Bed & Breakfast

Bangunan hotel 5 tingkat ini dikelilingi dengan tumbuhan menghijau menarik perhatian sesiapa sahaja kerana terletak di tengah-tengah kawasan yang urban.

Rain Forest Boutique Hotel Room Image

Bilik-bilik di hotel ini memiliki penyejuk udara, televisyen dan kemudahan lain. Anda juga boleh bersantai di ruang rehat yang disediakan pihak hotel.

Harga: RM35++ ke RM199++ Semalaman

Alamat: No.27 Jalan Mesui off Jalan Nagasari, Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

5. Hotel Maison Boutique

Hotel Maison Boutique Main Image
Sumber: Hotel Maison Boutique

Terletak di Jalan Baba, anda hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit untuk sampai ke Berjaya Times Square. Lokasi memang mantaplah! Bukan itu sahaja, 42 buah bilik di hotel ini bukan sahaja luas dan selesa, malahan, memiliki tema-tema yang tersendiri seperti Fairy Tale, James Bond, Space Odyssey, Arabian Night, Atlantis dan Marilyn Monroe.

Hotel Maison Boutique Rooms

Kalau anda seorang yang mementingkan senaman atau ingin mencuba sekali-sekala bersenam di gym, anda boleh menggunakan kemudahan kecergasan yang disediakan di Fitness Room hotel ini. Untuk menjamu selera, lawati Bistro 36 yang menyediakan hidangan tempatan, barat dan Jepun.

Harga: RM168++ ke RM541++ Semalaman

Alamat: No. 36 & 36, Jalan Baba, Off Jalan Changkat Thambi Dollah

Selanjutnya Di Booking.com

4. Bello & Bella Boutique Hotel

Bello Bella Boutique Hotel Kuala Lumpur

Bello & Bella Boutique Hotel menjadikan konsep Era Renaissance Itali sebagai sentuhan utama hotel ini. Penggunaan warna-warna tona neutral menyejukkan mata yang memandang dan memberikan atmosfera tenang dan santai.

Bello Bella Boutique Hotel Kuala Lumpur Room Image

Bilik-bilik di hotel ini sangat stylo walaupun tidak begitu luas, anda dapat merasakan gaya industrial yang turut diserapkan di dalam rekaan. Sebuah penginapan yang cukup cantik dan selesa.

Tidak jauh dari hotel ini juga terdapat banyak tarikan di KL seperti pusat-pusat membeli-belah dan tempat makan.

Harga: RM130++ ke RM250++ Semalaman

Alamat: No 19, Jalan Manis 6, Taman Segar, 56100 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

3. Melange Hotel

Melange Hotel Kuala Lumpur

Terletak tidak jauh dari Jalan Alor yang meriah dengan gerai-gerai makanan dan pusat-pusat membeli-belah seperti Times Square dan Low Yat. Hotel ini terkenal dengan tahap kebersihannya yang sangat memuaskan hati.

Melange Hotel Rooms

Rekaan dalaman bilik-bilik di hotel ini sangat menyegarkan mata dengan penggunaan warna-warna yang segar. Hiasan dalaman bilik yang berkonsepkan urban moden ini direka oleh pengarah kreatif Daniel Goh yang menggunakan 3 tema berbeza untuk setiap tingkat yang dinamakan tema Tampan, tema Manja dan tema Ayu.

Jom ke sini kalau nak rasai sendiri pengalaman tinggal di bilik yang dihias dengan menarik ini.

Harga: RM85++ ke RM171++ Semalaman

Alamat: 14, Jalan Rembia, off Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

2. H Boutique Hotel Sri Petaling

H Boutique Hotel Sri Petaling

Hotel ini tepat untuk anda yang bercuti sambil berbajet dan inginkan lokasi yang strategik. Dekat dengan bermacam jenis restoran untuk anda menjamu selera sebelum makan angin di sekitar bandar ini. MRT pula hanya 5 minit berjalan kaki dari hotel.

H Boutique Hotel Room

Bilik-biliknya agak luas dan sesuai untuk penginapan anda bersama keluarga. Yang penting ianya bersih dan selesa, kalau cantik saja pun tak cukup kan? Kalau anda menginap di bilik Deluxe, peti ais disediakan, bolehlah anda shopping makanan banyak-banyak.

Kalau anda ingin berekreasi, taman rekreasi Bukit Jalil dekat sahaja dari hotel.  Taman ini agak menarik juga untuk bergambar.

Harga: RM126++ ke RM207++ Semalaman

Alamat:  No. 2A, Jalan Radin Bagus 6, Bandar Baru Seri Petaling, 57000 Kuala Lumpur

Selanjutnya Di Booking.com

1. Wolo Hotel Bukit Bintang

Wolo Bukit Bintang Main Image
Sumber: The Wolo Hotel

Dengan akronim WOLO ‘ We Only Live Once’ sebagai nama hotel, memang patut untuk anda sekali di dalam hidup menginap di hotel ini. Dari luar sudah terlihat keunikan rekaan hotel ini yang berbatu-bata di dalam dan berkaca di luar. Sebaik anda melangkah masuk pasti anda terpegun dengan dekorasi dalamannya.

Wolo Boutique Hotel Bukit Bintang Lobby

Bilik-bilik di hotel ini tidak kurang menariknya, luas, berdindingkan dan berlantaikan papan kayu  pada sebahagian besar bilik. Lengkap dengan semua kemudahan yang diperlukan penginap.

Wolo Boutique Hotel Rooms

Lokasi hotel ini yang terletak di kawasan Segitiga Emas bermaksud ia dikelilingi dengan pelbagai jenis tarikan, restoran-restoran dan tempat membeli-belah terkenal di KL.

Harga: RM230++ ke RM355++ Semalaman

Alamat: Corner of Jalan Bukit Bintang and Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, Kuala Lumpur 55100

Selanjutnya Di Booking.com

Dah pilih yang mana anda suka? Atau terasa susah sangat nak buat pilihan? Apa kata kalau anda lawati Booking.com dan baca testimoni-testimoni mereka yang pernah menetap di tempat-tempat penginapan ini, mungkin serba sedikit dapat membantu anda membuat keputusan terbaik.

Apa-apa pun, lagi awal anda membuat perancangan lagi bagus sebenarnya, sebab anda mungkin mendapat harga yang lebih rendah kalau anda membuat tempahan yang awal. Untuk pengetahuan anda juga, harga hotel berubah-ubah mengikut musim. Selalunya harga lebih mahal pada musim cuti persekolahan. Tunggu apa lagi? Rancanglah mulai dari sekarang.

Diharapkan senarai ini dapat membantu anda memilih tempat penginapan yang menawarkan apa yang anda inginkan dalam sebuah percutian. Yang paling penting sekali, bersesuaian dengan bajet percutian anda.

Akhir kata, terima kasih kerana meluangkan masa membaca entri hotel menarik di Kuala Lumpur sehingga ke penghujung penulisan. Semoga anda berseronok meneroka bandaraya ini nanti, jangan lupa bawa kamera, banyak lokasi yang fotogenik di KL!



Related Posts