25 Hotel Murah Di Bali Bawah RM250 Semalam Untuk Percutian Pulau Yang Sempurna

Bali, salah satu syurga dunia yang menjadi destinasi impian bagi ramai orang di serata dunia. Sebuah pulau yang menawarkan pengalaman percutian yang persis mimpi yang indah dengan pantai-pantai yang berlaut biru berkilauan, spa yang menyegarkan badan, pusat-pusat membeli-belah, kedai-kedai makan yang menarik dan pemandangan menyejukkan mata di kawasan desa.

Apa yang anda inginkan untuk percutian anda? Semuanya ada di Bali. Di Seminyak anda boleh bershopping sepuas hati, kalau anda menjejakkan kaki ke Ubud, boleh rambang mata anda melihat terlalu banyak kedai-kedai menjual pelbagai kraftangan Indonesia. Kalau anda jenis yang sukakan aktiviti lasak, boleh beraktiviti air di pantai Kuta, untuk anda yang inginkan percutian yang menenangkan dan penuh privasi, carilah penginapan di Cangu ataupun di Nusa Dua.

Tepuk dada, tanya selera, apa yang anda sekeluarga inginkan daripada percutian di Bali ini. Tak pasti nak pilih yang mana sebab kalau boleh nak buat semuanya yang terdapat di Bali? Rancanglah perjalanan anda dengan awal, tapi yang penting sekali, anda perlu tahu tempat penginapan mana yang sesuai dengan bajet dan kena dengan hati anda. Oleh itu, teruskan membaca senarai 25 hotel murah di Bali yang menarik, baru senang nak buat perancangan nanti.

Hotel Di Seminyak & Legian

Seminyak terkenal sebagai syurga untuk anda yang suka membeli-belah kerana terdapat banyak pusat membeli-belah yang menjual bermacam barangan terutamanya butik-butik pakaian yang menarik. Bukan itu sahaja, kalau nak mencari kedai makan yang best, bukanlah masalah yang besar sebab ia turut meriah dengan restoran dan kafe yang gempak-gempak, tak kira siang ataupun malam.

25. The ONE Legian

The One Legian Hotel

Terletak di Legian, dari hotel ini anda hanya perlu berjalan kaki selama 8 minit sebelum sampai ke pantai. Kalau anda nak bersantai di hotel pun boleh sambil berenang-renang di kolam renang yang disediakan pihak hotel dengan suasana yang terasa mewah. Anda juga boleh bersenam di pusat kecergasan yang disediakan.

The One Legian Room

Bilik-bilik di hotel ini berdekorasi kontemporari minimal untuk memberikan anda keselesaan dan penginapan yang menenangkan dalam bandaraya yang meriah ini.  Berperabot kayu yang moden dan juga lengkap dengan peti keselamatan untuk menyimpan barangan berharga supaya anda sekeluarga dapat makan angin di Bali tanpa risau tentang barangan berharga anda.

Di sekeliling hotel pula terdapat banyak tempat menjamu selera yang best-best. Bolehlah anda sekeluarga berjalan-jalan cari makan kalau duduk di hotel ini.

Harga: Dari RM167+ Semalam

Alamat: Jalan Raya Legian No.117, 80361 Legian

Selanjutnya Di Booking.com


24. Fashion Hotel

Love F Legian Hotel

Terletak di tengah bandar Kuta, hotel Love F ini berdekatan dengan pelbagai destinasi menarik di Jalan Legian. Pusat membeli-belah terdekat hanyalah 5 minit dari hotel, dan Ground Zero Bali terletak hanya 15 minit dari hotel. Kalau anda teringin melepak di pantai, yang terdekat adalah Pantai Kuta yang hanya 20 minit berjalan kaki dari hotel.

Love F Hotel Legian Bali Pool Side

Semua bilik di hotel ini lengkap dengan penghawa dingin, TV, cerek elektrik dan peti ais. Peti keselamatan juga turut disediakan, jadi senanglah kalau anda nak berjalan-jalan dan tinggalkan passport anda dengan selamat di dalam bilik. Selain itu, walaupun terletak di tengah-tengah bandar yang agak meriah, anda masih boleh tidur dengan lena sebab bilik-bilik di hotel ini berkalis bunyi.

Love F Hotel Legian Bali - Room Image

Untuk menjamu selera anda boleh singgah ke Black Diamond Restaurant yang menyediakan makanan Indonesia, Asia dan Barat. Kalau nak makan di luar pun boleh kerana banyak kedai-kedai makan yang boleh didapati di sekitar hotel.

Harga: Dari RM234+ Semalam

Alamat: Jl Raya Legian no 121, 80361 Legian

Selanjutnya Di Booking.com


23. Fontana Hotel

Fontana Hotel Legian

Terletak tidak jauh dari kawasan yang terkenal di Seminyak, anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke lokasi-lokasi menarik yang terdapat di sekitar. Tempat makan pun banyak di kawasan ni. Hotel ini sendiri memiliki 2 buah restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan.

Bilik-bilik di hotel ini memuaskan hati ramai pelanggan sebelum ini dengan tahap kebersihannya yang tinggi, bilik yang luas dan bantal yang sangat selesa.

Fontana Hotel Bali - Room Image

Hotel ini juga menawarkan shuttle percuma untuk anda ke kawasan berdekatan. Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan adalah kedai cenderamata, servis membasuh baju dan salon rambut.

Apa yang menarik lagi, anda boleh bersantai di kolam luaran yang terdapat di hotel ini dan memanjakan diri di spa yang menyediakan perkhidmatan urutan penuh ketenangan dalam atmosfera zen Bali.

Harga: Dari RM154+ Semalam

Alamat: Jl. Dewi Sri No. 68, Legian – Kuta, 80361 Legian

Selanjutnya Di Booking.com

Baca: 25 Hotel Menarik Di Kuala Lumpur


22. Summerhome Umasari Bed & Breakfast

Ariva Summer Home Legian - Hotel Image

Banyak tempat menarik yang terletak berdekatan dengan tempat penginapan ini. Hanya 5 minit memandu anda akan sampai ke Pantai Petitenget dan 7 minit dari hotel pula adalah Pantai Batu Belig. Nak pergi yang mana? Kedua-duanya dekat, puaslah anda merasai bayu laut di sini. Bukan setakat itu, restoran-restoran dan pusat membeli-belah juga terletak tidak jauh dari sini. Nak memudahkan anda bergerak dari hotel ke lokasi-lokasi lain, anda boleh meminta pihak hotel menyewakan motosikal.

Summer Home Hotel Bali - Room Image

Bilik-bilik di hotel ini dihias dengan moden dengan menggabungkan warna-warna yang neutral dan lembut. Dengan rekaan dalaman hotel ini, anda dapat merasakan aura seperti berada di pantai. Dilengkapi dengan penyejuk udara untuk memberikan anda keselesaan yang optimum, anda juga boleh meminta untuk mendapatkan bilik yang berbalkoni. Kemudahan lain yang disediakan hotel adalah spa dan kolam renang.

Harga: Dari RM177+ Semalam

Alamat: Jl. Petitenget Perum Umasari Blok D.1, 80361 Seminyak

Selanjutnya Di Booking.com


21. Brown Feather

Brown Feather Hotel Bali

Brown Feather merupakan sebuah penginapan bergaya desa yang memberikan anda pengalaman tinggal di kawasan kampung. Pemandangan kehijauan sawah padi di sekeliling hotel sangat menyejukkan mata dan menenangkan fikiran.

Brown Feather Hotel Bali Room Image

Walaupun bergaya kampung, hotel ini dilengkapi dengan kelengkapan moden seperti penyejuk udara untuk menambahkan lagi keselesaan penginapan anda. Tak cukup dengan itu, anda juga boleh bersantai sambil mendengar lagu kegemaran anda kerana anda boleh meminta untuk dibekalkan dengan Ipod dock di bilik anda.

Di samping itu, kemudahan lain yang disediakan adalah kolam renang dan basikal yang boleh disewa secara percuma untuk anda menerokai kawasan sekeliling bersama keluarga.

Harga: Dari RM182+ Semalam

Alamat: Jl. Batu Belig No. 100, Kerobokan, 80361 Seminyak

Selanjutnya Di Booking.com


20. Bliss Surfer Hotel

Bliss Surfer Hotel

Bertemakan surfer, anda dapat melihat setiap perincian rekaan hotel ini menimbulkan suasana seperti berada di kawasan pantai dan kalau anda yang tak suka surfing pun terasa excited dengan dekorasi hotel ini yang menarik. Mungkin membuatkan anda terasa nak surfing selepas tinggal di sini. Dah bersedia nak surfing? Pantai terdekat hanyalah 17 minit berjalan kaki dari hotel.

Bliss Surfer Hotel Room Image

Bilik-bilik di hotel ini direka dengan penuh stylo lengkap dengan balkoni yang menawarkan pemandangan taman ataupun kolam renang bergantung kepada lokasi bilik anda.

Kemudahan lain yang disediakan hotel ini adalah khidmat kereta sewa dan spa yang menyediakan urutan badan tradisional. Internet? Agak power sebab hotel ini terletak berdekatan dengan menara Telkomsel 4G. Jadi sesuailah untuk anda yang nak keep in touch dengan dunia internet walaupun bercuti.

Harga: Dari RM182+ Semalam

Alamat: Jl. Sriwijaya, No. 88 , 80361 Legian

Selanjutnya Di Booking.com


Hotel Di Ubud

Kalau anda ingin merasakan budaya dan suasana sebenar Bali, Ubud merupakan lokasi yang wajib dilawati. Meriah dengan hasil-hasil seni dan kraftangan, di sini anda dapat melihat banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai produk kayu-kayan, tekstil, lukisan, barangan antik dan lain-lain. Ia juga antara destinasi terkenal di Asia sekiranya anda ingin merasakan rawatan spa yang sebenar.

19. Bliss Bangalow Ubud

Bliss Bungalow Ubud

Atmosfera yang sangat indah untuk percutian sekeluarga. Anda dapat menikmati pemandangan kawasan sekeliling yang menghijau dengan sawah padi  dari balkoni bilik sambil duduk di kerusi yang disediakan. Dari kolam renang juga anda dapat menikmati pemandangan sawah padi, heaven rasanyakan.

Bilik-bilik di hotel ini pula dihias dengan menarik menggunakan kayu-kayu yang berwarna gelap dan dekorasi berwarna neutral yang menyejukkan mata. Kedudukannya yang jauh dari hiruk-pikuk kota, membuatkan tidur anda sekeluarga lena ibarat di rumah sendiri.

Bliss Bungalow Ubud Room

Khidmat urutan badan turut disediakan di spa hotel ini. Yang menariknya, kalau anda tinggal sekurang-kurangnya 3 hari di hotel ini, anda akan mendapat 30 minit urutan percuma sebagai ganjaran. Syokkan? Anda boleh juga sertai sesi yoga yang sering diadakan di hotel ini. Tak cukup dengan itu, anda boleh menyewa basikal untuk bersiar-siar di kawasan sekeliling yang penuh keindahan.

Harga: Dari RM232+ Semalam

Alamat: Jl. Raya Sanggingan, 80572 Ubud

Selanjutnya Di Booking.com


18. Agung Raka Resorts

Agung Raka Resort Bali

Boleh dikatakan hampir semua hotel di Bali ini lengkap dengan spa kan? Termasuklah resort ini. Bukan sahaja dapat merehatkan badan di spa, di sini anda dan keluarga dapat menikmati pemandangan indah sawah padi, percutian yang terasa seperti di kampung. Tak susah ke nak ke bandar tengah-tengah sawah padi ni? Jangan risau sebab perkhidmatan shuttle percuma ada disediakan untuk ke Ubud. Tempat-tempat yang menarik seperti Hutan Monyet dan Yoga Barn hanyalah lebih kurang 7 minit perjalanan kaki dari hotel.

Agung Raka Hotel Room Image

Villa dua bilik di resort ini menawarkan kolam renang peribadi dan kalau anda menginap di villa satu bilik pula anda dapat menikmati pemandangan sawah padi. Untuk memudahkan anda bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain di sekitar hotel yang agak luas ini terutama sekali ketika hujan anda boleh menaiki golf cart yang disediakan.

Apa lagi yang seronok di hotel ni? Anda boleh berenang bersama keluarga di kolam renang infiniti yang berlatar belakangkan kehijauan sawah padi. Memang best.

Harga: Dari RM246+ Semalam

Alamat: Jl. Pengosekan, 80571 Ubud

Selanjutnya Di Booking.com


17. Kailash Ubud Bali

Kailash Ubud Bali

Terletak tidak jauh dari tapak warisan dunia, Gua Gajah yang hanya 3.7 km dari rumah penginapan ini. Hutan Monyet Ubud pula hanyalah 5 km dari sini dan pasar Ubud, 6 km. Walaupun kedudukannya agak jauh dari bandar Ubud yang 20 minit dari sini, lokasi rumah penginapan ini strategik untuk anda yang menginginkan ketenangan menghirup udara segar sambil bersantai bersama keluarga.

Anda boleh menyewa kereta dan basikal yang disediakan pihak hotel jadi tak perlulah anda bersusah payah mencari pengangkutan sendiri di sini kalau ingin ke bandar.

Kailash Ubud Bali Room Image

Walaupun ia hanyalah sebuah rumah penginapan tetapi keselesaan dan keindahan dekorasinya persis sebuah vila yang mewah. Lain-lain yang menarik di sini adalah  kolam renang, makanan yang enak, dan anda juga boleh meminta untuk menginap di bilik berbalkoni.

Harga: Dari RM117+ Semalam

Alamat: Jalan Raya Ir. Sutami, Kemenuh, 80582 Ubud

Selanjutnya Di Booking.com


16. Igna Bunggalows

Igna Bunggalows Hotel

Dikelilingi keindahan lanskap tropika yang menghijau, banglo ini menawarkan sebuah penginapan yang sempurna dengan segala yang anda impikan untuk percutian sekeluarga. Terletak berdekatan dengan Hutan Monyet yang hanya 10 minit berjalan kaki dari hotel.

Igna Bunggalows Pool Side

Dari balkoni di bilik-bilik tempat penginapan ini anda disajikan pemandangan kolam renang dan kehijauan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling. Selain itu, anda tidak perlu bersusah-payah keluar dari bilik untuk bersarapan pagi kerana makanan akan dihantar ke bilik anda. Percutian yang penuh keselesaan.

Harga: Dari RM145+ Semalam (Superior Double Room)

Alamat: Jl. Monkey Forest Gg. Beji, 80571 Ubud

Selanjutnya Di Booking.com


Hotel Di Canggu

Terletak di antara Seminyak dan Tanah Lot, Canggu merupakan sebuah perkampungan kecil yang mana anda dapat melihat kehidupan sebenar masyarakat Bali. Jika anda ke kawasan pantainya anda dapat melihat nelayan-nelayan menangkap ikan terutama di waktu pagi di samping menikmati pemandangan matahari naik yang sangat indah. Jika anda inginkan percutian yang agak kasual dan tenang, menginaplah di Canggu.

Baca: 14 Hotel Menarik Di Ipoh

15. Frii Bali Echo Beach Hotel

Frii Bali Echo Resort Hotel

Hanya 6 minit dari hotel ini anda akan sampai ke kawasan pantai yang tenang. Bukan sahaja lokasi yang strategik, ia juga turut lengkap dengan kemudahan yang membuatkan percutian anda sekeluarga menyeronokkan, terutama kalau anda sekeluarga rindukan ketenangan suasana alam semulajadi.

Anda boleh bersantai di bahagian atas bumbung hotel ini yang juga merupakan kafe sambil menikmati pemandangan yang indah kawasan persekitaran termasuk pemandangan pantai.

Frii Bali Echo Resort Room

Sekiranya anda menginap di bahagian ground floor hotel anda dapat terus ke kolam renang dari bilik, satu pengalaman yang unik dan menyeronokkan. Kalau anda inginkan lebih privasi, bilik-bilik di bahagian atas memiliki balkoni di mana anda boleh bersantai dengan tenang sambil menghirup udara segar.

Harga: Dari RM196+ Semalam

Alamat: Jalan Munduk Catu No 32, Batu Bolong, 80361 Canggu

Selanjutnya Di Booking.com


14. Amelle Villas

Amelle Villas Hotel

Vila yang penuh privasi ini terletak 2.6 km dari Pantai Batu Bolong. Memiliki taman dan kolam renang yang indah, suasana yang tenang di vila ini membuatkan percutian anda bersama keluarga sangat menyeronokkan seperti berada di rumah percutian sendiri. Sekiranya anda ingin ke pantai Echo ataupun pantai Cangu anda boleh menyewa skuter, basikal ataupun kereta mengikut keselesaan anda sekeluarga.

Amelle Villas Hotel Room Image

Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan katil yang sangat selesa dan TV sebagai hiburan. Kemudahan lain yang disediakan adalah dapur luaran yang lengkap dengan cerek, peti ais dan tempat memasak. Memudahkan anda yang datang bersama keluarga untuk masak sendiri kalau tak selesa dengan makanan luar. Cukup bagus untuk anda?

Harga: Dari RM131 Semalam

Alamat: Jl. Pantai Batu Bolong No. 56, Banjar Pipitan, 80361 Canggu

Selanjutnya Di Booking.com


13. Puri Canggu Villa & Rooms

Puri Canggu Villas

Dari hotel ini ke Pantai Echo hanyalah 3.6 km, Pantai Batu Bolong dan Pantai Berawa pula hanyalah 3.4 km.

Sebuah rumah penginapan yang tenang di kawasan yang sunyi dari sebarang gangguan. Anda boleh memilih bilik berbalkoni di mana anda dan keluarga dapat bersantai dan menikmati pemandangan sawah padi di sekeliling.

Puri Canggu Hotel Bali Rooms

Antara aktiviti yang terkenal di kawasan ini adalah aktiviti berbasikal. Anda boleh menyewa basikal yang disediakan hotel untuk bersiar-siar di kawasan sekitar. Kedai dan restoran juga banyak.  Hotel ini turut menyediakan dapur untuk para penginap. Harga yang ditawarkan agak murah untuk sebuah penginapan yang sangat sempurna.

Harga: Dari RM166+ Semalam

Alamat: Jalan Bantan Kangin, Gg. Bantan No.1A, 80361 Canggu

Selanjutnya Di Booking.com


12. Tirtha Canggu Suites

Tirtha Canggu Hotel

Hotel ini sangat hampir dengan pantai-pantai yang terdapat di Bali dengan jarak perjalanan yang kurang daripad 1.5 km untuk ke Pantai Berawa dan Pantai Batu Bolong.

Tirtha Canggu Bali Room

Bilik-bilik di tempat penginapan ini agak luas dan tahap kebersihannya juga sangat memuaskan hati. Lengkap dengan penyejuk udara, sesetengah bilik di hotel ini memiliki ruang santai. Bergantung kepada anda, sekiranya anda hanya inginkan tempat untuk tidur lena, kenapa perlu bayar lebih kan?

Harga: Dari RM105+ Semalam

Alamat: Gang Jalak Indah Tirtha Canggu Suites, 80361 Canggu

Selanjutnya Di Booking.com


11. Koa D Surfer Hotel

Koa D Surfer Hotel

Lagi hotel yang bertemakan surfing, terletak sangat hampir dengan kawasan pantai Berawa, yang hanya 6 minit dari hotel dengan berjalan kaki. Yang uniknya di hotel ini adalah rekaan ruang rehat di atas bumbungnya yang direka menyerupai sebuah pantai dengan pasir pantai sebenar dan kolam renang. Dari ruang ini anda disajikan dengan pemandangan indah laut, kalau anda teringin melihat keindahan pemandangan matahari naik pada waktu pagi bolehlah bersantai di sini.

Koa D Surfer Hotel Room

Bilik-bilik di hotel ini sangat selesa dengan katil yang besar dan dekorasi yang menyegarkan pandangan sesuai dengan tema hotel yang agak beachy.

Harga: Dari RM168+ Semalam

Alamat: Jalan Sri Kahyangan Berawa, 80361 Canggu

Selanjutnya Di Booking.com


Hotel Di Kuta

Kuta merupakan antara tarikan utama di Bali, jadi memang tak peliklah kalau sewaktu anda sampai di sini, dimana-mana sahaja anda toleh dipenuhi dengan pelancong. Banyak kedai makan dan gerai-gerai yang menarik di sini. Pantainya pula terkenal sebagai syurga bagi mereka yang sukakan aktiviti surfing.

10. Asana Agung Putra Hotel

Asana Agung Putra Bali

Hotel yang memiliki dua kolam renang ini terletak tidak jauh dari Pantai Kuta yang hanya 10 minit perjalanan kaki dari hotel. Lokasi yang strategik kerana berdekatan dengan banyak kedai dan restoran. Walaupun kawasan sekelilingnya agak hidup, atmosfera hotel ini tetap tenang dan selesa sebagai tempat penginapan. Untuk menambahkan lagi rasa relaks anda, anda boleh mendapatkan urutan badan di spa hotel ini yang memberikan perkhidmatan yang tip-top.

Asana Agung Putra Bali Room

Setiap bilik di hotel ini dihias dengan elegan dan bilik-biliknya juga luas, sesuai untuk anda yang datang bersama keluarga.  Katilnya juga sangat selesa dan lembut supaya penginap dapat tidur dengan lena selepas seharian makan angin di Bali.

Harga: Dari RM162+ Semalam

Alamat: Jl. Poppies 1, 80361 Kuta

Selanjutnya Di Booking.com


9. The Bene

The Bene Kuta

Hotel ini terletak berdekatan dengan pantai yang hanya 2 minit berjalan kaki dari hotel, bestkan? Kalau anda ingin membeli-belah, tempat shopping terdekat adalah Beachwalk shopping mall. Banyak juga kawasan menarik di sekitar Kuta yang terletak berdekatan hotel ini, namun suasana hotel tetap tenang tanpa sebarang pencemaran bunyi yang boleh mengganggu tidur malam.

The Bene Kuta Room

Di samping bilik yang selesa, anda boleh memanjakan diri di spa yang disediakan hotel. Kemudahan lain yang terdapat di hotel ini adalah pusat latihan surfing untuk anda yang ingin mencuba pengalaman bersurfing buat kali pertama dalam hidup. Ombak laut di Bali ni memang sesuai untuk aktiviti surfing.

Harga: Dari RM250+ Semalam

Alamat: Jalan Benesari, 80361 Kuta

Selanjutnya Di Booking.com


8. Dekuta

Dekuta Kuta Bali

Untuk ke pantai terdekat, jarak dari hotel ini hanyalah 5 minit perjalanan kaki.  Tempat-tempat makan pun banyak di sekitar hotel. Lokasi menarik seperti The Discovery Mall dan Waterboom Waterslide Park hanyalah 20 minit berjalan kaki dari hotel.

DeKuta Bali Room Image

Dekuta memiliki rekaan dalaman yang moden dan minimal, mewujudkan suasana yang tenang untuk anda sekeluarga bersantai. Setiap bilik lengkap dengan balkoni. Bilik-biliknya juga luas sesuai untuk anda yang bercuti bersama keluarga.

Harga: Dari RM164+ Semalam

Alamat: Pantai Kuta, Poppies Lane II, no 8, 80361 Kuta

Selanjutnya Di Booking.com


7. NauHere Hotel

Nau Here Hostel Back Packers

Sebuah penginapan khas buat backpackers yang sangat berpatutan untuk anda yang ingin berjimat sewaktu bercuti. Jenis penginapan yang terkenal di hotel ini adalah bilik tidur berkonsepkan kapsul yang penuh privasi. Dengan harga yang murah, anda tetap diberikan layanan sempurna dengan keselesaan penyejuk udara, TV, kemudahan internet, tempat penyimpanan barang dan lain-lain lagi.  Laptop juga disediakan di lobi hotel. Sangat sesuai untuk golongan backpackers.

Nau Here Room

Lokasi yang sempurna jauh dari kebisingan kawasan bandar, anda mendapat tidur yang lena pada waktu malam. Jarak hotel ini ke Jalan Legian yang meriah dengan bermacam jenis kedai menarik hanyalah 10 minit berjalan kaki.

Harga: Dari RM38+ Semalam (Berkongsi)

Alamat: Jaln. Patih Jelantik, Komplek Istana Kuta Galleria, 80361 Kuta

Selanjutnya Di Booking.com


6. Zen Rooms Sunset Road Kuta

Zem Rooms Kuta

Penginapan yang tenang ibarat di taman zen ini sesuai dengan namanya, Zen Rooms, menawarkan bilik tidur yang selesa terletak hampir dengan pantai. Lokasi hotel ini juga strategik, di kawasan sekitarnya terdapat banyak pusat membeli-belah dan tempat makan yang best.

Zen Rooms Kuta Sunset Road Room

Kemudahan lain yang disediakan hotel ini adalah kolam renang dan perkhidmatan shuttle untuk ke kawasan menarik sekitar Kuta.

Harga: Dari RM102+ Semalam

 Alamat: Sunset Road Street, 80361 Kuta

Selanjutnya Di Booking.com


Hotel Di Nusa Dua

Pantai-pantai di Nusa Dua yang berpasir putih menawarkan pemandangan yang indah untuk menenangkan fikiran. Banyak destinasi yang menarik yang boleh dilawati di sini seperti muzium, dan kuil-kuilnya yang bersejarah.

5. Ion Bali Benoa

ION Bali Benoa

Tidak jauh dari hotel ini iaitu lebih kurang dalam 5 minit pemanduan adalah sebuah pusat membeli-belah, tempat makan dan hiburan terkenal di Nusa, Bali Collection Complex. Kalau anda teringin menikmati bayu laut, anda boleh ke pantai terdekat iaitu Pantai Tanjung Benoa yang hanya 3 minit pemanduan dari hotel. Pihak hotel turut menyediakan perkhidmatan shuttle percuma untuk ke kawasan tarikan utama di sekitar Nusa dan juga ke pusat membeli-belah.

ION Bali Benoa Room

Yang menariknya di hotel ini adalah kolam renang yang menawarkan pemandangan indah dari atas bumbung.

Setiap bilik di hotel ini dihiasi dengan konsep moden minimalistik. Berlantaikan kayu, bilik-bilik ini juga lengkap dengan pelbagai kemudahan lain seperti peti ais, cerek elektrik, TV dan banyak lagi yang memberikan keselesaan kepada anda sekeluarga sewaktu menginap.

Harga: Dari RM137+ Semalam

Alamat: Jln. Pratama no. 93, 80363 Nusa Dua

Selanjutnya Di Booking.com


4. Hotel Santika Siligita

Hotel Santika Siligita

Hanya dalam 13 minit perjalanan kaki yang ditemani pemandangan indah dari hotel ini anda akan sampai ke pantai terdekat. Kalau anda ingin ke kompleks shopping, makan dan hiburan terkenal di Bali iaitu Bali Collection Complex, anda boleh menaiki shuttle yang disediakan secara percuma kepada penginap dan perjalanan hanya mengambil masa selama 10 minit dari hotel.

Hotel Santika Siligita Room

Bilik-bilik di hotel ini agak luas sesuai untuk percutian bersama keluarga. Gabungan warna-warna neutral yang digunakan hotel ini seperti coklat, putih, kelabu dan sedikit sentuhan warna hijau menimbulkan suasana yang relaks dan santai. Tingkap bilik yang dari lantai ke siling menawarkan pemandangan kolam renang dan kehijauan yang terbentang luas.

Antara kemudahan yang disediakan di hotel ini yang patut anda cuba adalah pusat spa, dan pusat kecergasannya.

Harga: Dari RM241+ Semalam

Alamat: Jalan Pintas Siligita 3A Banjar Peminge Nusa Dua, 80361 Nusa Dua

Selanjutnya Di Booking.com


3. Matahari Terbit

Matahari Terbit Hotel

Nak betul-betul dekat dengan pantai? Resort ini jaraknya dari pantai hanyalah 1 minit berjalan kaki. Apabila anda sampai ke resort ini, anda pasti tertarik dengan persekitarannya yang dikelilingi taman yang indah dengan pokok-pokok yang menghijau.

Setiap bilik di resort ini memiliki balkoni yang menawarkan pemandangan taman yang menyegarkan mata. Anda dapat tidur lena dengan suasana hotel yang begitu tenang dan penuh privasi.

Matahari Terbit Hotel Room

Berdekatan dengan hotel terdapat banyak kedai-kedai termasuk kedai mini yang dibuka 24 jam, restoran, tempat penukaran wang dan spa-spa.

Untuk aktiviti, pihak resort juga boleh mengaturkan aktiviti air untuk anda seperti snorkeling, memancing dan parasailing.

Harga: Dari RM203+ Semalam

Alamat: Jalan Pratama, 80363 Nusa Dua

Selanjutnya Di Booking.com


2. Mahogany Hotel

Mahogany Hotel Nusa Dua

Lokasi hotel ini yang terletak berdekatan degan highway menjadikannya sangat strategik kerana anda dapat mengakses kawasan lain sekitar Bali dengan mudah seperti ke Jimharan ataupun Uluwatu yang juga merupakan destinasi terkenal di Bali. Hotel ini juga hanyalah 15 minit dari airport.

Mahogany Hotel Deluxe Room

Dalam jarak 20 minit pemanduan, anda akan sampai ke Pantai Tanjung Benoa yang meriah dengan pelbagai aktiviti air yang menyeronokkan. Hotel ini menyediakan shuttle percuma untuk ke pantai dan Bali Collection Complex.

Sebuah penginapan yang tenang dan lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti penyejuk udara, ruang santai, peti ais dan banyak lagi. Anda pasti puas hati dengan penginapan anda di sini.

Harga: Dari RM129+ Semalam

Alamat: Jalan Taman Bali No.1, By Pass Ngurah Rai, Mumbul, 80363 Nusa Dua

Selanjutnya Di Booking.com


1. The Lerina Hotel Nusa Dua

The Lerina Hotel Nusa Dua

Penginapan yang tampak mewah dan elegan ini memang bak kata orang putih worth every penny. Lokasi yang strategik, lengkap dengan pelbagai fasiliti, dekorasi yang mantap dan khidmat pelanggan yang memuaskan hati.

The Lerina Hotel Nusa Dua Room

Hotel bajet ini terletak berdekatan dengan pelbagai destinasi menarik seperti Bali Collection Complex dan Garuda Wisnu Kencana Park yang kurang 15 minit dari hotel. Dalam 10 minit pemanduan pula anda akan sampai lokasi yang dipenuhi pelbagai jenis restoran menarik.

Hotel yang lengkap dengan spa ini turut memiliki gym dan kolam renang.

Bilik-biliknya yang berpenghawa dingin pula lengkap dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan sewaktu percutian.

Harga: Dari RM140+ Semalam

Alamat: Jl. Bypass Ngurah Rai No.1001X , 80361 Nusa Dua

Selanjutnya Di Booking.com


Rambang mata melihat hotel murah di Bali yang masing-masing memiliki daya tarikan tersendiri. Sesuailah dengan anugerah-anugerah pelancongan yang diterima Bali sebagai salah satu destinasi pelancongan yang terbaik di dunia. Hotel bajet yang tersenarai diatas hanya segelintir dari pilihan yang terdapat di pulau tersebut dan jika anda mahu melihat hotel lain anda boleh melawat Booking.com untuk menyemak tawaran penginapan terkini.

Dilawati ramai selebriti-selebriti terkenal sebagai tempat percutian seperti Julia Roberts, Paris Hilton, David Beckham dan banyak lagi. Apa yang difikirkan lagi, kalau mereka yang jauh beribu batu pun sanggup menempah tiket penerbangan ke Bali untuk menikmati syurga dunia ni. Jadi, tunggu apa lagi? Bercutilah ke Bali bersama keluarga yang tersayang untuk memberikan mereka memori indah yang takkan dapat dilupakan.



Related Posts