25 Hotel Murah Di Bangi Yang Selesa | Bilik Bawah RM250 Semalam

Diberi gelaran sebagai bandar ilmu, Bangi adalah sebuah bandar kecil di Selangor yang menempatkan banyak institusi pendidikan seperti UKM, sekolah-sekolah tahfiz, UNITEN dan banyak lagi.  Tidak kedengaran seperti lokasi yang menarik untuk percutian bukan? Namun begitu, bandar ini yang terletak di antara Putrajaya dan Kajang menjadikan ia destinasi penginapan pilihan ramai para pelancong.

Siapa tak kenal Kajang dengan satenya, Putrajaya dengan pusat membeli-belah dan taman indahnya, Bangi juga kini tidak kurang menariknya dengan lokasi-lokasi membeli-belah dan kedai makan yang begitu banyak. Memilih untuk menginap di Bangi adalah satu tindakan bijak bagi anda yang ingin menjejaki semua lokasi menarik yang ditawarkan di ketiga-tiga kota ini. Ingin lebih bijak lagi?

Pilihlah penginapan murah yang terbaik yang ditawarkan di Bangi, barulah puas dapat anda menikmati segala tarikan yang terdapat di sekitar apabila dapat berjimat dari segi penginapan bukan? Nak tahu di mana lokasi penginapan-penginapan ini? Teruskan membaca senarai hotel murah di Bangi yang pasti buat anda rasa teruja.

Kami juga turut menyenaraikan beberapa buah penginapan yang terdapat di Kajang untuk menambahkan lagi pilihan penginapan murah sekiranya anda merancang untuk bercuti ke sini bersama keluarga.

Bangi

25. Best View Hotel Bangi

Best View Hotel Bangi

Terletak hanya 15 minit dari pusat membeli-belah Alamanda, Best View Hotel Bangi bukan sahaja memiliki lokasi yang strategik untuk anda yang datang bercuti di bandar, malahan ia juga dikelililingi oleh pelbagai jenis restoran, memang terbaiklah bagi anda yang perut tak pernah kenyang.

Best View Hotel Bangi Room-Image

Di samping itu, bilik-bilik yang ditawarkan di sini juga agak luas dan sesuai untuk anda yang datang bercuti bersama keluarga.

Harga: Dari RM72+ Semalaman

Alamat: a10, a10-2, a10-3, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi,

Selanjutnya Di Booking.com

24. Bangi Gateway Hotel

Bangi Gateway Hotel

Dengan harga yang bermula dari bawah RM80 anda mendapat sebuah penginapan yang sangat selesa dan luas untuk percutian bersama keluarga tercinta di Bangi Gateway Hotel. Tak cukup dengan harganya yang murah, setiap sen yang dikeluarkan juga terasa sangat berbaloi dengan segala kemudahan yang disediakan seperti akses wifi dan juga televisyen sebagai hiburan sewaktu anda bersantai di dalam bilik.

Bangi Gateway Hotel Room Image

Di samping itu, ia juga terletak berdekatan dengan pasar yang boleh anda sampai dengan hanya berjalan kaki dari hotel. Di sekitar hotel ini pula terdapat banyak kedai makan yang boleh anda cuba disaat perut menggerodak kelaparan.

Harga: Dari RM73+ Semalaman

Alamat: B-2-G, Ground Floor, Bangi Gateway Shopping Complex, Persiaran Pekeliling Seksyen 15, 43650 Bangi

Selanjutnya Di Booking.com

23. 9 Square Hotel

9 Square Hotel Bangi

Bagi kaki shopping, kawasan sekitar 9 Square Hotel adalah syurga bagi anda. Salah satu kedai yang terletak berhampiran dengan hotel murah ini adalah butik Nora Danish, manakala IOI City Mall pula kurang 5 km dari hotel. Tempat makan? Boleh rambang mata anda melihat di sekitar hotel ini, kalau anda teringin ke McDonald’s ataupun Oldtown, hanya perlu berjalan kaki 10 minit sahaja dari hotel.

9 Square Hotel Room Image

Lokasi yang sangat mantap, bagaimana pula dengan bilik hotel? Saiz bilik agak kecil namun kebersihannya dan keselesaan yang ditawarkan sangat memuaskan hati. Yang penting, dapat tidur dengan selesa, tak begitu?

Harga: Dari RM89+ Semalaman

Alamat: C-01-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Pusat Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi

Selanjutnya Di Booking.com

22. 101 Hotel Bangi

101 Hotel Bangi

Hotel yang bersih, wifi percuma, lokasi yang strategik, bilik yang luas, kedengaran seperti sebuah hotel yang sempurna bukan?

101 Hotel Bangi Room Image

Ditambah lagi dengan harga yang bermula bawah dari RM120, tiada sebab untuk anda tidak memilih 101 Hotel Bangi  sebagai tempat penginapan anda apabila ke Bangi nanti. Backpacker? Melancong bersama keluarga? 101 Hotel Bangi  adalah tepat untuk anda.

Harga: Dari RM117+ Semalaman

Alamat: 21,23, Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bandar Baru Bangi, 46350 Kajang

Selanjutnya Di Booking.com

21. City Boutique Hotel Bangi

City Boutique Hotel Bangi

Terletak bersebelahan dengan Universiti Kebangsaan Malaysia adalah hotel murah City Boutique Hotel Bangi. Di sekitarnya pula terdapat banyak kedai makan yang mesti anda cuba termasuklah kedai nasi ayam yang dapat anda lihat di sebelah hotel.

City Boutique Hotel Bangi Room Image

Dah puas mengisi perut yang kosong, apa kata kalau anda mengisi waktu senggang anda di Bangi ini dengan berwindow shopping di pusat membeli-belah terdekat. Berkenaan biliknya pula, hotel ini menawarkan penginapan yang agak luas sesuai untuk anda yang datang ke Bangi beramai-ramai.

Harga: Dari RM142+ Semalaman

Alamat: No 13, Jalan 15/1B, Seksyen 15, 43650 Bangi

Selanjutnya Di Booking.com

20. Grand Sri Lagenda

Grand Sri Lagenda

Penginapan yang cukup elegan rekaan dalamannya, membuatkan anda tertanya-tanya, benarkah semurah ini harga penginapan yang ditawarkan?

Grand Sri Lagenda Room Image

Bukan sahaja memiliki dekorasi dalaman yang menyejukkan mata, di sesetengah bilik yang terdapat di Grand Sri Lagenda juga memiliki ruang balkoni yang mana anda boleh bersantai bersama keluarga untuk menikmati pemandangan indah gunung-ganang yang terhampar ibarat lukisan. Cukup sesuai dengan nama yang diberikan Grand Sri Lagenda yang persis Lagenda Gunung Ledang.

Harga: Dari RM150+ Semalaman

Alamat: Jalan Perdana Jalan Gerbang Wawasan 1, 43650 Bangi

Selanjutnya Di Booking.com

19. Sherwood Gateway Hotel

Sherwood Gateway Hotel Bangi Main Image

Menggabungkan warna-warna natural dalam dekorasi dalaman bilik tidurnya, Sherwood Gateway Hotel memberikan anda sekeluarga penginapan yang cukup menyejukkan mata. Tona warna coklat, kelabu, hitam dan putih,  mewujudkan atmosfera ekslusif yang sukar didapati di hotel murah yang lain.

Sherwood Gateway Hotel Room Image

Tambahan lagi dengan status hotel ini yang agak baru, perabot-perabotnya kelihatan cukup segar dan kebersihannya juga sangat memuaskan hati. Ia juga sesuai untuk dijadikan penginapan beramai-ramai kerana ruang biliknya yang agak luas.

Harga: Dari RM159+ Semalaman

Alamat: Plaza Bangi Perdana, Jalan Gerbang Wawasan 1, 43650 Bangi

Selanjutnya Di Booking.com

18. Hotel Bangi-Putrajaya

Hotel Bangi Putrajaya

Hotel Bangi-Putrajaya adalah sebuah penginapan yang sangat sesuai untuk anda yang mengidamkan sebuah percutian yang penuh ketenangan. Dikelilingi dengan kehijauan tumbuhan hijau, pemandangan dari bilik di Hotel Bangi-Putrajaya ini sangat menyegarkan mata. Tiada gangguan bunyi yang mengganggu tidur malam anda, tiada pencemaran udara yang menyesakkan dada. Siapa kata di bandar tiada tempat sebegini?

Hotel Bangi Putrajaya Room Image

Kemudahan yang ditawarkan hotel ini juga sangat memuaskan hati, seperti kemudahan mandian stim, sauna, gelanggang tenis, kolam renang, jakuzi dan biliard. Di hotel ini sahaja pelbagai aktiviti boleh anda lakukan bersama keluarga. Tidak cukup dengan itu, wifi yang disediakan hotel ini juga sangat pantas. Zaman moden ini, mendapat penginapan dengan internet yang pantas seperti mendapat duit raya pulakan?

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: Off Persiaran Bandar, 43650 Bangi

Selanjutnya Di Booking.com

17. Casa Avenue

Casa Avenue Main Image

Casa Avenue adalah sebuah penginapan rumah teres dengan empat buah bilik yang dihias secara minimal untuk keselesaan anda. Rumah ini patut menjadi pilihan anda sekiranya ke Bangi dalam bilangan kontinjen yang besar.

Casa Avenue Room Image

Penggunaan ruang yang cukup minimum dengan hanya perabot-perabot yang penting namun lengkap memaksimumkan lagi keluasan rumah ini. Di samping itu, rumah ini turut menyediakan ruang dapur yang lengkap dengan peti ais, microwave dan juga pemanas air.

Harga: Dari RM290+ Semalaman

Alamat: No 62 , Jalan 7/16 Bangi Avenue 3, Seksyen 7, 43000 Jalan Bangi

Selanjutnya Di Booking.com

Kajang

16. EV World Kajang

Ev World Kajang

Ev World Kajang adalah sebuah penginapan murah yang terletak berhadapan dengan Kajang Perdana Avenue. Dari hotel ini juga, dalam hanya 10 minit berjalan kaki anda akan menemui banyak kedai makan yang menarik termasuklah kedai mamak bagi anda yang tak boleh tinggal makan roti canai.

EV World Kajang Room Image

Tidak padan dengan harga murah yang ditawarkan hotel ini, persekitaran hotel ini cukup terjaga dan bersih, bilik-biliknya pula menggunakan lantai kayu yang sangat selesa dipijak, katilnya empuk membuatkan tidur anda cukup lena tatkala dibuai mimpi indah. Tidak cukup dengan keselesaan seperti hotel 5 bintang ini, dari ruang lobinya juga anda boleh mendapatkan kopi percuma.  Bagaimana? Nak pandang hotel lain lagi?

Harga: Dari RM65+ Semalaman

Alamat: No. 28, Jalan TTDI Grove 1/1, Taman TTDI Grove, Kajang, Selangor, 43000 Kajang

Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 20 min (14.5 km) via Lebuhraya SILK/Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang/E18

Selanjutnya Di Booking.com

15. ECO Hotel Putra Kajang

ECO Hotel Putra Kajang

Bagi kaki suka berjalan-jalan cari makan, ECO Hotel Putra Kajang adalah salah satu hotel murah yang agak strategik lokasinya. Mana tidaknya, berjalan kaki di sekitar hotel ini anda dapat melihat banyak kedai makan menarik, ikut sahaja selera anda, masakan Melayu? India? Barat? Arab? Macam-macam tersedia untuk anda pilih.

ECO Hotel Putra Kajang Room Image

Di samping itu, berkenaan bilik yang ditawarkan hotel ini pula, hiasan dalamannya agak simple, dengan tema berwarna hijau, agak sejuk mata memandang, di tambah lagi dengan kebersihan yang sangat memuaskan. RM78? Ternyata anda mendapat lebih daripada nilai wang yang telah dikeluarkan.

Harga: Dari RM78+ Semalaman

Alamat: No 2-1, Jalan Putra 5, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang

Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 9 min (3.9 km) via Persiaran Bangi

Selanjutnya Di Booking.com

14. Prescott Hotel Kajang

Prescott Hotel Kajang

Berlokasi di atas bukit, Prescott Hotel Kajang memberikan anda akses kepada keistimewaan yang ditawarkan di dalam Kelab Mewah hotel ini. Untuk menuju ke kelab hotel ini yang menawarkan pelbagai fasiliti menarik seperti kolam renang, anda boleh menaiki shuttle yang disediakan.

Prescott Hotel Kajang Room Image

Selain itu, berdekatan dengan hotel ini juga anda  boleh menemui kedai sate yang terkenal di Kajang iaitu Sate Haji Samuri, cuba jangan tak cuba!

Harga: Dari RM128+ Semalaman

Alamat: Wisma Metro Kajang, Jalan Semenyih, 43000 Kajang

Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 16 min (7.6 km) via B17 dan Persiaran Bangi

Selanjutnya Di Booking.com

13. RHR Hotel At Uniten

RHR Hotel At Uniten Hotel Image

Hotel murah RHR Hotel At Uniten terletak tidak jauh daripada Putrajaya yang hanya 4.8 km dan Bandar Baru Bangi pula hanyalah 14 minit pemanduan dari hotel. Cukup strategik.

RHR Hotel At Uniten Room Image

Bilik-bilik yang ditawarkan hotel ini sesuai untuk anda yang datang bercuti dalam bilangan yang ramai kerana ruangnya yang agak luas. Sekiranya anda menginap di hotel ini, jangan lupa untuk menjamu selera di restoran milik hotel ini yang turut menyajikan pemandangan indah kawasan tasik.

Harga: Dari RM157+ Semalaman

Alamat: Km 7, Jalan IKRAM-UNITEN, 43009 Kajang

Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 14 min (7.9 km) via Persiaran Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

12. Oriental Crystal Hotel

Oriental Crystal Hotel Main Image

Sekiranya anda bercuti ke Bangi bersama keluarga dan menginap di Oriental Crystal Hotel, bilik deluxe hotel ini adalah yang paling sesuai kerana agak luas. Bukan itu sahaja, dengan harga di bawah RM200 juga anda dapat menikmati mandian di dalam tab mandi yang disediakan.

Oriental Crystal Hotel Room Image

Bukan senang nak jumpa hotel murah yang lengkap dengan tab mandi sebegini. Di samping itu, kemudahan lain yang menjadi bonus penginapan anda di sini adalah kolam renang, gym, mandian stim dan juga khidmat rawatan spa.

Harga: Dari RM160+ Semalaman

Alamat: Lot 13, Jalan S10/3, Section 10, Off Jalan Bukit, 43000 Kajang

Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 21 min (8.5 km) via B17 dan Persiaran Bangi

Selanjutnya Di Booking.com

11. F&L Homestay at DeCentrum Kajang – Bangi

F&L Homestay at DeCentrum Main Image

F&L Homestay adalah penginapan jenis apartment yang terletak di DeCentrum Kajang. Apartment ini menawarkan pemandangan kolam renang yang menyejukkan mata.

F&L Homestay at DeCentrum Room Image

F&L Homestay turut menyediakan kemudahan akses internet berkelajuan tinggi yang memudahkan anda untuk upload gambar-gambar percutian mahupun untuk menonton movie sebelum melelapkan mata. Di samping internet yang power, penginapan ini turut menyediakan banyak kemudahan lain seperti pusat kecergasan, taman permainan kanak-kanak dan juga kemudahan BBQ.

Harga: Dari RM170+ Semalaman

Alamat: Jalan Ikram-Uniten C-14-8 Decentrum Tower, 43000 Kajang

Jarak Ke Bandar Baru Bangi:  11 min (6.2 km) via Persiaran Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

10. Isara Homestay

Isara Homestay Main Image

Lengkap dengan kolam renang dan pusat kecergasan, Isara Homestay adalah sebuah apartment yang sesuai untuk penginapan bersama keluarga. Apartment ini cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk menambahkan keselesaan anda dan keluarga yang menginap dalam jangka masa pendek mahupun panjang.

Isara Homestay Room Image

Bagi anda yang ingin membeli-belah, Isara Homestay terletak hanya 2.8 km sahaja dari pusat membeli-belah IOI City.

Harga: Dari RM179+ Semalaman

Alamat: De Centrum Studio Room De Centrum Tower, Jalan Ikram-Uniten, Taman Unipark Suria, 43000 Kajang

Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 11 min (6.2 km) via Persiaran Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

9. The Everly Putrajaya

The Everly Putrajaya

Dengan harga yang bermula di bawah RM200, anda sekeluarga dapat menginap di sebuah hotel yang cukup elegan rekaan dalamannya. Bukan sahaja cantik di mata, kemudahan yang disediakan hotel ini juga tidak kurang hebatnya, lengkap dengan akses wifi yang sangat superb. Apa salahnya keluarkan wang lebih sedikit untuk penginapan yang lebih hebat dan selesa seperti ini bukan?

The Everly Putrajaya Room Image

Selain itu, lokasinya juga menjadi daya tarikan hotel ini kerana terletak begitu dekat dengan pusat membeli-belah Alamanda termasuklah kedai-kedai makan yang menarik.

Harga: Dari RM188+ Semalaman

Alamat: No.1 Jalan Alamanda 2, Precinct 1, 62000 Putrajaya

Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 17 min (13.1 km) via Lebuhraya Lembah Klang Selatan/E26

Selanjutnya Di Booking.com

8. ANF Homestay @ De Centrum

ANF Homestay @ De Centrum Main Image

Sebenarnya banyak juga homestay yang terletak di De Centrum ini, dan antaranya adalah ANF Homestay. Lokasinya yang terletak berdekatan dengan pusat membeli-belah terkenal IOI Mall menjadikan ia pilihan ramai penginap yang datang dari jauh. Tidak cukup dengan lokasi yang hebat, tempat penginapan ini cukup lengkap dengan pelbagai fasiliti menarik seperti gym, kolam renang, taman permainan, kedai makan dan juga kedai runcit.

ANF Homestay @ De Centrum Room Image

Agak selesa untuk anda yang ingin menginap dalam jangka masa yang panjang bersama keluarga. Rekaan dalaman apartment ini pula agak simple dan moden, membuatkan anda terasa seperti tinggal di sebuah hotel.

Harga: Dari RM199+ Semalaman

Alamat: C-13-2A, Jalan Ikram-Uniten, Taman Unipark Suria DeCentrum, Selangor, 43000 Kajang

Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 11 min (6.2 km) via Persiaran Jaya

Selanjutnya Di Booking.com

7. Homestay Zallea

Homestay Zallea

Bertempat di Kondominium Kristal Villa, Homestay Zallea adalah sebuah kondominium yang lengkap dengan kolam renang untuk anda sekeluarga bermandi-manda setelah puas makan angin di kawasan sekitar. Homestay ini sangat santai dengan ruangan balkoninya untuk anda menghirup udara luar, sekiranya anda sudah puas lepak di dalam rumah, anda juga boleh ke ruang taman indah kondominium ini untuk menenangkan fikiran.

Homestay Zallea Room Image

Selain itu, Homestay Zallea juga memiliki ruang dapur yang lengkap dengan tempat memasak, peti ais dan pemanas air, tak perlulah nak makan di luar setiap kali perut berbunyikan?

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Alamat: Kondominium Kristal Villa, Jalan Kajang Villa 3, Taman Kajang Villa,43000 Selangor Darul Ehsan. KV 04-06, 43000 Kajang

Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 9 min (5.5 km) via Persiaran Bangi

Selanjutnya Di Booking.com

6. Homestay Tok Ayah

Homestay Tok Ayah Main Image

Homestay Tok Ayah adalah sebuah lagi penginapan yang terletak di Kondominium Kristal Villa. Pusat-pusat membeli-belah seperti Giant, Billion, Econsave, Bangi Gateway dan Warta Bangi semuanya di dalam 15 minit perjalanan dari homestay. Lokasi yang cukup strategik.

Homestay Tok Ayah Room Image

Homestay Tok Ayah turut menyediakan ruang dapur yang lengkap bagi anda yang ingin memasak makanan sendiri sepanjang penginapan.

Harga: Dari RM220+ Semalaman

Alamat: Jalan Nadayu 2, 43500 Kajang

Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 10 min (5.8 km) via Persiaran Bangi

Selanjutnya Di Booking.com

5. DKajang Villa Homestay

DKajang Villa Homestay

Apartment DKajang Villa Homestay adalah sebuah penginapan dengan 3 buah bilik selesa dan sebuah ruang dapur yang lengkap. Dari apartment ini juga anda boleh bersantai di ruang balkoni untuk menikmati udara segar.

DKajang Villa Homestay Room Image

Di samping penginapan yang sempurna, DKajang Villa Homestay turut menawarkan fasiliti kolam renang untuk anda sekeluarga bermandi-manda mengisi waktu lapang di sini.

Harga: Dari RM236+ Semalaman

Alamat: Jalan Kajang Villa, 43000 Kajang

Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 8 min (5.3 km) via Persiaran Bangi

Selanjutnya Di Booking.com

4. Nabiha [email protected] Height Bangi Kajang

Nabiha Residens

Nabiha Residens adalah sebuah apartment 4 bilik dengan sebuah ruang tamu, ruang makan dan juga dapur. Dengan harga yang ditawarkan, Nabiha Residens ternyata sangat berbaloi terutama sekali dengan kemudahan mesin basuh dan 2 buah tandasnya yang cukup memudahkan anda yang menginap.

Nabiha Residens Room Image

Dengan ruang balkoni berpemandangan kolam renang dan taman, Nabiha Residens yang terletak di Hijauan Height  ini sangat sesuai untuk anda yang ingin mendapatkan ketenangan sewaktu percutian. Di samping itu, ia juga lengkap dengan fasiliti seperti kolam renang dan pusat kecergasan untuk anda sekeluarga beraktiviti.

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: Apartment Hijauan Heights, Jalan Vista Emas 3 B-5-14, 43000 Bangi

Selanjutnya Di Booking.com

3. Parque Suites Hijauan Heights Bangi

Parque Suites Hijauan Heights Bangi

Parque Suites yang terletak di Hijauan Heights Bangi menyediakan dua buah apartment yang berbeza sebagai pilihan penginapan anda bersama keluarga. Yang pertama memiliki 3 buah bilik tidur dan apartment yang kedua pula menawarkan 4 buah bilik tidur beserta pemandangan kolam renang.

Parque Suites Hijauan Heights Bangi Room Image

Kedua-duanya memiliki ruang balkoni untuk anda bersantai menikmati pemandangan dan udara menyegarkan.

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: Jalan Vista Emas 3, Apt A-7-7, 43000 Kajang

Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 17 min (8.5 km) via Persiaran Bandar

Selanjutnya Di Booking.com

2. Casa Greenery Suites 4 Bedroom @ Bangi

Casa Greenery Suites 4 Bedroom @ Bangi

Casa Greenery Suites terletak tidak jauh dari Bangi Waterpark yang hanya 10 minit dari apartment. Tapi seperti biasa, tiada pengakhirannya keseronokan bermandi-manda bukan? Walaupun anda sudah singgah ke Bangi Waterpark, jangan disia-siakan kemudahan kolam renang apartment ini yang cukup luas. Pusat kecergasan juga disediakan bagi anda yang ingin mengeluarkan peluh.

Casa Greenery Suites 4 Bedroom @ Bangi Room Image

Berkaitan penginapan di Casa Greenery Suites pula, apartment ini menawarkan 4 buah bilik tidur yang selesa, balkoni dengan pemandangan kolam renang dan taman, dapurnya pula lengkap dengan microwave, peti sejuk dan juga cerek.  Sebuah penginapan yang selesa bersama keluarga untuk jangka masa yang panjang.

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: B-8-11 Apartment Hijauan Height, 43000 Kajang

Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 17 min (8.5 km) via Persiaran Bandar

Selanjutnya Di Booking.com

1. Villa 223

Villa 223

Villa 223 adalah sebuah apartment 3 bilik yang turut memiliki ruang dapur yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Bawa sahaja makanan kegemaran anda ke apartment ini kerana peti ais, dapur memasak dan microwave turut disediakan.

Villa 223 Room Image

Tak perlu bersusah-payah mencari kedai makan. Kemudahan lain yang disediakan apartment ini adalah akses wifi dan juga tv bersaluran kabel. Selain itu, lokasi Villa 223 ini juga agak strategik dengan pusat membeli-belah IOI City yang terletak kurang 3 km dari apartment.

Harga: Dari RM250+ Semalaman

Alamat: Lot 7, Lorong Mawar Putih 1, Kampung Dato Abu Bakar Baginda, 43000 Kajang

Jarak Ke Bandar Baru Bangi: 16 min (7.5 km) via Persiaran Pusat Bandar 1

Selanjutnya Di Booking.com

Menarik juga hotel murah di Bangi bukan? Tidak cukup dengan 25 pilihan penginapan ini? Nak rambangkan lagi mata anda dengan pilihan lain? Layari sahaja booking.com untuk mendapatkan senarai penginapan yang lebih banyak dengan harga yang pasti tidak menipiskan poket anda.

Akhir kata, terima kasih kerana membaca sehingga ke penghujung artikel, semoga anda sekeluarga berseronok di bercuti di Bangi!

Baca: 14 Hotel Bajet Di Cyberjaya Yang Menarik



Related Posts