10 Hotel Murah Di Cherating Untuk Percutian Pantai Yang Santai

Siapa tak kenal sebuah perkampungan yang dikelilingi lautan indah di Pantai Timur Malaysia iaitu Cherating. Bukan hanya kawasan pantainya yang menarik perhatian pelancong, malahan banyak lagi tarikan menarik yang lain seperti mencanting batik, kawasan penetasan penyu, makanan-makanannya yang berasaskan laut seperti keropok lekor, otak-otak, sata dan banyak lagilah.

Cukup sekali pakej yang ditawarkan Cherating ini. Mungkin anda dah tak sabar untuk merasai pengalaman bercuti ke Cherating, tapi sebelum bercuti ke mana-mana, seperti biasa, kenalah buat kajian dulu mana nak menginapkan?

Mesti ramai antara anda yang ingin berjimat dalam keadaan ekonomi yang sebegini tapi dalam masa yang sama ingin mengembirakan hati keluarga yang tercinta dengan membawa mereka bercuti, oleh itu, kami MaiSinggah memudahkan pencarian anda dengan menyenaraikan hotel murah di Cherating yang pasti menambah kepada keistimewaan percutian anda.

10. Suria Cherating Beach Resort

Suria Cherating Beach Resort - Main Image

Di tepian Laut China Selatan, terletaknya sebuah resort yang memberikan ketenangan jiwa, Suria Cherating Beach Resort. Resort ini menawarkan bilik-bilik dengan pemandangan laut ataupun taman, yang mana yang menjadi pilihan anda? Kawasan di sekitar resort pula dikelilingi oleh pokok-pokok pine dan lanskap tropika yang menyejukkan pandangan mata.

Suria Cherating Beach Resort - Room Image

Antara kemudahan yang disediakan resort ini yang dapat dinikmati dengan bayaran bawah daripada RM200 adalah kolam renang, tempat bermain netball, dan banyak lagi aktiviti pantai yang lain.

Lokasi best, banyak pula tu kemudahan yang menarik untuk anda sekeluarga beraktiviti, macam mana? Nak cari tempat penginapan lain lagi?

Harga: Dari RM133+ Semalaman

Alamat: Km 32.5 Jalan Kuantan, 26080 Cherating

Selanjutnya Di Booking.com

9. Casa Adelia Guesthouse

Casa Adelia Guest House

Casa Adelia Guesthouse adalah sebuah penginapan indah yang terletak tidak jauh dari Cherating, hanya 13 minit pemanduan dari guesthouse ini. Casa Adelia Guesthouse adalah sebuah rumah teres satu tingkat yang lengkap dengan 2 buah bilik air dan 3 bilik tidur.

Kalau anda mempunyai keluarga yang besar, inilah pilihan terbaik anda untuk penginapan percutian berdekatan Cherating. Tak perlu nak berebut tempat tidur dan semua ahli keluarga dapat tidur yang lena, barulah best.

Peralatan dapur yang disediakan rumah ini juga lengkap untuk kemudahan anda seperti periuk nasi, pembakar roti, peti ais dan banyak lagi. Kan dah dapat jimat kalau masak sendiri. Anda boleh juga menggunakan peralatan bbq yang disediakan Casa Adelia Guesthouse kalau nak bersantai di tepi pantai sambil menikmati bbq, barulah terasa percutian tu!

Harga: Dari RM110+ Semalaman

Jarak Dari Cherating: 11.8 KM via Jln Kuantan – Kemaman/Route 3/AH18 | 13 Minit Pemanduan

Alamat: No.413, Jalan BP 2/7 Taman Banggol Permai, Terangganu, 24000 Cukai

Selanjutnya Di Booking.com

8. Samsuria Beach Resort & Residence

Samsuria Beach Resort- Main Image

Macam tak percaya je dengan harga di bawah RM250, anda boleh merasa penginapan di sebuah apartment yang kelihatan agak mewah rekaan dalamannya. Apartment ini juga lengkap dengan kemudahan seperti kolam renang yang cukup luas dan juga pusat kecergasan dengan pemandangan kolam, sambil-sambil bersenam melihat kawasan kolam, dapatlah anda merelakskan fikiran.

Samsuria Beach Resort - Room Image

Setiap apartment yang ditawarkan di sini menyajikan anda dengan pemandangan indah laut China Selatan. Di samping itu, untuk keselesaan sepanjang penginapan, ruangan dapur apartment ini lengkap dengan pelbagai peralatan. Bolehlah anda beli dan masak sendiri, dapatlah berjimatkan?

Harga: Dari RM220+ Semalaman

Jarak Dari Cherating: 12.5 KM via Jln Kuantan – Kemaman/Route 3/AH18 | 12 Minit Pemanduan

Alamat: Jalan Sungai Ular Damai 1,Balok, Pahang, Malaysia Samsuria Beach Residence, 26080 Kampung Sungai Ular

Selanjutnya Di Booking.com

Baca: 35 Destinasi Terbaik Di Kuala Terengganu

7. Kemaman Sands

Kemaman Sands - Main Image

Lengkap dengan kolam renang dan taman permainan kanak-kanak, menginap di Kemaman Sands pasti akan memberikan keseronokan kepada anda sekeluarga. Di samping berdekatan dengan kawasan pantai, hotel ini juga turut terlibat dalam program pemuliharaan penyu yang mana anda berpeluang untuk turut serta dalam aktiviti melepaskan bayi-bayi penyu ke dalam laut! Peluang yang bukan senang nak dapat ya, anak-anak anda pasti gembira dapat menyentuh haiwan yang comel ini.

Berkaitan dengan bilik penginapan di sini pula, rekaan dalamannya cukup menyejukkan mata, menggunakan tona-tona warna natural dengan sedikit gabungan warna-warni pada lukisan di dinding menghidupkan suasana bilik.

Kemaman Sands - Room Image

Untuk menjamu selera, anda boleh singgah ke Restoran Cik Wan yang terletak hanyalah beberapa tapak dari hotel untuk merasa sata, otak-otak dan banyak lagi. Tak sahlah kalau tak makan makanan-makanan sebegini kalau dah sampai di pantai timurkan?

Dekat dengan pantai, dekorasi bilik yang menarik, restoran pun dekat. Sebuah penginapan yang cukup sempurna! Murah lagi tu. Jadi apa lagi? Booking sebelum hotel penuh!

Harga: Dari RM143+ Semalaman

Jarak Dari Cherating: 11.6 KM Jln Kuantan – Kemaman/Route 3/AH18 | 12 Minit Pemanduan

Alamat: Kemaman  Sands 1403, Taman Sri Pantai, Kampung Geliga Besar,, 24000 Kampong Geliga Besar

Selanjutnya Di Booking.com

6. Home 2 Hotel Sdn Bhd

Home 2 Hotel Sdn Berhad

Dari Home 2 Hotel Sdn Bhd untuk ke Cherating hanyalah 15 minit pemanduan. Walaupun anda perlu memandu beberapa minit untuk sampai ke Cherating, keselesaan dan kecantikan rekaan dalaman hotel ini membuatkan anda tak fikir dua kali.

Home 2 Hotel Sdn Berhad - Room Image

Di samping itu, pernah anda jumpa hotel murah yang lengkap dengan water disperser dalam bilik penginapan? Ya di Home 2 Hotel Sdn Bhd, anda tak perlu bersusah-payah memastikan bekalan air minuman cukup terutama sekali setelah penat makan angin di sekitar Cherating. Biliknya juga luas dan dihias dengan moden, cukup selesa untuk percutian bersama keluarga.

Harga: Dari RM108+ Semalaman

Jarak Dari Cherating: 14.5 KM via Jln Kuantan – Kemaman/Route 3/AH18 | 15 Minit Pemanduan

Alamat: Lot 10967,10968 & 10969 Jalan Jakar, 24000 Cukai

Selanjutnya Di Booking.com

5. De Rhu Beach Resort

De Rhu Beach Resort - Main Image

De Rhu Beach Resort adalah sebuah resort yang cukup lengkap, walaupun murah, ianya sempurna dengan pelbagai kemudahan yang menarik seperti gym, taman permainan untuk kanak-kanak dan juga kolam renang. Kolam renangnya pun siap ada gelongsor air lagi, memang terbaiklah!

De Rhu Beach Resort - Room Image

Untuk biliknya pula, agak luas cukup sesuai untuk penginapan bersama keluarga. Pemandangan dari bilik juga sangat mengasyikkan, mana taknya, sebagai resort tepi pantai, anda yang menginap di sini dapatlah menikmati pemandangan air laut 24 jam. Dah bosan duduk di bilik, bawalah keluarga anda berkelah di tepi pantai sambil menikmati bbq. Jangan lupa untuk membawa peralatan berkelah yang lengkap sebelum ke sini.

Harga: Dari RM155+ Semalaman

Jarak Dari Cherating: 27.6 KM via Jln Kuantan – Kemaman| 27 Minit Pemanduan

Alamat: 152, Sg Karang, Beserah, 26100 Kuantan

Selanjutnya Di Booking.com

4. Residence Inn Cherating

Residence Inn Cherating- Main Image

Terletak hanya 1 minit perjalanan kaki untuk ke kawasan pantai, apa lagi yang anda inginkan kalau menginap di Cherating? Kolam renang? Gym? Bilik yang lengkap dengan balkoni? Semuanya ada di Residence Inn Cherating.

Bilik-bilik yang ditawarkan oleh Residence Inn Cherating agak luas, sesuai untuk penginapan bersama keluarga. Selain itu, Residence Inn Cherating  juga lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bar mini dan TV bersaluran satelit.

Residence Inn Cherating - Room Image

Sekiranya anda ingin berbbq bersama keluarga, peralatan ini turut disediakan pihak hotel. Memang bestlah kalau dapat menikmati makanan panas-panas sambil menikmati pemandangan pantai!

Harga: Dari RM187+ Semalaman

Alamat: Lot 826 Mukim Sungai Karang Kuantan, 26080 Cherating

Selanjutnya Di Booking.com

3. Holiday Villa Beach Resort Cherating

Holiday Villa Beach Resort Cherating - Main Image

Moden dan tradisional, inilah konsep yang diketengahkan Holiday Villa Beach Resort Cherating. Bila anda melangkahkan kaki ke kewasan hotel ini, anda dapat lihat lanskap sekitar yang menghijau dan sejuk dipandang mata.

Holiday Villa Beach Resort Cherating - Room Image

Hotel ini menawarkan penginapan bilik, suite yang luas dan juga villa taman. Sekiranya anda tidak kisah untuk bayar lebih untuk penginapan yang lebih menarik, villa taman patut menjadi pilihan utama, kerana bila lagi anda nak merasa tinggal di sebuah rumah yang dikelilingi taman yang indah? Waktu bercutilahkan?

Di samping itu, antara kemudahan menarik yang disediakan hotel adalah kolam renang, pusat kecergasan dan juga spa yang memberikan rawatan ala-Bali.

Harga: Dari RM190+ Semalaman

Alamat: Lot 1303, Mukim Sungai Karang,, 26080 Cherating

Selanjutnya Di Booking.com

2. Casa Titik

Casa Titik - Main Image

Casa Titik merupakan sebuah penginapan tepi pantai dengan konsep terbuka yang lengkap dengan taman yang indah untuk anda bersantai bersama keluarga serta kolam renang dewasa dan kanak-kanak.

Kerana lokasinya yang begitu strategik sebagai sebuah casa penginapan di tepi pantai, pelbaga aktiviti menarik yang boleh diatur untuk dilakukan bersama keluarga seperti mencanting batik, menunggang kuda, memancing dan banyak lagi yang terlintas di fikiran anda untuk percutian menyeronokkan di tepi pantai. Yang menariknya, kawasan pantai di Casa Titik ini juga agak privasi, terasa seperti berada di pulau peribadi.

Casa Titik - Room Image

Antara fasiliti lain yang disediakan penginapan ini adalah dapur yang lengkap di mana anda boleh mendapatkan minuman dan kudapan untuk dinikmati sambil menikmati pemandangan sekitar hotel. Sebuah penginapan yang cukup indah.

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Alamat: Lot 27105, Jalan Kuantan-Kemaman, Sg. Baging, Mukim Sg. Karang, Kuantan, 26080 Cherating

Selanjutnya Di Booking.com

1. The Legend Cherating Beach Resort

The Legend Cherating Beach

Kata orang, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, tapi siapa tak suka merasa bayu laut siang dan malamkan? Sekali-sekala bercuti tu bawalah keluarga merasa penginapan di tepi pantai. Salah satu resort yang menawarkannya adalah The Legend Cherating Beach Resort.

Dari resort ini untuk ke pantai, hanyalah 2 minit berjalan kaki. Sudahlah dekat dengan pantai, lengkap pula tu dengan 2 kolamnya sendiri yang agak luas untuk dewasa dan kanak-kanak.

The Legend Cherating Beach - Room Image

Setiap bilik di resort ini pula menawarkan pemandangan indah kawasan sekitar sama ada air laut biru China Selatan, kolam renang ataupun taman. Untuk menikmati pemandangan menyejukkan mata ini anda boleh bersantai di ruang balkoni yang terdapat di setiap bilik. Kalau anda bangun pada awal pagi, dapatlah anda menikmati panorama indah cahaya matahari terbit dari bilik.

Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dirancang untuk dilakukan bersama keluarga di Mizi Watersport Centre resort ini, nak main volleyball? Water polo? Memanah? Dan lain-lain lagi, semuanya boleh diatur dari resort.

Harga: Dari RM200+ Semalaman

Alamat: Lot 1290, Mukim Sungai, Karang, Cherating, 26080 Cherating

Selanjutnya Di Booking.com

Ada yang menjadi pilihan anda? Kalau ini masih tak cukup, nak pilihan lagi banyak, anda boleh layari booking.com. Bermacam-macam lagi pilihan hotel murah di Cherating lain yang ditawarkan laman web ini, harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan.

Kalau dah tahu di mana untuk tinggal bila bercuti di Cherating nanti, apa kata kalau anda baca artikel kami Tempat Menarik di Cherating untuk memudahkan anda merancang perjalanan anda di sana.

Sekian, terima kasih kerana telah meluangkan masa anda membaca sehingga ke penghujung artikel. Semoga anda sekeluarga dapat menikmati percutian yang tidak dapat dilupakan dan menenangkan jiwa di Cherating!



Related Posts