25 Hotel Murah di Langkawi | Percutian Bajet Bawah RM100 & RM200

Jika dilihat sekali imbas memang banyak pilihan Hotel Murah di Langkawi, tetapi memilih penginapan sesuai yang akan memberi nilai terbaik untuk wang merupakan cabaran utama kepada mereka yang pertama kali bercuti ke pulau tersebut.

Hotel Murah Di Langkawi

Kebanyakan hotel di Pulau Langkawi boleh dijumpai di dua destinasi pelancongan popular iaitu sekitar Bandar Kuah ataupun di Pantai Cenang. Kedua-dua kawasan ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

Di Bandar Kuah anda tidak akan ada masaalah untuk mencari tempat makan yang sedap dan juga terdapat pelbagai kedai Duty Free popular di bandar tersebut.

Pekan Kuah

Jika anda mencari penginapan yang berdekatan dengan pantai pula, pilihan hotel di sekitar kawasan Pantai Cenang mungkin lebih sesuai untuk anda.

Di Pantai Cenang anda berpeluang untuk melawat destinasi popular seperti Muzium Padi dan Langkawi Underwater World. Anda juga boleh melakukan aktiviti sukan air yang menarik seperti Jet-Ski dan Parasailing.

pantai-cenang

Selari dengan tajuk post ini, saya telahpun menyenaraikan hotel murah di Pulau Langkawi yang saya rasa paling berbaloi dengan harga yang dibayar. Saya telah membahagikan senarai ini kepada dua bahagian iaitu:

  • Hotel Murah di Pantai Cenang dengan bajet RM100 ke RM200 semalam
  • Hotel Murah di Bandar Kuah dengan bajet RM100 ke RM200 semalam

Setiap satu tempat yang tersenarai di bawah menawarkan pengalaman penginapan, fasiliti dan perkhidmatan yang berbeza kepada tetamu.

Ada yang sesuai untuk percutian keluarga dan ada juga yang sesuai untuk mereka yang hanya mencari tempat murah untuk bermalam semasa berada di Pulau Langkawi nanti.


Hotel Bajet di Pantai Cenang

1. Green Village Langkawi Resort | Dari RM138 Semalam

green-village-langkawi-resort-picture-1

Resort ini mendapat gelaran “Green” atau hijau daripada pokok buluh dan pokok Angsana hijau yang tumbuh cara semuladi sekitar kawasan resort.

Eco Resort yang terletak 4 minit dari pantai cenang ini menawarkan bilik dengan teres peribadi yang menghadap hutan.

green-village-langkawi-resort-picture-2

Disamping itu setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV, dan bilik air peribadi. Di luar pula terdapat kolam renang, dan tetamu dapat mengunakan Wifi percuma di lobi.

Di kawasan resort terdapat juga beberapa akiviti menarik untuk seisi keluarga seperti meja pool, tempat permainan kanak-kanak dan gym.

Harga: Dari RM138 Semalam

Lokasi: Jalan Pantai Tengah, Teluk Baru, 07100 Pantai Cenang

Dapatkan di Booking.com

2. Hotel Easy Crystal | Dari RM140 Semalam

hotel-easy-crystal-picture-1

Hotel ini berhampiran dengan pekan Pantai Cenang membuat kerja mencari tempat makan yang sedap senang kerana terdapat banyak kedai makan di pekan tersebut.

Hotel Easy Crystal ini menyediakan perkhidmatan menyimpan bagasi, servis photocopy dan parking percuma.

hotel-easy-crystal-picture-2

Selain daripada Wifi percuma, terdapat juga penyaman udara, bilik air persendirian, TV, dan pengering rambut.

Lapangan Terbang Langkawi hanya 15 minit memandu sahaja. Antara tarikan popular yang terletak berdekatan dengan hotel adalah Cenang Mall untuk barang Duty Free dan Langkawi Underwater World.

Harga: Dari RM140 Semalam

Lokasi: Lot 2325, Tanjung Mali, Jalan Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang

Dapatkan di Booking.com

3. Malibest Resort | Dari RM150 Semalam

malibest-resort-picture-1

Tidak boleh dinafikan bahawa Hotel Malibest Resort adalah hotel bajet paling popular di Pantai Cenang.

Ini adalah kerana dengan harga RM150 semalam anda dapat bermalam di sebuah resort selesa yang terletak betul-betul tepi pantai.

malibest-resort-picture-2

Wifi percuma disedikan di kawasan lobi resort. Didalam bilik terdapat segala kelengkapan untuk menjamin keselesaan anda seperti penghawa dingin dan bilik air persendirian.

Banyak juga tarikan popular yang terletak berhampiran dengan resort seperti Langkawi Cable Car dan pekan Pantai Cenang.

Harga: Dari RM150 Semalam

Lokasi: Pantai Cenang, Mukim Kedawang, Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang

Dapatkan di Booking.com

4. Langgura Baron Resort | Dari RM167 Semalam

langgura-baron-resort-picture-1

Kalau anda mencari tempat menginap yang berdekatan dengan Pekan Pantai Cenang, Langgura Baron Resort disyorkan untuk anda.

Resort ini terletak di lokasi yang unik kerana ia bukan saja dekat dengan Pekan Pantai Cenang tetapi ia juga hanya beberapa minit saja dari pantai.

Disamping itu tarikan berdekatan adalah Underwater World dan Muzium Padi. Lapangan Terbang Langkawi yang hanya 5 minit dari resort.

langgura-baron-resort-picture-2

Seperti mana anda boleh lihat, hotel ini menwarkan bilik selesa dan perkhidmatan yang berbaloi dengan harga yang dibayar.

Harga: Dari RM167 Semalam

Lokasi: Lot 2608, Tanjung Mali, 07000 Pantai Cenang

Dapatkan di Booking.com

5. Best Star Resort | Dari RM169 Semalam

best-star-resort-picture-1

Lagi satu resort murah yang terletak berhampiran dengan Pantai Cenang adalah Best Star Resort yang menawarkan harga bilik bermula dari RM169 semalam.

Resort ini terletak 16 minit masa memandu dari Lapangan Terbang Langkawi dan 30 minit dari Pekan Kuah.

best-star-resort-picture-2

Bilik berhawa dinging yang selesa lengkap dengan fasiliti membuat teh & kopi segera dan anda juga akan mendapat bilik air peribadi.

Harga: Dari RM169 Semalam

Lokasi: Lot Pt 892, Jalan Pantai Cenang, 07100 Pantai Cenang

Dapatkan di Booking.com

6. The Villa Langkawi | Dari RM188 Semalam

the-villa-langkawi-picture-1

Jika anda memandu dari Lapangan Terbang Langkawi ia hanya mengambil masa 10 minit saja untuk sampai ke hotel ini.

the-villa-langkawi-picture-2

Bilik yang berhawa dingin datang juga dengan Wifi percuma, TV, cerek untuk membuat teh & kopi dan bilik mandi persendirian.

Harga: Dari RM188 Semalam

Lokasi: Lot 993, Pantai Tengah. Mukim Kedawang, 07100 Pantai Cenang

Dapatkan di Booking.com

7. Casa Fina Fine Homes | Dari RM188 Semalam

casa-fina-fine-homes-picture-1

Casa Fina Fine Homes menyediakan bilik yang luas dengan Wifi percuma untuk tetamu yang memilih untuk bermalam di sini.

Bilik selesa yang berlantai kayu keras dilengkapi dengan penyaman udara, TV, peti sejuk mini dan bilik mandi persendirian. Parking percuma disediakan untuk tetamu hotel.

casa-fina-fine-homes-picture-2

Casa Fina ini letaknya betul-betul berhadapan dengan Langkawi Underwater World dan Cenang Mall. Jika anda perlu ke Pekan Kuah pula, anda boleh memandu dalam 40 minit sahaja untuk sampai ke sana.

Harga: Dari RM188 Semalam

Lokasi: Lot 53, Persiaran Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang

Dapatkan di Booking.com

Hotel Murah di Bandar Kuah

8. OYO Rooms Kuah Night Market | Dari RM84 Semalam

oyo-rooms-langkawi-picture-1

OYO Rooms Kuah menyediakan bilik dengan harga serendah RM84 semalam dan menjanjikan Wifi percuma dalam setiap bilik. Setiap bilik berhawa dingin dan terdapat TV beserta Astro.

oyo-rooms-langkawi-picture-2

OYO Rooms Kuah ini letaknya hanya 1.2 Kilometer sahaja daripada Langkawi Kristal, 1.5 kilometer dari Sungai kilim dan 13 Kilometer ke Lapangan Terbang Langkawi.

Harga: Dari RM84 Semalam

Lokasi: Plot No.1, 07000 Kuah, Malaysia

Dapatkan di Booking.com

9. Eagle Bay Hotel | Dari RM 87 Semalam

eagle-bay-picture-1

Jika anda hanya perlukan tempat untuk bermalam yang murah dan selesa? Eagle Bay hotel menawarkan bilik bajet dengan harga serendah RM87 semalam.

Walaupun harganya murah tetapi hotel ini tetap menyediakan banyak kemudahan kepada pelanggannya seperti kolam renang dan sarapan percuma.

eagle-bay-picture-2

Keselesaan anda dijamin semasa bermalam didalam bilik sejuk berhawa dingin yang lengkap dengan TV, cerek elektrik untuk menyediakan minuman panas, dan bilik air peribadi. Hanya beberapa bilik saja mempunyai Wifi.

Terdapat banyak tarikan yang popular di Bandar Kuah seperti Dataran Lang, taman CHOGM dan Masjid Al-Hana yang boleh dijumpai hanya beberapa minit sahaja jika memandu dari hotel.

Harga: Dari RM87 Semalam

Lokasi: 33 Persiaran Putra, Kuah, 07000 Kuah

Dapatkan di Booking.com

10.Island Time Motel | Dari RM89 Semalam

island-time-motel-picture-1

Island Time Motel menjanjikan tetamu mereka bilik yang selesa serba lengkap dengan peti simpanan peribadi, bilik air persendirian, penyaman udara dan cerek elektrik.

island-time-motel-picture-2

Jika anda berniat untuk ke Pantai Cenang ia hanya mengambil masa 20 minit masa memandu dari kawasan motel. Dari Lapangan Terbang Pula mengambil masa selama 30 minit.

Jika anda perlukan taxi ke Lapangan Terbang, pihak hotel sedia membantu anda mebuat tempahan.

Harga: Dari RM89 Semalam

Lokasi: 39 Persiaran Dayang 2, Dayang Business Centre, Pekan Rabu Kuah 07000 Kuah

Dapatkan di Booking.com

11. Geopark Inn Langkawi | Dari RM89 Semalam

geopark-inn-langkawi-picture-1

Di Geopark Inn anda dapat melayari internet bila-bila masa sahaja anda mahu kerana terdapat Wifi percuma diseluruh kawasan hotel.

Kepada yang tidak tahan dengan bau asap rokok anda pasti suka bermalam di sini kerana hotel ini melaksanakan polisi bebas rokok.

geopark-inn-langkawi-picture-2

Tarikan popular berdekatan pula adalah Dataran Lang dan Pekan Kuah yang hanya 10 minit saja masa memandu dari hotel.

Didalam bilik pula anda akan temui kelengkapan seperti penghawa dingin, cerek elektrik, TV, bilik mandi dan katil yang selesa. Iron dan pengering rambut boleh diminta di lobi.

Harga: Dari RM89 Semalam

Lokasi: 39 Persiaran Dayang 2, Dayang Business Centre, Pekan Rabu Kuah, 07000 Kuah

Dapatkan di Booking.com

12.Twin Peaks Island Resort | Dari RM90 Semalam

twin-peaks-island-resort-picture-1

Kerana tingkap bilik Twin Peak Island Resort ini luas, anda tidak akan kekurangan cahaya matahari sambil menikmati pemandangan yang menenangkan minda.

Mencari makanan sedap pula agak senang kerana resort ini terletak berdekatan dengan bandar Kuah.

twin-peaks-island-resort-picture-2

Setiap bilik di resort ini datang dengan penghawa dingin, TV, telephone, peti sejuk dan bilik mandi persendirian.

Mahu bersantai tanpa meninggalkan kawasan resort? Berehatlah di kolam renang resort atau bersuka ria bersama keluarga di taman permainan kanak-kanak yang disediakan.

Untuk ke Lapangan Terbang Pula anda hanya perlu pandu untuk 20 minit sahaja. Parking juga percuma untuk tetamu hotel.

Harga: Dari RM90 Semalam

Lokasi: Baru 1 3/4 Jalan Kelibang, 07000 Kuah

Dapatkan di Booking.com

13. Langkawi Baron Hotel | Dari RM90 Semalam

langkawi-baron-hotel-picture-1

Hotel ini letaknya berhadapan dengan pasar malam popular di Pekan Kuah dan 5 minit berjalan kaki ke tempat shopping popular di Pulau Langkawi.

langkawi-baron-hotel-picture-2

Bilik di Langkawi Baron Hotel pula tidak kurang keselesaannya apabila dibanding dengan hotel lain kerana ia juga datang lengkap dengan penyaman udara, bilik air persendirian dan cerek elektirk untuk anda membuat minuman panas didalam bilik anda. Wifi percuma pula disediakan di kawasan lobi untuk kegunaan tetamu.

Jika kita lihat masa memandu ke tempat-tempat popular pula, untuk ke Pantai Cenang mengambil masa selama 25 minit manakala Kereta Kabel Langkawi  pula 40 minit.

Harga: Dari RM90 Semalam

Lokasi: No.2 Jalan Lencongan Putra 3, Mukim Kuah, 07000 Kuah

Dapatkan di Booking.com

14. Citin Hotel Langkawi | Dari RM102 Semalam

citin-langkawi-by-compass-picture-1

Dengan harga bilik serendah RM102 tidak heranlah kenapa Citin Hotel Langkawi ini sangat popular dengan pelancong.

Lebih-lebih lagi orang yang mencari tempat bermalam yang betul betul dekat dengan kompleks membeli belah Duty Free di Pekan Kuah.

citin-langkawi-by-compass-picture-2

Jangan bagi harga rendah hotel ini buat anda rasa ragu-ragu dengan kualiti bilik yang disediakan.

walaupun tidak mewah tetapi anda akan mendapat segala kelengkapan untuk membuat tidur anda lena semasa bermalam disini.

Bilik berwarna-warni serba moden datang lenkap dengan Wifi percuma, bilik mandi peribadi dan TV.

Dengan bayaran kecil anda juga boleh menikmati sarapan yang disediakan oleh pihak hotel setiap pagi.

Jika anda hendak pulang pula ia mengambil masa 30 minit saja masa memandu ke Lapangan Terbang Langkawi.

Harga: Dari RM102 Semalam

Lokasi: No. 3, Jalan Pekan Kuah, 07000 Kuah

Dapatkan di Booking.com

15. Hotel Langkasuka Langkawi | Dari RM105 Semalam

hotel-langkasuka-langkawi-picture-1

Hotel Langkasuka Langkawi ini unik kerana ia terus bersambung dengan Langkawi Parade Shopping Complex yang terletak di Bandar Kuah.

Setiap bilik mempunyai penghawa dingin, TV, meja kerja, bilik air peribadi, cerek untuk menyediakan minuman panas dan Wifi percuma.

hotel-langkasuka-langkawi-picture-2

Tetamu juga boleh mengunakan kemudahan parking percuma dan perkhidmatan dobi jika diperlukan.

Hotel ini hanya 10 minit sahaja masa memandu ke Jeti dan 20 minit ke Lapangan Terbang Langkawi.

Harga: Dari RM105 Semalam

Lokasi: Batu 3/4, A14-15, Pokok Asam, 07000 Kuah

Dapatkan di Booking.com

16. HIG Hotel | Dari RM153 Semalam

hiig-hotel-pulau-langkawi-picture-1

Hanya 5 minit drive dari pekan Juah anda akan menemui HIG Hotel. Hotel yang baru dibina ini menampilkan rekabentuk dan hiasan bilik yang moden.

Untuk RM153 semalam, hotel ini ideal untuk orang yang mencari hotel murah dan selesa berhampiran dengan Pekan Kuah.

hiig-hotel-pulau-langkawi-picture-2

Setiap bilik datang lengkap dengan penyaman udara, Wifi percuma, TV, peti sejuk mini dan bilik air peribadi. Hotel ini juga bersambung dengan kompleks membeli-belah HIG.

Hotel ini terletak 30 minit dari Lapangan Terbang Langkawi dan 26 minit dari Pantai Cenang.

Pihak hotel juga menyediakan perkhidmatan menyimpan bagasi dan parking percuma di kawasan hotel.

Harga: Dari RM153 Semalam

Lokasi: Lot 1852, Jalan Penarak, 07000 Kuah

Dapatkan di Booking.com

17. Riverra Inn | Dari RM159 Semalam

riverra-inn-langkawi-picture-1

Walaupun dilihat dari luar Riverra ini tidaklah sebesar mana, namun agak mengejutkan apabila kita dapat tahu yang bukan sahaja hotel ini mempunyai bilangan bilik yang banyak, terdapat juga restoran dan kedai serbaneka di dalam bangunan yang sama.

riverra-inn-langkawi-picture-2

Dari Hotel ini ia hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja masa memandu ke pekan Kuah, 8 minit pula jika anda merancang untuk ke Dataran Lang.

Bilik pula datang dengan penghawa dingin, bilik air tersendiri, TV dan cerek elektrik. Wifi percuma boleh didapati didalam bilik dan sekitar kawasan hotel.

Harga: Dari RM159 Semalam

Lokasi: Lot 290 Kampung Padang Lalang Langkawi, 07000 Kuah

Dapatkan di Booking.com

18. Hotel Grand Continental Langkawi | Dari RM159 Semalam

hotel-grand-continental-langkawi-picture-1

Terletak di tengah-tengah Bandar Kuah Hotel, Grand Continental Langkawi adalah pilihan ideal untuk pelancong yang mahukan penginapan selesa tengah bandar.

Hotel mempunyai kolam renang jika anda berhajat untuk berenang sambil bersantai.

hotel-grand-continental-langkawi-picture-2

Walaupun harga bilik murah tetapi ia tetap datang dengan penghawa dingin, Wifi percuma, TV, bilik air peribadi dan pengering rambut.

Untuk ke Jeti Pekan Kuah ia akan mengambil masa selama 10 minit jika anda memandu dan 20 minit untuk ke Lapangan Terbang Langkawi pula.

Harga: Dari RM159 Semalam

Lokasi: Lot 398, MK Kuah, Kelibang, 07000 Kuah

Dapatkan di Booking.com

19. Langkawi Sea View Hotel | Dari RM160 Semalam

langkawi-seaview-hotel-picture-1

Mencari Hotel bajet di Bandar Kuah, Langkawi Sea View Hotel menawarkan nilai wang yang baik untuk anda.

Bilik berhawa dingin yang luas dilengkapi dengan Wifi percuma, bilik air persendirian, TV, dan teh & kopi segera.

Disamping itu bilik di hotel ini mempunyai balkoni jika anda mahu duduk menikmati pemandangan laut dari bilik.

langkawi-seaview-hotel-picture-2

Anda hanya perlu jalan 15 minit sahaja untuk sampai ke kedai Duty Free dan Jeti Kuah. Untuk ke Lapangan Terbang Langkawi pula, anda perlu memandu selama 25 minit sahaja.

Harga: Dari RM160 Semalam

Lokasi: Jalan Penarak, 07000 Kuah

Dapatkan di Booking.com

20. Bayview Hotel | Dari RM178 Semalam

bay-view-hotel-langkawi-picture-1

Dari tingkap bilik Bayview Hotel ini, anda dapat melihat pemandangan laut dan bukit yang menakjubkan.

Bayview Hotel Langkawi terletak 13 kilometer dari Lapangan Terbang Langkawi dan hanya 3 Kilometer dari Terminal Feri Kuah.

bay-view-hotel-langkawi-picture-2

Bilik yang selesa dilengkapi dengan TV beserta Astro, bilik air persendirian yang luas, dan Wifi percuma didalam setiap bilik.

Tetamu dapat mengunakan perkhidmatan parking percuma. Sarapan berbayar disediakan kepada meraka yang berminat.

Di hotel ini juga terdapat gym dan spa untuk kegunaan tetamu. Dengan harga bilik bawah RM200 semalam agak berbaloi apa yang kita dapat berbanding dengan apa yang dibayar.

Harga: Dari RM178 Semalam

Lokasi: Jalan Pandak Mayah 1, 07000 Kuah

Dapatkan di Booking.com

21. Bella Vista Resort & Spa | Dari RM190 Semalam

bella-vista-resort-spa-picture-1

Dari tingkap Bella Vista Resort pula anda dapat melihat laut andaman dan pemandangan sama dapat dilihat sambil anda berenang di Infinity Pool hotel.

bella-vista-resort-spa-picture-2

Bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik air persindirian dan teh & kopi segera. Tempat letak kereta percuma juga disediakan untuk tetamu hotel.

Harga: Dari RM190 Semalam

Lokasi: Persiaran Mutiara, Pusat Dagangan Kelana Mas, 07000 Kuah

Dapatkan di Booking.com

22. Dayang Bay Resort | Dari RM207 Semalam

dayang-bay-resort-picture-1

Dayang Bay Resort adalah sebuah resort popular yang terletak di Pekan Kuah dan mempunyai review tetamu yang bagus.

Nak menyejukkan badan dari kepanasan terik matahari?, terjun saja masuk ke Infinity pool hotel yang boleh dijumpai di tingkat bawah.

dayang-bay-resort-picture-2

Bilik di resort ini datang lengkap dengan Wifi percuma, cerek elektrik untuk menyediakan minuman panas, streka dan bilik air persendirian.

Perkhidmatan tambahan yang disediakan oleh pihak hotel adalah servis menyimpan bagasi dan parking percuma untuk tetamu.

Harga: Dari RM207 Semalam

Lokasi: Persiaran Pelangi, 07000 Kuah

Dapatkan di Booking.com

23. Bella Vista Express Hotel | Dari RM117 Semalam

bella-vista-express-hotel-picture-1

Bukan selalu kita dengar nama Padang Masirat apabila sedang berbual tentang tempat penginapan menarik di Langkawi tetapi jangan hati anda pasti tertawan dengan apa yang ditawarkan Bella Vista Express Hotel Padang Masirat.

Hotel ini hanya 10 minit saja masa memandu ke Pantai Cenang dan hanya 20 minit saja dari pekan kuah.

bella-vista-express-hotel-picture-2

Setiap bilik di Hotel ini berhawa dingin dan terdapat kelengkapan hotel biasa seperti TV, peti menyimpan barang, pengering rambut dan bilik mandi persendirian.

Hotel ini agak dekat jaraknya dengan Lapangan Terbang Pulau Langkawi dengan masa memandu 5 minit sahaja, menjadikan penginapan ini sesuai utnuk mereka yang mencari hotel berdekatan dengan Lapangan Terbang Langkawi.

Harga: Dari RM117 Semalam

Lokasi: Jalan Kuala Muda, 07100 Kampung Padang Masirat

Dapatkan di Booking.com

24. Geo Park Hotel | Dari RM128 Semalam

geo-park-hotel-picture-1

Apabila kita melihat gambar bekaitan dengan Pulau Langkawi, sudah tentu ternampak gambar Langkawi Geopark atau Oriental Village ini. Geo Park Hotel ini terletak di tengah-tengah kedua buah tarikan tersebut.

Kerana ia terletak di dalam Oriental Village, agak senang untuk anda mencari tempat makan, kedai dan taxi jika anda tidak memandu.

geo-park-hotel-picture-2

Walaupun haraga bilik hanya RM128 semalam tetapi ia datang serba lengkap dengan penghawa dingin, Wifi percuma, Astro dan bilik air persendirian.

Tarikan yang berdekatan dengan hotel ini pula adalah Langkawi Cable Car dan air terjun Telaga Tujuh.

Harga: Dari RM128 Semalam

Lokasi: Block C, Oriental Village, Jalan Teluk Burau, 07000 Pantai Kok

Dapatkan di Booking.com

25. Hotel Adya | Dari RM269 Semalam

hotel-adya-langkawi-picture-1

Untuk mengakhiri senara ini, saya sertakan sebuah hotel yang mungkin barganya lebih sedikit berbanding dengan hotel lain di senarai ini tetapi saya masukkan kerana rekabentuknya yang sungguh menawan.

Hotel Adya ini adalah antara hotel yang baru dibina di Pulau Langkawi dan mempunyai rekabentuk moden. Melihat pada gambar ini sahaja kita boleh lihat kualiti yang disediakan kepada pelanggan setimpal dengan harga yang dibayar.

hotel-adya-langkawi-picture-2

Bilik dihiasan moden ini datang serba lengkap dengan penghawa dingin, bilik mandi persendirian, TV, meja kerja dan Wifi percuma didalam bilik. Ada bilik yang mempunyai balkoninya tersendiri.

Di kawasan hotel pula tetamu dapat menggunakan pelbagai fasiliti seperti kolam renang, restoran, tempat mesyuarat, gym, dobi, dan percuma.

Fasiliti yang membuat hotel ini unik adalah anda boleh menjumpai kolam renang tertutup yang dikhaskan untuk wanita sahaja.

Harga: Dari RM269 Semalam

Lokasi: No. 1, PT4001, Persiaran Mutiara 2, Mukim Kuah, 07000 Kuah

Dapatkan di Booking.com

Sekian tamat senarai hotel murah di Langkawi dan saya harap senarai ini dapat membantu anda membuat pilihan tempat penginapan yang sesuai dengan kehendak anda semasa bercuti kesana nanti.

Harga yang anda lihat diatas adalah harga semasa saya menulis post ini. Seperti mana yang anda mungkin tahu, harga hotel terpengaruh dengan permintaan semasa dan harga yang anda lihat pada masa anda membaca post ini mungkin berbeza disebabkan oleh faktor seperti musim perayaan atau cuti sekolah.

Untuk mengelakkan daripada harga bilik mahal, disyorkan anda menempah bilik sekurang-kurangya sebulan sebelum bercuti.

Jika anda lebih berminat untuk menghabiskan masa anda di Pantai Cenang semasa berada di Pulau Langkawi nanti saya telah menyediakan senarai hotel bajet di Pantai Cenang untuk menyenangkan anda membuat pilihan.

Selamat bercuti dan moga-moga anda dapat membuat banyak kenangan manis selama anda berada di Pulau Langkawi nanti.