21 Hotel Murah Di Melaka | Bajet Bawah RM100 & RM200

hotel murah di melaka - Kota a Famosa

Anda mungkin sedang merancang percutian atau lawatan sambil berkerja di Melaka dan masih  dalam proses mencari hotel untuk menginap semasa anda berada di sana nanti.

Sebelum ke Melaka, saya sendiri pun tidak pasti hotel murah di Melaka yang mana paling selesa dan berbaloi dengan harga yang dibayar.

Oleh sebab itu saya telah menyenaraikan 26 Hotel murah di Melaka untuk membantu anda membuat pilihan.

Hotel yang disenaraikan terdiri dari hotel 2 ke 4 bintang dan mempunyai review pelanggan yang positif.

Saya faham setiap orang mempunyai bajet yang berbeza, oleh itu saya telah bahagikan senarai ini kepada dua kategori harga yang iaitu:

  1. Hotel dengan harga bilik RM100 ke bawah semalam.
  2. Hotel dengan harga bilik RM200 ke bawah semalam.

Jika anda jumpa hotel yang anda minat di dalam senarai ini dan mahu mengetahui lebih lajut tentang hotel berikut, anda boleh menekan butang yang disediakan dibawah setiap hotel.

Anda boleh mendapatkan maklumat seperti harga bilik, tawaran semasa dan yang paling penting anda boleh membaca review dari pelanggan yang telah menginap di hotel tersebut.

Hotel murah di Melaka dengan Bajet RM100 ke bawah

1. Prima Hotel Melaka | 3 Bintang

Prima Hotel Melaka

Prima Hotel Melaka ini terletak di Jalan Bunga Raya berdekatan dengan pusat Bandar Melaka. Bilik bersih yang luas dan layanan yang mesra membuat hotel ini popular bagi mereka yang mencari hotel bajet di melaka.

Prima Hotel Melaka - 1

Hotel 3 bintang ini menawarkan bilik yang selesa dengan harga yang berpatutan. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, tempat mengosok baju, pengering rambut dan meja untuk anda berkerja.

Alamat: Jalan Kee Ann, Bunga Raya, Melaka City Center, 75100 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

2. The Emperor Hotel Melaka | 3 Bintang

The Emperor Hotel Melaka

Emperor Hotel Melaka ini terletak di Jalan Munshi Abdullah dan berhampiran dengan pusat Bandar Melaka. Hanya beberapa minit saja berjalan kaki  ke pusat membeli-belah dan tempat bersejarah di Bandar Melaka.

The Emperor Hotel Melaka - 2

Setiap bilik di lengkapi dengan penghawa dingin, TV LED berserta Astro, peti sejuk, pengering rambut dan tempat untuk membuat kopi atau teh.  Di sini juga ada kolam renang dewasa dan kanak-kanak, wifi dan tempat letak kereta percuma.

Alamat: 123 Jalan Munshi Abdullah, Melaka City Center, 75120 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

3. Hallmark Inn | 3 Bintang

Hallmark Inn Hotel Melaka - 1

Sebuah hotel yang juga terletak di Jalan Munshi Abdullah adalah Hallmark Inn Hotel. Bilik di sini dilengkapi dengan penghawa dingin, Bath Tub dan Rain Shower, TV Skin besar, tempat menyediakan Teh atau Kopi dan Wifi.

Hallmark Inn Hotel Melaka - 2

Hanya beberapa minit saja dari, Kota A’Famosa, Jonker Street dan The Stadhuys.

Alamat: 66, Jalan Munshi Abdullah Melaka, Melaka City Center, 75100 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

4. Queenspark Hotel | 3 Bintang

Queenspark Hotel Melaka - 1

Hotel Queenspark ini letaknya di Melaka Raya, hanya 500 meter dari pusat Bandar. Tempat berdekatan adalah Mahkota Medical Center dan Eco Bike Tour.

Queespark Hotel Melaka - 2

Setiap bilik mempunyai Wifi dan bilik dibersihkan setiap hari. Tempat ini dilengkapi sistem keselamatan 24jam.

Alamat: No. 39 – 47, Jalan Taman Melaka Raya 24, Taman Melaka Raya, Melaka Raya, 75000 Melaka.

Dapatkan di Booking.com

 

5. Terra Nova Hotel | 2 Bintang

Terra Nova Hotel Melaka - 1

Terletak di Taman Kota Shah Bandar, Terra Nova Hotel ini sesuai jika anda mahukan hotel yang dekat dengan semua tempat menarik di Melaka.

Terra Nova Hotel Melaka - 2

Setiap bilik mempunyai Wifi, meja untuk berkerja dan kemudahan yang lengkap.

Alamat: No.29, Jalan KSB 11, Taman Kota Syahbandar, Melaka City Center, 75200 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

6. Hotel Sunflower | 2 Bintang

Sunflower Hotel Melaka - 1

Sunflower Hotel ini boleh anda temui di Padang Temu yang terletak diantara Ayer Keroh dan Bandar Melaka. Hotel ini mempunyai sebanyak 23 bilik dengan reka bentuk yang moden.

Sunflower Hotel Melaka - 2

Setiap bilik dilengkapi dengan TV 32-inci beserta Astro dan shower air panas yang boleh ditemui didalam hotel 2 bintang.

Alamat: No. 57, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, Padang Temu, Melaka Tengah, 75050 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

7. River One Residence | 1 Bintang

River One Residence Hotel Melaka - 1

Kalau anda mencari hotel bajet di Melaka mungkin River One Residence ini sesuai untuk anda. Hotel ini terletak di Jalan Kampung Pantai dan dekat dengan Jonker Street.

River One Residence Hotel Melaka - 2

Hotel ini hanya mempunyai 15 bilik dan ia menawarkan Wifi percuma di dalam setiap bilik. Tempat menyimpan luggage juga ada di sediakan. Sesuai jika anda ingin berjalan-jalan di sekitar bandar Melaka sementara bagasi anda dijaga dengan selamat.

Alamat: 60-62, Jalan Kampung Pantai , Jonker, 75200 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

8. Semabok Inn | 2 Bintang

Semabok Hotel Melaka - 1

Semabok Inn Hotel terletak di Jalan Semabok di Pusat Bandar Melaka. Hotel ini berhampiran dengan bangunan kerajaan, bank, dan tarikan popular di Bandar Melaka seperti rumah peranakan Baba dan Nyonya.

Semabok Hotel Melaka - 2

Bilik di hotel ini mempunyai rekabentuk moden dan mempunyai kemudahan lengkap yang akan menjanjikan pengalaman menginap yang selesa.

Alamat: 396 Jalan Semabok, Melaka City Center, 75050 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

9. Hotel Suria Malaqa | 2 Bintang

Hotel Suria Malaqa - 1

Hotel ini baru 3 tahun saja dibina dan hanya 5 kilometer dari pusat Bandar.

Hotel Suria Malaqa - 2

Setiap bilik dilengkapi dengan LCD TV, Wifi percuma, penghawa Dingin, dan meja untuk berkerja. Kepada yang memandu anda boleh meletakkan kereta anda di tempat letak kereta yang disediakan oleh pihak hotel.

Alamat: No. 3, Jalan SE1, Taman Semabok Emas, Semabok, Melaka Tengah, 75050 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

10. Syaz Meridian Hotel Melaka | 3 Bintang

Syaz Meridian Hotel - 1

Kalau anda mencari hotel yang berdekatan dengan Mahkota Parade, Syaz Meridian Hotel Melaka mungkin pilihan sesuai untuk anda. Hotel ini hanya 450 meter dari Mahkota Parade dan 700 meter dari  Merdeka Pahlawan Shopping Mall. Jika anda merancang untuk menaiki bas ke Melaka hotel ini hanya 4km dari Terminal Bus Melaka.

Syaz Meridian Hotel - 2

Setiap bilik dilengkapkan dengan TV LCD, tempat simpan barang yang selamat, kopi dan teh Segera, dan penghawa dingin. Di sini, terdapat sebanyak 53 buah bilik yang selesa dan anda boleh pilih pemandangan bilik sama ada menghadap laut atau bandar.

Alamat: G-26, Jalan PM 13, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Dapatkan di Booking.com

Hotel Murah Di Melaka Bawah RM200

1. Wana Riverside Hotel | 3 Bintang

Wana Riverside Hotel Melaka - 1

Hanya 500 meter saja dari pusat bandar, Wana Riverside Hotel menawarkan penginapan yang selesa dengan harga yang berbaloi. Terletak di jalan Munshi Abdullah. Ia berdekatan dengan Pejabat Imigresen, The Shore Oceanarium, dan Masjid Kampung Hulu.

Wana Riverside Hotel Melaka - 2

Setiap bilik terdapat TV LCD, penghawa dingin, kopi, teh dan meja untuk berkerja.

Wifi percuma di setiap bilik dan di lobby, security 24 jam dan kedai serbaneka

Alamat: No 2, Jalan Munshi Abdullah, 75100 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

2. Marvelux Hotel | 3 Bintang

Marvelux Hotel Melaka - 1

Marvelux Hotel ini terletak di Taman Kota Laksamana Jaya. Jarak dari bandar Melaka hanya 1 kilometer sahaja. Tempat menarik yang berdekatan ialah Masjid Tengkera dan Jonker Walk.

Marvelux Hotel Melaka - 2

Setiap bilik dilengkapi dengan Wifi percuma, TV LCD, almari, kopi dan teh segera dan sofa. Kemudahan lain seperti Spa dan Fitness Centre juga terdapat di sini.

Alamat: No. 6, Jalan KLJ 1, Taman Kota Laksamana Jaya, Melaka City Center, 75200 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

3. Arenaa Delux Hotel | 3 Bintang

Areena Delux Hotel - 1

Arenaa Delux Hotel terletak di jalan Ujong Pasir, Bandar Melaka iaitu sejauh 5 minit memandu dari Stadthuys dan Kota A Famosa. Dataran Palawan Mega Mall dan Mahkota Parade berjarak sejauh 10 minit memandu dari hotel ini.

Setiap bilik di hotel butik ini dilengkapi dengan penghawa dingin, hiasan moden dengan lantai kayu keras, balkoni peribadi, TV skrin rata, pemain DVD dan kemudahan pancuran mandi air panas di dalam bilik mandi peribadi.

Pihak hotel juga ada menawarkan kemudahan menyimpan bagasi di kaunter penerimaan tetamu.

Areena Delux Hotel - 2

Alamat: No. 222 (Lot 639) Jalan Ujong Pasir, Melaka City Center, 75050 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

6. Swiss Garden Hotels | 4 Bintang

Swiss Garden Hotel Melaka -1

Hotel Swiss Garden Hotel & Residence ini terletak 3km dari pusat bandar. Terdapat 769 bilik di hotel ini dan setiap bilik di lengkapi Wifi percuma, TV LCD, penghawa dingin dan meja untuk berkerja.

Swiss Garden Hotel Melaka - 2

Alamat: T2-4, The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, Melaka Tengah, Melaka City Center, 75300 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

7. Mahkota Hotel Melaka | 4 Bintang

Mahkota Hotel Melaka - 1

Mahkota Hotel Melaka ini merupakan servis apartment yang menawarkan bilik yang luas. Ia sesuai bagi anda yang mencari tempat penginapan yang selesa untuk keluarga

Mahkota Hotel Melaka - 2

Di sini terdapat 617 bilik dan setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin dan mempunyai dapur kecil. Setiap bilik juga dilengkapi dengan ruang tamu yang selesa dengan sofa dan TV kabel.

Bagi anda yang ingin merasai suasana bersauna, bilik sauna berasingan untuk lelaki dan perempuan ada disediakan. Aktiviti karaoke bersama keluarga di dalam bilik karaoke peribadi yang disediakan pasti memberikan suatu pengalaman menarik.

Alamat: No. 16, Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka City Center, 75000 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

8. Bayou Lagoon Park Resort | 4 Bintang

Bayou Lagoon Park Hotel Melaka - 1

Resort ini sesuai untuk percutian keluarga. Tarikan popular yang berdekatan adalah Hospital Ayer Keroh, Tasik Ayer Keroh dan Zoo Melaka

Setiap bilik terdapat TV LCD, Sofa, Almari,  Wifi percuma, tempat parking kereta, dan kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24 jam.

Bayou Lagoon Park Hotel Melaka - 2

Tarikan hotel ini adalah kolam Renang yang besar untuk kanak – kanak.

Alamat: Bayu Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, Ayer Keroh, 75450 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

9. Bayview Hotel | 4 Bintang

Bayview Hotel Melaka - 1

Bayview Hotel Melaka terletak di Jalan Bendehara di pusat bandar Melaka.

Bayview Hotel Melaka - 2

Terdapat 192 bilik dengan reka bentuk menarik dan dilengkapi dengan penghawa dingin, LCD TV, kopi dan teh segera, pancuran air, dan Jacuzzi.

Alamat: Jalan Bendahara, Melaka City Center, 75100 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

10. Avillion Legacy | 4 Bintang

Avillion Legacy Hotel Melaka - 1

Avillion Legacy Melaka ini mengambil masa 10 minit berjalan kaki ke Kota A Farmosa dan St. Paul Hill. Terpadat 262 bilik yang selesa yang dilengkapi dengan TV satelit, minibar dan peti keselamatan peribadi.

Di sini, juga terdapat kolam renang dewasa dan kanak-kanak. Bagi yang gemar bermain golf, anda boleh meminta pihak hotel untuk mengaturkan permainan golf (sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal) di Tiara Melaka Golf & Country Club atau Orna Golf Resort yang berdekatan. Hotel ini juga menyediakan kemudahan pusat perniagaan dan tempat letak kenderaan percuma.

Avillion Legacy Hotel Melaka - 2

Alamat: 146 Jalan Hang Tuah, Melaka City Center, 75300 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

11. Novotel Melaka | 4 Bintang

Novotel Melaka - 1

Hotel Novotel Melaka terletak di Melaka Raya. Hotel 4 bintang ini menawarkan bilik yang selasa dengan hiasan dalaman yang cantik serta dilengkapi dengan penghawa dingin,TV LED 42 inci, jam penggera peribadi, meja bekerja dan bilik kalis bunyi, sesuai untuk anda yang inginkan suasana tenang ketika menginap di tengah-tengah bandar. Kemudahan wifi percuma dan kaunter penerimaan tetamu 24 jam untuk perkhidmatan concierge.

Novotel Melaka - 2

Alamat: Jalan Melaka Raya 2, Melaka Raya, 75000 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

12. The Straits Hotel & Suites Hotel | 4 Bintang

The Straits Hotel Melaka - 1

The Straits Hotel  ini terletak di Melaka Raya. Setiap bilik terdapat TV LCD, Wifi percuma dan Penghawa dingin.

The Straits Hotel Melaka - 2

Alamat: No 1-B, Jalan Melaka Raya 2, Taman Melaka Raya, Melaka Raya, 75000 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

13. Kings Green Hotel | 4 Bintang

King Greens Hotel City - 1

Kings Green Hotel ini Terletak di Jalan Tun Perak, Melaka Tengah dan berdekatan dengan stesen bas Melaka, Jonker Street dan AEON Shopping Center.

Kings Greens Hotel City - 2

Di sini terdapat 151 bilik hotel yang dilengkapi dengan TV LED, kopi dan teh segera, pengering rambut dan tempat menggosok baju.

Hotel ini juga menyediakan kemudahan tepat letak kereta, peti simpanan keselamatan, dobi, kolam renang dan servis teksi ke lapangan terbang.

Alamat: 28, Jalan Tun Perak, Melaka Tengah, 75300 Melaka

Dapatkan di Booking.com

 

Saya harap senarai hotel di atas dapat membantu anda mendapatkan hotel murah semasa di berada melaka nanti.

Hotel-hotel di atas sering menawarkan promosi harga bilik yang menarik, pastikan anda tidak tunggu lama sangat semasa membuat tempahan untuk mengelakkan dari terlepas mendapatkan bilik pada tarikh yang anda mahukan.

Jika hotel yang anda cari tidak tersenarai di atas, anda boleh memasukkan nama hotel atau destinasi pilihan anda dan tarikh ke dalam kotak carian dibawah untuk mendapat tawaran yang paling baru untuk hotel di Melaka.

 



Booking.com