22 Hotel Murah di Pantai Cenang Langkawi | Bajet RM100 & RM200

Hotel Murah Di Pantai Cenang

Pantai Cenang merupakan salah satu tarikan popular di Pulau Langkawi. Ini kerana Pantai Cenang mempunyai kelebihan berbanding dengan tempat-tempat lain di Langkawi kerana di sini anda dapat menikmati kemudahan sebuah pekan modern yang terletak bersebelahan dengan pantai yang menawan.

Pantai Cenang juga sesuai untuk mereka yang melancong bersama keluarga kerana ia mempunyai banyak tarikan mesra keluarga seperti Muzium Padi, Langkawi Underwater World, Kiki Club Meritus Pelangi Resort & Spa dan Morac International Karting.

pantai-cenang

Untuk makanan pula, anda tidak akan ada masalalah untuk mencari restoran yang sesuai dengan selera anda kerana di pekan Pantai Cenang terdapat banyak restoran yang menyajikan pelbagai jenis makanan dari masakan melayu hingga ke sajian ala-western.

Disamping itu di Pantai Cenang juga terdapat Cenang Mall yang merupakan salah satu tempat membeli-belah bebas cukai yang popular di Pulau Langkawi.

cenang-mall

Jika anda menaiki penerbangan ke Langkawi, Pantai Cenang hanya 12 minit saja dari Lapangan Terbang Langkawi dan 30 minit dari Pekan Kuah jika anda memandu.

Untuk memudahkan anda membuat pilihan tempat penginapan semasa bercuti ke Pulau Langkawi nanti, berikut adalah senarai 22 hotel murah di Pantai Cenang yang telah saya susun mengikut 3 kategori iaitu:

  • Hotel yang terletak di tepi pantai
  • Hotel dengan harga bilik bawah RM 200 Semalam
  • Hotel dengan harga bilik bawah RM 300 Semalam

Hotel Murah di Pantai Cenang yang terletak di tepi pantai

1. Malibest Resort Langkawi | Hotel tepi pantai dengan harga menawan

Malibest Resort Pantai Cenang

Tidak boleh dinafikan bahawa Malibest Resort Langkawi adalah tempat penginapan yang paling laris di Pantai Cenang.

Ia mendapat gelaran ini kerana ia menawarkan harga yang menarik dan ia terletak betul-betul di tepi pantai jesteru membuat hotel ini pilihan utama untuk mereka yang mencari penginapan bajet menghadap pantai.

Malibest Resort - Picture 2

Bilik yang selesa dilengkapi dengan penyaman udara, tandas persendirian dengan shower air panas dan Astro.

Anda boleh pilih bilik yang mempunyai satu katil double atau bilik keluarga yang mempunyai satu katil double dan katil single yang berasingan. Wifi percuma disediakan di kawasan awam seperti di lobby.

Jika anda tidak beberapa gemar mandi laut jangan bimbang kerana hotel ini juga mempunyai kolam renang yang besar sesuai untuk beriadah bersama keluarga.

Jika anda memandu dari Lapangan Terbang Langkawi ia mengambil masa perjalanan selama 16 minit untuk sampai ke Resort ini.

Harga: Dari RM180 Semalam

Lokasi: Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang.

Dapatkan di Booking.com

2. Cenang Plaza Beach Hotel | Bilik moden dan selesa

chenang-plaza-beach-resort-picture-1

Jikalau anda penggemar hotel dengan rekabentuk bilik yang moden, anda pasti akan jatuh cinta dengan Cenang Plaza Beach Hotel.

Anda hanya perlu berjalan kaki selama 3 minit saja untuk sampai ke pantai dan ia juga terletak berdekatan dengan Cenang Mall.

Bilik moden hotel ini datang serba lengkap dengan peyaman udara, Wifi percuma, teh & kopi segera, tandas persendirian dan balkoni jika anda teringin untuk melihat pemandangan laut yang mengagumkan dari bilik hotel anda.

chenang-plaza-beach-resort-picture-2

Hotel ini juga terletak berhampiran dengan banyak tarikan utama di pantai cenang seperti Langkawi Underwater World dan Muzium Padi. Jika anda memandu, pihak hotel menyediakan tempat parking  kereta percuma untuk tetamu hotel.

Harga: Dari RM219 Semalam

Lokasi: Lot 2606, Jalan Pantai Cenang, Mukin Kedawang, 07000 Pantai Cenang.

Dapatkan di Booking.com

3. Best Star Resort | Nilai untuk wang

best-star-resort-picture-1

Lagi satu pilihan hotel bajet popular yang terletak di tepi Pantai Cenang adalah Best Star Resort. Agak susah untuk mencari hotel di Langkawi yang terletak di tepi pantai dengan Harga bilik serendah RM 169 semalam.

best-star-resort-picture-2

Hotel ini menawarkan Wifi percuma dan bilik datang serba lengkap dengan penghawa dingin, teh & kopi percuma dan bilik mandi persendirian. Ada beberapa bilik tertentu yang mempunyai pemandangan laut dari tingkap bilik.

Harga: Dari RM169 satu malam

Lokasi: Lot Pt 892, Jalan Pantai Cenang, 07100 Pantai Cenang.

Dapatkan di Booking.com

Hotel Murah di Pantai Cenang dengan bajet RM200 kebawah

4. Salsa Resort Langkawi | Dari RM108 Semalam

salsa-resort-langkawi-picture-1

Salsa Resort terletak di Kampung Temoyong dan hanya 10 minit saja berjalan ke Pantai Cenang.

Harga yang rendah membuat Salsa resort ini satu tempat penginapan yang sesuai buat orang yang mencari penginapan yang murah di Pulau Langkawi.

salsa-resort-langkawi-picture-2

Setiap bilik di lengkapi dengan Wifi percuma, penyaman udara, TV berserta Astro, meja untuk bekerja dan bilik air persendirian.

Harga: Dari RM108 Semalam

Lokasi: Lot 2436, Jln. Pantai Cenang, Temoyong, Mukim Kedawang 07000 Langkawi

Dapatkan di Booking.com

5. Corrie Chalet | Dari RM120 Semalam

corrie-chalet-picture-1

Susana Corri Chalet yang aman dikelilingi pohon-pohon hijau menjadikan ia tempat percutian yang bagus untuk mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan bandar.

Corrie Chalet terletak di kawasan Pantai Tengah dan hanya beberapa minit berjalan kaki ke Pantai Cenang.

corrie-chalet-picture-2

Chalet ini juga sesuai untuk mereka yang mencari penginapan berdekatan dengan Pantai.

Walaupun ia merupakan penginapan bajet, bilik di chalet ini serba lengkap dengan penghawa dingin, TV, kemudahan membuat teh & kopi segera, bilik mandi persendirian, shower air panas dan balkoni peribadi.

Anda juga boleh mengunakan Wifi percuma di kawasan lobi chalet.

Harga: Dari RM120 Semalam

Lokasi: Jalan Pantai Tengah , 07000 Pantai Cenang.

Dapatkan di Booking.com

6. The Village | Dari RM120 Semalam

the-village-langkawi-picture-1

Suasana kampung yang tenang dan pokok kelapa yang tumbuh disekitar penginapan ini, membuat The Village sesuai untuk orang yang menginginkan penginapan bajet yang sunyi dan jauh dari orang ramai.

Jika anda mahu ke pantai pula, anda hanya perlu berjalan selama 4 minit sahaja.

the-village-langkawi-picture-2

Bilik di sini datang dengan penghawa dingin, bilik air persendirian berserta shower air panas, meja, dan tempat duduk di luar. Wifi percuma disediakan kepada tetamu.

Jika anda memandu, The Village menyediakan tempat letak kereta percuma untuk tetamunya.

Harga: Dari RM120 semalam

Lokasi: Kampung Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang.

Dapatkan di Booking.com

7. Tubotel | Dari RM128 Semalam

tubotel-langkawi-picture-1

Kepada mereka yang mencari satu pengalaman bercuti yang luar biasa, mungkin anda akan suka bermalam di Tubotel Langkawi.

Hotel ini diberi nama Tubotel kerana bilik disini di buat dari pembentung simen besar dan disusun menghadap laut.

Tubotel juga sesuai untuk golongan Backpacker kerana ia menyediakan bilik berkongsi yang dengan harga rendah bermula dari RM90 semalam.

tubotel-langkawi-picture-2

Anda tidak akan bosan di sini kerana Tubotel mempunyai 3 kolam renang berasingan, tempat bermain pool dan Wifi di kawasan hotel tersebut.

Jika anda hendak ke Pantai Cenang ia hanya mengambil masa 10 minit sahaja berjalan kaki. Bilik mandi di sini adalah bilik mandi yang di kongsi dengan tetamu yang lain.

Harga: Dari RM128 Semalam

Lokasi: Kuala Cenang, 07000 Pantai Cenang.

Dapatkan di Booking.com

8. Casa Loma Airis Sanctuary | Dari RM130 Semalam

casa-loma-at-airis-sanctuary-picture-1

Chalet-Chalet persendirian mengelilingi kolam yang dihias dengan pokok kelapa membuat Casa Loma Airis Sanctuary sesuai untuk mereka yang hendak melarikan diri dari kesibukan bandar.

casa-loma-at-airis-sanctuary-picture-1

Bilik di sini datang dengan berhawa dingin, bilik air persendirian, shower air panas dan Wifi percuma di setiap bilik. Kawasan sekeliling hotel ini juga merupakan tarikan memancing yang popular.

Di sini juga terdapat tempat letak kereta percuma yang disediakan untuk tetamu.

Harga: Dari RM130 Semalam

Lokasi: Lot 1543 Bandar Padang Mat Sirat, Pantai Tengah, 07000 Pantai Cenang.

Dapatkan di Booking.com

9. Adina Drive in Motel | Dari RM138 Semalam

adina-drive-in-motel-picture-1

Adina Drive in Motel merupakan penginapan bajet yang terletak berdekatan dengan banyak tarikan di Pantai Cenang.

Dari Motel ini anda hanya perlu berjalan kaki selama 5 minit untuk sampai ke Pantai Cenang, 16 minit ke Langkawi Underwater World dan 7 minit ke Cenang Mall.
adina-drive-in-motel-picture-2Bilik di motel ini dilengkapi dengan penghawa dinging, kipas, kopi & teh segara dan bilik mandi persendirian. Sesuai untuk orang yang mencari nilai lebih untuk wang mereka.

Sudah puas mandi pantai anda boleh bersuka ria di kolam renang hotel pula.

Harga: Dari RM138 Semalam

Lokasi: Lot 2599, Jalan Pantai Cenang. Mukim Kedawang, 07100 Pantai Cenang.

Dapatkan di Booking.com

10. Green Village Langkawi Resort | Dari RM139 Semalam

green-village-langkawi-resort-picture-1

Jika anda mencari resort mesra alam yang di kelilingi pokok buluh dan angsana, Green Village Langkawi Resort mungkin pilihan terbaik untuk anda. Resort ini terletak di Pantai Tengah hanya 500 meter sahaja dari Pantai Cenang.
green-village-langkawi-resort-picture-2Resort ini mempunyai kolam renang, meja pool, Wifi percuma untuk tetamu dan padang permainan kanak-kanak khas untuk kegunaan anda.

Bilik datang lengkap dengan penyaman udara, bilik mandi persendirian dan TV.

Harga: Dari RM139 Semalam

Lokasi: Jalan Pantai Tengah, Teluk Baru, 07100 Pantai Cenang.

Dapatkan di Booking.com

11. Chenang Inn | Dari RM145 Semalam

chenang-inn-picture-1

Chenang Inn adalah tempat penginapan bajet yang terletak di Kampung Pantai Cengan dan hanya 8 minit sahaja berjalan kaki ke Pantai Cenang.

chenang-inn-picture-2

Tetamu mempunyai bilihan untuk membeli sarapan pagi untuk RM10 sahaja.

Bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, meja, Kopi & Teh segara dan bilik air persendirian.

Chenang Inn juga menyediakan Wifi percuma didalam setiap bilik dan parking percuma untuk tetamu.

Harga: Dari RM145 Semalam

Lokasi: No. 18, Kampung Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang.

Dapatkan di Booking.com

12. Senari Bay Resort | Dari RM150 Semalam

senari-bay-resort-picture-1

Senari Bay Resort sesuai untuk mereka yang mencari aktiviti menarik di Pantai Cenang kerana pihak resort menyediakan perkhidmatan seperti memancing dan snorkeling.

senari-bay-resort-picture-2

Bilik di resort ini dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik air peribadi, Wifi percuma, teh & kopi segera dan TV.

Resort ini juga menyediakan tempat letak keret percuma dan. Kepada mereka yang suka BBQ ada tempat khas disediakan kepada mereka yang berminat untuk membuat BBQ sendiri.

Harga: Dari RM150 semalam

Lokasi: Kuala Cenang, MK. Kedawang, 07000 Pantai Cenang.

Dapatkan di Booking.com

13. Casa Idaman Motel | Dari RM150 Semalam

Casa Idaman Langkawi - Picture 1

Motel ini menawarkan 21 bilik serba lengkap yang datang dengan penghawa dingin, bilik mandi peribadi dan TV memastikan anda selesa sepanjang masa anda berada di Casa Idaman.

Casa Idaman Langkawi - Picture 2

Tetamu dapat menikmati Wifi percuma di setiap bilik, parking percuma, perkhidmatan taxi dan kemudahan menyimpan bagasi.

Harga: Dari RM150 Semalam

Lokasi: Lot 2327, Jalan Kampung Berjaya, 07000 Pantai Cenang.

Dapatkan di Booking.com

14. Langgura Baron Resort | Dari RM160 Semalam

langgura-baron-resort-picture-1

Tetamu yang berminat untuk bermalam di Langgura Beach Resort ini dapat memilih diantara Superio (Brick House) atau Deluxe (Wooden House).

Berdekatan dengan kawasan ini anda akan dapat melakukan aktiviti menarik seperti jet ski dan parasailing. Untuk ke Pantai Cenang ada hanya perlu berjalan kaki selama 2 minit sahaja.

langgura-baron-resort-picture-2

Bilik di hotel ini datang lengkap dengan penghawa dingin, bilik air persendirian, shower air panas dan kopi & teh segera. Anda boleh melayari Wifi percuma di lobi.

Jika anda malas untuk keluar dari kawasan hotel anda boleh menjamu selera di restoran hotel.

Di kawasan resort terdapat kemudahan lain seperti bilik mesyuarat dan kedai serbaneka untuk kemudahan pelanggan.

Harga: Dari RM160 semalam

Lokasi: Lot 2608, Tanjung Mali, 07000 Pantai Cenang.

Dapatkan di Booking.com

15. White Lodge | Dari RM169 Semalam

white-lodge-picture-1

Terletak hanya 3 minit jarak berjalan dari Pantai Cenang, White Lodge Chalet ini menawarkan penginapan yang serba lengkap dengan harga yang berpatutan.

Bilik yang luas dengan pilihan katil berasingan menjadikan pilihan yang bagus untuk keluarga yang mencari penginapan bajet di Langkawi.

white-lodge-picture-2

Bilik di hotel ini menawarkan kelengkapan seperti penghawa dingin, TV, peti sejuk, teh & kopi segera, dan bilik air persendirian. Tetamu yang memandu juga dapat menggunakan tempat parking kereta percuma di kawasan chalet.

Harga: Dari RM169 Semalam

Lokasi: Pantai Tengah, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang.

Dapatkan di Booking.com

16. Sweet Inn Motel | Dari RM120 Semalam

sweet-inn-motel-picture-1

Sweet Inn Motel ini terletak hanya 5 minit saja perjalanan kaki dari Pantai Cenang. Di sini terdapat kemudahan seperti restoran, tempat letak kereta precuma untuk tetamu dan Wifi percuma di kawasan lobi motel.

sweet-inn-motel-picture-2

Bilik di motel ini pula serba lengkap dengan penghawa dingin, TV, meja untuk berkerja dan bilik mandi air panas persendirian.

Di hotel ini juga terdapat restoran jika anda berminat untuk menjamu selera tanpa meninggalkan kawasan hotel.

Harga: Dari RM120 Semalam

Lokasi: Lot 792, Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang

Dapatkan di Booking.com

17. Tokman Inn | Dari Rm140 Semalam

tokman-inn-langkawi-picture-1

Tokman Inn ini terletak 3km dari Lapangan Terbang Langkawi dan 400 meter dari Muzium Padi, 1.5km dari Langkawi Underwater World. dan 6 minit berjalan kaki ke Pantai Cenang.

Bilik di penginapan ini datang lengkap dengan bilik mandi persendirian, penghawa dingin, Wifi percuma dan teres peribadi untuk bersantai.

tokman-inn-langkawi-picture-2

Parking percuma juga disediakan untuk tetamu yang membawa kereta. Pihak Hotel juga menyediakan perkhidmatan sewa scooter dan kereta kepada tetamu yang berminat.

Harga: Dari RM140 Semalam

Lokasi: Jalan Pantai Cenang (Belakang Huda Inn), Mukim Kedawang, 07000 Pantai Cenang

Dapatkan di Booking.com

18. My Rainforest Chalet | Dari RM150 Semalam

my-rainforest-chalet-at-langkawi-picture-1

Kepada meraka yang mencari bilik bajet semasa berada di Langkawi nanti My Rainforest Chalet suatu pilihan yang bagus.

Tetamu dapat memilih antara bilik yang biasa atau berhawa dingin dan mempunyai fridge yang peribadi.

my-rainforest-chalet-at-langkawi-picture-2

Tetamu juga dapat meletakkan kereta secara percuma di kawasan chalet. Rainforest Chalet juga menyediakan tempat BBQ khas untuk mereka yang berminat.

Terdapat pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan tidak jauh dari kawasan hotel seperti snorkeling, berbasikal dan menunggang kuda jika anda berminat.

Harga: Dari RM150 Semalam

Lokasi: Jalan Pantai Cenang, Langkawi, 07000 Pantai Cenang

Dapatkan di Booking.com

19. Hotel Easy Crystal | Dari RM136 Semalam

hotel-easy-crystal-picture-1

Hotel Easy Crystal terletak berhampiran dengan pekan Pantai Cenang dan hanya 3 minit saja berjalan kaki ke pantai.

hotel-easy-crystal-picture-2

Hotel ini mempunyai 68 bilik yang menawarkan kelengkapan seperti penghawa dingin, bilik mandi persendirian, pengering rambut, dan teh & kopi segera.

Terdapat juga perkhidmatan seperti menyimpan bagasi dan parking percuma untuk tetamu.

Harga: Dari RM136 Semalam

Lokasi: Lot 2325, Tanjung Mali, Jalan Pantai Cenang, 07000 Pantai Cenang

Dapatkan di Booking.com

Hotel Murah Di Pantai Cenang dengan bajet RM300 kebawah

20. Federal Villa Beach Resort | Dari RM200 Semalam

federal-villa-beach-resort-picture-1

Resort yang terletak di Pantai Tengah ini mempunyai 4 restoran di kawasan resort, gelanggang tennis, kolam renang diluar dan kolam renang tertutup khas untuk wanita di dalam.

federal-villa-beach-resort-picture-2

Mungkin harga bilik di resort ini tinggi sedikit apabila dibandingkan dengan penginapan lain di senarai ini, tetapi Federal Villa Beach Resort ini merupakan resort 3 bintang yang menawarkan perkhidmatan yang menarik dan hanya 9 minit berjalan kaki ke Pantai Cenang.

Tetamu juga dapat menggunakan perkhidmatan parking percuma yang disediakan oleh pihak hotel.

Bilik di sini dilengkapi dengan penyaman udara, bilik air persendirian dengan shower air panas, TV dan Kopi & Teh segera.

Harga: Dari RM200 Semalam

Lokasi: Lot 1698 Pantai Tengah, Mukim Kedawang, Daerah Langkawi.

Dapatkan di Booking.com

21. Pondok Muara Chalet | Dari RM200 Semalam

pondok-muara-chalet-picture-1

Seperti yang anda boleh lihat didalam gambar, Pondok Muara Chalet ini menawarkan bilik yang bersih dan selesa untuk tetamu meraka.

pondok-muara-chalet-picture-2

Tetamu di chalet ini dapat menikmati pemandangan sawah padi dan jika hendak kepantai hanya perlu berjalan kaki selama 6 minit sahaja.

Setiap bilik mempunyai TV, penyaman udara, bilik air persendirian dan patio peribadi.

Harga: Dari RM200 Semalam

Lokasi: Jalan Kuala Muda, Sungai Cenang, 07000 Pantai Cenang.

Dapatkan di Booking.com

22. Fuuka Villa | Dari RM250 Semalam

fuuka-village-picture-1

Kepada meraka yang memandu dan mencari penginapan modern semasa percutian anda di Langkawi, mungkin anda akan suka pada Fuuka Villa.

Walaupun Villa ini tidak berhampiran dengan pantai tetapi ia menawarkan bilik dan perkhidmatan yang akan membuat anda jatuh cinta pada tempat ini.

Tetamu dapat menikmati pemandangan sawah padi dan terdapat juga kolam renang didalam kawasan villa jika malas untuk berjalan kaki ke laut.

fuuka-vilage-picture-2

Setiap bilik disini mempunyai penghawa dingin, TV, bilik mandi persendirian dan terdapat banyak gerai makanan yang berdekatan dengan villa ini untuk anda menjamu selera. Ia mengambil masa 10 minit untuk berjalan ke Pantai Cenang dari villa ini.

Harga: Dari RM250 Semalam

Lokasi: Jalan Kuala Muda, Sungai Cenang, 07000 Pantai Cenang.

Dapatkan di Booking.com

Senari hotel di atas tidak termasuk semua hotel di Pantai Cenang kerana saya hanya memilih yang saya rasa paling sesuai untuk meraka yang mencari hotel bajet di Pantai Cenang.

Disamping itu, tempat penginapan yang di senaraikan di atas juga sering mempunyai tawaran harga bilik yang menarik.

Seperti hotel yang lain di negara kita, harga bilik ditentukan oleh kadar permintaan semasa. Harga yang saya sertakan di atas bedasarkan harga pada musim biasa.

Jika anda pilih untuk melancong pada musim cuti sekolah atau perayaan anda mungkin akan melihat harga bilik naik sedikit.

Untuk mengelakkan anda terlepas dari mendapat hotel atau harga bilik yang diingini jangan lupa untuk booking sekurang–kurangnya sebulan sebelum bercuti.

Saya harap senarai Hotel ini dapat membantu anda membuat pilihan tempat penginapan yang terbaik semasa anda berada di Langkawi kelak.

Selamat bercuti dan moga-moga anda membuat banyak kenangan manis semasa berada di Pantai Cenang nanti.