13 Hotel Terapung Di Malaysia Yang Menarik Untuk Pengalaman Bermalam Di Atas Air

Siapa yang tidak pernah membayangkan untuk tinggal di kawasan berhampiran laut? Bunyi desiran ombak pantai dan angin laut memberikan ketenangan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Kehidupan yang penuh keriuhan tanpa henti di kota membuatkan ramai mengidamkan suasana yang indah, tenang, bersama bayu segar yang sukar didapati di bandaraya.

Jika ini yang anda sering bayang-bayangkan, apa kata anda bersama keluarga beramai-ramai membuat perancangan untuk bercuti ke salah satu hotel terapung yang terdapat di Malaysia ini. Di sini anda dapat melupakan segala beban kerja atau pelajaran, di sini anda hanya mendengar bunyi-bunyi daripada alam semulajadi, di sini anda dapat menghirup udara yang bersih, di sini juga anda disajikan pemandangan yang menyegarkan. Sekembalinya anda dan keluarga daripada percutian ini, badan dah relaks, minda pun tenang, produktiviti meningkat, kesihatan pun bertambah mantap! Tak perlu nak keluar negara untuk menikmati semua ini, jadi tunggu apa lagi? Mari kita lihat 13 hotel terapung di Malaysia.

13. Pangkor Laut Resort

Pangkor Laut Resort 1
Sumber: Beautiful Hotels

Untuk sampai ke resort yang terletak di Selat Melaka ini, anda perlu menaiki bot laju yang disediakan daripada Marina Island Pangkor yang mengambil masa selama 15 minit. Jauh daripada sebarang gangguan bunyi dan udara kerana lokasinya yang dikelilingi taman tropika dan laut. Di resort ini, anda sekeluarga bukan setakat boleh snorkeling dan berkanu di laut, tapi anda juga boleh bermandi-manda di 2 kolam renang yang disediakan.

Pangkor Laut Resort 2
Sumber: Suffy Travels

Macam mana kalau musim hujan? Hotel ini juga menyediakan tempat untuk bermain skuasy, tenis dan bilik kecergasan. Bagi anda yang nak memanjakan diri anda, terdapat spa yang dapat memberikan anda layanan yang memang baik punya!

Bab makan anda tak perlu risaulah, sebab ada 8 restoran yang boleh anda pilih, yang bestnya, dapat makan makanan laut segar bertemankan pemandangan laut lagi. Perfect!

Alamat: Pangkor Laut Island, Pangkor Laut, 32200 Lumut, Perak, Malaysia

Selanjutnya Di Booking.com

12. Avani Sepang Gold Coast

Avani Sepang 1
Sumber: Avani Sepang Gold Coast

Siapa yang tak mengidamkan sebuah penginapan yang lengkap dengan pemandangan yang menyejukkan mata bukan? Di sini anda dikelilingi oleh pemandangan laut yang sangat menarik terutama sekali pada waktu matahari naik dan terbenam, sampai terlupa segala beban di kepala. Bilik juga luas, keselesaannya memang tak perlu dipersoalkan, tip-top!

Avani Sepang 3
Sumber: Joey950118

Tak cukup dengan pemandangan dari balkoni vila? Pihak hotel turut menyediakan basikal, permainan meluncur angin dan banyak lagi untuk bersuka-ria bersama keluarga tersayang sambil menikmati panorama alam.

Penginapan di sini terasa cukup mewah dengan kemudahan spa, pusat kecergasan dan kolam renang infiniti yang disediakan. Anda juga boleh melawat ladang-ladang yang terdapat di sekitar hotel. Memang syok baq hang!

Alamat: Sepang Goldcoast, No. 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, 43950 Kampong Bagan Lalang

Selanjutnya Di Booking.com

11. Seaventure Dive Rig

Seaventure Dive Rig 1
Sumber: Seaventures Dive Rig

Buat anda yang menyukai aktiviti menyelam, Seaventure Dive Rig ialah sebuah destinasi yang patut anda tujui. Pengalaman yang akan anda dapati apabila menginap di sini dijamin terbaik! Binaan hotel ini memang serius unik. Dibina di atas pelantar minyak, anda diberikan dua pilihan, kalau anda berjiwa ekstrem, boleh terus terjun dari platform untuk menyelam ke dalam laut ataupun kalau jiwa anda tidaklah se’ekstrem’ yang disangka sebaik berdiri di platform, anda boleh menggunakan lif yang disediakan untuk terus sampai ke dalam laut. Pengalaman yang ditawarkan oleh destinasi ini sungguh unik dan ia terpilih untuk disertakan didalam senarai tempat percutian paling menarik di Malaysia.

Sea Ventures Dive Rig 3
Sumber: Naam Diving Collection

Selain itu, berdasarkan testimoni pelancong yang pernah menginap di sini, makanan yang disediakan juga agak menyelerakan dan yang penting sekali, ramai yang sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pekerja di hotel ini.

Alamat: (Untuk tujuan tempahan) G23B, Ground Floor, Wisma Sabah, Jalan Tun Razak, Kota Kinabalu, Sabah 88000, Malaysia

Baca: 22 Hotel Murah Di Kota Kinabalu


10. Avillion Port Dickson

Avillion Port Dickson 1
Sumber: Avillion Port Dickson

Tak perlu lari jauh-jauh daripada kota untuk menikmati alam semulajadi bersama keluarga kalau anda tinggal di Kuala Lumpur. Hanya 1 jam perjalanan anda akan sampai di sebuah dunia yang penuh ketenangan.

Avillion Port Dickson 2
Sumber: Avillion Port Dickson

Resort yang direka berdasarkan perkampungan nelayan Melayu ini bukan sahaja menawarkan kemudahan spa, sauna dan kolam renang, malahan, anda juga boleh melawat ladang rempah-ratus, ladang haiwan dan kandang burung di mana terdapat lebih daripada 30 spesies burung untuk dilihat, yang penting, dapatlah anak-anak anda belajar sesuatu yang baru semasa bercuti.

Avillion Port Dickson 3
Sumber: Shaza Sabbah

Bukan itu sahaja, anda boleh juga memancing dari balkoni bilik sambil menyegarkan mata anda ditemani bayu laut Selat Melaka.

Bagi anda yang sukakan aktiviti lasak pula pihak resort menyediakan aktivit berkayak, kapal luncur angin dan basikal hydro.

Alamat: 3rd Mile Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Malaysia

Selanjutnya Di Booking.com

9. Mabul Water Bungalow

Mabul Water Bungalow 1
Sumber: Impro.tv

The best dive bases in the world,’ itulah penghormatan yang diberikan kepada tempat penginapan yang terletak di perairan Pulau Mabul, Sabah ini. Kejernihan airnya menjadikan aktiviti menyelam sangat menyeronokkan kerana anda dapat melihat dengan jelas panorama hidupan laut.

Mabul Water Bungalow 3
Sumber: Rano Iman

Airnya yang jernih ini juga membuatkan anda dapat menikmati pemandangan hidupan marin dengan hanya menjenguk keluar melihat air dari balkoni bilik anda.

Mabul Water Bungalow 2
Sumber: Ciao Pass

Bilik-bilik di Mabul Water Bugalow juga agak luas dan memiliki reka bentuk tradisional, tapi tetap dilengkapi dengan kemudahan moden seperti internet, tv bersaluran satelit, tandas juga lengkap dengan mandian air panas. Selain daripada itu, anda juga boleh relaks di spa yang disediakan.

Alamat: Pulau Mabul, Sabah, Malaysia


8. Sipadan Kapalai Water Village Resort

Sipadan Kapalai Village 1
Sumber: Tourism Malaysia

Sipadan Kapalai Water Village ini anda dapat berasa seperti benar-benar terapung kerana terpisah jauh daripada kawasan daratan. Resort ini disambungkan dengan Pulau Mabul dengan jambatan kayu yang panjang. Reka bentuk penginapan ini adalah diinspirasikan daripada reka bentuk rumah masyarakat Bajau.

Antara aktiviti yang disediakan di resort ini adalah seperti berkayak, menyelam dan snorkeling. Bagi anda yang tak sabar untuk menikmati keindahan air laut di sini, boleh je kalau anda nak terus terjun daripada jambatan, baru adventurous kan?

Sipadan Kapalai Water Village 2
Sumber: KK City

Selain itu, anda boleh menikmati perkhidmatan spa yang disediakan oleh pihak hotel. Bagi anda yang membawa anak-anak yang masih kecil pula tak perlu gusar, perkhidmatan penjagaan bayi turut disediakan. Jadi, bolehlah anda chill tanpa sebarang beban dalam kepala. Semuanya tersedia untuk anda dan keluarga bercuti dengan tenang.

Alamat: Semporna, Sabah, Malaysia


7. Berjaya Langkawi Resort

Berjaya Langkawi Resort 1
Sumber: Scenic World

Kalau anda mengidamkan sebuah penginapan dengan kesegaran bunyi hutan hujan setiap kali anda membuka mata, inilah resort yang tepat bagi anda. Berlatarbelakangkan hutan hujan yang kaya dengan hidupan liar, resort ini menyediakan perkhidmatan lawatan berpandu di mana anda akan diberikan penerangan tentang flora dan fauna di hutan hujan ini. Anda dan anak-anak dapat menikmati panorama alam semulajadi sambil mempelajari banyak perkara baru tentang hidupan di sini.

Berjaya Langkawi Resort 2
Sumber: Berjaya Hotels

Dah puas menikmati hidupan di hutan hujan, jom pergi menyelam pula di Pulau Payar untuk melihat hidupan laut yang terdapat di sini. Selain daripada aktiviti menerokai hutan yang boleh dilakukan pada waktu siang dan malam serta scuba diving, hotel ini turut memiliki Muzium 3D dan Underwater World Langkawi untuk anda lawati. Memang sure seronoklah anak-anak anda kalau datang ke sini!

Alamat: Karung Berkunci 200, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Selanjutnya Di Booking.com

6. Pom Pom Island Resort

Pom Pom Island Resort 1
Sumber: RanRanAnn

Terletak lebih kurang 50 minit daripada jeti Semporna, resort yang juga merupakan tempat pemuliharaan penyu ini menawarkan pemandangan yang sangat indah kepada para penginap. Dari jeti resort anda dapat melihat penyu-penyu dan pelbagai jenis ikan yang terdapat di laut.

Pom Pom Island 2
Sumber: Nurul Yazid

Hotel ini turut menyediakan perkhidmatan spa di mana terdapat khidmat urutan dan refleksologi untuk anda bersama keluarga memanjakan diri. Selepas itu bolehlah anda menaiki bot yang disediakan untuk berlayar di sekitar kawasan laut.

Kalau anda sukakan aktiviti yang mencabar, anda boleh mendaki bukit di Pulau Bohaydulong yang terletak tidak jauh dari resort.  Setelah penat mendaki anda akan disajikan dengan pemandangan pulau-pulau sekeliling yang indah tak terkata.

Alamat: A-2-1 Jalan Karamunsing | Lorong Kapital, Block A, 2nd Floor, Pulau Sipadan 88000, Malaysia

Selanjutnya Di Booking.com

5. Gayana Eco Resort

Gayana Eco Resort 1
Sumber: Majalah Panorama

Di pinggir laut Borneo terletaknya sebuah resort yang sangat gempak. Untuk ke resort ini anda perlu menaiki feri yang disediakan secara percuma dari Terminal Feri Kota Kinabalu. Kenapa saya kata gempak tadi? Sebab  anda dapat menggunakan banyak kemudahan untuk beraktiviti air di sini secara percuma seperti snorkeling dan kayak.  Air di resort ini juga sangat jernih membuatkan aktiviti snorkeling 10 kali ganda menyeronokkan kerana anda dapat melihat hidupan laut dengan jelas.  Jangan lupa sediakan kamera berkalis air, baru berbaloi!

Gayana Eco Resort 2
Sumber: Sam Leu

Waktu bercuti jugalah waktu yang tepat untuk membelai wajah dan badan bukan? Di Spa Suites di hotel ini anda boleh mendapatkan khidmat rawatan wajah dan urutan badan.

Alamat: Malohom Bay Pulau Gaya, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia

Selanjutnya Di Booking.com

4. Dragon Inn Semporna

Dragon Inn 1
Sumber: Hailey WF

Dragon Inn Semporna direka bentuk berdasarkan kampung air masyarakat Bajau. Terletak tidak jauh daripada kawasan bandar dan hanya selang beberapa minit perjalanan dari resort anda dapat singgah ke pasar pagi yang terdapat di sini. Apa yang bestnya di sini, terdapat Live Fish Open Aquarium untuk anda melihat hidupan air bersama keluarga. Tidak jauh dari resort ini, anda boleh melawat pulau-pulau yang berdekatan seperti Mabul dan Sipadan untuk melengkapkan percutian anda sewaktu di Sabah.

Dragon Inn 2
Sumber: Suhaidzan

Untuk pengetahuan anda juga, resort ini diberi gelaran sebagai Royal Resort ataupun Resort Diraja kerana kerap menerima lawatan diraja. Ia juga tersenarai sebagai salah satu hotel terapung terbaik dalam senarai ‘AskMen’s Top Ten Floating Hotels of The World’.

Alamat: Dragon Inn (Floating Hotel) Jalan Kastam, 91307 Semporna


3. ST Regis Langkawi

St Regis Floating Hotel 1
Sumber: St Regis Langkawi

Sebuah hotel di Langkawi yang menawarkan pemandangan matahari terbenam yang indah. Terletak berdekatan dengan keindahan hutan hujan yang menghijau, serta dikelilingi keindahan laut Andaman yang memukau. Hotel ini menyediakan aktiviti air yang menarik seperti snorkeling dan scuba diving untuk anda mencipta memori indah bersama keluarga.

St Regis Flaoting Hotel 2
Sumber: St Regis Langkawi

Bagi anda yang nak relaks dengan lebih privasi, anda boleh berenang dalam kolam renang infiniti peribadi yang disediakan pihak hotel.

St Reqis Floating Hotel 3
Sumber: St Regis Langkawi

Tempat makannya pula disediakan hammock atau buaian untuk anda menjamu selera sambil menikmati pemandangan indah dari resort. Memang cool kan?

Alamat: Jalan Pantai Beringin, Langkawi, 07000, Malaysia

Selanjutnya Di Booking.com

2. Grand Lexis Port Dickson

Grand Lexis Port Dickson 1
Sumber: Waheeda Noor

Terletak hanya 1 jam lebih perjalanan dari Kuala Lumpur adalah sebuah hotel yang memecahkan rekod sebagai resort yang memiliki paling banyak kolam renang dalam The Malaysia Book of Records. Ciri-ciri reka bentuk hotel ini adalah diinspirasikan daripada reka bentuk penginapan di Bali.

Grand Lexis Port Dickson 3

Di dalam tempat penginapan anda dilengkapi dengan katil bersaiz king, tv 32-inci, dapur, ketuhar mikro, pinggan dan banyak lagi yang dapat memudahkan anda sewaktu menginap di sini. Wifi? Mantap. Setiap penginapan juga disediakan kolam renang peribadi yang selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak sekiranya anda datang bersama keluarga.

Grand Lexis Port Dickson 2

Setelah puas bermandi-manda, anda boleh menerokai alam semula jadi di sekitar dengan menaiki basikal sewa yang disediakan pihak resort. Sangat banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga sekiranya anda menginap di resort ini seperti melawat Raptor Bird Sanctuary, Hutan Simpan Tanjung Tuan dan Oceanic Mall Port Dickson.

Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, Negeri Sembilan, 71000 Port Dickson, Malaysia

Selanjutnya Di Booking.com

1. Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis-Hibiscus-Port-Dicskon

Sebuah hotel yang memberikan anda privasi yang diimpikan, siapa yang tak pernah berangan untuk memiliki kolam renang sendiri kan? Di hotel ini, impian anda menjadi kenyataan. Setiap bilik disediakan kolam renang untuk anda nikmati tanpa sebarang gangguan. Tak perlulah anda membuang masa untuk mencari pakaian yang sesuai kalau tiba-tiba terasa nak bermandi-manda, syoknya tak terkatalah kan. Bukan itu sahaja, setiap tempat penginapan juga disediakan bilik stim ataupun sauna. Ini antara hotel terbaik di Port Dickson yang pasti memberi anda pengalaman menginap yang istimewa.

Lexis Hibiscus 3

Sudah puas berendam dan bersiap, keluar sahaja dari pintu bilik, anda akan disajikan dengan pemandangan yang indah pemandangan laut. Kalau anda menginginkan sebuah percutian yang mewah dan berprivasi, inilah salah satu penginapan yang boleh dijadikan pilihan.

Alamat: Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia

Selanjutnya Di Booking.com

Mesti agak ramai yang tak menyangka yang Malaysia sebenarnya memiliki banyak hotel atau resort yang lain dari yang lain seperti hotel-hotel terapung ni kan? Ramai yang teringin untuk ke luar negara untuk menikmati alam semula jadi sebenar tapi tak perasan bahawa tanah air ini sendiri kaya dengan keindahan alam semulajadi.

Hotel-hotel terapung ini memberikan pengalaman yang agak unik dan istimewa kerana percutian anda memang benar-benar jauh dari hiruk-pikuk yang wujud di daratan. Dengan menginap di hotel sebegini juga anda dapat menyelami alam semula jadi dengan lebih realistik lagi. Bangun sahaja dari tidur lena anda dah disapa dengan bunyi ombak dan deru angin laut. Aktiviti-aktiviti yang dapat dibuat di penginapan-penginapan ini juga sangat menyeronokkan, diving, snorkelling, kayak, siapa yang tak suka main air bukan?

Sebenarnya banyak lagi destinasi yang menarik untuk dilawati di Malaysia ini untuk menikmati keindahan alam semulajadi dan untuk menenangkan fikiran yang bercelaru dalam dunia yang penuh cabaran ni. Wajib untuk anda mengambil sedikit masa untuk recharge tenaga anda sekeluarga dengan percutian yang menyeronokkan. Singgahlah untuk membaca artikel kami berkaitan hotel terbaik di Cameron Highland untuk memberi anda ilham untuk percutian yang akan datang bersama keluarga.

Akhir kata, terima kasih kerana telah meluangkan masa anda untuk membaca senarai 13 hotel terapung terbaik yang terdapat di Malaysia. Pihak Maisinggah berharap dengan artikel ini, anda dapat membuat pilihan yang terbaik untuk sebuah percutian yang terindah bagi anda dan keluarga. Percutian adalah waktu yang penting yang dapat merapatkan hubungan antara keluarga dan dalam mencipta memori indah bersama, jadi, buatlah pilihan yang terbaik dan rancanglah dengan awal. Semoga impian anda sekeluarga untuk memiliki percutian yang sempurna berjaya direalisasikan.

Anda rasa ramai lagi yang tak tahu tentang kewujudan hotel terapung di Malaysia? Sila share dan tag kawan-kawan anda supaya mereka juga mendapat manfaat daripada artikel ini.



Related Posts