Hour Loft Shah Alam | Ruang Co-Working yang Produktif

Ramai diantara kita yang sudah bosan kerja di rumah dan mencari tempat alternatif untuk menyiapkan tugasan kita.

Tetapi bukan semua tempat mempunyai tahap keselesaan sama seperti rumah sendiri. Tambahan pula, hampir mustahil zaman sekarang ini kerja boleh disiapkan offline tanpa Wifi.

Selalunya kita ke kafe membawa laptop, tetapi selepas beberapa jam berkerja kita terpaksa berhenti sebab kehabisan bateri dan soket pula terhad. Hour Loft di Shah alam menyelesaikan masaalah ini dengan menyediakan ruang Co-Working kondusif untuk produktiviti yang mempunyai semua kelebihan seperti kerja di rumah sendiri.

Apa itu Co-Working?

Mengikut definisi kamus, Co-Working adalah perkataan generik yang biasanya digunakan untuk menggambarkan sebarang keadaan di mana dua atau lebih orang bekerja di tempat yang sama, tetapi bukan untuk syarikat atau tugasan yang sama.

Hour Loft

HourLoft CoWorking Space
Ruang Kerja Kondusif | Sumber: Hour Loft Instagram

Hour Loft adalah Co-Working space yang terletak di Shah Alam dan menyediakan tempat untuk anda berkerja secara berseorangan ataupun dalam kumpulan.

Di sini ada tiga jenis tempat duduk yang boleh anda pilih dan ruang kerje ini dilengkapi dengan plugpoint yang mencukupi dan WiFi internet dengan kelajuan 30mb. Sesuai untuk orang yang mencari tempat kerja selasa yang boleh membantu meningkatkan produktiviti mereka.

Tempat ini sesuai untuk

  • Orang yang mencari tempat kerja alternatif dengan suasana positif
  • Kumpulan yang mencari ruang untuk berkerjasama yang selesa
Hour Loft Shah Alam
Sesi Kumpulan | Sumber: Hour Loft Instagram

Harga

Satu Jam: RM2 (Per Pax)

Private Lounge (Untuk Kumpulan) : RM12 Satu Jam (10 pax)

Informasi Hour Loft Shah Alam

Lokasi: 4a, Jalan Keluli AJ7/AJ, Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan, Seksyen 7, 40000, Shah Alam

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am – 12pm)

No Tel: 016 366 3290

Instagram: @hourloft

Laman Web: hourloft.com



Related Posts