Karnival Usahawan Muda 2016 | Universiti Malaya

Karnival Usahawan Muda 2016 julung-julung kali diadakan di Universiti Malaya pada 16 hingga 18 Mei ini.

Festival ini anjuran bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPPUM) dan dikuasakan oleh penganjur bersama University Of Malaya Entrepreneurship Centre (UMEC), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Cinta Ilahi Consultancy.

Festival ini khas buat mahasiswa yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Universiti Malaya bakal memberikan anda satu peluang untuk mempelajari cara memulakan perniagaan dengan cara yang betul. Antara ilmu yang akan dikongsi pada hari festival adalah:

  • Strategi keusahawanan secara intensif
  • Persiapan minda untuk memulakan perniagaan
  • Berkongsi Tips perniagaan bersama usahawan muda yang terlah berjaya

Aktiviti di Karnival Usahawan Muda

Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik telah direncanakan bagi menambahkan lagi kemeriahan Karnival Usahawan Muda 2016 kali ini.

Karnival Usahawan Muda 2016 - Universiti Malaya 2

  • Sehari Bersama Institut Keusahawanan Negara ( INSKEN)
  • Perkongsian Ikon Usahawan Muda
  • “Who wants to be a millionaire”
  • Majlis penutupan
  • Zumba
  • Skuad Era.fm

Kepada Vendor yang berminat

Pihak penganjur sedang mencari vendor untuk berniaga di Karnival Usahawan Muda 2016 anjuran UMEC dan MPP UM. Pastikan anda jangan terlepas peluang untuk buka gerai jualan pada 16-18 Mei 2016 di Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya.

Karnival Usahawan Muda 2016 - Universiti Malaya 3

Hampir 60 tapak niaga disediakan. Justeru itu, pihak komiti amat mengalu-alukan pihak tuan untuk membuka gerai jualan sepanjang program ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan:

  • Azlan – 0178429945
  • Sharifah Mazdiah – 0148524603
  • Siti Ruhaiza – 01123556794

 

 

Informasi Festival

Lokasi:  Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya,

Tarikh: 16 – 18 Mei (Isnin-Rabu)

Masa: 9am – 10pm

Facebook Page

Instagram: @karnival_usahawan_muda

Peta: Google Maps



Related Posts