Larian BOH ECO Trail 2016 | BOH Plantations Bukit Cheeding

Jika anda mencari pengalaman bersenam di ladang teh yang nyaman dikelilingi pokok-pokok hijau, Larian BOH ECO Trail 2016 aktiviti sesuai untuk anda.

Sempena larian ini BOH Plantations SDN BHD akan membuka pintu ke ladang Cheeding Plantation yang terletak di Banting Selangor dan juga sebahagian daripada Kuala Langat North Forest Reserve.

Berlansung pada 28 May ini larian yang berjarak 8 kilometer ini akan bermula pada pukul 7.30 pagi

Larian boh eco Trail 2016 - Image 2

Tujuan disebalik mengadakan larian ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan tanah gambut dan pencegahan kebakaran hutan di KLNDR.

Kebakaran hutan tanah gambut di Indonesia punca utama negara kita dilanda jerebu dan dengan mengajar orang kepentingan mengelakkan kebakaran ini daripada berlaku boleh mengurangkan faktor utama yang menyumbang kepada keadaan jerebu di negara ini.

Larian boh eco Trail 2016 - Image 3

Seiring dengan motif penjagaan alam semulajadi, hasil kutipan daripada larian ini akan disalurkan semula ke Pusat Alam Sekitar Global untuk membantu membiayai usaha pemuliharaan alam sekitar.

Larian boh eco Trail 2016 - Image 4

Jika anda berminat untuk menyertai acara ini harga penyertaan adalah RM 55 untuk remaja dan orang dewasa yang berumur 13 tahun keatas.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 April ini atau apabila bilangan peserta mencecah 500 orang. Untuk mengelakkan daripada kecewa dinasihati supaya anda daftar secepat mungkin.

Jika anda mahukan informasi lebih lanjut berkenaan dengan larian ini atau anda mahu mendaftar sila ke laman web rasmi penganjur di myraceonline.com

Jadi, mari kita menjadi Pahlawan Eco dan mencergaskan diri sambil menikmati keindahan pemandangan ladang teh di Larian BOH ECO Trail 2016.

Informasi Acara

Lokasi: BOH Plantations Bukit Cheeding, Banting, Selangor

Tarikh: 28 May (Sabtu)

Masa: 7.30 AM

Registration Fees: RM 55 Remaja & Dewasa (13 Tahun Keatas)

Tarikh Tutup Penyertaan: 21st April atau cukup 500 peserta.

Facebook Page

Peta: Google Maps



Related Posts