Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 | MAEPS Serdang

Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 merupakan pameran buku terbesar yang diadakan di Negara kita dan dijangka seramai 2.5 juta orang akan menghadiri pameran berikut.

Pameran ini anjuran bersama Kementerian Pendidikan dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).

Kuala Lumpur International Book Festival (KLIBF) akan mengambil tempat di MAEPS Serdang dan berlansung selama 11 hari bermula pada 29 April hingga ke 9 May ini.

Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur - Image 2

Sebanyak 800 penerbit buku antarabangsa yang akan hadir ke festival ini. Anda berpeluang untuk membeli buku terbitan popular dari negara:

  • Brunei
  • Syria
  • Saudi Arabia
  • Kuwait
  • Egypt
  • Indonesia
  • Singapore
  • Iran
  • Lebanon
  • United Kingdom

Pameran buku ini bertemakan karnival dengan Slogan “Destinasi Percutian Keluarga”. Selain daripada peluang membeli buku, penganjur telah menyediakan aktiviti yang menarik untuk seisi keluarga. Antara aktiviti yang menanti anda di sana adalah:

  • Taman Keriangan kanak – kanak
  • Food Truck Tempatan
  • Street Mall

Bagaimana Hendak ke MAEPS Serdang

Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur - Image 3

Kepada yang berminat untuk mengunjungi festival ini anda boleh pilih untuk memandu ke MAEPS Serdang atau menggunakan perkhidmatan bas ulang alik yang disediakan dari stesyen berikut:

  • Komuter Serdang
  • LRT Bukit Jalil
  • Putrajaya Sentral

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang pameran ini anda boleh ke laman web rasmi penganjur di kualalumpurbookfair.my

Informasi Pameran

Lokasi: MAEPS Serdang

Tarikh: 29 April – 9 May

Masa: Isnin – Khamis  (10am – 7pm) | Jumaat – Ahad (10am – 9pm)

Facebook Page

Instagram:  @pbakl2016

Peta: Google Maps



Related Posts