Program Sukarelawan Zoo Negara 2017

Program sukarelawan Zoo Negara dibuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan berumur 16 tahun ke atas.

Program Sukarelwan Zoo Negara - Team Photo

Kebaikan Program

Program ini bertujuan untuk menyebarkan pengetahuan mengenai tingkah laku haiwan, cara pengendalian haiwan dengan betul dan disamping dapat belajar untuk menghargai kepentingan memulihara kehidupan liar yang kian terancam.

Selain daripada itu, kita juga dapat mengisi masa dengan aktiviti riadah yang sihat ketika melakukan aktiviti membersihkan kawasan zoo.

Kategori

  • Individu
  • Kumpulan : 10 orang satu kumpulan

Program ini hanya terhad kepada 80 orang sukarelawan sehari.

Masa Program

4 jam

8.30 pagi – 12.30 t/hari

8 jam

8.30 pagi – 4.30 petang

Jadual Program

Peserta perlu melaporkan diri di pondok pekerja yang terletak di pintu belakang Zoo Negara sebelum pukul 8.00 pagi.

Taklimat program & Pembahagian tugasan yang telah ditetapkan oleh pihak Zoo Negara.

* Tugasan yang diberikan mungkin tidak mengikut pilihan sukarela.

Waktu Rehat

  • 10.00 pagi – 10.45 pagi
  • 1.00 petang – 2.00 petang

Apa tugas sebagai Sukarelawan

Program Sukarelawan ini terbahagi kepada 4 bahagian dan setiap bahagian mempunyai tugasan masing-masing

Program Sukarelwan Zoo Negara - Group Photo

1. Khidmat Pelanggan

  • Kaunter tiket.

2. Dapur Zoo

  • Menyediakan makanan untuk haiwan di zoo mengikut kategori.
  • Mengagihkan makanan kepada penjaga zoo untuk diberikan kepada haiwan di kandang.

3. Veterinar

  • Berpeluang melawat klinik haiwan Zoo Negara dengan lebih dekat.
  • Mempelajari teknik memberikan rawatan & ubatan yang betul kepada haiwan.

4. Zookeeper

  • Membersihkan kandang – kandang haiwan mengikut kategori
  • Memberi makan kepada haiwan.

Aktiviti di Zoo Negara Malaysia

Skop tugasan Penjaga Zoo ( Zookeeper) dibahagikan kepada 9 kawasan

  1. Mammal Kingdom
  2. Karnivor
  3. Burung
  4. Rumah Reptilia
  5. Kompleks Beruang
  6. Ape Center
  7. Akuarium
  8. Children’s World
  9. Savannah

Kepada pencinta haiwan & anda di luar sana yang ingin memanfaatkan aktiviti hujung minggu dengan aktiviti yang berfaedah & sihat !  Jom kita sertai ‘ Program Sukarelawan Di Zoo Negara’ ini.


Cara Mendaftar

Sila hubungi Education Department , Zoo Negara (EDU) terlebih dahulu , sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh yang dikehendaki untuk mendaftar atau membatalkan penyertaan.

No. Tel : 03 – 41083422

Email : [email protected]

Anda perlu mengisi BORANG SUKARELAWAN   dan bawa bersama pada hari pendaftaran yang telah dimaklumkan oleh Zoo Negara.

* Peserta yang berumur 16 & 17 tahun perlu mendapatkan tandatangan kebenaran daripada ibu bapa pada borang sukarelawan yang disediakan sebelum menyertai program ini.

Kod Pakaian

  • Pakaian Sukan
  • Baju lengan panjang
  • Kasut bertutup
  • Seluar panjang
  • Rambut panjang perlu diikat kemas ( perempuan)

Dilarang

  • Membawa bungkusan makanan yang tidak mesra alam seperti (Styrofoam)
  • Memakai barangan kemas
  • Menyentuh, mendekati dan memberi makan kepada haiwan tanpa kebenaran pegawai Zoologi atau supervisor.

Yuran Penyertaan

Yuran Penyertaan adalah RM56 Terdiri daripada:

  • Zoo Entrance Fee RM21
  • TShirt RM35
  • Lawatan ke Giant Panda
  • Sijil Penyertaan

Program Lain Di Zoo Negara

Selain dari program sukarelawan, Zoo Negara juga ada menawarkan program lain seperti:

Program Sukarelawan Zoo Negara - Image 4

1. Program Anak Angkat Haiwan Di Zoo Negara

  • Melalui program ini, anda dapat membantu Zoo Negara untuk menampung kos makanan,perubatan dan pembiakan haiwan tersebut.
  • Anda juga akan menerima pengecualian cukai ke atas jumlah yang ditaja.
  • Terdapat lebih dari 30 penaja korporat, sekolah dan individu.

Senarai Penaja 2013

Sila hubungi :

Public Relations & Marketing Department

No. Tel : 03 – 41083422

03 – 41083427

03 – 41083428

Email : [email protected]

2. Kursus Praktikal Untuk Pelajar (INTERNSHIP)

Kursus yang ditawarkan :

  • Pentadbiran
  • Sumber Manusia
  • Perhubungan Awam dan Pemasaran
  • Pendidikan
  • Teknologi maklumat
  • Sains Veterinar
  • Zoologi
  • Biologi

Sila hubungi :

Jabatan Sumber Manusia Zoo Negara

No Tel : 03 – 4108 3422

Borang Permohonan

Hantar CV & permohonan  ke Email : [email protected]

Perhatian :

Zoo Negara TIDAK MENYEDIAKAN kemudahan dan perkhidmatan di bawah:

  • Elaun
  • Penginapan
  • Pengangkutan

3. Program Penyelidikan

Borang Permohonan

4. Program Pendidikan

Pakej pendidikan yang ditawarkan :

Junior Ahli Biologi ( prasekolah)

Young Ahli Biologi ( sekolah rendah & menengah)

Senior Ekologi ( Universiti)

5. Seminar Berkaitan Dengan Pemuliharaan hidupan liar dan pengurusan

Waktu Operasi :

Rabu – Isnin ( Selasa Tutup)

8.00 pagi – 5.00 petang

Lokasi :

Zoo Negara,

Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor


Penganjur

Nur Fatihha Rosli

Facebook

Whatsapp | +6011-27420755

Email : [email protected]

Sukarelawan Zoo Negara


Sumber  Rujukan Maklumat

Zoo Negara



Related Posts