Program Zumba Amal 2016 | Bandar Tun Razak

Program Zumba Amal 2016 yang akan diadakan di Taman Tasik Permaisuri ini merupakan program kali pertama yang pernah diadakan oleh Trillium Global Resources.

Zumba for Charity 2016 ini akan berlansung pada 21 Mei bermula pada pukul 7.30 pagi.

Penganjur memahami kepentingan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengajak anda mencuba Zumba, sukan alternatif yang popularitinya makin meningkat di negara ini.

Program Zumba Amal 2016 - Image 2

Mesej Penganjur

Program Zumba Amal pada tahun 2016 ini diadakan dengan harapan dapat mengumpul dana untuk disalurkan kepada golongan OKU yang tidak berkemampuan.

Ia juga dapat mengeratkan hubungan antara individu–individu serta persatuan–persatuan yang melibatkan diri dalam program ini.

Disamping itu, dengan mengadakan zumba amal ini juga dapat membolehkan para peserta yang berpengalaman berkongsi serba sedikit pengetahuan bersama dengan peserta yang baru berjinak–jinak dengan sukan Zumba.

Kutipan dari program ini akan disalurkan kepada Persatuan Penjagaan Kanak–Kanak Cacat Klang Selangor.

Matlamat Penganjur

Matlamat penganjur program ini adalah untuk mengumpul dana untuk di sumbangkan kepada golongan anak–anak OKU sambil meningkatkan kesedaran kepentingan senaman dalam mengekalkan gaya hidup sihat.

Untuk Penyertaan

Bayaran RM30 dikenakan kepada yang berminat untuk menyertai Zumba Amal ini dan penyertaan terhad kepada 200 orang.

Program Zumba Amal 2016 - Image 3

Jika anda mahu mendaftar diri atau anda perlukan maklumat lanjut mengenai acara Zumba Amal ini sila rujuk ke laman web penganjur di kcmc.com.my.

Kalau anda ada kelapangan pada 21 Mei ini jangan lepaskan peluang untuk bersenam sambil beramal di Zumba for Charity 2016.

Informasi Aktiviti

Lokasi : Tapak Arca, Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia

Tarikh : 21 Mei 2016 (Sabtu)

Masa : 7.30am – 12.30pm

Yuran Penyertaan: RM 30

Facebook Page

Instagram: @tgr.malaysia

Google Maps



Related Posts