Resepi Sambal Ayam Ala Korea | Cepat & Mudah

Teringin nak makan makanan Korea ? Restoran Korea Halal selalu penuh? Jangan risau kerana kini anda boleh cuba memasaknya sendiri di rumah.

Di sini, saya ingin kongsikan dengan anda, resepi sambal ayam ala Korea Dakgangjung, atau ayam goreng Korea yang disalut dengan sos pedas dan manis.

Masakan Dakgangjung ini merupakan masakan tradisional orang Korea yang sangat popular. Resipi ini sungguh mudah & sedap untuk anda cuba. Memang tak rugi cuba.

Saya telah olah sedikit resipi asalnya dengan menukar salutan ayam dengan versi sambal. Maklumlah saya dengan sambal memang tidak dapat dipisahkan. Rasa macam tidak lengkap je jika makan tanpa sambal.

Bahan – Bahan Untuk Ayam Goreng

resepi sambal ayam ala korea 1

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil ( boleh juga kepak ayam )
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam ( saya guna jenama Ajinomoto)
  • 1/2 sudu teh kecil garam
  • 1 – 2 cawan Tepung jagung

Cara Menyediakan Ayam Goreng

resepi sambal ayam ala korea 2

  1. Gaulkan ayam, garam, serbuk lada hitam dan perap seketika.
  2. Salut ayam yang telah diperap dengan tepung jagung dan goreng.

Tips : Saya goreng ayam 2 kali supaya ayam goreng kekal ranggup sampai esok.

Bahan – Bahan Sambal

  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 4-5 sudu makan cili flakes ( ikut tahap kepedasan yang anda suka )
  • 5-6 sudu makan cawan kicap soya cair
  • 4-5 sudu makan air asam jawa. Anda juga boleh menggunakan 3-4 biji jus limau nipis atau 1/2 biji lemon.
  • 1-2 sudu makan gula
  • 4-5 sudu air
  • Garam Secukup Rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak Sambal

resepi sambal ayam ala korea 3

  1. Tumiskan bawang putih dan cili flakes dengan api yang perlahan dan masak seketika. Perhatian : bawang putih dan cili flakes senang hangus.
  2. Masukkan kicap soya cair, gula, air asam jawa dan air. Pastikan anda rasa terlebih dahulu sebelum menambah garam kerana kicap soya cair sudah masin.
  3. Kacau sehingga sambal menjadi sedikit lekit. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati.
  4. Anda boleh taburkan bijan yang digoreng tanpa minyak atau kacang goreng di atas sambal untuk menjadikan sambal ini lebih enak.

Sambal ayam ala Korea pedas, masam dan manis ini sungguh enak dimakan begitu saja sebagai snek atau dimakan bersama nasi putih ketika panas.

Selamat Mencuba Resipi ini dan jika anda ingin kongsikan sebarang resipi yang menarik sila hubungi kami dan kami akan kongsi di Laman Web Mai Singgah.



Related Posts