Resepi Tau Fu Fa | Cepat & Mudah

Ramai mencari Resepi Tau Fu Fa yang mudah untuk dicuba dirumah. Ini kerana Tau fu fa sememangnya sedap dinikmati sejuk ataupun panas.

Di sini saya akan kongsikan  cara mudah untuk  membuat Tau Fu Fa dengan cepat di rumah. Cuba jangan tak cuba tau. Memang puas hati & berbaloi.  Bahan-bahan untuk membuatnya murah & mudah diperolehi.

Bahan – Bahan Resepi Tau Fu Fa

Resepi Tau Fu Fa - Image 2Hidangan : 3 Orang

  • 2 Paket Taufu Lembut
  • 1-2 Ketul Gula Melaka Asli
  • 1 Sudu Gula Perang atau Puting

2 Paket Taufu Lembut

Saya selalu beli di pasaraya Giant. Saya beli taufu lembut jenama First Choice atau Loh Sum. Harga satu pek RM1.05, tapi kalau ada promosi harga RM0.89 sen je satu.

1-2 Ketul Gula Melaka Asli

Tengok pada saiz. Kalau saiz kecil guna 2 ketul, kalau saiznya besar guna satu ketul je. Gula Melaka asli mempunyai warna yang lebih pekat dan juga mempunyai rasa yang unik dan aromanya yang tersendiri.

Saya guna Gula Melaka Neknor kerana ia datang dalam bentuk yang kecil-kecil. Jadi senang nak anggarkan berapa ketul yang kita nak guna. Anda juga perlu berhati-hati kerana terdapat juga Gula Melaka tiruan.

Bentuk je sama, tetapi isikandungannya berlainan. Mak saya pesan, Gula Melaka asli diperbuat daripada air nira. Ia mempunyai warna yang gelap dan keras.

Manakala yang tiruan pula diperbuat daripada gula perang yang dikeraskan. Warnanya pun sedikit pudar dan berstruktur rapuh. Jikan anda hendak air gula berwarna pekat, boleh letak lebih.Terpulang kepada cita rasa.

1 Sudu Gula Perang Atau Putih

Gula Melaka hanya untuk memberikan warna gelap dan ianya tidak berapa manis sangat jadi saya tambahkan sesudu gula sebagai pelengkap untuk rasa manis.


Cara Masak Tau Fu Fa

Resepi Tau Fu Fa - Image 3

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam bekas untuk dikukus. Buang air tauhu dan bilas dengan air bersih sebelum kukus. Berhati-berhati kerana struktur taufu yang lembut dan senang pecah.
  2. Kukus selama 10-15 minit atau kukus sehingga Gula Melaka cair
  3. Jangan kukus terlalu lama kerana tauhu akan menjadi keras jika terlebih kukus, kerana air dalam tauhu telah diserap keluar.
  4. Kacau gula yang telah cair perlahan-lahan sehingga sebati supaya warnanya menjadi perang.
  5. Sendukan tauhu ke dalam mangkuk dan sirakan dengan air gula. Sedia untuk dihidang.

Kos Masak Tau Fu Fa di Rumah

Resepi Tau Fu Fa - Image 4

Mari kita buat sedikit pengiraan anggaran kos bahan tau fu fah untuk 3 orang makan :

  • 2 pkt taufu lembut = RM 2.10
  • 2 buku Gula Melaka = RM 1.60

Jumlah Kos: RM3.70

Jadi kos seorang makan hanya RM 1.23 sen. Harga pasaran satu mangkuk tau fu fah RM2 – 2.50.

Rasa tawar tauhu lembut  yang dikukus dimakan bersama siraan air gula melaka ataupun gula putih memang memikat selera.

Selalunya kalau nak makan tau fu fa, kena pergi pasar malam, kadang-kadang ada dijual di  pasar tani atau pasar pagi tapi bukan semua tempat ada.

Sejak kebelakangan ini, memang  sukar mencari tau fu fa dijual di tepi- tepi jalan selain dari pasar malam atau bazaar ramadhan.

Kalau nak cari kat bazaar Ramadan alamatnya kita hanya dapat merasai tau fu fa ini setahun sekali je. Jadi saya telah mengambil initiatif untuk membuatnya sendiri di rumah.

Resepi Tau Fu Fa di atas sangat mudah, cepat dan harga pun berpatutan. Jika anda mempunyai resipi yang cepat, mudah dan sedap untuk dikongsikan, sila hantarkan Di Sini. Selamat mencuba.



Related Posts