12 Resort Di Melaka Yang Menarik Untuk Percutian Keluarga Istimewa

Bandaraya beca, Melaka yang terletak hanya dalam 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, merupakan sebuah negeri yang penuh dengan sejarah sehingga disenaraikan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO dan peninggalan bersejarahnya masih dapat dilihat sehingga kini. Kalau diputarkan kembali masa pada abad ke-15, Melaka adalah sebuah pusat perdagangan yang terkenal di nusantara. Hanyalah bandar yang kecil yang mudah untuk diterokai, dan semakin dalam anda terokai kota ini, semakin banyak perkara yang menyeronokkan yang dapat anda pelajari tentang bandaraya yang penuh warna-warni ini.

Sudah pasti, sebagai sebuah destinasi pelancongan terkenal di Malaysia, Melaka turut menawarkan penginapan yang tak kurang hebatnya. Untuk artikel kali ini, Mai Singgah menyenaraikan 12 resort di Melaka yang menarik.

Kenapa resort? Untuk anda yang bercuti bersama keluarga, resort menawarkan lebih banyak kemudahan dan lebih banyak aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga berbanding hotel. Selain itu, resort juga menawarkan tempat bersantai yang lebih luas berbanding hotel. Kesemua kelebihan resort ini menjadikan ia tempat penginapan yang lebih sesuai untuk percutian keluarga dan untuk sebuah penginapan dalam jangka masa yang panjang. Nak tahu dengan lebih detail apa yang ditawarkan resort-resort di Melaka ni? Teruskan membaca.

12. Philea Resort & Spa

Philea Resort & Hotel Melaka

Hanyalah 20 minit pemanduan dari tapak bersejarah bandar Melaka terletaknya sebuah resort yang betul-betul buat anda terasa seperti tinggal di dunia yang jauh dari kesibukan kota yang mana merupakan impian sesiapa yang sedang bercuti. Resort yang dikelilingi pokok-pokok menghijau ini memberikan anda ‘feel’ seperti berada di hutan dengan bunyi-bunyi burung yang berkicauan.

Philea Resort & Spa Melaka Room Image

Dengan penggunaan kayu-kayu balak atau logwood sebagai dinding resort dan juga di dalam setiap bilik memberikan anda perasaan seperti tinggal di dalam rumah kabin yang wujud banyak di negara barat. Siling bilik yang agak tinggi, dan penggunaan kayu secara total dalam rekaan dalaman bilik memberikan anda pengalaman penginapan yang sangat selesa dan suasana yang sejuk.

Apa yang anda inginkan sewaktu bercuti? Kolam renang? Sauna? Gym? Kemudahan untuk berBBQ? Semuanya disediakan pihak hotel supaya percutian anda terasa lebih sempurna dengan pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan bersama yang tersayang.

Harga: Dari RM367+ semalaman

Alamat: Lot 2940-1, Jalan Ayer Keroh, Off Jalan Plaza Toll, 75450 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com

11. Mabohai Resort Klebang

Mabohai Resort Klebang Melaka

Dengan harga yang sangat berpatutan anda dapat menginap di sebuah resort yang selesa dengan sentuhan yang agak ‘kampung style’ dari segi rekaannya. Penginapan di hotel ini agak privasi kerana jauh dari kesesakan ibu kota dan terletak berdekatan dengan Pantai Klebang dan Pantai Puteri. Walaupun tidak berada di kawasan kota, anda tak perlu risau tentang tempat makan, di sekitar hotel ni pun banyak gerai-gerai makan untuk anda cuba tapi yang penting jangan lepaskan peluang untuk merasa Klebang Coconut Shake, rugi kalau tak cuba!

Baca: 25 Hotel Menarik Di Kuala Lumpur

Mabohai Resort Klebang Melaka Room Image

Bilik-bilik di resort ini menawarkan pemandangan yang menyejukkan mata dan lengkap dengan penyejuk udara, ruang santai, TV, cerek elektrik dan tandas yang dilengkapi peralatan mandi yang lengkap serta pancuran mandian.

Kemudahan lain yang disediakan hotel adalah kolam renang dan akses internet percuma.

Harga: Dari RM108+ semalaman

Alamat: No. 3854C, Off Jalan Klebang Besar, Batang Tiga, Tanjung Kling, 76400 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com

10. Amverton Heritage Resort

Amverton Resort Ayer Keroh

Tidak jauh dari bandar Melaka adalah sebuah resort yang penuh dengan keseronokan dan keselesaan untuk penginapan sekeluarga, Amverton Heritage Resort. Resort ini memiliki gelanggang tenis, kolam renang yang menyeronokkan lengkap dengan gelongsor seperti di taman tema air yang pasti akan menggembirakan bukan sahaja anak-anak tetapi anda sendiri, siapa tak suka main air kan? Di dalam hotel juga turut disediakan taman permainan kanak-kanak yang penuh warna-warni dan untuk orang dewasa pula boleh menghiburkan diri dengan bermain snooker.

Amverton Ayer Keroh Room

Setiap bilik di hotel ini yang agak luas dan juga sangat bersih lengkap dengan penyejuk udara, peralatan membuat air teh dan kopi, peti ais dan cerek elektrik. Tandasnya pula menawarkan mandian air panas dan lengkap dengan tab mandian. Satu penginapan yang sempurna bukan?

Harga: Dari RM177+ semalaman

Alamat: Jalan Puteri Resort 1, Ayer Keroh, 75450 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com

9. Bayou Lagoon Park Resort

Bayou Lagoon Resort

Hanya 15 minit dari Bandar Melaka anda akan sampai ke sebuah resort yang akan memberikan anda sekeluarga penginapan yang sempurna. Sebuah resort yang dilengkapi dengan water park, kolam renang dan pusat kecergasan. Lokasinya juga agak strategik kerana hanya 5 minit pemanduan dari resort ini adalah pusat membeli-belah Parkson dan Jusco.

Bayou Lagoon Resort Room Image

Setiap penginapan di resort ini agak luas dan lengkap dengan penyaman udara, dapur kecil, TV, peti ais dan sofa untuk anda bersantai bersama keluarga. Tandasnya juga lengkap dengan mandian air panas. Semuanya agak sempurna untuk anda menghabiskan hari-hari bercuti bersama keluarga tanpa sebarang masalah. Untuk membasuh baju, anda boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut daripada pihak hotel.

Water park yang terdapat di Bayou Lagoon ini juga agak luas dan selamat untuk kanak-kanak, mandi-mandalah anda sekeluarga sepuas hati. Kalau dah puas bermain dengan air tu, bolehlah melawat Magic 3D Art Muzeum yang terletak bersebelahan sahaja dengan hotel.

Harga: Dari RM137+ semalaman

Alamat: Amari Villa, Jalan Wakaf Utama, 75450 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com

8. Shah’s Beach Resort

Shahs Beach Resort Melaka

Terletak 30 minit daripada Taman Tema A Famosa, resort ini menawarkan pemandangan Laut Selat Melaka dalam suasana yang tenang ditemani kesegaran bayu laut. 2 minit dari resort ini adalah jalan yang agak sibuk tetapi atmosferanya sangat berbeza setiba di hotel ini. Dari hotel ini ke Pantai Klebang yang terkenal adalah dalam 3 km sahaja.

Jika anda bersiar-siar di sekitar hotel, anda dapat menenangkan fikiran sambil menikmati pemandangan lanskap yang penuh kehijauan. Untuk anda yang datang dari kampung, pengalaman tinggal di penginapan ini pasti akan menghidupkan balik nostalgia-nostalgia sewaktu tinggal di kampung kerana persekitaran di sini yang agak klasik sentuhannya.

Shahs-Beach-Resort-Melaka-Pool-Image

Konsep bilik-bilik di resort ini adalah tradisional melayu dengan penggunaan perabot-perabot kayu. Lengkap dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan sewaktu penginapan. Hotel ini turut memiliki kolam renang yang terjaga dengan baik, pusat spa, perpustakaan dan muziumnya sendiri, serta padang yang mana anda dah ahli keluarga boleh gunakan untuk beraktiviti seperti bermain badminton dan lain-lain yang terlintas di fikiran, yang penting, tak mengganggu penghuni lain ya. Kalau anda nak buat BBQ pun boleh, kerana pihak hotel turut menyediakan peralatan ini di resort.

Harga: Dari RM120+ semalaman

Alamat: KM 9, Tanjung Kling, 76400 Melaka

Laman Web: Shahs Beach Resort


7. Gold Coast Melaka International Resort

Gold Coast Resort Melaka

Terletak hanya 20 minit pemanduan untuk ke Jonker Street yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO dan penuh dengan lokasi menarik untuk dilawati. A Famosa pula hanya 8 km dari resort ini.

Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan penyejuk udara yang menyegarkan, TV sebagai hiburan, ruang makan dan ruang untuk bersantai yang lengkap dengan sofa. Tandasnya juga menawarkan mandian air panas dan peralatan mandian yang lengkap.

Gold Coast Resort Melaka - Room Image

Yang menariknya lagi, hotel ini turut menempatkan taman tema air yang terbesar di Melaka yang turut dibuka selepas tengah malam pada musim cuti sekolah, jadi kalau anda sudah penat bersiar-siar di Melaka pada siang hari, hidupkan waktu malam anda dengan bersuka-ria bersama keluarga di water park ini.

Harga: Dari RM119+ semalaman

Alamat: Lot 44, Jalan Wakaf Utama, Off Jalan Tun Hamzah, Bukit Katil, 75450 Melaka

Laman Web: Gold Coast Resort Melaka


6. A’Famosa Resort Hotel

A Famosa Resort Hotel

Resort yang terletak di Alor Gajah ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk anda sekeluarga. Di resort ini anda boleh merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti menunggang kuda, berbasikal, bermain golf, memancing, bermain tenis dan juga boling, kalau anda ingin berBBQ pun boleh, apa yang anda impikan untuk percutian dengan keluarga? Banyak fasiliti menarik yang disediakan pihak resort, mesti puas hati punyalah!

A Famosa Resort - Room Image

Resort ini menyediakan tiga jenis penginapan iaitu resort hotel, condo dan juga villa. Bergantung kepada bajet yang anda ingin keluarkan. Tapi yang paling menarik sekali adalah vilanya kalau anda ingin merasai penginapan seperti di rumah percutian sendiri, lengkap dengan ruang tamu, 3 atau 4 jumlah bilik tidur, ruang makan dan dapur. Anda juga akan dapat merasa privasi untuk bermandi-manda di kolam renang sendiri yang disediakan di setiap vila. Untuk penginapan-penginapan lain juga tidak kurang menariknya dengan pemandangan yang memukau dan udara yang segar.

Harga: Dari RM308+ ke RM1036+ semalaman

Alamat: Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah

Selanjutnya Di Booking.com

5. Klebang Beach Resort

Klebang Beach Resort

Resort ini terletak agak dekat dengan Pantai Klebang dan Pantai Puteri, jadi amat strategik untuk anda yang ingin melapangkan fikiran sewaktu bercuti sambil berkelah bersama keluarga. Untuk ke kawasan bandar pula, jaraknya dari resort ini hanyalah 9 km yang mana terletaknya banyak tarikan menarik seperti Makam Hang Tuah dan Masjid Tengkera (salah satu masjid tertua di Melaka).

Klebang Beach Resort - Eating Area

Resort yang menempatkan 50 buah bilik ini lengkap dengan semua kemudahan yang diperlukan untuk penginapan yang selesa seperti penyejuk udara, peralatan membuat air dan kopi, TV, peti ais dan wifi percuma. Dengan harga yang berpatutan, sangatlah berbaloi dengan semua kemudahan yang disediakan beserta pemandangan yang cukup menarik di kawasan sekitar resort.

Harga: Dari RM88+ semalaman

Alamat: 92-1 Km9 Batang Tiga, Melaka 76400

Facebook: Klebang Beach Resort


4. The Neem @ Bandar Hilir

The Neem Bandar Hilir Melaka

The Neem @ Bandar Hilir bertempat strategik di tengah-tengah kota Melaka yang bermakna anda tidak perlu bergerak jauh untuk ke destinasi-destinasi terkenal di Melaka. Namun begitu, persekitaran di dalam kawasan resort agak tenang lebih-lebih lagi dengan sentuhan ‘kampung’ dalam rekaannya.

The Neem Bandar Hilir - Room Image

Bilik-biliknya simple tapi sangat bersih dan agak luas untuk penginapan anda sekeluarga. Kampung style tidak bermakna tiada teknologi moden, setiap bilik di resort ini lengkap dengan kemudahan moden untuk keselesaan anda sewaktu menginap seperti penyejuk udara, tapi kalau anda lebih sukakan udara luar anda boleh sahaja buka pintu bilik dan bersantai di kerusi-kerusi yang disediakan di tepi kolam renang sambil melayari internet percuma yang ditawarkan pihak resort.

Alamat: 117A Jalan Parameswara | Banda Hilir, Melaka 75000

Laman Web: The Neem Hotel


3. D’Village Resort

D Village Resort Melaka

Resort ini terletak berdekatan dengan banyak lokasi menarik seperti Zoo Melaka, MITIC (Malacca International Trade Centre), pusat membeli-belah Taman Mini Asia dan lain-lain lagi. Kesemua tarikan ini terletak dalam 10 ke 20 minit perjalanan kaki dari resort.

Baca: 25 Hotel Murah Di Bali Yang Menarik

D Village Resort - Room Image

Jenis penginapan yang disediakan pihak resort adalah motel dan juga chalet. Bergantung kepada bilangan ahli keluarga anda dan suasana penginapan yang anda inginkan. Walau bagaimanapun setiap bilik turut lengkap dengan semua kemudahan penting seperti penyejuk udara, cerek dan televisyen. Keadaan penginapan di sini agak tenang dan sunyi daripada sebarang gangguan, barulah dapat tidur lena dan bangun dengan segar untuk menerokai bandar Melaka ni. Kalau anda dah puas berjalan, bolehlah menyegarkan diri sambil berseronok di kolam renang yang terdapat di resort.

Harga: Dari RM130+ semalaman

Alamat: Lebuh Air Keroh, 75450 Ayer Keroh

Selanjutnya Di Booking.com

2. Tanjung Bidara Beach Resort

Tanjung Bidara Beach Resort

Resort tepi pantai ini terletak 45 minit jarak memandu dari Kota Melaka dan hanya 3 minit untuk ke Planetarium Melaka. Kalau anda ingin ke Pantai Tanjung Bidara, anda hanya perlu berjalan kaki dalam 2 minit dari resort.

Resort ini menyediakan dua buah kolam renang untuk para penginap, jadi memang tak akan ada masalah kolam renang yang terlalu penuh kalau ke sini pada musim cuti sekolah. Sudah puas bermain air anda boleh menyewa basikal untuk berpusing-pusing di kawasan sekitar sambil menghirup udara segar di tepi pantai. Anda juga boleh menggunakan kemudahan membuat BBQ yang disediakan pihak resort, baru betul-betul terasa keseronokan berkumpul bersama keluarga.

Tanjung Bidara Beach Resort - Pool Image

Setiap bilik menawarkan pemandangan yang menyegarkan seperti pemandangan laut pantai yang kebiruan ataupun taman yang menghijau. Bilik-bilik tidur lengkap dengan katil dan bantal yang empuk, setiap bilik juga memiliki penyejuk udara dan TV. Kalau anda menginap di chalet resort ini terdapat ruang santai dan tandas tambahan yang disediakan untuk keperluan anda yang datang beramai-ramai.

Harga: Dari RM142+ semalaman

Alamat: Tanjung Bidara, Masjid Tanah, 78300 Kampong Tanjong Bedar

Laman Web: Tanjung Bidara Beach Resort


1. Casa Del Rio Melaka

Casa Del Rio Hotel Melaka

Seperti tinggal di sebuah rumah agam, resort yang terletak di bandar klasik Melaka ini ternyata membuatkan sesiapa sahaja terpegun dengan rekaan dalamannya yang agak mewah dan cantik untuk dipandang. Resort ini lengkap dengan pelbagai fasiliti menarik seperti pusat kecergasan, kolam renang infiniti, ruang makan bertemankan pemandangan air yang menyejukkan mata dan spa. Resort ini juga sangat strategik yang mana anda hanya perlu berjalan kaki untuk ke destinasi tarikan di bandar Melaka seperti Jonker Street yang hanya 1 minit dari resort.

Casa Del Rio Melaka - Room Image

Setiap bilik di resort ini sangat selesa dengan keluasannya yang memuaskan hati dan seronok untuk anak-anak berlegar-legar dan bermain. Bilik-bilik di sini berlantaikan kayu dan berdekorasi moden. Lengkap dengan kemudahan moden Ipod dock untuk anda memainkan lagu kegemaran dan juga TV dengan saluran kabel. Cantik, strategik dan lengkap, apa lagi yang anda inginkan?

Harga: Dari RM777+ semalaman

Alamat: 88, Jalan Kota Laksamana, 75200 Melaka

Selanjutnya Di Booking.com

Begitu banyak sekali pilihan resort di Melaka ni rupanya. Semuanya menawarkan sebuah penginapan yang sempurna dengan pelbagai kemudahan dan keseronokan yang sesuai untuk percutian keluarga. Apa yang anda fikirkan lagi? Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Melaka ni, jadi apa kata kalau anda ke sini pada musim cuti akan datang? Tempat penginapan pun bukan main best kan.

Untuk memudahkan lagi perancangan anda, anda boleh meluangkan masa untuk membaca artikel 21 hotel murah di Melaka kalau anda ingin berjimat semasa bercuti dan kalau anda nakkan tempat penginapan yang terletak di bandar Melaka supaya anda tak perlu pening kepala memikirkan jalan atau pengangkutan semasa bercuti, anda boleh membaca artikel kami berkaitan hotel murah di bandar hilir Melaka.

Apa-apa pun, diharapkan artikel kali ini dapat membantu anda membuat perancangan percutian yang terbaik untuk keluarga anda. Jangan lupa untuk melayari Booking.com untuk mendapatkan harga-harga penginapan terkini dan terbaik untuk percutian anda. Sekian, terima kasih kerana membaca sehingga ke hujung artikel. Semoga anda sekeluarga berseronok bercuti di bandar bersejarah ini nanti!



Related Posts