Membela kucing boleh membawa keceriaan kepada kehidupan seharian pemiliknya. Malangnya, ramai diantara kita tidak berpeluang untuk memiliki si bulus ini kerana keadaan tidak mengizinkan.

Jangan bimbang,  Ada khabar gembira buat anda. Sekarang anda boleh pergi ke Cat Café ataupun Cafe Kucing yang menjadi trend terkini di Malaysia.

Idea unik ini sebenarnya berasal dari Taipei, Taiwan. Cat Café yang pertama di buka di dunia adalah Cat Flower Garden pada tahun 1998.

Idea ini terus berkembang apabila seorang pelancong dari Jepun yang jatuh cinta dengan konsep Cat Café Taiwan ini, membawa pulang idea itu ke negaranya.

Cat Café pertama di Jepun di buka di Osaka pada tahun 2005 dan sekarang terdapat sebanyak 40 buah cat café di Bandar Tokyo sahaja. Kami telah menyediakan senarai Cat Café di negara ini yang anda boleh kunjungi jika anda berkelapangan.

Jom kita lihat 5 Cafe Kucing terbaik di negara ini:

1. Johan and His Cats | Setia Alam

Johan & His Cats
Sumber: Johan and  His Cats Instagram

Studio Kucing Johan and His Cats ini hasil ilham dua pengasasnya Johan Eskandar dan Fahrur Rozi. Studio kucing yang menarik ini terletak di Setia Alam, Shah Alam. Di studio ini, anda berpeluang meluangkan masa bersama  kucing – kucing selebriti di ‘Playground’ khas yang disediakan.

Pada mulanya, tempat ini lebih kepada tempat persendirian tetapi mula dibuka untuk kunjungan awam apabila gambar dari studio mereka mula menjadi viral di Facebook,permintaan untuk mengunjungi menjadi terlalu banyak sampaikan mereka terpaksa membuka studio mereka kepada orang awam.

Anda boleh menjumpai 20 jenis kucing yang berlainan dan terdapat juga kedai keperluan kucing. Sesuai untuk anda yang nak datang dan mendapat nasihat daripada pakar kucing ini.

Johan & His Cats
Sumber: Johan & His Cats Instagram

Tempat ini memang popular dan sudah berjaya menarik perhatian media besar seperti TV3 dan TV9. Jika anda berminat untuk mengunjungi Studio Kucing 3 tingkat ini syaratnya anda kena booking dulu di laman web mereka.

Informasi Penting

Anda perlu booking sebelum datang

Lokasi: 16, Jln Setia Dagang AK U13/AK, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: 11am hingga 9pm (Jumaat Tutup) | Rehat 3pm – 4pm

Laman Web: Johan & His Cats

Instagram: @Instagram

Facebook Page

Google Maps: Peta


2. Purradise Cat Cafe | TTDI

Purrdise Cat Cafe 1
Sumber: Purradise Cat Cafe Instagram

Cafe Kucing ini dimulakan dengan niat untuk menjaga kebajikan kucing terbiar di Malaysia.Mereka sedar bahawa dengan membuka Cat Cafe ini mereka boleh mendapat bantuan untuk kucing tersebut.

Nasib kucing – kucing ini bertukar apabila diselamatkan oleh pemilik Cat Cafe ini. Sekarang mereka menerima kasih sayang yang secukupnya, tapi masih ada ruang untuk kasih sayang anda. Keuntungan yang diperolehi oleh Cafe ini akan disalur semula untuk kebajikan kucing terbiar yang lain.

Cafe Kucing Purrdise Cat Cafe 2
Sumber: Purradise Cat Cafe Instagram

Suasana di sini sungguh meowiah dan anda boleh minum kopi sambil bermain dengan kucing – kucing tersebut. Di sini bayaran dikenakan mengikut masa. Ini adalah untuk memastikan kedai ini tidak terlalu sesak untuk mengelakkan kucing di sini berasa stress.

Bayaran yang dikenakan untuk masa satu jam bermain dengan kucing termasuk dengan satu minuman percuma yang anda boleh pilih di bawah:

  • Smoothie
  • Fresh Juice
  • Coffee
  • Tea
  • Chocolate Drink

Selepas jam pertama, setiap 15 minit akan dikenakan bayaran RM3 seorang. Anda juga boleh mendapat minuman percuma dengan setiap pembelian Ala Carte melebihi RM12.

Sumber: Purradise Cat Cafe
Sumber: Purradise Cat Cafe Instagram

Informasi Cafe Kucing Purradise

Harga:

  • Seorang – RM 15 jam pertama | RM3 setiap 15min seterusnya
  • Kumpulan (6 Orang): RM13 Seorang
  • Full day unlimited (Seorang): RM39

Lokasi: 24A (First Floor), Jalan Tun Mohd Fuad 2, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur

No Tel: +603 2389 0976

Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (2pm – 10pm) | Hujung Minggu (11am – 11pm) | Isnin (Tutup)

Facebook Page

Instagram: @MyPurradise

Google Maps: Peta


3. Coffee Cottage | Subang Jaya

Coffee Cottage My
Sumber: Coffee Cottage Instagram

Coffee Cottage telah ditubuhkan pada Januari 2014 dan merupakan sebuah Cafe Kucing unik terletak di Subang Jaya. Café ini bedasarkan konsep Cat Café dari jepun.

Coffee Cottage My 1
Sumber: Coffee Cottage Instagram

Café ini mempunyai 10 kucing mesra yang terdiri dari baka yang berbeza. Kucing yang menghuni kafe ini, Ada kucing terbiar yang terselamat dan juga kucing peliharaan yang di beli dari kedai.

Informasi Coffee Cottage

Lokasi: 1-1, Jalan SS 15 / 8a, Ss 15,47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu Operasi: Isnin – Thru 11am-10pm / Jum – Sun 11am-12am

Facebook Page

Instagram: Coffee Cottage

Google Maps: Peta


4. Country Cat Café | Port Dickson

Country Cat Cafe 1
Sumber: Country Cat Café Facebook

Country Cafe merupkan Cat Café pertama di Negara ini dan telah mendapat anugerah Cat Café terbesar di Malaysia daripada Malaysia Book of Records. Pada mulanya kat Café ini dibuka di Setapak tetapi sekarang ia sudah berpindah ke Port Dickson.

Di sini mereka percaya yang setiap satu kucing didunia ini perlukan tempat berlindung, dan tidak perlu ada kucing yang homeless. Mereka akan membela kucing terbiar sebanyak yang mampu dan mereka juga mengizinkan tetamu yang sudah jatuh cinta dengan kucing disitu membawanya pulang dengan mereka.

Country Cat Cafe 2
Sumber: Country Cat Café Facebook

Kedua-dua cawangan mereka terletak di Teluk Kemang dan Lukut Tourism City. Jika anda berminat untuk ke Cafe Kucing ini sila booking terlebih dahulu.

Informasi Country Cat Cafe

Lokasi: No.37 jln 2/1 Bdr Dataran Segar, Lukut 71010, Port Dickson, Negeri Sembilan, 71010 Port Dickson

Waktu Operasi:  Isnin – Ahad  (10am – 10pm)

Facebook Page

Google Maps: Peta


5. Good Meowning Cafe | Cheras

Good Meowing Cafe
Sumber: Good Meowing Cat Cafe Instagram

Cafe Kucing Good Meowning ini dibuka pada Januari 2016. Apa membuat café ini berbeza dengan Kafe Kucing yang lain adalah tempat main kucing diasingkan daripada tempat makan.

Good Meowing Cat Cafe
Sumber: Good Meowing Cat Cafe Instagram

Di bilik permainan kucing ini akan ada 25 ekor kucing berbagai baka yang bakal menemani anda. Harga untuk bermain dengan kucing adalah RM 5 untuk 30 minit.

Good Meowing Cat Cafe
Sumber: Good Meowing Cat Cafe Instagram

Pukul 1pm-2pm adalah waktu berehat si bulus. Anda boleh sambung bermain dengan kucing ini pada pukul 2pm

Informasi Good Meowning Cat Cafe

Lokasi: No 1, Jln Suasana 2/7A, Bdr Tun Hussein Onn, 43200, Cheras, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Khamis (9am – 10.30pm) | Tutup: Isnin & Jumaat

Facebook Page

Google Maps: Peta