99 Wonderland Park | Destinasi Lawatan Hujung Minggu Bersama Keluarga

Jadikan 99 Wonderland Park destinasi lawatan anda sekeluarga, hujung minggu nanti. Terletak di Kuala Lumpur, taman rekreasi ini mempunyai tarikan tersendiri, dengan yang utama sekali 99 Dinosaur Park, di sampling taman-taman yang lain.

99 Wonderland Park - Gambar Dalam Park

Anda boleh ketagorikan 99 Wonderland Park ini sebagai taman rekreasi berteraskan haiwan. Ia sangat berbeza dari taman-taman haiwan yang lain sekitar ibu kota kerana 99 Wonderpark juga mempunyai dekorasi-dekorasi dan spot-spot istirehat yang menarik. 99 Wonderpark juga menyediakan cruise yang boleh anda naiki bersama keluarga untuk memori yang indah.

Baca: 26 Taman Tema Air Di Malaysia Yang Menarik

Waktu operasi taman ini bermula pada jam 5 petang hingga 12 tengah malam, untuk mengetengahkan pertunjukan dan perhiasan lampu-lampu yang sangat menawan.

Dengan keluasan 23 ekar, 99 Wonderland Park menyediakan keseronokan yang sangat berbeza buat pengunjung. Banyak betul tarikan di sini. Untuk memudahkan anda menerokai taman ini, lihat sahaja peta ini. Terlalu banyak keunikan dan tarikan di sini. Mari kami kongsikan antara yang paling menarik.

99 Wonderland Park - Peta Taman Tema
Peta Tarikan 99 Wonderland Park

99 Dinosaur Park

Di sini anda dan anak-anak yang meminati filem Jurassic Park pasti teruja. Setinggi 3.5 meter, 2 replika dinosaur jenis Tyrannosaurus Rex menjadi tumpuan.

99 Wonderland Park Dinosaur Park
99 Dinosaur Park

Pada waktu malam, hiasan lampu-lampu sekitar taman ini pasti menghidupkan lagi suasana zaman pra-sejarah.

Konsep Open Zoo

99 Wonderland Park - Budak Pet Parrot
Bird Feeding

Seperti yang diberitahu, taman ini adalah jenis taman haiwan. Tapi, yang menariknya, kebanyakan haiwan-haiwan di sini bebas menerokai sekitar taman sambil berinteraksi dengan para pengunjung.

99 Wonderland Park - Lemur

Anda dapat bergaul mesra bersama pelbagai jenis haiwan seperti rusa, burung emu, burung flamingo, dan macam-macam lagi.

Haiwan Unik & Asing

Di taman 99 Wild Island ini juga terdapat pelbagai haiwan-haiwan yang asal dari negara-negara lain. Anda akan dapat lihat sendiri haiwan-haiwan ini secara langsung.

99 Wonderland Park - Petting Zoo

Contohnya, capybara yang asal dari Australia, kucing-kucing unik seperti kucing Caracal dan kucing Serval yang berasal dari selatan gurun Sahara, dan Beruang Matahari yang merupakan beruang jenis kecil.

99 Wonderland Park - Lynx

Haiwan Tempatan

Selain dari haiwan-haiwan yang berasal dari negara luar, 99 Wonderland Park juga memastikan haiwan-haiwan tempatan kita diberi eksposure yang sama. Terdapat pameran khas untuk Malayan Tapir kita yang dilengkapi dengan jacuzzi untuk mereka. 

99 Wonderland Park - Tapir Enclosure
Jacuizi Tapir

Pernah beri makan kepada buaya? Di sini anda akan dapat rasai pengalaman itu. Makanan diturunkan menggunakan pancing kepada buaya tembaga yang sedia menanti di bawah jambatan. Pengalaman lain dari yang lain, kan?

Taman Burung

99 Wonderland Park juga dilengkapi dengan Taman Burung yang merumahkan pelbagai jenis burung. Yang menarik di sini, anda dan keluarga akan dapat menikmati pengalaman memberi makan kepada burung-burung.

Seangkatan dengan keluarga burung, itik-itik juga diberikan penempatan yang baik di dalam tasik di sini. Malah, mereka juga mempunyai program di mana anda boleh adopt itik ataupun ayam. Bukan untuk makan ye, sekadar sebagai haiwan ternakan atau perliharaan sahaja.

Hiasan Lampu Dan Musical Water Fountains

Di seluruh taman 99 Wonderland Park ini terdapat pelbagai pameran dan hiasan lampu-lampu khas untuk anda. Malah, ada juga lokasi-lokasi khas yang disediakan untuk momen-momen romantik dan bahagia anda seperti Birthday Pavilion, Proposal Dome, The Dream Glasshouse dan Cinderella’s Carriage.

Terdapat juga Magical Bridge yang dihiasi dengan lock mangga berbentuk hati sepanjang jambatan ini yang mengambil inspirasi Love Lock Bridge yang ada di serata dunia.

Pancutan air atau water fountains di sini juga merupakan antara tarikan utama. Pertunjukan pancutan air berlampu ini mengikut irama muzik yang dimainkan. Menarik, kan?

Restoran

Menghabiskan masa di sini akan membuat sesiapa berasa lapar. Jangan risau, menu yang luas dan pelbagai di sediakan di 99 Restaurant. Sesuai untuk seisi keluarga.

Cenderahati

Jika anda berkunjung ke tempat-tempat yang seronok dan Indah, tentu anda mahukan sesuatu momento untuk memperingati memori itu, bukan? Mereka menyediakan kedai cenderahati yang dinamakan 99 Souvenir yang menyediakan pelbagai seleksi barangan Dan merchandise yang boleh anda beli sebagai kenangan atau boleh diberikan kepada yang tersayang.

Event Space

99 Wonderland Park juga menyediakan pelbagai pakej untuk anda jika anda ingin menganjurkan atau merencanakan majlis-majlis istimewa seperti sambutan harijadi, atau sambutan proposal (pertunangan).

Dengan dikelilingi keindahan lampu-lampu indah dan juga alam sekitar, pasti majlis anda diingati sampai bila-bila.

99 Cruise & 99 Paddleboat

Naiki boat cruise yang disediakan untuk anda sekeluarga. Dengan kapasiti 26 penumpang, cruise ini akan membawa anda sekeliling tasik dan anda akan berpeluang mendekati haiwan-haiwan yang menjadikan tasik ini sebagai habitat. Terdapat juga Paddleboat atau boat kayuh yang anda boleh sewa untuk menikmati tasik bersama yang tersayang.

Rides & Riadah

Jangan lepaskan peluang untuk meluangkan masa bermain bersama keluarga di arcade yang disediakan di sini. Ada merry-go-round untuk si kecik dan mainan karnival yang boleh anda cuba untuk memenangi hadiah.

99 Wonderland Park Kuala Lumpur - Kereta Api

Ini adalah secebis sahaja dari keseronokan yang mereka sediakan. Untuk mengetahui dan merasai pengalaman ini sendiri, pastikan anda kunjungi 99 Wonderland Park di waktu terlapang anda.

Harga Tiket

Dewasa (Mykad)Kanak-kanak (Mykid)/OKU/Warga EmasDewasa (Tanpa Mykad)Kanak-kanak (Tanpa Mykid)/OKU/Warga Emas (Tanpa Mykad)
Sabtu, Ahad & Waktu Puncak (Cuti Umum/Cuti Sekolah)

9AM – 4PM
RM40RM30RM65RM35
Isnin – Khamis & Ahad

5PM – 11PM
RM45RM35RM70RM40
Jumaat, Sabtu & Waktu Puncak (Cuti Umum/Cuti Sekolah)

5PM – 12AM
RM55RM40RM80RM50

Ikuti laman sosial mereka untuk ketahui promosi-promosi dan informasi-informasi terkini!

Alamat: 99 WONDERLAND PARK Jalan 1/3A, Pusat Bandar Utara,   68100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Waktu Operasi:

  • Sabtu, Ahad & Waktu Puncak (Cuti Umum/Cuti Sekolah) | 9AM – 4PM
  • Isnin – Khamis & Ahad | 5PM – 11PM
  • Jumaat, Sabtu & Waktu Puncak (Cuti Umum/Cuti Sekolah) | 5PM – 12AM
5/5 - (1 vote)