Rahsia percutian yang sempurna sebenarnya banyak bergantung kepada tempat penginapan yang dipilih. Untuk penginapan yang sempurna bukan sahaja dari segi fasilitinya tapi juga dekorasi yang boleh menjadi inspirasi untuk rumah anda sendiri, banyak pilihan yang boleh ditemui di AirBnB.
Di dalam artikel ini, Mai Singgah menyenaraikan 28 AirBnB menarik di Malaysia yang dapat memberikan anda sekeluarga pengalaman percutian yang luar biasa. Teruskan membaca.
Kuala Lumpur
28. Bohemian Loft House in Kuala Lumpur City
“Bohemian Loft House in Kuala Lumpur City” adalah sebuah penginapan menarik dengan rekaan dalaman yang berkonsep Bohemia atau boho dan tradisional Melayu.
Betapa indahnya rekaan dalaman rumah ini sehinggakan setiap incinya boleh dijadikan latar belakang Instagram.
Walaupun beraura klasik, penginapan ini cukup comfy, lengkap dengan tilam IKEA yang empuk, hampir tiada sebab untuk anda keluar dari sini sebaik melangkah masuk.
Ruang santai rumah ini juga sangat mempesonakan, sungguh terasa seperti berada di rumah kampung klasik yang tidak terkesan dengan perubahan zaman. Suka baca buku? Bermacam novel Inggeris tersedia menanti untuk anda tenggelam di dalam dunianya.
Lokasinya, terletak berdekatan dengan perhentian bas dan keretapi, memudahkan anda untuk meneroka sekitar Kuala Lumpur.
Harga: Dari RM490+ Semalaman
AirBnB: Bohemian Loft House in Kuala Lumpur City
27. Modern Luxury Suite with Beautiful Rooftop Garden
Inginkan penginapan moden yang lengkap dengan segala kemudahan mewah? Menginaplah di “Modern Luxury Suite with Beautiful Rooftop Garden.” Dari penginapan ini anda dapat merasai nikmat percutian yang sempurna penuh dengan privasi. Dari ketika anda melangkah masuk ke dalam penginapan ini, sudah terpana dengan dekorasi dalamannya yang ringkas dan moden dengan gabungan warna yang sejuk dipandang.
Semasa berada di sini, sambil menikmati angin yang bertiup lembut dari ruang balkoni, anda boleh berhibur menonton Netflix atau meluangkan masa di ruang santai rooftop untuk melihat pemandangan sempurna sekitar KL yang menjangkau sehingga KLCC.
Kemudahan lain yang boleh digunakan adalah kolam renang, akses wifi yang pantas dan gym yang lengkap dengan pelbagai peralatan senaman baru.
Untuk pengetahuan anda, dari sini, anda boleh menaiki shuttle yang disediakan setiap 2 jam untuk ke KLCC. Nak berjalan kaki pun tidak menjadi masalah, sebab ada banyak lokasi menarik yang termasuklah pusat membeli-belah yang boleh diakses dengan hanya berjalan kaki dari sini. Nak minum kopi kaw sebelum memulakan eksplorasi? Starbucks hanyalah 2 minit dari sini.
Harga: Dari RM256+ Semalaman
AirBnB: Modern Luxury Suite with Beautiful Rooftop Garden
26. The Happiness Home@The Scott Garden
“The Happiness Home@The Scott Garden” adalah sebuah penginapan duplex dengan sebuah bilik tidur yang dapat memberikan keselesaan kepada 6 orang dewasa dengan 4 buah katil.
Duplex ini memiliki ruang tamu yang luas serta lengkap dengan dapur. Dihias dengan penuh gaya menggunakan warna-warna yang sedap dipandang, keseluruhan duplex ini dapat melahirkan rasa santai, ditambah lagi dengan pemandangan yang dihidangkan, segalanya cukup sempurna untuk tawaran harga yang agak murah.
Antara kemudahan yang boleh dimanfaatkan sepanjang penginapan di sini adalah kemudahan wifi berkelajuan tinggi dan Hypp TV. Dengan kad akses sebagai tetamu di The Scott Garden, anda juga dapat menggunakan bermacam fasiliti lain yang terdapat di apartment ini yang terletak di tingkat 5 iaitu kolam renang infiniti, trek jogging, gym, taman dan bbq pit (perlu booking).
Berlokasi di Jalan Klang Lama, KL, dari sini cukup mudah untuk anda menuju ke salah satu pusat membeli-belah terbesar di Asia Tenggara iaitu Mid Valley Mall.
Harga: Dari RM178+ Semalaman
AirBnB: The Happiness Home@The Scott Garden
25. KL Deluxe Landscape/Parent-Kid theme/Upscale Area
Bagi yang dewasa, dapat menginap dalam rumah berdekorasi menarik dan lengkap dengan fasiliti best adalah segalanya, tapi bagi yang sudah berkeluarga, janganlah dilupakan keseronokan untuk anak-anak. Sekiranya anda menginap di salah satu penginapan AirBnB “KL Deluxe Landscape/Parent-Kid theme/Upscale Area,” satu keluarga dapat menikmati kepuasan percutian yang sebenar.
Apartment dengan 2 buah bilik ini lengkap dengan ruang permainan kanak-kanak, kemudahan projektor dan skrin, dapur yang sempurna dengan kemudahan memasak, mesin basuh dan macam-macam lagi fasiliti lain.
Bukan itu sahaja, di tingkat 5 hotel ini turut tersedia banyak lagi kemudahan lain yang boleh anda gunakan seperti kolam renang, ruang santai kanak-kanak, jakuzi, ruang bbq, taman permainan kanak-kanak, bilik sauna, bilik yoga, kedai kopi, dobi dan banyak lagi!
Sudah puas menggunakan segala kemudahan yang disediakan, anda boleh bersantai menikmati angin luar daripada tingkap bilik sambil mencuci mata melihat panorama seluruh KL yang mengujakan.
Harga: Dari RM248+ Semalaman
AirBnB: KL Deluxe Landscape/Parent-Kid theme/Upscale Area
24. Premium Loft @Empire City Mall Damansara
Apartment mewah “Premium Loft @Empire City Mall Damansara” adalah syurga ketenangan di tengah-tengah kota raya KL. Memiliki rekaan dalaman berwarna natural yang sejuk pada pandangan mata, segalanya tentang rumah ini termasuklah harganya, dapat memberikan kedamaian fikiran. Siapa tak jatuh cinta dengan apartment mewah dalam harga tak sampai RM150 ni?
Bukan itu sahaja, sudahlah perhiasannya bukan ‘biasa-biasa,’ apartment dengan sebuah bilik ini juga lengkap dengan ruang perpustakaan yang dipenuhi dengan bermacam jenis buku. Ruang untuk membaca? Anda boleh lepak di ruang tamunya atau mengambil udara luar di balkoni yang menyajikan pemandangan sehingga ke menara KLCC.
Harga: Dari RM130+ Semalaman
AirBnB: Premium Loft @Empire City Mall Damansara
23. ★Designer Space★Regalia Spacious Modern Studio
Penginapan jenis studio, “★Designer Space★Regalia Spacious Modern Studio” adalah sebuah penginapan dengan hiasan dalaman berkonsep minimal dan moden yang dapat memberikan keselesaan kepada 2 orang dewasa. Dari studio ini, anda dapat menikmati pemandangan sekitar kawasan bandar yang mengujakan tidak kira siang atau malam.
Sudah puas menikmati waktu santai di dalam penginapan, anda boleh menuju keluar untuk menggunakan bermacam lagi fasiliti menarik lain yang disediakan pihak apartment seperti gym, kolam renang rooftop, gelanggang squash dan banyak lagi.
Lokasinya, hanyalah 6 minit berjalan kaki untuk ke stesen LRT terdekat dan 2 minit dari KTM Putra. Pusat membeli-belah terdekat pula iaitu Sunway Putra Mall hanyalah 5 minit berjalan kaki dari sini.
Harga: Dari RM149+ Semalaman
AirBnB: ★Designer Space★Regalia Spacious Modern Studio
22. Expressionz Premium Suite KLCC
Penginapan yang elegan dan moden, “Expressionz Premium Suite KLCC” adalah sebuah apartment 1 bilik yang lengkap dengan kemudahan tab mandian. Inginkan penginapan mewah untuk keselesaan luar biasa dalam segala sudut? Inilah salah satu pilihan yang tepat.
Apartment yang berlantai parket kayu ini lengkap dengan segala kemudahan seperti di rumah menjadikan ianya pilihan yang sesuai untuk penginapan jangka panjang. Sambil bersantai di dalam apartment yang luas ini, anda boleh berhibur menggunakan kemudahan wifi yang disediakan.
Harga: Dari RM217+ Semalaman
AirBnB: Expressionz Premium Suite KLCC
21. Artsy Designed Studio with a Breathtaking View of the City
Bak kata pemilik penginapan ini “A holiday is an opportunity to journey within. It is also a chance to chill, to relax,” anda dapat merasai apa yang disampaikannya sekiranya menginap di “Artsy Designed Studio with a Breathtaking View of the City.”
Rasa santai sebaik melihat ruang dalamannya membuatkan anda berat hati untuk keluar dari penginapan ini. Bukan sahaja sedap dipandang, kemudahan yang disediakan juga tak kurang menariknya. Sepanjang penginapan di sini anda boleh menonton dari satu movie ke satu movie melalui Netflix.
Nak makan? Tak payah cari kedai di luar, gunakan sahaja dapur yang sudah lengkap dengan pelbagai kemudahan memasaknya.
Kemudahan lain yang boleh anda manfaatkan selama berada di sini adalah kolam renang rooftop yang menyajikan pemandangan sungguh mengujakan terutama sekali pada waktu malam.
Harga: Dari RM104+ Semalaman
AirBnB: Artsy Designed Studio with a Breathtaking View of the City
20. Home @ Regalia, KL (Near LRT & KTM)
Home @ Regalia adalah sebuah penginapan minimal dan moden yang berkeluasan 650 kaki persegi, lengkap dengan pelbagai kemudahan yang termasuklah dapur yang sempurna, akses wifi, tv dengan lebih daripada 50 siaran dan sebagainya.
Melihat daripada rekaan dalamannya, atmosfera penginapan ini terasa sangat chill untuk anda mendapatkan rehat yang sebenar sebelum memulakan misi meneroka sekitar KL.
Sesudah puas berehat, anda boleh menggunakan bermacam kemudahan lain yang terdapat di apartment ini seperti Skylounge di tingkat 37 yang juga lengkap dengan kolam renang infiniti yang membentangkan pemandangan KLCC. Fasiliti lain adalah seperti bilik steam, gelanggang squash, taman permainan kanak-kanak, gym, mini market, perpustakaan dan dobi.
Lokasinya, terletak dalam jarak berjalan kaki untuk ke KTM Putra, LRT PWTC dan LRT Sultan Ismail.
Harga: Dari RM160+ Semalaman
AirBnB: Home @ Regalia, KL (Near LRT & KTM)
19. Stylish High Rise Apartment with City Views
Ingin bercuti tapi masih ada kerja yang perlu diselesaikan? Luangkanlah masa cuti anda di “Stylish High Rise Apartment with City Views.” Penginapan penuh gaya ini lengkap dengan meja kerja yang selesa untuk anda menyelesaikan kerja dalam suasana yang kondusif.
Di samping itu, apartment ini turut lengkap dengan ruang dapur di mana anda boleh mendapatkan minuman bersih melalui water purifier yang disediakan, tak perlulah bersusah-payah membeli air di kedai. Kemudahan lain yang boleh anda gunakan adalah kolam renang, taman rooftop dan gym.
Lokasinya? Cukup strategik. Dari sini anda hanya perlu berjalan kaki untuk sampai ke KLCC dan Avenue K yang menempatkan banyak restoran. Dari apartment ini juga anda boleh menaiki bas shuttle yang tersedia setiap 2 jam yang akan membawa anda dari satu tarikan ke satu tarikan di sekitar KL.
Harga: Dari RM168+ Semalaman
AirBnB: Stylish High Rise Apartment with City Views
18. Calming Zen Condo Downtown
Nikmati ketenangan yang tak terkata di tengah kota metropolitan KL dengan menginap di “Calming Zen Condo Downtown.” Di sini, anda dapat menikmati cahaya natural yang menembusi tingkap luas dari lantai ke siling.
Keselesaan dan suasana santai ini disempurnakan lagi dengan dekorasi dalamannya yang berkonsep minimal dan oriental. Suasana apartment ini juga dihidupkan dengan kehadiran pokok bonsai yang dapat membuatkan anda terasa seperti berada di dalam taman Jepun.
Tidak cukup dengan ini, anda boleh melangkah kaki menuju ke ruang balkoninya untuk mendapatkan udara luar dan menikmati pemandangan bandar yang sangat menyegarkan mata. Dah puas menikmati pemandangan? Ada banyak fasiliti menarik yang menanti anda, antaranya adalah gym dan juga kolam renang dengan pemandangan KLCC.
Lokasinya, hanyalah 3 minit perjalanan kaki dari KLCC.
Harga: Dari RM350+ Semalaman
AirBnB: Calming Zen Condo Downtown
17. Central Apartment with Stunning Views and Facilities
Bercuti beramai-ramai? Inginkan penjimatan luar biasa tanpa mengabaikan keselesaan? Anda pasti tidak akan kecewa dengan “Central Apartment with Stunning Views and Facilities.”
Apartment yang murah semacam ini bukanlah apartment 1 bilik tapi dengan 3 buah bilik yang selesa! Keselesaan optimum dijanjikan untuk 9 orang dewasa pada satu-satu masa! Dari RM138+ semalaman dan interior yang sebegini menarik, harganya terlampau murah bukan?
Bukan itu sahaja, apartment ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti di rumah dan ini termasuklah mesin basuh untuk anda yang bercadang bercuti buat jangka masa panjang.
Sepanjang penginapan di sini juga, anda boleh bersantai di ruang rooftopnya yang menjanjikan pemandangan mengujakan bangunan-bangunan pencakar langit di sekitar KL. Fasiliti lain adalah kolam renang dan gym.
Harga: Dari RM138+ Semalaman
AirBnB: Central Apartment with Stunning Views and Facilities
16. Sophisticated Contemporary Studio close to Putra Station
Penginapan jenis studio yang penuh gaya, “Sophisticated Contemporary Studio close to Putra Station” adalah pilihan yang tepat untuk anda yang berjiwa urban.
Tak perlu keluarkan belanja yang banyak, studio yang dihias dengan moden ini cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk keselesaan tidak kira berapa lama pun anda bercadang untuk meluangkan masa di sini.
Ruang yang luas dengan pencahayaan yang selesa pada pandangan mata, tiada apa untuk dikomenkan tentang studio dalam harga bajet ini.
Alang-alang sudah menginap di sini, jangan lepaskan peluang untuk bermandi-manda di kolam renangnya. Dari kawasan kolam renang ni, anda turut dapat menyaksikan pemandangan sekitar yang sangat mempesonakan. Kemudahan lain yang boleh anda manfaatkan sepanjang penginapan adalah gym, cafe, kedai runcit, dobi dan banyak lagi.
Harga: Dari RM113+ Semalaman
AirBnB: Sophisticated Contemporary Studio close to Putra Station
15. Spectacular Skyline Views from a Chic, High-Rise Apartment
Pemandangan yang terindah bandaraya KL dapat anda dapat nikmati di “Spectacular Skyline Views from a Chic, High-Rise Apartment.” Pemandangan seperti di dalam lukisan ini boleh dilihat melalui cermin besar dari ruang tamu apartment atau sambil bersantai di ruang balkoni.
Sebelum menikmati pemandangan ini, anda boleh menyediakan makanan menggunakan dapur yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan memasak. Dah puas melihat pemandangan? Hiburkan diri dengan Netflix yang disediakan.
Harga: Dari RM156+ Semalaman
AirBnB: Spectacular Skyline Views from a Chic, High-Rise Apartment
14. Sleek Apartment in a High-rise with a Luxe Poolside Terrace
Keselesaan yang mengalahkan hotel 5 bintang untuk harga seperti sebuah hotel bajet, perkara ‘mustahil’ ini boleh anda dapatkan hanya di “Sleek Apartment in a High-rise with a Luxe Poolside Terrace.”
Apartment yang luas dengan sebuah bilik tidur ini lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti dapur yang sempurna, ruang tamu yang selesa dan dihias dengan moden serta internet yang super pantas untuk anda menyelesaikan kerja atau berhibur. Sempurna dalam segala aspek untuk harga yang tidak lebih dari RM110 semalaman.
Kemudahan lain yang boleh didapati dari apartment ini adalah gym, kolam renang dan perkhidmatan shuttle untuk ke lokasi tarikan berdekatan.
Harga: Dari RM108+ Semalaman
AirBnB: Sleek Apartment in a High-rise with a Luxe Poolside Terrace
Terengganu
13. CTJ LODGE, Casa Tanjung Jara Pool View & Sea View
“CTJ LODGE, Casa Tanjung Jara Pool View & Sea View” menawarkan 8 buah bilik di dalam suasana yang penuh ketenangan dan privasi yang sukar ditemui di tempat penginapan lain. Seperti bercuti di kawasan pulau, penginapan ini terletak berhadapan dengan pantai yang berangin.
Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti peralatan bbq, ruang balkoni untuk anda menikmati udara segar, taman dan kolam renang.
Harga: Dari RM500+ Semalaman
AirBnB: CTJ LODGE, Casa Tanjung Jara Pool View & Sea View
12. Unique Beach Gateway at NAMI by the Sea
Seperti namanya “Unique Beach Gateway at NAMI by the Sea” adalah sebuah penginapan dengan rekaan unik yang mustahil dapat anda lihat di tempat lain. Berhadapan dengan Laut China Selatan yang terbentang luas, anda akan ditemani oleh bunyi pukulan ombak dan udara segar yang sentiasa bertiupan.
Bukan sahaja menarik dari segi reka bentuk dan lokasinya, banyak aktiviti menarik yang boleh anda rancang untuk lakukan sekiranya menginap di sini. Antara kemudahan yang disediakan adalah kawasan yang luas untuk bermain layang, berbbq atau bercamping. Selain itu, anda juga boleh menyegarkan badan di dalam kolam renang yang disediakan.
Berdekatan dengan penginapan ini, terdapat warung yang menjual nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak dan banyak lagi menu tradisional tempatan yang lain.
Harga: Dari RM248+ Semalaman
AirBnB: Unique beach gateway at NAMI by the sea
Kuantan, Pahang
11. Jiran 58 • City Center, 3min to Lake Garden
Inginkan homestay yang selesa untuk ramai penginap dan juga menarik dalam masa yang sama? Menginaplah di “Jiran 58 • City Center, 3min to Lake Garden,” kerana homestay ini bukan sahaja dapat memberikan keselesaan kepada sehingga 12 orang penginap dengan 4 buah biliknya, ia juga memiliki dekorasi dalaman yang dapat dihargai oleh pencinta gaya minimal.
Menggunakan warna-warna natural, ruangan dalam rumah ini kelihatan luas dek kerana gabungan warna yang digunakan dan skill interior design pemilik homestay ini.
Bukan sahaja sejuk dipandang, homestay ini turut lengkap dengan meja snooker dan kolam renang. Dah puas berseronok, anda boleh berhibur sambil bersantai dengan menonton Netflix atau menggunakan internet Unifi yang berkelajuan tinggi.
Kemudahan lain yang disediakan adalah mesin basuh, Cuckoo Water Purifier dan penyejuk udara yang lengkap di dalam semua bilik. Untuk keseronokan anak-anak pula, Jiran 58 turut menyediakan Kids’ Corner yang lengkap dengan teepee. Memang coollah!
Harga: Dari RM335+ Semalaman
AirBnB: Jiran 58 厝边 • City Center, 3min to Lake Garden
10. Ipoh Zihsin Homestay
Ipoh Zihsin Homestay adalah sebuah homestay yang terletak di Pasir Pinji. Lokasi yang cukup strategik untuk anda melawat bermacam tarikan menarik di sekitar Ipoh dan kedai-kedai makan.
Bercakap mengenai homestay ini pula, Ipoh Zihsin Homestay adalah sebuah penginapan yang dapat memberikan keselesaan kepada keluarga besar dengan 5 buah bilik tidur yang disediakan. Mereka turut menyediakan 5 lagi tilam ekstra secara free!
Homestay ini turut memiliki banyak tempat meletak kereta. Jadi, kalau anda datang bercuti dengan keluarga besar, Ipoh Zihsin Homestay adalah salah satu pilihan yang terbaik.
Berhadapan dengan rumah ini juga terdapat padang yang luas untk anda sekeluarga beraktiviti atau anak-anak bermain.
Harga: Dari RM399+ Semalaman
AirBnB: Ipoh zihsin Homestay
Melaka
9. The Nature Balinese Lodge Malacca UNESCO Site
Terletak di tengah-tengah bandaraya meriah Melaka, siapa sangka wujudnya penginapan tenang “The Nature Balinese Lodge Malacca UNESCO Site.” Kebebasan fikiran dan jiwa yang dapat dirasai sepanjang penginapan di sini adalah disebabkan oleh keindahan dekorasinya yang diberikan perhatian teliti oleh pemilik.
Dari siling kayu hinggalah kepada perabot-perabot bergaya Bali, setiap pelusuk penginapan ini membuatkan anda terlupa destinasi sebenar anda yang masih di Melaka dan bukannya di Bali. Percayalah, dekorasi dalamannya cukup memukau.
Berkeluasan 1232 kaki persegi, The Nature Balinese Lodge menawarkan 3 buah bilik tidur, 2 buah tandas dan sebuah dapur yang lengkap dengan pelbagai peralatan memasak. Untuk anda yang merancang untuk menginap lama di sini, jangan risau, mesin basuh turut tersedia. Ruang balkoninya pula menyajikan pemandangan sekitar bandaraya Melaka.
Sepanjang penginapan di sini, anda juga boleh menggunakan pelbagai lagi fasiliti lain yang disediakan seperti kolam renang infiniti, jakuzi, sky gym, gelanggang tenis, gelanggang bola keranjang, rooftop garden dan banyak lagi.
Harga: Dari RM531+ Semalaman
AirBnB: The Nature Balinese Lodge Malacca UNESCO Site
8. Casugria Melaka -Dutch Pool Garden Cottage – 5 pax
Inginkan penginapan yang kaya dengan sejarah dan keunikan tersendiri? Tak perlu pandang penginapan lain lagi di Melaka ni kerana jawapannya adalah “Casugria Melaka -Dutch Pool Garden Cottage.” Untuk pengetahuan anda, Casugria adalah satu-satunya villa peninggalan Belanda yang masih wujud di Melaka.
Villa ini dikelilingi oleh halaman berlanskap indah yang ditumbuhi oleh pokok-pokok kelapa, suasana santai yang dapat dinikmati di villa ini sungguh mengasyikkan. Selain halaman yang indah, villa ini turut lengkap dengan kolam renang, jakuzi outdoor, ruang pavilion untuk menikmati makanan, bilik bacaan dan bilik tv.
Mengenai penginapannya pula, bilik-biliknya memiliki dekorasi yang cukup indah dipandang dengan jubin bercorak klasik. Biliknya juga kalis bunyi daripada sebarang gangguan luar. Villa yang dibina pada tahun 1810 ini turut lengkap dengan sistem keselamatan yang tip-top!
Harga: Dari RM498+ Semalaman
AirBnB: Casugria Melaka -Dutch Pool Garden Cottage – 5 pax
Kelantan
7. Main Highlands Lodge Rental
“Main Highlands Lodge Rental” adalah sebuah penginapan yang menawarkan 14 buah bilik yang dihias ringkas sehingga dapat memberikan keselesaan kepada 4 orang tetamu pada satu-satu masa.
Sepanjang penginapan di sini, anda boleh menyertai banyak aktiviti menarik yang ditawarkan seperti bercucuk tanam, menyertai trek unuk melihat bunga kedua terbesar di dunia, atau menaiki traktor untuk menikmati pemandangan sekitar kawasan ladang.
Untuk aktiviti yang lebih santai, bermacam fasiliti menarik yang disediakan seperti ruang lepak yang lengkap dengan perpustakaan, hammock, kolam renang, permainan papan, bbq pit dan banyak lagi!
Harga: Dari RM691+ Semalaman
AirBnB: Main Highlands Lodge Rental
Sabah
6. Sunbeam Luxury Villa @ Kudat Riviera
Penginapan kayu yang elegan dan mewah, “Sunbeam Luxury Villa @ Kudat Riviera” adalah antara pilihan terindah yang ditawarkan di negeri bawah bayu ini.
Dengan bayaran yang bermula dari RM700+ semalaman, anda dapat menikmati keseluruhan villa ini seperti sebuah estet milik peribadi. Lengkap dengan 2 buah bilik yang luas beserta dengan aircond, anda dapat merehat fikiran dengan hati yang tenang memandangkan villa ini turut dikawal rapi selama 24 jam.
Sambil berehat, anda boleh menikmati pemandangan taman tropika atau terjun ke dalam kolam renang yang disediakan. Terasa lapar? Guna sahaja dapur yang sudah dilengkapi dengan pelbagai peralatan memasak. Anda juga boleh membuat tempahan delivery daripada restoran yang terdekat.
Harga: Dari RM700+ Semalaman
AirBnB: Sunbeam Luxury Villa @ Kudat Riviera
5. Luxury Seaview Duplex Suite near Imago
Jiwa anda lebih tertarik kepada dekorasi berkonsep moden? Pilihan AirBnB menarik lain yang boleh ditemui di Sabah adalah “Luxury Seaview Duplex Suite near Imago.”
Keindahannya cukup luar biasa, bukan sahaja kerana sentuhan rekaan dalaman yang modennya, tapi juga kerana tingkap luas dari lantai ke silingnya yang menyajikan pemandangan tidak terbatas mentari terbit dan terbenam. Sekiranya anda bangun di awal pagi, anda dapat menyaksikan kehadiran gumpalan awan di sekitar, pemandangan yang dapat membuatkan anda terasa seperti diawang-awangan.
Harga: Dari RM420+ Semalaman
AirBnB: Luxury Seaview Duplex Suite near Imago
Sarawak
4. Boyan Heights Rainforest Homestay Deluxe Room 1
Tiada yang lebih menyegarkan daripada tempat penginapan yang terletak di sebalik kehijauan hutan hujan tropika, salah satu penginapan dengan kriteria ini adalah “Boyan Heights Rainforest Homestay Deluxe Room 1.”
Penginapan yang terletak di dalam lokasi penuh privasi ini juga berdekatan dengan banyak hotspot di Sarawak seperti Semenggoh Wildlife Sanctuary dan kawasan rumah panjang.
Untuk pengetahuan anda, Boyan Heights Rainforest Homestay adalah sebuah sebuah penginapan moden yang dibina dengan gaya tradisional Sarawak dan rumah panjang. Rumah ini telah dibina dengan teliti dimana ianya memiliki banyak ruang terbuka yang membenarkan aliran angin dan penembusan cahaya semula jadi.
Sepanjang penginapan di sini, anda boleh bersantai di ruangan dek yang luas atau menyegarkan badan di kolam infinitinya yang menyajikan pemandangan hutan dan gunung-ganang. Kemudahan lain yang boleh digunakan adalah peralatan bbq dan beranda.
Harga: Dari RM210+ Semalaman
AirBnB: Boyan Heights Rainforest Homestay Deluxe Room 1
3. Basaga Villa Kuching
Basaga Villa Kuching merupakan sebuah Airbnb menarik di Malaysia yang amat sesuai untuk pasangan dan ahli keluarga beserta kanak-kanak yang ingin tenggelam di dalam keindahan semula jadi yang penuh kehijauan dan oksigen segar. Terletak di dalam lokasi yang sangat privasi dan tersorok, Basaga Villa Kuching sebenarnya berada di tengah bandaraya Kuching.
Ya, jangan terkejut, rumah dengan aura seperti di tengah-tengah hutan tropika ini sememangnya terletak di tengah bandar. Tak percaya? Dari sini anda boleh berjalan kaki sahaja untuk ke The Spring Mall.
Bercakap mengenai penginapannya pula, bilik keluarga yang ditawarkan cukup luas untuk keselesaan beramai-ramai. Bilik ini turut lengkap dengan mesin kopi. Apa lagi yang anda inginkan untuk penginapan yang sempurna dalam harga permulaan serendah ini?
Setelah puas berehat di dalam bilik yang dihias dengan indah ini anda boleh menuju ke kawasan kolam renang yang berlanskap indah dengan pokok-pokok menghijau.
Harga: Dari RM260+ Semalaman
AirBnB: Basaga Villa Kuching
Johor Bahru
2. Ca Ca Home ( Entire unit/private/no sharing)
Ca Ca Home adalah sebuah penginapan homestay yang lengkap dengan 3 buah bilik tidur. Kesemua bilik di homestay ini turut lengkap dengan penyejuk udara. Kemudahan lain yang disediakan adalah seperti water heater, mesin basuh dan banyak lagi.
Sebagai info, untuk menginap di sini, anda perlu memilih bilik yang ingin diinapi, bilik yang tidak dipilih pula akan dikunci. Senang cerita, anda sebenarnya seperti menginap di dalam aparment dengan sebuah bilik. Namun jangan risau, hanya satu kumpulan penginap sahaja yang akan diterima pada satu-satu masa. Untuk harga yang bermula dari hanya RM59, apartment ini sememangnya murah bukan main.
Sepanjang penginapan di sini, anda boleh menggunakan bermacam fasiliti lain yang disediakan seperti kolam renang bersaiz Olimpik, kolam renang kanak-kanak, sauna dan kemudahan bbq (perlu booking 2 minggu awal).
Harga: Dari RM59+ Semalaman
AirBnB: Ca Ca Home ( Entire unit/private/no sharing)
1. RentRadise Alfa Suite
RentRadise Alfa Suite adalah sebuah penginapan yang berkonsep tatami lengkap dengan katil bersaiz queen yang keempukannya dapat memberikan anda tidur paling lena pernah dirasai.
Setelah puas merehatkan badan, anda boleh menuju ke tingkat 6 penginapan ini untuk menggunakan pelbagai fasiliti menarik seperti kolam renang, gym, gelanggang bola keranjang, sauna, meja ping pong, taman permainan dan macam-macam lagi.
Lokasinya, cukup menarik, terletak kurang 10 minit daripada banyak tempat membeli-belah dan tarikan seperti Tesco, Giant, AEON, IKEA dan Mount Austin Water Theme Park.
Harga: Dari RM71+ Semalaman
AirBnB: RentRadise Alfa Suite
Siapa sangka betapa banyaknya Airbnb menarik di Malaysia, lepas baca artikel ni, masih ada lagi yang memilih untuk menginap di hotel?
Lengkap dengan kolam renang, pemandangan yang boleh terbawa-bawa ke mimpi, dekorasi dalaman dengan sentuhan yang penuh teliti, ini adalah antara yang ditawarkan oleh kebanyakan penginapan AirBnB.
Apa? Senarai ni masih tak cukup lagi? Anda boleh melayari airbnb.com untuk melihat lebih banyak pilihan penginapan yang ditawarkan di sekitar Malaysia dalam harga yang terbaru.
Selamat bercuti-cuti Malaysia!