Taman-taman bunga dan rekreasi adalah antara tempat kunjungan yang popular dalam masyarakat kita. Bukan sahaja untuk melakukan aktiviti sihat dan bersenam, kadang-kala, orang ke taman-taman sekadar untuk berjalan-jalan dan bergambar sahaja.
Buat anda yang mencari-cari taman yang baru untuk dikunjungi, marilah ke Anjung Floria Putrajaya. Ia merupakan sebuah taman yang indah bak taman fantasi untuk hujung minggu anda sekeluarga. Jom, kita lihat apa yang menanti anda di sana.
Lokasi
Terletak di Presint 4, Putrajaya, Anjung Floria merupakan sebuah taman yang mengetengahkan konsep taman bunga yang cukup istimewa. Anjung Floria ini terbahagi kepada beberapa zon yang membawa tema, hiasan dan tumbuhan berbeza-beza. Namun, apa yang membuatkan Anjung Floria ini istimewa ialah festival bunga tahunan yang mereka anjurkan beberapa kali sepanjang tahun.
Festival-festival ini bukan sahaja membawa tema berbeza, ia juga mengetengahkan bunga berbeza-beza. Festival bunga anjuran mereka turut dihadiri dan disertai oleh peserta-peserta dari serata dunia.
Tarikan
Anjung Floria Putrajaya berkeluasan 29 hektar dan merangkumi pelbagai tarikan dan hiasan taman yang berbeza-beza. Mari kita kaji apa yang boleh anda lihat dan lakukan di sini.
Taman Bunga Bertema
Taman yang luas ini terbahagi kepada bebeapa zon yang mengetengahkan perhiasan taman dan tumbuhan yang berbeza. Ini termasuk:
- Taman Magis -The Magic of Bonsai
- Tropical Magic In A Glass
- Secret Theme Garden
- Royal Garden
- Designer Garden
- Tea Party Garden
Setiap zon mempunyai tema yang berbeza-beza. Jadi pengunjung dapat melihat pelbagai jenis taman, tumbuhan dan bunga-bunga yang berbeza-beza dan bagaimana ia disuai padankan untuk memberi suasana yang berbeza.
Bagi golongan milenial yang kian menggiatkan diri dalam dunia media sosial dan membuat konten, Anjung Floria adalah antara tempat terbaik untuk sesi bergambar, membuat konten dan lain-lain.
Taman Persahabatan Malaysia-China
Di Anjung Floria ini terdapat satu taman spesifik yang dibina khas bagi memperingati jalinan persahabatan antara negara kita dengan negara China.
Taman yang didedikasikan kepada mereka ini telah dihias dengan ciri-ciri oriental dan dipenuhi dengan pokok-pokok yang beridentitikan budaya China, termasuk pokok Bamboo. Di taman ini anda boleh melihat dan menghargai kebudayaan serta seni aritektur masyarakat China. Jangan lupa untuk bergambar banyak-banyak. Tentu kelihatan seperti anda berada di China.
Royal Floria
Royal Floria ialah sebuah taman yang menganjurkan pesta dan festival bunga sepanjang tahun. Terdapat beberapa pesta dan festival bunga yang mereka anjurkan setiap tahun.
Ini bukan sahaja menggalakkan sektor tourism Malaysia, tetapi juga mendidik masyarakat kita tentang keindahan dan kepentingan bunga dan tumbuhan kepada alam sekitar. Royal Floria turut mengetengahkan bunga-bunga dan tumbuhan berlainan.
Garden Bazaar
Selain dari pameran dan festival bunga, Anjung Floria juga menyediakan sebuah bazaar bunga dan tumbuhan di mana para pengunjung dapat membeli tumbuhan sedia ada dari vendor-vendor atau membeli keperluan dan kelengkapan taman. Garden Bazaar ini memang sangat menarik dan istimewa. Jika anda seorang yang minat berkebun atau bercucuk tanam, tentu anda sukakan bazaar ini.
Port Makan @ Floria
Di sini, anda akan diberi banyak pilihan makanan yang disediakan oleh pelbagai gerai. Port Makan @ Floria membawa bermacam-macam jenis juadah dan minuman yang dapat anda rasa ketika melawat di sini. Dah jalan-jalan dan penat berambar, tentu anda akan terasa lapar dan dahaga.
Event
Buat pengetahuan anda, Anjung Floria sentiasa mengadakan bermacam-macam acara dan event. Ini termasuklah pertunjukkan fesyen, bengkel gubahan bunga dan juga larian marathon.
Tarikan Yang Berdekatan Dengan Anjung Floria Putrajaya
Fasiliti & Kemudahan
Taman bunga yang cantik ini tentulah menyediakan fasiliti dan kemudahan yang cukup lengkap bagi pengunjung mereka yang sentiasa membanjiri taman ini di hujung minggu. Anda tentunya akan menikmati kemudahan asas seperti berikut:
- Tandas awam
- Surau
- Kawasan rehat
- Tempat letak kereta
Inilah antara perkara yang bakal anda nikmati ketika melawat Anjung Floria Putrajaya. Tentunya ia menjanjikan suatu pengalaman yang cantik, indah dan istimewa. Kami syorkan anda ikuti laman media sosial mereka untuk maklumat lanjut dan event anjuran mereka yang terkini.
Alamat: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 4, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya