Aura Montoria, Kota Belud Menonjolkan Keindahan Negeri Sabah

Adakah anda penggemar aktiviti jungle trekking atau hiking? Jika ya, anda mesti mencuba trail di Aura Montoria, Kampung Sayap, Kota Belud, Sabah. Aura Montoria merupakan sebuah pusat eko-edu tourism Sabah yang dijaga rapi bagi mengekalkan ekosistem dan keindahan negeri Borneo ini.

Aura Montoria, Kota Belud - Gambar Sungai
Sumber: anwaric

Untuk meneroka Aura Montoria, anda perlu membayar mengikut pakej pilihan anda. Bayaran adalah seperti berikut:

Bayaran hiking 6km (per pax)RM35
Bayaran hiking 7km (per pax)RM37
Bayaran 1 guide untuk kumpulan 1-5 orang (per group)RM50
Bayaran 2 guide untuk kumpulan 6-10 orang (per group)RM50

*Bayaran camping dicas berlainan

Buat pengetahuan anda, jika anda ingin berkemah di sini, tapak perkemahan terletak 1.5km dari starting point. Dilengkapi dengan bilik air dan bilik mandi. Anda juga boleh membawa makanan seperti mi segera dan minuman untuk mengalas perut. Terdapat sebuah campsite di mana anda boleh menyediakan makanan anda sendiri.

Aura Montoria, Kota Belud - Kayuh Rakit
Sumber: @obe_yogalove

Sepanjang trail ini, anda akan melalui pelbagai kawasan hutan yang berbeza-beza. Dimulai dengan kebun getah, kemudian memasuki rimba yang dipenuhi dengan pokok-pokok besar. Malah, anda boleh melalui tembus sebuah pokok besar di sini.

Aura Montoria, Kota Belud - Gambar Jambatan
Sumber: @adonisjoel

Anda juga akan berjumpa dengan gua mulut, waig minorol di mana terdapat air mineral alami yang boleh diminum, gua wongking, liogu Ourod dan air terjun, menaiki tangga kayu anda akan berjumpa dengan gua kelawar yang mempunyai air terjun di dalamnya, sebelum sampai ke pogimpaan 1, iaitu sebuah look-out point.

Aura Montoria, Kota Belud - Gambar Gua
Sumber: @travis_chong

Kemudian ke hadapan sedikit untuk sampai ke pogimpaan kodua, iaitu look-out point kedua. Di atas ini anda boleh bersantai, beriadah sambil menaiki rakit dan berehat di campsite yang membenarkan anda memasak makanan anda tadi.

Aura Montoria, Kota Belud - Jungle
Sumber: @acrx96

Menarik, kan? Mana lagi anda nak trekking dan berjumpa pelbagai natural wonders sebegini? Kerana itu, kami katakan anda perlu cuba walaupun sekali seumur hidup.

Baca: 67 Destinasi Terbaik Di Sabah

Suka kami ingatkan anda untuk membawa beberapa keperluan seperti lampu suluh, ubat-ubatan dan insect repellent supaya anda kekal selamat.

Alamat: Jln Sayap, 89150 Kota Belud, Sabah

5/5 - (1 vote)