Aurora Park Port Dickson | Aktiviti Menarik Buat Seisi Keluarga Waktu Siang & Malam

Port Dickson merupakan antara destinasi pilihan bagi warga Kuala Lumpur dan Selangor serta negeri-negeri berdekatan dengannya untuk bercuti. Tidak kira untuk musim cuti sekolah, cuti perayaan ataupun sekadar berhibur di hujung minggu. Lebih sinonim dengan pusat peranginan dan resort tepi pantai, Port Dickson memang menawarkan pantai, pemandangan dan suasana yang sempurna untuk percutian yang tidak dilupakan.

Kini, Port Dickson menambahkan kemeriahan percutian anda dengan kehadiran Aurora Park Port Dickson. Aurora Park merupakan sebuah taman hiburan yang menyediakan aktiviti-aktiviti menarik buat anda seisi keluarga, di waktu siang dan malam. Mari kami kongsikan serba sedikit tentang taman hiburan ini.

Tarikan

Taman hiburan yang luas ini menawarkan pelbagai aktiviti dan tarikan yang cukup istimewa. Terbahagi kepada taman haiwan dan taman hiasan lampu, Aurora Park juga mempunyai 2 slot waktu operasi yang berbeza iaitu dibuka pada waktu siang dan juga waktu malam.

Taman Haiwan

Aurora Park Port Dickson - Taman Haiwan - Gambar Burung Unta

Taman haiwan di Aurora Park beroperasi pada waktu siang dan juga pada waktu malam. Anda dan keluarga akan berpeluang untuk berinteraksi dan bergaul bersama haiwan-haiwan yang cukup comel.

Aurora Park Port Dickson - Gambar Haiwan Pameran

Haiwan-haiwan seperti kambing, burung unta, arnab, kura-kura dan lain-lain menanti anda. Selain itu, mini zoo ini juga menempatkan pelbagai jenis haiwan dalam kategori burung, termasuk burung merak, ayam, itik, angsa, dan banyak lagi.

Aurora Park Port Dickson - Gambar Burung Merak

Haiwan reptilia seperti lizard juga ada di sini. Terkini, beberapa ekor anak kuda ditambah ke zoo ini. Bukan sahaja untuk tontonan, anda dan keluarga juga akan berpeluang untuk memberi makan dan berinteraksi bersama haiwan-haiwan ini. Jika anda ingin memupuk kasih sayang terhadap haiwan kepada anak-anak anda, di sinilah ia bermula.

Aurora Park Port Dickson - Gambar Haiwan Yang Dipamerkan

Anda juga boleh mengajar anak-anak tentang ecosistem dan peranan setiap haiwan dalam kehidupan kita.

Taman Lampu LED

Aurora Park Port Dickson - LED Bahtera Menarik

Pada waktu malam, taman ini diserikan dengan persembahan hiasan lampu LED yang direka khas  di Aurora Park ini sahaja. Setiap hiasan lampu, berbentuk dalam pelbagai bentuk.

Aurora Park Port Dickson - Pameran LED - Bangunan

Ada yang berbentuk seperti bangunan ikonik dunia seperti Eiffel Tower atau bangunan lain seperti masjid. Ada juga hiasan lampu yang direka dalam bentuk yang unik seperti Gunung Fuji. Kebanyakan hiasan lampu ini juga direka dalam bentuk haiwan seperti harimau, angsa dan naga.

Aurora Park Port Dickson - LED Burung Merak

Ada juga yang menjadi sebahagian dari landskap di sini dan kelihatan seperti suasana yang berbeza. Contohnya pemandangan laut bersama sebuah kapal, atau laluan cinta bersama arch berbentuk hati, dan juga laluan yang diterangi dengan lampu-lampu yang berbentuk bebunga.

Aurora Park Port Dickson - Pameran LED Haiwan

Setiap sudut Taman Lampu LED ini memang direka khas untuk anda nikmati bersama keluarga dan bergambar sebagai kenang-kenangan.

Aurora Park Port Dickson - Pameran LED Romantik

Buat para influencer dan generasi kini, Taman Lampu ini mungkin saja menjadi tempat yang menarik untuk anda merakam konten dan bergambar untuk Instagram.

Fasiliti

Tentunya Aurora Park ini dilengkapi dengan fasiliti-fasiliti awam yang cukup untuk kemudahan anda seisi keluarga. Tandas awam dan surau tentunya ada disediakan. Selain itu tempat-tempat duduk juga terletak secara rawak dan strategik di sekitar taman-taman ini. Mereka memastikan akan menaiktaraf dan menambah baik segala kemudahan di sini agar kunjungan anda dan keluarga bukan sahaja lebih mudah, tetapi juga lebih bermakna.

Harga Tiket

Aurora Park Port Dickson - Harga Tiket dan Harga Masuk

Tiket di sini dijual dengan harga yang minima. Bertujuan untuk mendekatkan anda bersama alam sekitar dan meluangkan masa bersama keluarga, harga yang dikenakan untuk tiket di sini sangat berbaloi.

Menikmati waktu bersama keluarga menjadi semakin mudah dan bermakna apabila anda dan keluarga melakukan sesuatu aktiviti yang menarik bersama. Dengan kehadiran Aurora Park, anda dan keluarga akan berpeluang untuk mencipta memori dan bergambar untuk kenangan yang pastinya sukar untuk dilupakan.

Aurora Park bukan sahaja menambah seri kepada Port Dickson, malah ia juga menambah seri dalam kehidupan anda sekeluarga. Pastikan anda datang melawat haiwan-haiwan dan nikmati persembahan dari Taman LED nanti. Sementara itu, ikuti laman Facebook mereka untuk dapatkan maklumat terkini.

Lokasi

Aurora Park Port Dickson terletak di Batu 9, Kampung Sungai Menyala. Ia dibuka pada awal tahun ini dan lokasinya yang hanya lebih kurang 20 minit dari pantai Port Dickson telah membenarkan ia menerima kunjungan dari ramai orang. Untuk ke sini, anda hanya perlu mengikut jalan Pantai dan route 5.

Aurora Park Port Dickson - Peta Lokasi

Dari plaza toll Mambau di Lebuhraya baru Port Dickson, terus sahaja menuju ke Teluk Kemang. Di persimpangan berhadapan dengan PD Marina Resort, belok ke kanan. Dari sini terus sahaja sehingga anda melepasi Politeknik Batu 9. Aurora Park seharusnya berada sebelum Lexis Hibiscus Port Dickson.

Poster Rasmi

Aurora Park Port Dickson - Poster Rasmi

Sosial Media: Facebook | E-mail: mabellmk8899@outlook.com

Alamat: Lot 3636, Batu 9, Jalan Pantai, Kampung Sungai Menyala,71050,Port Dickson

Waktu Operasi:

Pengambaraan Haiwan (10am-6pm)

Pameran Lampu LED + Pengembaraan Haiwan (7pm-12am)

Harga Tiket:
Aurora Park (Siang: 10am-4.30pm): Dewasa RM18 | Kanak-kanak (3-12 tahun) RM12
Pameran Lampu (Malam: 5pm-11pm): Dewasa RM25 | Kanak-kanak (3-12 tahun) RM18
*Percuma bagi pemegang kad OKU (sila tunjukkan kad di pintu masuk)

Whatsapp
5/5 - (1 vote)