
Jika anda mempunyai rancangan untuk ke ibu kota bersama keluarga dan mencari penginapan yang selesa buat seisi keluarga, berikan Avanté Hotel Bandar Utama pertimbangan. Mereka mungkin jawapan yang anda cari.
Avanté Hotel mengutamakan keselesaan dan konsep yang diterapkan dalam rekaan dalaman sekitar hotel dan bilik-bilik yang mereka sediakan ialah suasana homely.

3 daripada 5 jenis bilik yang mereka sediakan mempunyai kitchenette kecil yang membolehkan anda menyediakan makanan simple dengan mudah, malah ia juga dilengkapi dengan microwave dan peti sejuk. Sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak.


Kemudahan yang disediakan juga cukup lengkap. Terletak bersebelahan dengan stesyen LRT Bandar Utama dan mempunyai jambatan tertutup yang menghubungkan anda dengan One Utama Shopping Centre, bersiar-siar dan transportasi tidak menjadi masalah.
Baca: Senarai Hotel Menarik Di Kuala Lumpur
Yang paling menarik buat anak-anak ialah kolam renang infiniti yang disediakan dan juga Kiddies Club di Avanté Hotel ini.
Kolam renang di sini merupakan kolam renang air masin dan ia mempunyai pemandangan yang sungguh indah.

Ibu bapa boleh berehat dan menikmati ketenangan sambil anak-anak bermain, berenang atau menjamu selera dengan snek-snek yang dijual di poolside bar mereka.
Kiddies Club tu apa? Kalau anda nak tahu, Kiddies Club ini merupakan bilik mainan yang direka khas untuk kanak-kanak.

Dengan gelongsor yang membawa kanak-kanak terus ke ball pit atau ruang bebola, mereka pasti seronok.
Mereka juga menyediakan pelbagai mainan dan ruang kerusi meja untuk mereka bermain bersama. Avanté Hotel memastikan anak-anak anda sentiasa selamat, seronok dan bahagia.

Bercuti dengan anak-anak kecil kadang kala tidak rasa seperti bercuti. Namun, Avanté Hotel berusaha memberikan para penginap di sini suasana yang homely, tetapi cukup menyeronokkan.
Baca: Hotel Menarik Berdekatan KLCC
Ibu bapa dapat bercuti dengan tenang, anak-anak dapat bercuti dengan penuh keriangan.
Pastikan anda mengikuti Avanté Hotel di laman sosial mereka di Facebook dan tempah bilik anda dengan mudah dan cepat di laman web mereka. Selamat bercuti!
Alamat: 1, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor