Jikalau disebut aviation, pasti semua tahu kaitannya dengan dunia penerbangan. Kini, buat pertama kali di Johor Bahru, penerbangan dan makanan bersatu. Aviate Lounge sudah dibuka sejak bulan Januari 2022 dan kian mendapat perhatian ramai.
Nama Aviate itu merupakan gabungan antara perkataan “Avi” (singkatan aviation) dan “ate” yang memberi erti makan. Pun begitu, makanan di sini, jauh berbeza dengan makanan di atas kapal terbang yang biasa anda nikmati.
Diketuai oleh Chef Iman, Aviate ingin memberikan pengalaman gastronomi yang berbeza. Dengan kombinasi flavour yang agak unik, makanan fusion dari Aviate memang menarik, contohnya spaghetti Adam pedas ikan merah mereka.
Terletak di kota Senai yang sinonim dengan Lapangan Terbang Senai di Johor Bahru. Yang menarik tentang Aviate, di sini terdapat flight stimulator atau simulasi penerbangan yang boleh anda rasai sendiri seperti seorang pilot.
Dengan harga RM108, anda akan diberi penerangan sebelum terbang, 1 kali take-off dan 1 kali landing, untuk 10 minit.
Untuk maklumat terkini dan promosi hebat, pastikan anda mengikuti laman sosial aviate di Facebook dan Instagram.
Bagi yang ingin mencuba nasib atau menyerlahkan bakat terpendam sebagai seorang pilot, bolehla mencuba sendiri di Aviate Lounge, Senai. Terbang tinggi, dan makan di awanan.
[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: 19G & 20G, Jalan Terminal 1, 81400 Senai, Johor[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: Isnin & Selasa ( Tutup), Rabu-Ahad (11am-10pm)[/su_tab][/su_tabs]