Awan Cactus Dungun Berikan Percutian Ala Greece di Terengganu!

Semakin lama, semakin banyak tempat percutian dan penginapan jenis homestay yang tersedia buat kita. Namun, akan ada beberapa yang akan menarik perhatian kita dan takkan kita lupakan.

Awan Cactus Dungun Terengganu - Gambar Dalam Penginapan
Sumber: @casaleesa

Untuk mencapai matlamat ini, pra pemilik dan pengurus homestay akan menawarkan sesuatu unik dan berbeza. Antara homestay yang telah berjaya menarik perhatian kami ialah homestay Awan Cactus, yang berada di Dungun tetapi akan berikan anda percutian ala Greece. Jom, kita lihat apa yang istimewa!

Lokasi

Awan Cactus ialah sebuah homestay jenis banglo yang terletak di Dungun, Terengganu. Jika anda bercadang untuk bercuti di sekitar Terengganu atau sekadar pulang ke kampung halaman, bolehlah dapatkan penginapan di sini.

Awan Cactus Dungun - Penginapan dari luar
Sumber: @casaleesa

Homestay di Kampung Putat ini juga berdekatan dengan beberapa pantai termasuk Pantai Tanjung Jara dan Pantai Teluk Bidara. Jadi, anda dan keluarga akan berpeluang untuk bersiar-siar dan bermain di pantai ketika menginap di sini.

Penginapan

Homestay Awan Cactus ini terbahagi kepada 2 unit. Sebelah dinamakan unit Awan dan sebuah lagi dinamakn unit Cactus. Sebelum kami terangkan tentang unit-unit homestay ini, ingin kami kongsikan dan gambarkan kepada anda keindahan dan keunikan interior dan exterior yang telah mereka sediakan.

Awan Cactus Dungun - Gambar Kolam Renang Dari Dalam
Sumber: @casaleesa

Mengambil inspirasi dari pusat-pusat pelancongan polos seperti Santorini dan pusat pelancongan gurun seperti Mexico, Awan Cactus telah direka dan dihias dengan gabungan estetika kedua-dua ini, memberikan anda suasana yang cukup tenang, aman dan damai.

Awan Cactus Dungun - Tempat Bersantau dan Dapur
Sumber: @casaleesa

Hasil gabungan ini juga memberikan identiti yang unik buat mereka dengan look dan gaya yang sangat rustic tetapi modern. Penggunaan warna putih, neutral dan lembut juga menaikkan lagi seri homestay ini. 

Unit Awan

Unit Awan merupakan unit yang lebih kecil dengan 2 bilik tidur. Namun, tidak lah kecil mana kerana boleh memuatkan sehingga 4 orang dewasa dan 6 orang kanak-kanak dengan selesa. Setiap bilik juga dilengkapi dengan penghawa dingin yang akan memberikan anda sekeluarga keselesaan maksimum.

Awan Cactus Dungun - Tempat Berehat Di Luar
Sumber: @casaleesa

Unit ini juga didatangkan bersama kolam renang tersendiri dan mempunyai ruang untuk lepak bersebelahan dengan kolam ini. Jadi jika anda dan keluarga ingin bersantai dan beristirehat, memang seronok di sini.

Awan Cactus Dungun - Pintu Masuk Dan Tempat Berehat
Sumber: @casaleesa

Dapur juga serba lengkap dengan kelengkapan asas seperti peti sejuk, microwave dan penapis air coway. Tentu mudah untuk para tetamu nanti. Bilik tidur di unit ini lengkap dengan katil bersaiz Queen dan bilik-bilik mandi tersedia dengan tuala dan pemanas air.

Unit Cactus

Unit Cactus ialah unit yang lebih besar. Ia mempunyai 3 bilik tidur dan lebih sesuai untuk keluarga yang lebih besar atau tetamu yang lebih ramai.

Awan Cactus Dungun - Gambar Dari Depan Penginapan
Sumber: @casaleesa

Ia boleh memuatkan sehingga 6 orang dewasa dan 9 orang kanak-kanak. Setiap bilik tidur dilengkapi dengan penghawa dingin, tuala dan bilik mandi yang didatangkan bersama pemanas air. Unit Cactus juga didatangkan bersama kolam renang persendirian.

Awan Cactus Dungun - Gambar Bilik
Sumber: @casaleesa

Pastinya homestay ini juga mempunyai ruang makan yang besar dan selesa dan dapur unit ini juga serba lengkap.

Awan Cactus Dungun - Tempat gantung baju
Sumber: @casaleesa

Anda hanya perlu membawa bahan-bahan dan keperluan asas untuk menyediakan makanan sepnjang penginapan anda di sini. Yang pasti, percutian anda akan menjadi lebih mudah, selesa dan lengkap ketika menginap di sini.

Pusat Pelancongan Terdekat

Selain dari berehat dan meluangkan masa bersama keluarga di homestay, tentu sekali anda ingin berjalan-jalan sekitar Dungun kan? Mari kami kongsikan beberapa pusat pelancongan yang berada di sekitar Dungun yang boleh anda lawati sepanjang menginap di sini.

  • Pantai Tanjung Jara
  • Pantai Teluk Bidara
  • Pantai Rantau Abang
  • Muzium Dungun
  • Pusat Penyu Dan Ekosistem Marine (TUMEC)
  • Taman Tasik Tanjung Sura

Jika anda akan menginap di Homestay Awan Cactus, kami sarankan anda mengambil peluang untuk bergambar sebanyak yang mungkin. Bukan selalu dapat menginap di tempat secantik ini. Lagipun, hampir setiap sudut di homestay ini adalah instagram-worthy.

Baca: 23 Homestay Di Kuala Terengganu Untuk Percutian Keluarga Istimewa

Pastikan juga anda merancang percutian anda dengan baik untuk memastikan anda sekeluarga seronok. Itu dia serba sedikit yang dapat kami kongsikan tentang homestay unik, indah dan eksklusif ini. Ikuti laman sosial media mereka untuk dapatkan maklumat lanjut dan promosi terkini. Selamat bercuti!

Media Sosial: Facebook | Instagram

Alamat: Lot 9144 Jalan Seberang Pintasan Kg, Kampung Kubang Putat, 23050 Kuala Dungun, Terengganu

2.9/5 - (12 votes)