Bercuti ke Johor Bharu kalau tak singgah makan di Ayam Gepuk Dapoq Campoq by Korn Kitchen memang tak lengkaplah trip lebih-lebih lagi kalau anda menggemari masakan Indonesia atau masakan pedas.

Advertisements

Ayam Gepuk Dapoq Campoq by Korn Kitchen - Depan Kedai

Eh! Untuk orang suka pedas je ke? Jangan risau, restoran berkonsep santai ini juga sesuai untuk disinggahi bersama keluarga disebabkan kepelbagaian menunya.

Yang penting, harga pun sangat berpatutan. Jom kita tengok apa yang membuatkan restoran ni lain daripada yang lain!

Menu

Ayam Gepuk Dapoq Campoq by Korn Kitchen - Ayam Gepuk Set - Dengan Sambal Giling

Restoran Ayam Gepuk Dapoq Campoq by Korn Kitchen menyediakan pelbagai jenis menu yang boleh membangkitkan selera sesiapa sahaja lebih-lebih lagi yang suka dengan masakan pedas.

Antara masakan istimewa kedai makan berkonsep Indonesian Fusion ini adalah seperti Nasi Ayam Gepuk, Nasi Gurami Garing Bersarang, Pecel Lele Bersarang, Nasi Siakap Penyet Bersarang dan juga Nasi Gurami Sambal Kemangi.

Kalau anda bukan selalu dapat datang ke sini atau hanya datang bercuti di JB, anda wajib cuba menu yang terkenal dalam kalangan pengunjung iatu Nasi Ayam Gepuk dan juga Nasi Gurami Garing Bersarangnya.

Memang tak rugilah cuba! Kalau tak cuba yang rugi! Ayamnya sangat juicy. Kalau anda order menu yang ‘bersarang’nya pula, memang betul-betul rangup, sehingga berbunyi “kriuk-kriuk” bila dimakan.

Restoran Wajib Singgah Bagi Penggemar Masakan Pedas Berapi

 Apa yang istimewanya tentang masakan di Restoran Ayam Gepuk Dapoq Campoq by Korn Kitchen ini adalah cara penyediaan sambalnya yang digesek di atas batu yang berasal daripada gunung berapi Indonesia.

Ayam Gepuk Dapoq Campoq by Korn Kitchen - Counter Chili

Fakta Menarik: Kalau anda nak tahu, batu gunung berapi ini asal-usulnya adalah dari lava yang membeku. Bekuan lava ini kemudiaanya dipahat untuk dijadikan lesung batu.

Ayam Gepuk Dapoq Campoq by Korn Kitchen - Sambal Giling

Bila bercakap pasal makanan ni, yang paling penting adalah rasanya. Memang terbaik! Bagi yang suka pedas berapi boleh pilih tahap kepedasan tertinggi  atau yang dipanggil sambal banzai di restoran ni.

Tapi bagi yang nak makan tanpa terkeluar air mata, sekadar pedas-pedas manja, bolehlah cuba pedas level 1. Ingat, jangan lupa untuk pilih level kepedasan masa order nanti! Kalau tak nak menangis ramai-ramai sambil makan.

Harga

Harga menu di restoran ini sangat berpatutan untuk kualiti hidangan yang ditawarkan, bukan senang nak jumpa masakan secukup rasa dengan tahap kepedasan yang boleh dipilih untuk memuaskan selera ramai, yang penting, saiz hidangan pun mengenyangkan. Sekali rasa, melekat terus dalam jiwa!

Ayam Gepuk Dapoq Campoq by Korn Kitchen - Ayam Gepuk Cheese

Secara umumnya, hidangan terhangat mereka iaitu Nasi Ayam Gepuk adalah dalam lingkungan harga antara RM 10.00 ke RM 13.00 bergantung kepada bahagian ayam (kepak/paha) dan juga tahap kepedasan (level 1/2/banzai).

Untuk yang datang dengan keluarga, boleh try set family Ayam Gepuk atau Set Siakap Garing yang berharga hanya RM 45.00/set. Bagi yang bawa anak kecil, Kids’ Meal pun restoran Ayam Gepuk Dapoq Campoq by Korn Kitchen turut sediakan dengan harga hanya RM 4.00 satu hidangan, anak-anak boleh pilih sama ada ingin makan Bakso Maggi, Maggi ataupun Nasi Goreng.

Ayam Gepuk Dapoq Campoq by Korn Kitchen - Ayam Gepuk Combo Set

Menu seterusnya ialah Gurami Garing Bersarang (Ikan Talapia Merah) yang boleh dinikmati dengan pelbagai jenis sambal (Penyet/Gepuk/Kemangi) atau kuah Kari Kandaq, berharga hanyalah RM 18.00.

Menu untuk dua orang iaitu Siakap Garing Bersarang (untuk dimakan sama ada dengan Kari Kandaq/Sambal Penyet/ Sambal Gepuk) hanyalah RM 30.00. Pecel Lele Bersarang (dengan Sambal Penyet/Sambal Gepuk) hanyalah RM 8.00.

Menu Baksonya pula adalah dalam lingkungan harga antara RM 5.00 – RM 7.00. Bercakap pasal pilihan menu yang ada di restoran ni memang panjang ceritanya. Macam-macam masakan istimewa ditawarkan di restoran ini, anda boleh rujuk dalam senarai harga di bawah untuk penjelasan lebih terperinci.

Senarai Harga

 A) Nasi Ayam Gepuk (Ayam Quarter Kepak):

  • Sambal Level 1: RM 10.00
  • Sambal Level 3: RM 11.00
  • Sambal Banzai: RM 12.00

 B) Nasi Ayam Gepuk (Ayam Quarter Paha):

  • Sambal Level 1: RM 11.00
  • Sambal Level 3: RM 12.00
  • Sambal Banzai: RM 13.00

C) Nasi Ayam Penyet:

  • Ayam Quater Kepak: RM 10.00
  • Ayam Quarter Paha: RM 11.00

D) Ayam Gepuk (Family Set): RM 45.00

  • Seekor Ayam
  • Tempe Penyet
  • Tauhu Penyet
  • Terung Penyet
  • Set Ulam dan Sup
  • Nasi Hidang

E) Set Siakap Garing (Family Set): RM 45.00

  • Siakap 500 Gram
  • Tempe Penyet
  • Tauhu Penyet
  • Terung Penyet
  • 2 Set Kari Kandaq
  • 2 Set Sambal Gepuk
  • 2 Set Sambal Penyet
  • Set Ulam dan Sup
  • Nasi Hidang

F) Gurami Garing Bersarang (Ikan Talapia Merah):

  • Sambal Penyet: RM 18.00
  • Sambal Gepuk: RM 18.00
  • Kari Kandaq: RM 18.00
  • Sambal Kemangi: RM 18.00

G) Siakap Garing Bersarang (2 Pax):

  • Sambal Penyet: RM 30.00
  • Sambal Gepuk: RM 30.00
  • Kari Kandaq: RM 30.00

H) Pecel Lele Bersarang:

  • Sambal Penyet: RM 8.00
  • Sambal Gepuk: RM 8.00

I) Bakso:

  • Kosong: RM 5.00
  • Mee Hoon: RM 6.00
  • Maggi: RM 7.00

J) Kids’ Meal:

  • Bakso Maggi: RM 4.00
  • Maggi/Nasi Goreng: RM 4.00

K) Masakan Goreng (Bermula 3 PM):

  • Maggi Goreng Bakso: RM 7.00
  • Mee Hoon/Maggi/Nasi Goreng: RM 8.00
  • Mee Hoon/Maggi/Nasi Goreng Welirang: RM 8.00

 L) Lain-Lain:

  • Mee Ayam Gepuk: RM 15.00
  • Nasi Goreng Ayam Gepuk: RM 15.00
  • Ayam Gepuk Cheese: RM 16.00

M) Add-Ons:

  • Ayam Quarter: RM 7.00
  • Ikan Keli Goreng: RM 5.00
  • Tauhu Penyet: RM 3.00
  • Tempe Penyet: RM 3.00
  • Terung Penyet: RM 3.00
  • Sambal Gepuk: RM 2.00
  • Sambal Banzai: RM 3.00
  • Sambal Penyet: RM 2.00
  • Sambal Kemangi: RM 3.00
  • Kari Kandaq: RM 2.00
  • Nasi Tambah: RM 2.00
  • Set Ulam: RM 2.00
  • Tauhu 3 Biji: RM 2.00

N) Minuman:

  • Panas: RM 1.50 – RM 5.00
  • Sejuk: RM 1.50 – RM 5.00

Fasiliti

Fasiliti yang disediakan adalah ruang makan yang selesa untuk dijadikan tempat menjamu selera bersama keluarga.

Lokasi

Ayam Gepuk Dapoq Campoq by Korn Kitchen terletak di cawangan berbeza di sekitar Johor Bahru iaitu di dalam kawasan Nong Chik, Bandar Baru UDA dan juga B5 Street. Boleh rujuk alamat setiap cawangan dalam ruangan ‘info penting’ di bawah.

Info Penting

Instagram: dapoqcampoq_by_kornkitchen

Facebook: dapoqcampoqbykornkitchen

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
  • Cawangan Nong Chik: No 9, Jalan Kolam Air 1, Jalan Nong Chik Heights, Taman Kolam Air, 80150 Johor Bahru, Johor
  • Cawangan Bandar Baru UDA: 58, Jalan Padi 1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor
  • Cawangan B5 Street:  B5 Johor Street Market Pusat Bandar, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 10.00 pm)