Ayer Hangat Village Langkawi: Nikmati Keajaiban Kolam Air Panas Semulajadi

Ayer Hangat Village Langkawi - Gambar Dari Atas
Sumber: dxnlifestylemy

Dari masa ke masa tubuh dan jiwa kita memerlukan sentuhan manja untuk melegakan ketegangan yang datang dari kehidupan harian yang stres dan tiada apa yang lebih menenangkan daripada berendam dalam kolam air panas.

Ayer Hangat Village di Pulau Langkawi menawarkan percutian yang menyegarkan dan menenangkan dengan kolam air panas semulajadi yang kaya dengan mineral.

Di sini, anda akan menjumpai telaga air panas air garam tiga tingkat yang unik, satu daripada hanya empat yang wujud di dunia! Mari kita terokai lebih lanjut mengenai keindahan tempat ini!

Ayer Hangat Village Langkawi - Gambar Drone Kawasan Perkampungan
Sumber: dxnlifestylemy

Kolam Air Panas Semulajadi

Tarikan utama di Ayer Hangat Village Langkawi adalah kolam air panas semulajadi yang terkenal dengan khasiatnya.

Ayer Hangat Village Langkawi - Gambar Kolam Air Panas Air Masin
Sumber: insta_alva

Air panas ini mengandungi mineral seperti sulfur, kalsium, dan magnesium yang dikatakan dapat membantu meredakan masalah kulit, melegakan otot, dan mengurangkan stres. Tidak hairanlah, ramai yang datang ke sini untuk merasai keajaiban air panas ini!

Kolam Air Panas Semulajadi Di Langkawi
Sumber: ayerhangatvillagelangkawi

Pakej Spa & Urutan yang Menenangkan

Ayer Hangat Village Langkawi juga menawarkan pakej spa dan urut yang direka khas untuk menyegarkan tubuh dan jiwa. Urut tradisional yang ditawarkan di sini menggunakan teknik yang terbukti meningkatkan peredaran darah dan dapat melegakan ketegangan otot.

Aktiviti & Kemudahan Lain

Pada awalnya tempat ini dikenali sebagai Telaga Air Hangat, ketika itu ia hanya mempunyai kolam air panas.

Ayer Hangat Village - Kawasan Rehat Terbuka Dikelilingi Sawah Padi
Sumber: langkawiunescoglobalgeopark

Tetapi selepas kerja pengubahsuaian yang mengabil masa selama tiga tahun, ia dibangunkan menjadi sebuah kampung yang menarik dengan fasiliti moden seperti jacuzzi, taman berlandskap indah, pertunjukan budaya, dan kedai cenderamata yang menawarkan produk buatan tempatan.

Disamping itu, terdapat kafe yang menyajikan hidangan Malaysia, Indonesia dan Thai yang sedap-sedap belaka.

Ayer Hangat Village Langkawi - Gambar Pelawat Tengah Bergembira
Sumber: Kobe Chia

Anda perlukan paling kurang sejam jika ingin betul-betul melihat segala yang ada di Air Hangat Village ini. Jika anda ingin mencuba aktiviti tambahan seperti bermandi jakuzi atau menyertai kelas batik, anda mungkin memerlukan masa yang lebih lama.

Ayer Hangat Village - Gambar Jakuzi Peribadi Yang Disediakan
Sumber: ayerhangatvillagelangkawi

Jika anda berminat untuk merehatkan diri di jakuzi, anda dapat memilih dari dua belas unit jakuzi peribadi yang lengkap dengan tandas, bilik mandi, dan gazebo. Pengalaman yang amat sesuai untuk pasangan yang sedang berbulan madu di pulau indah ini.

Lagenda Air Hangat

Semasa bersiar-siar di Air Hangat Village nanti anda akan terserempak dengan mural sepanjang 18-meter yang diperbuat dari batu sungai. Mural ini menceritakan lagenda perdaguhan antara dua gergasi Mat chinchang dan Mat Raya.

Gambar Mural Kisah Lagenda Asal Usul Kolam Air Panas Di Pulau Langkawi
Sumber: insta_alva

Untuk pendekkan cerita, air panas yang dicampak dalam pergaduhan itu jatuh ke bumi lalu bertukar menjadi kolam air panas yang sekarang dikenali sebagai Air Hangat Village.

Harga tiket masuk hanya RM5 untuk dewasa, dan kanak-kanak di bawah 12 tahun boleh masuk secara percuma. Kompleks ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga ke 5 petang, dengan kemasukan terakhir pada jam 5 petang.

Sekarang anda sudah tahu apa yang menanti anda di Ayer Hangat Village Langkawi, jadi, jangan ragu-ragu lagi! Sertakan destinasi ini dalam jadual perjalanan anda dan nikmati pengalaman yang menakjubkan di Ayer Hangat Village Langkawi.

Alamat: Ayer Hangat Village, Km 16, Jalan Ayer Hangat, Mukim Ayer Hangat 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap Hari (09:00am-06:00pm)

Harga Tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak Bawah 12 Tahun (Percuma)

Media Sosial: Facebook | Instagram

Boleh, Air Hangat Village adalah tempat yang mesra keluarga dan sesuai untuk semua peringkat umur. Kanak-kanak di bawah 12 tahun boleh masuk secara percuma.

Untuk maklumat mengenai pakej khas untuk lawatan berkumpulan, anda boleh menghubungi Air Hangat Village secara terus di +604 959 1357 atau Pusat Informasi Pelancong Langkawi di 604-9667789 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran dan promosi yang disediakan.