Jika anda teringin nak buat kek dan pencuci mulut seperti cef-cef professional dalam rancangan TV realiti seperti Baking Impossible dan Zumbo’s Just Desserts, ini peluang anda. Bakebe MY adalah sebuah dessert cafe berkonsepkan self-baking.
Terletak di Publika, Bakebe MY mula beroperasi sejak tahun bulan Ogos 2020 lagi. Perniagaan yang berasal dari Hong Kong ini mempunyai cawangan di Fillipina dan Malaysia.
Bermula dari founder Venus Chi yang ingin berkongsi visi beliau untuk memberi peluang kepada pelanggan mereka merasai sendiri perasaan yang luarbiasa apabila berjaya menghasilkan sesuatu dengan tangan mereka sendiri.
Bakebe merupakan ruang co-baking yang membenarkan pelanggan menghasilkan kek dan dessert mengikut resipi dan langkah-langkah yang mereka sediakan.
Menggunakan teknologi applikasi, Bakebe merevolusikan industri pembuatan kek dan dessert. App yang mereka cipta ini akan membantu anda menghasilkan kek dan dessert pilihan anda melalui gambarajah, video dan arahan langkah demi langkah, tanpa seorang guru atau instructor bersemuka. Menarik, bukan? Malah, bahan-bahan dan alatan membuat kek juga disediakan oleh mereka!
Pengalaman di Bakebe ini boleh dilakukan bersendirian, bersama yang tersayang ataupun berkumpulan. Resepi-resepi kek dan dessert yang mereka sediakan merupakan kolaborasi antara Bakebe dengan cef-cef pasteri yang berpengalaman bertugas untuk restoran-restoran Bintang Michelin. Tahap kepayahan resepi berbeza.
Jadi anda boleh mencuba resepi yang lebih mudah seperti Cake Pop Diva atau jika anda rasa lebih adventurous, boleh cuba resepi yang lebih kompleks seperti Mermaid Atlantis Gem.
Susunan dan layout Bakebe juga sangat menarik. Dengan hiasan dalaman yang sofistikated dan manis, membuatkan anda seperti berada dalam dapur pasteri professional.
Malah, semua alatan dan bahan-bahan disusun rapi bagi memudahkan peserta mencari dan menggunakan alatan dan bahan-bahan.
Jika anda rasa anda sudah bersedia menyerahkan bakat terpendam atau ingin suatu aktiviti yang cukup unik dan menarik, anda boleh membuat tempahan untuk resepi dan slot masa di laman web mereka. Harga bermula dari RM150 ke atas mengikut tahap kesusahan resepi pilihan. Jangka masa siap juga dinyatakan di resepi.
Bakebe Publika dibuka setiap hari dari 10am hingga 10pm. Jadi, hilangkan tekanan harian, cuba hobi baru atau luangkan masa bersama keluarga tersayang dengan membuat kek dan dessert ala cef professional.
Social Media: Facebook | Instagram
No. Telefon: +60 12-323 8623
[su_tabs style=”default” active=”1″ vertical=”no” class=””][su_tab title=”📍 Alamat” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Alamat: Bakebe, Lot 5,6 &7, G3, Publika, 1, Jalan Dutamas, Solaris Dutamas, 50480, Kuala Lumpur, Malaysia[/su_tab][su_tab title=”⌚ Waktu Operasi” disabled=”no” anchor=”” url=”” target=”blank” class=””]Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10am-10pm)[/su_tab][/su_tabs]