Negeri Johor memang antara negeri yang penuh dengan kejutan. Dengan topografi yang menarik, negeri ini penuh dengan tarikan yang berjaya menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara.
Kali ini, kami ingin berkongsi tentang sebuah tempat yang terletak di Selatan tanah air ini, Tanjung Balau, Johor.
Bagi anda yang akan berkunjung ke sini atau inginkan kelainan, datanglah ke Bayu Balau Beach Resort yang menawarkan percutian yang menenangkan untuk seisi keluarga dengan suasana perkampungan nelayan.
Lokasi
Terletak di selatan tanah air, Bayu Balau Beach Resort terletak di Tanjung Balau yang berada dalam kawasan Bandar Penawar, Johor.
Bertempat dalam suasana perkampungan nelayan, Bayu Balau Beach Resort merupakan antara lokasi tourism Johor yang cukup istimewa. Ia juga sangat berdekatan dengan pantai Tanjung Balau dan Muzium Nelayan Tanjung Balau. Jadi mudahlah anda untuk bersiar-siar ketika menginap di sini.
Penginapan
Terdapat 108 bilik di Bayu Balau Beach Resort ini. Dari 108 bilik ini, 80 adalah bilik standard, 8 unit bilik deluxe, 8 unit bilik family deluxe, 10 unit villa dan 2 unit bilik grand pool villa.
Setiap bilik ini telah dikemaskini dan dihias mengikut konsep modern dan simple. Tampak minimalis dan bersih, bilik-bilik modern ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan amenities untuk kemudahan dan keselesaan anda. Ini termasuk:
- Penghawa dingin
- Mini bar
- Telefon
- TV
- Keperluan Membuat kopi/teh
- Wardrobe
- Tempat letak kereta Percuma
Bagi bilik-bilik khas seperti villa dan grand pool villa, terdapat kelebihan lain seperti:
- Bath tub
- Ruang makan
- Ruang tamu
Harga
Harga bilik penginapan di sini adalah sangat berpatutan. Mari kami kongsikan serba sedikit untuk anda membuat keputusan yang tepat buat percutian dan keluarga anda.
Jenis Bilik | Harga (Semalam) |
Standard Twin | RM180 |
Standard Queen | RM180 |
Deluxe Room | RM230 |
Family Deluxe Room | RM260 |
Villa | RM390 |
Grand Pool Villa | RM500 |
*Harga terkini yang tertera di laman web pada tahun 2022
Fasiliti
Di Bayu Balau Beach Resort ini, anda akan menikmati beberapa fasiliti yang mereka sediakan. Walaupun agak basic tetapi tetap memberi impak positif kepada percutian anda.
Kemudahan utama ialah kolam renang. Kolam renang di sini dibahagikan kepada 2 jenis, untuk orang dewasa dan untuk kanak-kanak.
Mereka turut menyediakan perkhidmatan BBQ yang akan memudahkan anda jika merancang sebuah malam menyambut sesuatu yang istimewa bersama keluarga, rakan-rakan ataupun kumpulan bercuti anda.
Anda juga boleh menyewa bilik conference yang lengkap dengan PA system dan peralatan lain. Bagi yang ke sini untuk tujuan team building atau family day, mereka turut menyediakan beberapa perancangan berbentuk permainan, sukan dan telematch. Tentu seronok.
Akhir sekali, tentu sebuah resort tidak lengkap tanpa restoran. Di sini, mereka sediakan Ombak Terrace Restaurant yang menawarkan pelbagai pilihan makanan dari sarapan pagi hingga ke makan malam.
Tarikan
Selain dari kolam renang di Bayu Balau Beach Resort, anda juga boleh mandi dan bermain di Pantai Tanjung Balau yang berada berdekatan dengan resort ini. Pastikan juga anda menlawat Muzium Nelayan Tanjung Balau.
Anda juga boleh menyewa bot untuk meneroka The Wetland Kampung Belukar Durian. Anda juga boleh membawa keluarga melawat Kebun Buaya Telok Sengat. Tentu menggunakan untuk melihat buaya secara live dan dekat.
Walau apa pun yang anda cari apabila bercuti ke Tanjung Balau, tentunya resort ini akan melebihi jangkaan anda. Dapatkan percutian yang penuh keistimewaan, relaks dan chill bersama keluarga dalam suasana perkampungan nelayan. Semua ini Dalam setting yang modern dan simple. Selamat bercuti!
Media Sosial: Facebook | Instagram | Laman Web | Email
Alamat: Bayu Balau Beach Resort, Tanjung Balau, 81930, Bandar Penawar, Johor, Malaysia.