Beyond Coffee Petaling Jaya | Cafe Minimalis & Santai Sesuai Untuk Kopi Harian

Jika anda penggemar kopi, tentu anda pernah dengar tentang cawan biskut. Kebanyakannya trend ini tersedia di kafe-kafe kopi luar negara. Namun, Beyond Coffee di Petaling Jaya membawakan trend ini kepada anda.

Apa itu cawan biskut? Ia memang seperti yang anda sangka. Cawan yang diperbuat dari biskut. Kopi yang dihidangkan di sini bukan sahaja merupakan kopi buatan sendiri, cawan biskut ini juga dibuat sendiri.

Beyond Coffee Petaling Jaya - Gambar Seni Dalam Cafe
Sumber: @beyondcoffeemsia

Biskut rangup yang diberperisa original oat atau charcoal oat ini dihias dengan chocolate dan kekacang pada bibir cawannya. Namun, cawan biskut ini dihadkan kepada 30 biji sahaja dalam sehari. Jika anda mahukan sesuatu yang menggabungkan minuman kesukaan anda dengan dessert yang enak, pastikan anda cepat-cepat datang ya.

Beyond Coffee Petaling Jaya - Coffe In Edible Cup
Sumber: @beyondcoffeemsia

Selain dari cawan biskut dan kopi mereka yang cukup istimewa, Beyond Coffee juga terkenal dengan hiasan dalaman kafe nya yang minimalis dan industrial.

Nampak futuristic dan modern, Beyond Coffee memberikan suasana selesa, bersih dan bergaya. Papan tanda neon berwarna putih mereka sering menjadi latar belakang untuk gambar-gambar insta-worthy.

Beyond Coffee Petaling Jaya - White Sign
Sumber: @beyondcoffeemsia

Kopi mereka yang direka khas menggunakan 100% kopi arabica, mereka berjaya menghasilkan variasi kopi yang menggabungkan yang klasik dengan modern. Jika anda memang penggemar kopi, Americano mereka tentu menjadi pilihan anda.

Beyond Coffee Petaling Jaya - Iced Latte
Sumber: @beyondcoffeemsia

Jika sukakan sesuatu yang lebih manisi, kopi ais salted karamel mereka perlu anda cuba, dan jika anda lebih adventurous, boleh cuba Lemonade Americano yang menggabungkan kopi dengan soda lemon.

Baca: 8 Tempat Makan Menarik Di Kota Damansara

Bagi yang tidak begitu gemar kopi, minuman-minuman non-coffee juga mereka sediakan. Teh, coklat dan matcha yang mereka tawarkan juga tidak kurang menarik.

Beyond Coffee Petaling Jaya - Matcha
Sumber: @beyondcoffeemsia

Mereka juga menyediakan makanan. Minum kopi, mesti digabungkan dengan sedikit makanan, kan? Di sini mereka bawakan menu klasik kopitiam tetapi diberikan presentasi dan nafas baru. Seperti roti bakar, roti bakar di sini dibuat daripada roti tebal yang dipotong Dalam bentuk segi empat tepat.

Beyond Coffee Petaling Jaya - Breakfast Item
Sumber: @beyondcoffeemsia

Ia juga boleh dipilih untuk dihidang bersama telur separa masak atau disapu dengan jam pilihan anda. Selain dari itu, mereka juga menawarkan nasi lemak tetapi jangan terkejut, nasi lemak mereka berwarna biru. Ya, biru. Nasi lemak mereka dimasak bersama air bunga telang yang tidak mengubah rasa nasi lemak klasik tetapi memberikan warna yang cukup menarik.

Untuk mencuba sendiri semua keunikan yang mereka tawarkan, anda perlu datang sendiri. Pastikan anda ikuti laman media sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk maklumat dan promosi terkini.

Alamat: 1-16, Glomac Centro, Lorong Masjid 1, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 8am-9.30pm (setiap hari)

4/5 - (1 vote)