Ramadan sudahpun tiba dan mencari buffet berbuka puasa menarik untuk tahun agak sukar memandangkan terdapat beratus restoran dan hotel yang menyediakan pakej berbuka yang luarbiasa setiap satu dengan citarasanya yang tersendiri.
Jadi ini senarai 15 Buffet Ramadan Hotel Terbaik Di Kuala Lumpur yang betul-betul istimewa, dari lauk kampung yang padu hinggalah ke sajian seafood premium dan kambing golek yang buat orang sanggup beratur.
1) Shangri-La Kuala Lumpur

Mencari buffet berbuka untuk memuaskan citarasa โMalaysia Asliโ, Sajian Ramadan Istimewa di Lemon Garden Shangri-La KL pilihan yang sesuai. Konsepnya meraikan resipi klasik dan citarasa tradisi yang menjadi buruan bila tibanya bulan puasa.
Antara hidangan yang menjadi tarikan utama adalah ayam golek istana, dan udang masak tempoyak Sarawak.
Pilihan lauk Melayu yang lain juga banyak menjadikan tempat ini amat sesuai untuk berbuka ramai-ramai sebab ada saja makanan untuk setiap selera. Selain buffet utama, ada juga buffet Sajian Idaman di Garden Room.
Tarikh & Masa: 18 Feb โ 20 Mac (7.00pm – 10.00pm)
Harga RM318 Dewasa | RM140+ Kanak-kanak
Cara booking: Tel 03 2032 2388 | Info lanjut di sini
Alamat: 1, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur
2) Intercontinental Kuala Lumpur

Kalau anda suka buffet Ramadan yang rasa macam โresipi turun-temurunโ, Sajian Nana Dulu & Kini di Serena Brasserie memang nampak lain daripada buffet hotel yang biasa.
Konsep dia kuat bermain dengan nostalgia, siap ada demo live oleh โNanaโ yang masak hidangan warisan secara depan mata, jadi pengalaman dia rasa lebih peribadi, teringat balik makan di rumah nenek.
Menu yang dihidangkan pun memang melebihkan sajian Melayu klasik yang padu, seperti nasi lemak dengan sambal jeruk limau kasturi, ikan bakar Melaka, beberapa jenis gulai yang kaya denga rempah ratus, ayam panggang sambal belimbing, satay ayam dan daging, dan lauk sambal kampung yang pasti mengiurkan.
Tarikh & Masa: 23 Feb โ 6 Mac 2026 (6.30PM- 10.30PM)
Harga: RM288 Dewasa | RM178 Kanak-kanak
Cara booking: Info lanjut di sini
Alamat: 165, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
3) Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, City Centre

Pakej berbuka yang ni elok ditempah awal-awal sebab melihat pada menu memang biasanya cepat penuh.
Tak perlu merantau jauh untuk menikmati hidangan popular dari setiap negeri kerana tema sempena Ramadan 2026 di hotel ini adalah โDestinasi Citarasa Kitaโ dimana hidangan pilihan dari 14 negeri di Malaysia dihimpunkan dan disusun dengan teliti supaya anda dapat menikmati variasi rasa tempatan dalam satu malam.
Untuk lengkapkan suasana, malam anda ditemani persembahan live kumpulan Ghazal, bagi mood yang elegan dan santai.
Tarikh & Masa: 19 Feb โ 17 Mac 2026 (6.30PM โ 10.00PM)
Harga: RM218 nett dewasa | RM109 nett kanak-kanak
Cara booking: Telefon – 03 2706 9099
Alamat: Jalan Sultan Ismail / Jalan Ampang
4) Park Hyatt Kuala Lumpur

Irama Rasa di Park Hyatt pula menghidupkan suasana berbuka yang lebih tenang dan โrefinedโ, siap dengan gabungan live cooking stations dan hidangan buffet yang setiap sajian dipilih rapi.
Menu yang disediakan memang beranka pilihan, dari lauk Melayu seperti ayam kuzi hinggalah ke pilihan yang lebih mewah seperti Sarawak laksa dengan lobster dan Wagyu brioche john. Mereka juga menghidangkan masakan antarabangsa, termasuk roasted lamb rack dan saffron paella, jadi sesuai untuk group yang menginginkan pengalaman menjamu selera yang luar biasa.
Tarikh & Masa: 23 Feb โ 15 Mac 2026 (6.00pm โ 10.30pm)
Harga: RM338+ dewasa | RM169+ kanak-kanak (6โ12)
Cara booking: Tel – 03-2303 2721 | email – diningreservations.kulph@hyatt.com
Alamat: Presint Merdeka 118, KL
5) Aloft Kuala Lumpur Sentral

Selera Urban Sentral di Nook sesuai untuk anda yang sukakan menu buffet yang lebih moden. Kolaborasi dengan Amelia Christie yang membawa vibe โKL Sentralโ yang aktif, dan menu pun kearah itu.
Antara hidangan yang disebut ialah sushi roll nasi kerabu, kerabu soba dengan seafood, dan nachos dengan tempeh bolognaise bersama tomato sambal.
Buffet moden dengan sentuhan kreatif ini bukan sekadar menyajikan lauk kampung biasa.
Tarikh & Masa: 23 Feb โ 18 Mac 2026 (6.00PM -10.00PM)
Harga: RM158 pax
Cara booking: Tel – 03 2723 1154 | Info lanjut di sini
Alamat: 5, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
6) Concorde Hotel Kuala Lumpur

Kalau anda ingin mencuba hidangan bertemakan rasa โbalik kampungโ jom terjah Melting Pot Cafรฉ untuk menikmati buffet Ramadan yang diberi nama Bila Rasa Berbicara.
Sajian yang ditawarkan penuh dengan lauk pauk Melayu klasik yang sedap dimata lagi sedap dimakan dengan sepinggan nasi panas. Daripada Gulai Tunjang Masak Lemak Cili Api, Pucuk Paku Ikan Bilis, Sambal Tumis Udang Petai, sampai Asam Pedas Tetel dan Siput Sedut Masak Lemak, memang rambang mata melihat.
Selain daripada makanan traditional melayu, anda juga boleh menikmati hidangan Istimewa daripada stesen makanan khas seperti Josper Grill, Sup Gearbox signature, BBQ Teppan Theatre, pasta Grana Padano Cheese Wheel yang creamy, Mee & Kuey Teow Kawah, dan mee tarik Lanzhou yang dibuat segar depan mata. Datanglah beramai-ramai, duduklah lama-lama dan jangan lupa menikmati setiap minit anda disana.
Tarikh & Masa: 19 Feb โ 20 Mac (6:30pm – 10:30pm)
Harga: RM198 pax | Kanak-kanak 6โ11 (50% off)
Cara booking: Telefon: 03 2717 2233
Alamat: 2, Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
7) Renaissance Kuala Lumpur Hotel & Convention Centre

Coastal Ramadan Buffet di Evolution memang fokus pada gabungan seafood dan hidangan iftar yang familiar. Highlight yang disebut termasuk chicken rendang roti john, kambing golek, seafood on ice, pasta buatan tangan, dan sashimi segar.
Untuk mewujudkan rasa bazaar Ramadan sebenar, buffet ini menawarkan live station seperti satay dan murtabak yang sudah lama menjadi makanan pertama yang dicari semasa berbuka.
Bila perut dan kenyang menikmati hidangan utama, anda boleh menutup sesi berjuadah anda dengan pencuci mulut signature mereka iaitu tiramisu.
Tarikh & Masa: 20 Feb โ 14 Mac 2026 (6.30pm โ 10.00pm)
Harga: RM288 Dewasa | RM144 Kanak-kanak
Cara booking: Tel – 03 2706 8088 | Info lanjut di sini
Alamat: Corner of Jalan Sultan Ismail and Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia, 50450
8) Hyatt Regency Kuala Lumpur

โSajian Rantau & Serambi Arabiaโ di Hyatt Regency KL menawarkan lebih 100+ jenis hidangan dengan gabungan citarasa Malaysia dan Timur Tengah, jadi teramatlah sesuai kalau anda nakkan buffet yang banyak pilihan dalam satu tempat.
Antara tarikan utama ialah stesen makanan live yang menyediakan makanan anda live didepan mata. Antara stesen makanan yang ditawarkan termasuk The Malaysian Kitchen & Live Wok, Grill & BBQ Stations, Carving & Shawarma Stage, Noodle Theatre & Sizzling Plate, serta World Hot Plates.
Untuk menu yang wajib cuba pula, ada hidangan tempatan seperti Asam Pedas Ikan Pari dan Bubur Lambuk berserta pelbagai pilihan daging yang dimasak sampai lembut.
Bahagian Timur Tengah pula menampilkan menu seperti Lamb Ouzi dan Chicken Shawarma yang memang kena dengan selera berbuka.
Untuk pencuci mulut pula tidak kurang pilihannya, antara yang boleh dicuba adalah Lempeng Pisang, kuih tradisional Melayu, Turkish Delight, gelato buatan sendiri, serta Sorbet Bar untuk penutup yang manis.
Tarikh & Masa: 19 Feb – 19 Mac (6:00pm – 10:30pm)
Harga: RM209 Dewasa | RM104 Kanak-kanak
Cara booking: Telefon โ 03 3093 1234 | Email – KULRK-FB.Reservation@hyatt.com
Alamat: 7, Jalan Dutamas 2, Dutamas, 50480 Kuala Lumpur
9) Crowne Plaza Kuala Lumpur City Centre

Selera Kampungku di Merchants kembali lagi untuk tahun ketiga sebagai salah satu buffet Hotel Ramadan yang menarik di Kuala Lumpur, jadi konsepnya lebih โmatangโ dan tersusun.
Menu ini mengetengahkan masakan kampung dengan beberapa pilihan yang premium seperti ikan bakar Portugis dan rendang daging angus.
Dalam masa yang sama, mereka juga menghidangkan pilihan popular seperti nasi biryani Arab, popiah basah, dan serawa durian untuk melengkapkan berbuka anda. Ini pilihan yang sesuai kalau anda nakkan buffet citarasa tempatan dengan sentuhan hotel yang selesa.
Tarikh & Masa: 24 Feb โ 17 Mac (6.30pm โ 10.30pm)
Harga: RM195 Dewasa | RM95 Kanak-kanak (6โ12)
Cara booking: Telefon – 03 2782 8888
Alamat: No 22, Menara 8, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur
10) Imperial Lexis Kuala Lumpur

Konsep buffet Ramadan di Imperial Lexis Kuala Lumpur menarik sebab menu bertukar setiap hari dengan lebih 100 jenis hidangan untuk dicuba, jadi pilihan memang banyak dan tak rasa sama kalau datang bekali-kali pun.
Sajian yang menjadi tumpuan ialah lauk warisan Malaysia seperti Sup Gear Box, Rendang Tok, Kambing Kuzi, Udang Harimau Sambal, Ikan Tilapia Asam Pedas dan Bubur Lambuk, lengkap dengan kerabu serta sambal.
Untuk peminat seafood pula, ada Seafood on Ice dan kaunter sashimi & sushi. Tambahan pula terdapat Live station makanan yang meriah seperti charcoal grill, tempura, roti canai dan murtabak, hinggalah kambing panggang beriyani.
Tarikh & Masa: 25 Feb โ 12 Mac 2026 (6.30pm โ 10.00pm)
Harga: RM238 nett dewasa | RM168 nett warga emas (60+) | RM128 nett kanak-kanak (7โ12)
Cara booking: Tel 03 2177 1188 | Email: eat@imperiallexiskl.com
Alamat: 15, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Wilayah Persekutuan
11) Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadan yang cuba menghidupkan suasana โmakan beramai-ramaiโ di restoran Courtyard, Pavilion Hotel Kuala Lumpur, diberi nama Halaman Santapan Warisan.
Tarikan utama buffet ini ialah seafood segar seperti snow crab dan tiger prawns, ditambah menu panggang yang jadi kegemaran ramai seperti kambing golek, satay dan ayam percik.
Berbuka disini bukan sedakar makan sajian yang dah siap masak, malah ada juga hidangan yang dimasak live di depan mata seperti laksa Penang & Johor, sup tulang, roti john, dan menu โpremiumโ yang sedang viral di media sosial iaitu Seafood Wellington.
Tarikh & Masa: 20 Feb โ 20 Mac 2026 (6.30PM โ 9.30PM)
Harga: RM198 nett (dewasa) | RM120 nett (kanak-kanak 6โ12 tahun)
Cara booking: Tel – 03 2117 2821 | Whatsapp 017 206 8805
Alamat: The Courtyard, Level 8, Pavilion Hotel Kuala Lumpur Managed by Banyan Tree, 170 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
12) St Regis Kuala Lumpur

Kalau anda suka buffet Ramadan yang ada โsejarahโ, The St. Regis Kuala Lumpur memang wajib berada dalam shortlist tempat berbuka untuk bulan Ramadan tahun ni. Buffet bertema Forgotten Flavours ini akan membawa and kembai ke masa lampai dengan resipi yang semakin jarang dijumpai. Chef disini menggunakan teknik memasak melayu dulu-dul yang dipanggil โsagaiโ atau menyangai.
Sangai ialah kaedah memasak menggunakan api perlahan di atas dapur tanpa sebarang minyak. Teknik ini membantu mengurangkan kelembapan dalam rempah, sekali gus menaikkan aroma semula jadi rempah. Dalam masa yang sama, rempah yang disangai biasanya lebih tahan lama dan jangka hayatnya menjadi lebih panjang.
Dalam buffet ni, anda boleh rasa macam buat โtour makanโ seluruh Malaysia. Setiap negeri ada wakilnya sendiri, dari Ayam Panggang Pasu Berempah Dwi Jintan gaya Negeri Sembilan, Udang Harimau Masak Lemak Cili Api Belimbing Buluh dari Melaka, sampai Pindang Ikan Jenahak Rebus Timun Tua versi Kedah.
Selangor pula muncul dengan Kambing Salai Gulai Terung Pipit, Johor bawa Asam Pedas Ikan Jenahak Umbut Keladi, dan Terengganu tampil dengan Sotong Sumbat Gulai Daun Limau Purut.
Tarikh & Masa: 25 Feb – 18 Mac 2026 (6:30PM – 10:30PM)
Harga: MYR298 nett Dewasa | MYR138 nett Kanak-kanak
Cara Booking: Info lanjut di sini | Tel – 03 2727 1111
Alamat: No 6 Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur, 50470 Malaysia
13) Double Tree Hilton KLCC

Buffet Ramadan tahun 2026 yang bertema Santapan Lagenda di Makan Kitchen membawa konsep โhidangan warisan Malaysiaโ yang dapat dinikmati dengan suasana lebih meriah dan moden.
Antara sajian yang akan menjadi tarikan utama termasuk whole lamb, Musang King fritters, rendang yang lebih โpadu & premiumโ seperti Australian lamb neck rendang dan beef short ribs rendang, serta menu signature seperti Chef Zulโs Sup Kawah, steamed barramundi nyonya style, stesen Kashmiri braised lamb taco, ayam golek berempah, dan seafood dum briyani.
Tambahan pula suasana iftar akan diserikan dengan persembahan band yang bawakan lagu-lagu popular era 90-an dan awal 2000-an.
Tarikh & Masa: 18 Feb โ 19 Mac 2026 (6.30PM โ 10.00PM)
Harga: RM229 Dewasa | RM115 Kanak-kanak
Cara Booking: Tel 603 2172 7272 | email – KULDT_FB@Hilton.com
Alamat: Intermark Mall, The Intermark, 348, Jln Tun Razak, Kampung Datuk Keramat, 50400 Kuala Lumpur
14) Le Mรฉridien Putrajaya

Destinasi Rasa di Latest Recipe, Le Mรฉridien Putrajaya tampil berbeza dengan gabungan hidangan Malaysia yang selesa, pilihan antarabangsa, live cooking, seafood premium dan suasana meriah dengan live band.
Mulakan dengan Sup Kambing, kemudian fokus pada menu kambing seperti Kambing Carik Mandy Rice, Kambing Kuzi dan Kambing Kurma. Lauk utama lain termasuk Masak Lemak Daging Salai, Rendang Itik, Ayam Percik, Daging Dendeng dan Sambal Sotong, diselang kerabu, ulam dan Umai Sarawak.
Tarikan utama ialah Seafood Bakar live (ketam, mussels, udang), ditambah pilihan global seperti Sichuan chili chicken, sashimi dan durian sushi, serta dessert meriah termasuk kurma tower, agar-agar, chocolate fountain dan aneka kuih.
Tarikh & Masa: 19 Feb โ 20 Mac 2026 (6:30PM โ 10:00PM)
Harga: RM218 Dewasa | 109 Kanak-kanak
Cara booking: Tel – 03 8689 6888 | Email – dining.lmputrajaya@lemeridien.com
Alamat: Lebuh IRC IOI Resort City, 62502 Putrajaya
15) Four Seasons Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadan hotel ini tampil dengan tema Peranakan yang unik dan berbeza, jadi fokusnya bukan sekadar lauk โbiasa-biasaโ.
buffet ini menonjolkan menu seperti Chicken Curry Kapitan, Nyonya Curry Green Lobster, Nasi Ulam versi eksklusif, serta Signature Gear-Box Soup yang direneh lama. Bukan itu sahaja Live station menarik dengan hidangan seperti Kambing Golek Utara juga menanti anda.
Terdapat juga pilihan hidangan antarabangsa termasuk western, seafood lestari, serta sajian Timur Tengah dan India.
Tarikh & Masa: 18 Feb โ 20 Mac (6.00PM โ 10.00PM)
Harga: RM328 Dewasa | RM164 Kanak-kanak
Cara booking: Tel 03 2382 8602
Alamat: 145 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur