Bukit Bendera | Tempat Menarik Di Penang Yang Penuh Dengan Sejarah

Penang memang menjadi antara destinasi popular bagi rakyat Malaysia dan pelancong warga asing. Bukan sahaja terkenal dengan pusat-pusat pelancongan yang bersejarah, menarik dan unik, Penang juga terkenal dengan makanan-makanan utara yang sedap-sedap.

Tempat Jogging Di Penang Hill
Sumber: ewchuah

Ramai yang datang ke Penang, semata-mata untuk makan. Namun, pusat-pusat pelancongan di sini tidak kurang hebatnya. Antara yang wajib anda kunjungi bila berada di Penang ialah Bukit Bendera. Apa ada di sana? Mari kami kongsikan!

Lokasi

Bukit Bendera atau dikenali sebagai Penang Hill ini terletak di Ayer Itam. Bukit ini dahulu dibuka oleh penjajah untuk menanam strawberry kerana cuacanya yang sejuk. Untuk naik Bukit Bendera ini anda boleh melalui beberapa cara.

Gambar Drone Bukit Bendera
Sumber: Ninja Drone

Orang dahulu kala naiki bukit ini menunggang kuda, tetapi kini anda tidak perlu bersusah payah kerana sudahpun ada kereta kabel atau funicular train yang disediakan.

Baca: Taman Botani Penang

Namun, dinasihatkan anda datang awal dan banyakkan bersabar kerana barisan beratur memang panjang, terutama sekali ketika musim percutian.

Terowong Kereta Api Di Bukit Bendera
Sumber: snshahmira

Cara lain untuk anda naik ke Bukit Bendera ini ialah dengan mendaki bukit atau hiking. Cara ini lebih adventurous dan mencabar, sesuai untuk yang sukakan sukan ini. Ada beberapa laluan atau trail yang berbeza-beza, boleh anda pilih mengikut jarak dan stamina anda.

Papan tanda Hiking Trail Di Bukit Bendera
Sumber: seankhanooi

Rujuk di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang trail-trail yang ada. Setelah sampai ke puncak atau atas Bukit Bendera, semuanya pasti berbaloi.

Dengan udara segar, cuaca sejuk (21 darjah celcius) dan pemandangan bandar Georgetown yang tiada tandingan, anda dan keluarga akan cukup teruja.

Tarikan

Bermacam tarikan yang disediakan di Bukit Bendera untuk hiburan semua tau. Apa yang ada? Jom, kita baca senarai ini.

Monkey Cup Garden

Di Bukit Bendera, terdapat sebuah taman yang dikhaskan untuk menanam, memelihara dan mengumpul koleksi tumbuhan jenis Periuk Kera. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan Periuk Kera ini. Ada yang lokal dan ada yang dari luar negara.

Monkey Cup Garden
Sumber: doris.is.me

Tumbuhan unik ini ternyata sangat menarik dan cantik. Ambil masa untuk melawat Monkey Cup Garden bersama anak-anak, tentu mereka fascinated. Harga Tiket masuk adalah sangat minimal. Hanya RM12 untuk orang dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.

Kopi Hutan

Kopi Hutan merupakan cafe tertinggi di Malaysia. Terletak di atas Bukit Bendera ini, ia dimiliki oleh penjaga Monkey Cup Garden. Namun, kemasukan ke sini adalah percuma.

Papan Tanda Kopi Hutan Penang
Sumber: venicekeqian

Di sini, anda boleh menikmati udara segar, pemandangan hebat dan suasana alam semulajadi sambil menghirup kopi atau teh pilihan dan menjamu selera dengan seleksi makanan dan kek.

Baca: Kopi Hutan Penang Hill | Nikmati Kopi Di Cafe Tertinggi Di Penang

The Habitat

The Habitat pula merupakan tarikan yang sangat menarik. Anda boleh menikmati suasana hutan rimba dengan berjalan di atas sebuah jambatan yang direka khas, berbentuk oval.

Jambatan ini akan membawa anda berpusing dan menikmati hutan, flora dan fauna dari sudut berbeza dan dari atas.

Astaka Bukit Bendera

Sebuah food court 3-tingkat di Bukit Bendera, Astaka Bukit Bendera ini memang best.

Astaka Bukit Bendera
Sumber: Jadon Ong

Bukan sahaja anda dapat menikmati pelbagai jenis makanan, termasuk Laksa Penang, rojak, Char kuey teow dan banyak lagi.

Bangunan-bangunan Bersejarah

Jika anda merupakan seorang history buff atau peminat sejarah, jangan lepaskan peluang untuk melawat bangunan-bangunan bersejarah di Bukit Bendera. Ada lebih 50 bangunan-bangunan lama yang sudah berada di sini sejak zaman kolonial British lagi. Semuanya dijaga dengan baik, cantik tau nak ambil gambar.

Masjid Bukit Bendera

Masjid Bukit Bendera
Sumber: irwansyahst

Ambil peluang ini untuk beribadah dan melawat Masjid Bukit Bendera. Memang cantik dan cukup istimewa.

David Brown

Restoran David Brown’s at Strawberry Hill ini memang sangat popular dengan makanan western dan High-Tea mereka.

Restoran David Brown Penang
Sumber: and_wyy

Dengan suasana yang cantik dan makanan yang cukup elegan, memang sesuai untuk anda jika mahu menyambut sesuatu yang istimewa atau romantis.

Penginapan

Buat pengetahuan anda, terdapat beberapa pusat penginapan di Bukit Bendera ini. Jadi jika anda ingin bercuti dan bermalam di Bukit Bendera, bolehlah pilih antara tempat-tempat ini.

Bellevue Hotel

Hotel jenis banglo ini merumahkan sehingga 12 bilik untuk tetamu. Bolehlah anda nikmati suasana Bukit Bendera di waktu siang dan malam.

Bellevue Hotel Penang Hill
Sumber: Bellvue Penang

Hotel ini juga ada sebuah Taman Burung atau aviary yang menempatkan pelbagai jenis burung tropikal.

Hillside Retreat

Nikmati pengalaman bermalam dalam stesyen kolonial tertua di sini. Bunglo ini menempatkan 8 bilik berbeza dan anda dapat menikmati secebis kemanisan sejarah di bangunan ini. Sudah diubah suai dengan cukup cantik, pasti anda rasa seperti golongan aristokrat di sini.

Hill Side Retreat Penang
Sumber: hillsideretreat.my

Itu dia serba sedikit tentang Bukit Bendera atau Penang Hill. Tentunya ia menjanjikan sebuah percutian yang istimewa, pemandangan luarbiasa dan sejarah yang menarik.

Baca: Kampung Agong | Tempat Bergambar Menarik di Penang

Ambil masa dan ambil peluang untuk bercuti di sini apabila anda ke Pulau Pinang nanti. Selamat bercuti!

Sosial Media: Facebook | Instagram | Laman Web

Alamat: Bukit Bendera, Jalan Stesen, 11500 Ayer Itam, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 6.30am-11pm (setiap hari)