Bukit Broga ataupun lebih dikenali sebagai Bukit Lalang dalam kalangan penduduk tempatan adalah sebuah tarikan alam semula jadi yang terletak hanyalah 10 minit dari bandar Semenyih di Selangor. Walaupun berkedudukan di dalam negeri ini, lokasinya sebenarnya begitu hampir dengan Negeri Sembilan iaitu Pekan Broga.

Untuk pengetahuan anda, Bukit Broga memiliki tiga buah puncak yang terletak pada ketinggian berbeza.

Puncak yang pertama, terletak 880 kaki daripada titik permulaan. Dari sini, anda dapat menikmati pemandangan yang mengujakan termasuklah Menara Kuala Lumpur sekiranya cuaca mengizinkan.

Puncak yang seterusnya pula, terletak pada ketinggian 1150 kaki dari titik permulaan. Dari sini, anda dapat menikmati pemandangan yang mempesonakan jiwa ketika matahari terbit. Namun untuk tujuan ini, anda perlulah memulakan pendakian seawal yang mungkin.

Hiking Bukit Broga Image

Kalau anda bernasib baik, anda mungkin dapat melihat ‘bentangan-bentangan’ awan yang diibaratkan seperti karpet daripada ketinggian ini. Macam berada di dunia khayalan!

Puncak yang terakhir, puncak yang ketiga berada pada ketinggian 1312 kaki dari paras laut. Kawasan puncak ini boleh jadi sangat sejuk pada waktu pagi dan agak panas pada waktu tengah hari. Pemandangannya? Tidak mengecewakan! Di mana lagi dapat anda menikmati pemandangan  dari kedudukan setinggi ini?

Selain itu, daripada puncak tertinggi Bukit Broga ini, anda boleh menemui laluan untuk menuju ke Gunung Tok Wan. Dari puncak Bukit Broga untuk ke puncak Gunung Tok Wan anda perlu melalui perjalanan sejauh 4 km. Kalau masih larat lagi, apa salahnya kan?

Sebagai maklumat tambahan sebelum anda ke sini, untuk menuju ke puncak pertama Bukit Broga, pendakian akan menjadi agak mencabar selepas melalui kawasan yang curam, namun jangan risau, kerana tali disediakan untuk memudahkan anda berpaut ketika mendaki.  Namun selepas itu, untuk menuju ke 2 kawasan puncak yang seterusnya, pendakian akan menjadi semakin mudah.

Berapa Lama Masa Yang Diambil Untuk Sampai Ke Puncak?

Puncak Bukit Broga

Jangka masa yang diambil adalah bergantung kepada stamina masing-masing, sekiranya anda seorang yang bertubuh cergas, masa yang diambil hanyalah dalam 20 minit.

Sekiranya anda baru sahaja ingin mencuba-cuba aktiviti mendaki, kemungkinan masa yang diambil adalah dalam 45 minit ke 1 jam.

Fasiliti Yang Disediakan

Tempat Parking Bukit Broga
Sumber: junglegearmalaysia.wordpress.com

Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah tempat meletak kereta dengan caj RM1. Kemudahan tandas dengan caj masuk dan fasiliti lain seperti surau, gerai-gerai minuman dan makanan serta kedai t-shirt Broga.

Tips

Bukit Broga Entrance Image

Sebelum ke sini, jangan lupa untuk melihat ramalan cuaca terlebih dahulu. Elakkan daripada melakukan aktiviti pendakian ketika hari hujan kerana laluan boleh menjadi agak licin.

Pastikan anda mendapatkan rehat yang cukup serta warm-up sebelum memulakan pendakian.

Jangan lupa untuk membawa bekalan makanan dan minuman secukupnya kalau nak lebih jimat. Yang paling penting sekali, pakaian yang dipakai perlulah sesuai dan selesa untuk aktiviti mendaki.

Semasa mendaki pula, jangan sesekali menggunakan tumbuhan yang berada di sekitar sebagai sokongan kerana ada kemungkinan akarnya tidak kuat. Sebaiknya, bawa hiking stick.

Waktu yang terbaik untuk memulakan pendakian di Bukit Broga adalah dalam sekitar 5 pagi sekiranya anda ingin menikmati pemandangan matahari terbit yang sukar dilupakan. Jangan lupa untuk bawa tikar sebagai persediaan untuk anda berehat-rehat di atas puncak nanti!

Inginkan lebih privasi, elakkan daripada datang ke sini ketika hujung minggu.

Panduan Untuk Ke Bukit Broga

Panduan Ke Bukit Broga

Bukit Broga terletak hanya dalam sekitar 50 km dari Kuala Lumpur dan 33 km dari Seremban. Untuk ke Bukit Broga dari Kuala Lumpur, anda boleh menghala ke Bandar Semenyih dan semasa berada di sana, akan ternampak Petronas di sebelah kanan.

Kemudian, anda akan ternampak lampu isyarat, dari sini anda boleh terus masuk ke kiri (dengan papan tanda Broga). Teruskan perjalanan sehingga melalui University of Nottingham. Selepas kawasan ini, laluan masuk ke Bukit Broga sudah tidak jauh.

Alamat: Bukit Broga, Semenyih

Bayaran: Parking RM1 | Mendaki RM1


Tarikan Menarik Lain Yang Terletak Berdekatan

  • Gunung Tok Wan
  • Broga Sak Dato Temple
  • Pekan Broga
  • Outbac Broga
  • Superkart Indoor Karting
  • Templer Park Golf & Country Club
  • Bangi Wonderland Theme Park & Resort
  • Kajang Heritage Centre
  • Stadium Kajang
  • Air Terjun Jeram Toi

Baca: 37 Tempat Menarik Di Selangor