Bukit Gambang Waterpark | Taman Tema Air Menarik Di Kuantan

Di Malaysia, waterpark atau taman tema air sangat popular di kalangan golongan berkeluarga, terutama sekali bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil dan remaja.

Bukit Gambang Waterpark - Gambar Taman Tema Air Dari Atas
Sumber: Azman abu hassan

Antara taman tema air yang perlu anda kunjungi ialah Bukit Gambang Waterpark. Merupakan sebuah destinasi percutian untuk seisi keluarga pada cuti sekolah nanti. Jom, kita lihat apa yang ada di sana!

Lokasi

Bukit Gambang Waterpark terletak di Gambang, Pahang. Lebih kurang sejam dari bandar Kuantan, Bukit Gambang Waterpark ini sangat mudah untuk dikunjungi oleh pengunjung dari seluruh negara.

Bukit Gambang Waterpark - Papan tanda taman tema
Sumber: FAKARUDDIN A.K

Terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia, Gambang tidak terlalu jauh buat masyarakat Pantai Timur, Selatan dan juga warga ibu Kota. Terletak di persekitaran hutan kelas kedua dan di kawasan berbukit, Bukit Gambang Waterpark ini berkeluasan sebesar 46 ekar. Dikelilingi hutan, taman tema air ini tentu amat nyaman dan mendinginkan ketika cuaca panas.

Baca: 32 Tempat Menarik Di Kuantan

Tarikan

Bukit Gambang Waterpark ini menawarkan anda dan keluarga banyak tarikan menarik. Ada saja sesuatu yang hebat dan menarik untuk semua yang berkunjung.

Family Raft Ride

Bukit Gambang Waterpark - Laluan pelampung yang seronok
Sumber: @BktGambangWaterPark

Tarikan ini melibatkan gelongsor yang boleh anda dan keluarga naiki bersama. Menggunakan pelampung besar yang memuatkan empat sekeluarga, turun gelongsor yang penuh thrill dan pusingan ini.

6 Lane Racer

Bukit Gambang Waterpark - Gambar Slide
Sumber: @BktGambangWaterPark

6 gelongsor air yang disusun secara sebelah menyebelah membolehkan anda dan keluarga atau rakan-rakan berlumba untuk sampai ke penghujung. Gelongsor menggunakan padding air. Ada cara ya nak turun lebih laju. Selamat mencuba!

Aqua Play Zone

Bukit Gambang Waterpark - Gambar Permainan Yang Disediakan
Sumber: Salmia Othman

Lebih sesuai untuk golongan kanak-kanak dan remaja, aqua play zone atau zon mainan air ini menyediakan pelbagai aktiviti air menarik, termasuk gelongsor air. Kanak-kanak tentu teruja bermain di sini.

Penguin Island

Bukit Gambang Waterpark - Gambar Kolam Kanak Kanak
Sumber: @BktGambangWaterPark

Kolam renang dan taman permainan air ini memberikan fokus kepada kanak-kanak kecil atau toddlers untuk memberikan mereka pengalaman yang istimewa di sini. Pancutan air dan taman permainan yang dibina ini tentu membuatkan mereka rasa cukup seronok.

Bukit Gambang Waterpark - Zon Kanak Kanak
Sumber: @BktGambangWaterPark

Coco Beach

Bukit Gambang Waterpark - Coco Beach
Sumber: @BktGambangWaterPark

Kolam renang berombak ini menawarkan 8 jenis ombak yang berbeza-beza. Memang rasa seperti berada di pantai. Simulasi 8 jenis ombak juga memberikan anda perasaan yang lebih seronok kerana tidak sentiasa yang sama sahaja, kan?

Di sinilah anda boleh berehat sambil menikmati suasana yang seronok. Di tepian juga ada pasir pantai di mana anda dan anak-anak boleh bermain dan membina istana pasir bersama.

Baca: 26 Taman Tema Air Di Malaysia Yang Seronok 

Penginapan

Bagi anda yang ingin mencari penginapan terdekat, di sini, mereka mempunyai 2 pilihan penginapan yang akan memudahkan percutian anda. Anda boleh mendapatkan penginapan di:

  • Ataria Resort Suites
  • Everia Villas

Kedua-duanya berada dalam kawasan yang sama dengan Bukit Gambang Waterpark dan seluruh kawasan ini digelar sebagai Bukit Gambang Resort City. Ataria Resort Suites merupakan penginapan jenis hotel dan Everia Villas merupakan penginapan ala homestay dengan rumah-rumah villa yang boleh disewa untuk sebuah keluarga yang besar.

Fasiliti

Dengan kadar pengunjung yang tinggi sepanjang tahun, Bukit Gambang Waterpark tentu memastikan fasiliti dan kemudahan yang mereka sediakan sentiasa mencukupi dan dalam keadaan yang terbaik. Jadi, anda jangan risau tentang keadaan di sini. Semuanya, bersih, cantik dan selesa. Antar kemudahan yang mereka sediakan termasuk:

  • Tandas awam lelaki & wanita
  • Bilik Mandi awam lelaki & wanita
  • Surau lelaki & wanita
  • Bilik locker
  • Sewaan boya
  • Kedai Cenderahati
  • System E-value (tanpa Wang)
  • Sewaan kabana*

*Tertakluk kepada ketersediaan dan perlu tempahan sehari sebelum kunjungan. Tempahan boleh dibuat melalui telefon.

Restoran

Anda jangan risau tentang makanan ketika berkunjung ke sini. Mereka sudahpun menyediakan 2 restoran yang ada dalam taman tema air ini sendiri, iaitu:

  • Pizza Time
  • Penguin Express

Menawarkan seleksi makanan yang pelbagai, tentu rambang mata nanti. Lagipun, selepas seharian bermain air, tentu lapar, bukan?

Harga Tiket & Waktu Operasi Gambang Water Park

Bukit Gambang Waterpark hanya beroperasi pada setiap Jumaat-Ahad sahaja dari jam 10am-6pm. Harga tiket pula adalah seperti berikut: 

Dewasa

 

(13-59 tahun)

RM33

Kanak-kanak 

 

(4-12 tahun)

RM23

Warga Emas

 

(60 tahun ke atas)

RM23

Tips

Seperti biasa, kami akan memberikan beberapa tips buat anda yang akan ke sini nanti.

  • Buat tempahan cabana awal untuk mengelakkan kesulitan nanti. 
  • Bukit Gambang Waterpark ini taman tema air yang pertama mempraktikkan sistem E-value yang tidak menggunakan Wang. Semua Wang disimpan secara virtual di wristband mereka. Jadi anda tidak perlu mengeluarkan wang dari bank sebelum ke sini.
  • Lindungi diri dan keluarga dari sinar UV dengan menggunakan sunscreen atau krim pelindung berSPF. Cuaca yang panas dan sinar matahari berterusan akan menyenangkan pelbagai masalah kulit dan kulit terbakar.
  • Maskot penguin mereka akan sentiasa berjalan-jalan sekitar taman. Pastikan anda tidak lepaskan peluang bergambar dan menyapa si penguin comel ini nanti!

Baca: 10 Taman Tema Menarik Di Kuala Lumpur

Bukit Gambang Waterpark sedia menanti kehadiran anda dan keluarga. Bawalah anak-anak dan orang-orang tersayang bercuti ke sini pada cuti sekolah atau cuti awam akan datang nanti. Tentu seronok dapat luangkan masa bersama dan bermain bersama-sama. Pastikan juga anda ikuti laman media sosial mereka untuk maklumat lanjut dan promosi terkini. Selamat Bercuti!

Media Sosial: Facebook | Instagram

Alamat: Bukit Gambang Resort City, 26300 Gambang, Kuantan, Pahang, Malaysia