12 Cafe Menarik Di Kuala Lumpur (2023)

Merancang untuk cafe-hop di sekitar Kuala Lumpur? Jangan risau, Kuala Lumpur memang sesuai untuk diterokai kerana banyak pilihan kafe yang menyediakan pelbagai suasana dan makanan mengikut mood anda – dari cosy dan selesa, hingga ke trendy dan hipster. Jom lihat senarai 12 cafe menarik di Kuala Lumpur.

12. 28 Fireplace

28 Fireplace - Gambar Cafe
Sumber: 28fireplace

Antara yang menjadi kegemaran ramai ialah 28 Fireplace yang terletak di kawasan Ampang. Untuk mendapatkan kopi dan makanan yang memang sedap-sedap belaka, di sini lah anda perlu cuba. Kafe ini direka dengan look yang sangat homely.

Baca: 39 Tempat Makan Popular Di Kuala Lumpur

Dengan pilihan perabot dan hiasan seolah-olah rumah sendiri, suasananya cukup aman, selesa dan terasa familiar. Membuatkan anda rasa seperti mengunjungi rumah keluarga. Anda pasti datang kembali.

28 Fireplace - Gambar Makanan
Sumber: @jingxiin_

Makanan dan minuman yang mereka sediakan cukup lengkap. Tidak kira anda datang untuk dapatkan kopi pemula hari anda atau untuk makan pasta di waktu rehat tengah hari, semuanya ada. Menu yang mereka bawakan termasuk all-day breakfast atau sarapan pagi yang boleh dipesan sepanjang hari, sandwich, pasta dan dessert.

Minuman yang mereka tawarkan juga sangat banyak tetapi pilihan kopi yang mereka sediakan memang menjadi tarikan. Kopi mereka diperbuat dari biji kopi Australia dipanggang yang menjanjikan rasa yang robust dan lemak. Jangan lupa untuk cuba!

Alamat: 28, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8am-7pm (setiap hari)


11. Feeka Coffee Roasters

FEEKA Coffee Roasters sudah pun beroperasi bertahun-tahun lamanya, menyediakan kopi yang sedap, sarapan pagi yang lengkap, dan dessert homemade yang menarik. Kafe kecil di sekitar Bukit Bintang ini antara kafe pioneer dalam bidang kafe dan tetap berdiri teguh sebagai tempat pilihan untuk lepak dan chill.

Ketika anda inginkan sedikit masa untuk berehat dari hari bekerja yang panjang, singgah dan berehatlah di FEEKA Coffee Roasters. Mereka bukan sahaja menyediakan kopi yang sedap seperti Hazelnut Twist, malah turut dikenali dengan pastri-pastri yang lazat. Pastri-pastri di sini dibakar segar setiap hari dan sesuai sekali dinikmati dengan secawan kopi. Jom, kita rehat di FEEKA Coffee Roasters!

Alamat: 19, Jalan Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8am-10pm (setiap hari)


10. Soul Sacrifice

Soul Sacrifice - Gambar Cafe
Sumber: squarepad

Terletak di sebuah sudut di Desa Pandan, terdapat sebuah kafe halal yang bernama Soul Sacrifice, dinamakan dari sebuah lagu instrumental rock tahun 1969 dari Santana.

Soul Sacrifice direka dengan konsep rustic industrial yang memberikan ia suasana yang charming dan santai, membuatkan ia berjaya mengumpul kumpulan pelanggan tetap yang ramai, yang sering kembali untuk menikmati makanan fusion yang enak dengan suasana yang chill.

Soul Sacrifice - Gambar Makanan
Sumber: psylancer

Mereka terkenal dengan menu masakan fusion mereka seperti salad Falafel, Nasi Siakap Miso, dan Meatball Sub. Gandingan masakan antarabangsa dengan masakan lokal, memberikan ia suatu kelainan buat pelanggan. Disediakan pula oleh chef mereka yang bukan sahaja memastikan makanan anda sedap, tetapi juga dihidang dengan penuh gaya.

Alamat: 38, Jalan 4/76c, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8am-6pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)


9. Merchant’s Lane

Merchant's Lane - Gambar Cafe
Sumber: merchantslane

Di Kuala Lumpur terdapat banyak bangunan-bangunan lama yang telah diperbaharui untuk menjadi sebuah premis perniagaan. Antara kafe halal di Kuala Lumpur, Merchant’s Lane, juga ditubuhkan di dalam salah satu bangunan lama pre-war ini.

Terletak di Petaling Street, Merchant’s Lane sudah pun menjadi antara kafe pilihan dan kegemaran ramai. Dengan tangga kayu dan dekorasi rustic yang banyak menggunakan elemen alami seperti kerusi rotan, memberikan suasana yang sentosa.

Merchant's Lane - Gambar Makanan
Sumber: merchantslane

Kafe ini sangat sesuai untuk menikmati brunch bersama rakan-rakan anda. Bukan sahaja ruang yang sangat insta-worthy, makanan yang mereka juga sangat menarik. Hidangan western dengan sentuhan lokal, mereka menawarkan menu yang versatile dan unik, seperti Italian Chow Mien dan South China Sea. Mesti cuba tau!

Alamat: 150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (11.30am-10:00pm) | Sabtu-Ahad & Cuti Umum (09.30am-10:00pm) | Rabu (Tutup)


8. Marmalade

Marmalade - Gambar Cafe
Sumber: marmalade.kl

Terletak di dalam Bangsar Village 2, sebuah kafe indah bernama Marmalade sudah menjadi kafe pilihan ramai, terutama sekali golongan keluarga yang berada di sekitar Bangsar. Kafe ini sangat popular kerana suasananya yang cantik dan elegan. Menawarkan bukan sahaja suasana yang friendly dan welcoming, kafe ini juga menawarkan menu yang sihat dan sedap.

Marmalade - Gambar Makanan
Sumber: marmalade.kl

Menu yang mereka tawarkan memang luas dan anda pasti rambang mata. Apa lagi dengan gambar dan nama-nama yang cukup membangkitkan selera.

Buat para ibu bapa, anda pasti teruja kerana kafe mesra kanak-kanak ini turut menyediakan menu khas kanak-kanak seperti fish fingers, Mac & cheese dan mangkuk smoothie berwarna-warni. Mereka juga menyediakan sebuah ruang yang luas untuk kanak-kanak bermain dan berhibur sambil menunggu makanan atau jika ibu bapa mereka sedang berbual.

Alamat: F18, Level 1 Bangsar Village, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10am-10pm (setiap hari)


7. Podgy Kurau

Podgy Kurau - Gambar Cafe
Sumber: podgykurau

Salah satu kafe halal yang juga terletak di Bangsar ialah PODGY Kurau. Kafe yang dimiliki oleh pemilik Muslim ini dipenuhi dengan hiasan pokok-pokok hijau. Sesuai sangat untuk anda datang untuk rehat atau lepak bila berada di sekitar Bangsar.

Podgy Kurau - Gambar Makanan
Sumber: podgykurau

Dari segi menu, PODGY Kurau menawarkan pilihan hidangan yang lengkap dan sihat dari sandwich ke pasta. Antara yang menjadi kegemaran di sini ialah Avacado Toast, Steak Sandwich dan Salted Egg Chicken Spaghetti. Buat penggemar manis-manis, pastikan anda cuba pilihan dessert dan kek dari mereka. Sungguh sesuai dipadankan dengan secawan kopi.

Alamat: 5, Lorong Kurau, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (10:00am-06:00pm) | Sabtu-Ahad & Cuti Umum (09:00am-06:00pm) | Selasa Tutup


6. Bean Brothers KL

Mencari cafe dengan rekebentuk moden untuk mengopi? Pastikan anda cuba Bean Brothers KL yang terletak di THE LINC. Jika anda sukakan suasana yang aman, bunyi dari mesin kopi dan bau biji kopi segar, Bean Brothers ialah antara tempat yang pasti menjadi kegemaran anda.

Dengan rekaan berkonsep industrial dan modern, kafe ini menawarkan siling tinggi, dinding tingkap kaca dan pepohon hijau sebagai hiasan. Ruangnya juga sangat luas terasa seperti sebuah warehouse atau gudang.

Menawarkan pelbagai hidangan yang simple tetapi sedap-sedap belaka, anda akan berpuas hati dengan kualiti yang mereka berikan. Pilihan kopi mereka juga sangat menarik. Dapatkan snek-snek enak, pasta dan croissants dari mereka untuk digabungkan bersama kopi pilihan anda.

Alamat: G-1, No. 360, THE LINC, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8.30am-8pm (setiap hari)


5. Pokok KL

Pokok KL - Gambar Cafe
Sumber: pokok.kl

Satu lagi kafe berkonsep dinding tingkap kaca atau glasshouse di Kuala Lumpur ini ialah Pokok KL. Terletak di MAHSA Avenue, kafe ini dikelilingi pokok-pokok dan pemandangan alam sekitar yang sangat cantik. Dengan pencahayaan natural dan persekitaran damai, kafe ini berikan anda suasana yang nyaman dan santai.

Pokok KL - Gambar Makanan
Sumber: pokok.kl

Menu di sini sangat simple dan ringkas. Lebih fokus dan spesifik, menu mereka tetap menarik dan sedap-sedap belaka. Pilihan sup, snek, pie, pastri dan macam-macam lagi sangat sesuai digabungkan dengan kopi segar berkualiti. Jika anda peminat hidangan ikan salmon, anda mesti cuba smoked salmon Benedict dari mereka!

Alamat: MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), Level 1, Block B, Jalan Ilmu, off Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari (10:00am-08:00pm)


4. Lokl Coffee Co.

Lokl Coffee Co - Gambar Cafe
Sumber: cafe__cafes

Sudah beroperasi sejak tahun 2012, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, Lokl Coffee Co. sering menjadi tempat tumpuan para cafe-hopers dan pekerja-pekerja korporat di sekitarnya. Dikatakan memberikan servis yang mesra dan friendly, kafe ini juga dikenali dengan rekaan industrial yang menjadikan ya sangat insta-worthy.

Lokl Coffee Co - Gambar Makanan
Sumber: loklcoffee

Dari segi menu, mereka menawarkan fusion comfort food yang menggabungkan hidangan masakan western dan masakan tempatan bagi memberikan anda yang terbaik dari keduanya.

Baca: 7 Starbucks Menarik Di Malaysia Yang Unik & Luarbiasa

Hidangan sarapan pagi seperti eggs Florentine, English breakfast, fritatta menunjukkan lagi kebolehan mereka mengubah suai resepi-resepi dengan hanya 1 bahan utama. Manakala, hidangan chicken & waffles dan Southern fried chicken sudah semestinya menjadi kegemaran ramai. Marilah cuba!

Alamat: 30, Jalan Tun H. S. Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8am-5 pm (setiap hari)


3. RGB & The Bean Hive

RGB & The Bean Hive - Gambar Cafe
Sumber: Boon Loong Leo

Kafe yang terletak di Jalan Dato’ Keramat ini memberikan anda suasana ala rumah. RGB & The Bean Hive beroperasi Dalam sebuah banglo lama dan menawarkan ruang makan yang homely dan ruang outdoor yang selesa dan hijau.

Memang sangat menarik dan mesra keluarga, kafe ini sering menjadi tumpuan buat golongan yang mempunyai anak-anak. Ada tempat bermain, buku-buku berwarna-warni yang membantu kanak-kanak berhibur sambil anda meluangkan masa bersama mereka.

RGB & The Bean Hive - Gambar Makanan
Sumber: vvibesforall

Menu mereka sangat diverse dengan pelbagai hidangan western dan tempatan. Mereka juga sangat prihatin terhadap golongan vegetarian dan menawarkan pilihan menu vegetarian seperti vegetarian breakfast dan vegetarian pizza.

Antara yang popular di sini ialah nasi lemak kukus, pesto pasta dan banyak lagi. Mereka turut menyediakan seleksi kek dan dessert yang sedap dinikmati dengan kopi pilihan anda.

Alamat: 35, Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10am-6.30pm (setiap hari, tutup pada hari Isnin)


2. F.R. Copper

Teringin atau mengidamkan makanan manis? Datanglah ke F.R. Copper yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail. Mula beroperasi sejak tahun 2018, kafe ini terkenal dengan rekaan dan hiasan minimalis dan modern. Sangat selesa dan bersuasana santai, kafe ini sering menjadi spot bergambar untuk Instagram.

F.R. Copper - Gambar Makanan
Sumber: dearchar_

Dessert-dessert yang mereka tawarkan di sini termasuk eclairs, kek, tart, macaroons, cream puff dan banyak lagi. Di samping itu, mereka turut menawarkan menu main course yang sedap seperti fish & chips dan seafood pasta. Sesuai untuk anda bersua bersama girl gang dan keluarga anda, jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri F.R. Copper!

Alamat: 117, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11am-6pm (Rabu-Ahad sahaja)


1. Chequers

Chequers Cafe - Gambar Cafe
Sumber: Chequers

Makan gaya America di Chequers kafe di Taman Tun Dr. Ismail. Tidak kira untuk sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam, Chequers menyediakan menu yang berunsurkan makanan Amerika.

Jangan risau, mereka menggunakan bahan-bahan halal sahaja di sini. Suasananya yang ceria juga menjadikan ia sebuah tempat yang sesuai untuk menyambut sebarang sambutan atau hari istimewa.

Chequers - Gambar Makanan
Sumber: Chequers

Mereka menawarkan pilihan waffle yang sangat pelbagai – manis ataupun savoury, mengikut mood anda. Antara yang menjadi2 pilihan ramai ialah chicken & waffles mereka yang didatangkan bersama ayam goreng rangup dan cheese. Mereka juga menawarkan aneka jenis burger, pancakes dan milkshakes. Jadi jika anda sukakan makanan ala Amerika, datanglah ke Chequers TTDI!

Alamat: 153, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 9am-10pm (setiap hari, tutup pada hari Rabu)


Itu dia 12 kafe-kafe menarik dan halal di sekitar Kuala Lumpur yang mesti anda cuba. Tidak kira sekadar untuk cafe-hop di hujung minggu ataupun untuk bersua bersama kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa, dan juga untuk meluangkan masa bersama keluarga tersayang, kafe-kafe ini sedia menanti kunjungan anda. Selamat menjamu selera!

Baca: 12 Book Cafe Terbaik Di Selangor

3/5 - (2 votes)