Bila disebut tentang Cameron Highlands, selalunya orang akan terfikir tentang teh, cuacanya yang sejuk dan tempat penginapan kolonial mereka. Mari kami kongsikan satu lagi tempat baru yang boleh anda kunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan apabila berada di Cameron Highlands, Cameron Flora Park!
Cameron Flora Park ialah sebuah taman bunga yang dibuka sejak bulan November tahun 2021 yang lepas. Terletak di Kea Farm, anda perlu membuat tempahan tiket sebelum datang ke sini.
Kemudian, anda dikehendaki untuk tunggu di pick up point di Kea Farm di mana anda akan di bawa ke taman bunga ini. Ini adalah untuk mengelakkan keadaan yang terlalu sibuk dan terlalu ramai orang sehinggakan tidak dapat menikmati keindahan taman itu.
Taman ini sangat luas dan meliputi pelbagai kawasan, di lereng bukit di mana bunga-bunga indah di tanam dan anak-anak tangga di sediakan untuk anda berjalan, ataupun di bawah canopy lutsinar yang penuh dengan bunga-bunga berwarna warni.
Paling istimewa sekali ialah mereka menyediakan beberapa tempat untuk anda menikmati perkelahan atau picnic bersama keluarga atau rakan-rakan. Picnic ini adalah tersedia mengikut pakej yang anda pilih.
Dari segi fasiliti dan infrastruktur di sini juga serba lengkap. Kemudahan awam seperti tandas tentunya disediakan. Namun, terdapat juga jualan minuman dan makanan di dalam premis sekiranya anda tidak mengambil pakej picnic. Mereka juga mengalu-alukan sesi fotografi perkahwinan namun, perlu membuat tempahan secara online lebih awal.
Tentunya pemandangan yang cukup indah membuatkan taman flora ini menjadi tempat tumpuan pelancong untuk bergambar. Terlalu banyak spot-spot insta-worthy yang disediakan di sini.
Jadi jika anda berada di Cameron Highlands untuk getaway hujung minggu, pastikan buat tempahan online dan singgah ke Cameron Flora Park. Jika anda ingin lihat sendiri gambar-gambar menarik di sini dan dapatkan tiket dan pakej mereka, ikuti laman Facebook dan Instagram mereka.
Alamat: lot 191, 39010 Brinchang, Pahang
Waktu Operasi: 9.30am-7pm (setiap hari)