Bukan rahsia lagi, penggunaan plastik memberikan impak yang teruk terhadap alam sekitar. Begitu banyak bukti serta gambar-gambar yang memaparkan plastik berapungan di lautan sekaligus memusnahkan habibat haiwan. Sangat menyedihkan.
Kini masyarakat dunia ramai yang mempunyai kesedaran lalu berusaha untuk mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian, namun bercuti tanpa menggunakan barangan plastik itu amatlah sukar.
Pernahkah anda terfikir bercuti tanpa menggunakan barangan plastik? Di sini kami kongsikan beberapa tips berguna mengurangkan penggunaan plastik ketika melancong.
1. Botol Air Isi Semula
Tips ini sudah ramai yang tahu ia juga mudah untuk dipraktikkan iaitu botol air isi semula. Di pasaraya terdapat pelbagai pilihan botol air isi semula.
Botol keluli tahan karat bertebat vakum atau kaca tahan pecah, antara yang paling disyorkan. Ianya tahan panas dan juga tahan sejuk. Cukup praktikal untuk digunakan ketika melancong.
2. Gunakan Beg Tote Sedia Ada
Apakata guna saja beg tote yang anda miliki daripada berhabis duit membeli beg plastik yang baru ketika melancong.
Beg tote ini boleh digunakan untuk memuat barang berharga, membawa makan dan pakaian serta mengisi buku atau buku nota. Bersaiz kecil dan boleh dilipat, memudahkan anda memasukkannya ke dalam pelbagai jenis beg.
3. Elakkan Membeli Makanan Yang Dibungkus Dengan Plastik
Cara ini agak susah kerana makanan yang dijual di tepi jalan selalunya memilih barangan plastik sebagai pembungkusan.
Apa yang anda boleh buat? Masih ingat lagi bekas makanan yang boleh dilipat yang anda bawa? Itulah cara efektif yang boleh dicuba iaitu gunakan bekas tersebut dan nikmatilah makanan yang dibeli dengan tanpa rasa bersalah.
4. Sediakan Bekalan Makanan Dalam Pesawat
Penyediaan makanan dalam pesawat kebiasaanya menggunakan hampir 100% barangan plastik. Dari pengunaan bekas makanan hingga ke sudu/garfu sememangnya menggunakan material ini.
Satu jalan penyelesaian yang mudah, bawa saja bekal makanan dari rumah. Pastikan menu yang anda masak lebih sedap dari makanan yang disediakan nanti. Selain itu, apakata labur sedikit wang untuk membeli bekas makanan yang boleh dilipat kerana ianya sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja.
Baca: 18 Tempat Glamping Menarik Di Malaysia Yang Seronok & Mesra Alam
5. Cawan Kopi Guna Semula
Tiada yang lebih penting dari secawan kopi panas untuk menambah tenaga selepas penat menerokai tempat-tempat yang menarik.
Cara yang paling mudah adalah bawa sahaja cawan kopi yang boleh digunakan semula. Selain daripada mudah untuk di dapati, dan datang dengan pelbagai design serta warna yang menarik.
5. Katakan Tidak Kepada Straw Plastik
Penggunaan straw plastik agak mendapat perhatian akhir-akhir ini. Banyak negara sedang berusaha melarang/menghapus pengunaan straw plastik.
Jika anda tidak mampu menikmati minuman tanpa menggunakan straw apakata beli sahaja straw jenis besi/logam atau jenis buluh untuk dibawa di sepanjang percutian anda nanti.
6. Membeli Belah Di Pasar Tani Tempatan
Pasaraya antara lokasi yang banyak menggunakan barangan plastik. Tapi ini tidak bermakna anda perlu elakkan diri daripada membeli di pasaraya.
Cuba cari pasar tani yang berdekatan di mana ia menjual barang segar dan bebas dari menggunakan plastik. Selain itu anda juga boleh gunakan tote beg yang anda bawa bersama untuk mengisi barang-barang yang dibeli.
7. Bawa Alatan Mandi Sendiri
Alat-alat mandi hotel sememangnya mempunyai ciri-ciri kemewahannya yang tersendiri. Hampir semua hotel menyediakan kelengkapan ini.
Cuba elak daripada menguna alat-alat mandi yang di sediakan oleh hotel dan bawa sendiri dari rumah samada yang baru ataupun yang sudah diasingkan menggunakan botol guna semula. Alternatif lain, anda boleh ambil apa yang disediakan di hotel dan guna semula di lain hari.
8. Tisu Basah
Tidak dinafikan bahawa penggunaan tisu basah adalah penting ketika melancong. Tambahan pula bila bilik air bermasalah ataupun jaraknya yang agak jauh. Tetapi kebanyakan tisu basah diperbuat daripada material bercampur plastik yang tidak boleh lupus (non-biodegradable).
Untuk menyelesaikan masalah ini anda boleh gantikan tisu basah dengan kain yang boleh diguna semula. Jadi aktiviti seperti menanggalkan make up ataupun sebarang kotoran bukan lagi isu besar. Gunakan kain yang boleh diguna semula dan basuh apabila selesai.
9. Berus Gigi Buluh
Penggunaan berus gigi buluh adalah alternative yang sangat berkesan bagi menggantikan beris gigi yang biasa anda gunakan di rumah.
Jika kita imbau kembali berapa banyak berus gigi yang sudah digunakan, pasti semuanya diperbuat daripada bahan plastik. Jadi hari ini bertukarlah kepada berus gigi buluh, dan kekalkan tabiat ini selamanya.
10. Guna Pencukur Logam/Besi
Sama seperti berus gigi, pencukur juga mempunyai tempoh hayat yang singkat. Jadi bagi mengurangkan penggunaan pencukur plastik apakata anda bertukar kepada pencukur jenis logam tahan karat.
11. Bertukar Kepada Tuala Wanita Jenis Cup/Cawan
Hanya perempuan yang tahu betapa susahnya untuk mencari tuala wanita di farmasi negara luar. Apatah lagi jika kedatanagan haid adalah secara mengejut atau kebetulan. Seperti sedia maklum bahawa tuala wanita kebanyakanya diperbuat daripada bahan yang tidak mesra alam (non-biodegradable).
Jadi solusi yang terbaik dan mudah adalah bertukar kepada menstrual cup. Kini pelbagai jenis menstrual cup boleh didapati di mana-mana farmasai ataupun pasaraya.
12. Guna Produk Kosmetik Semula Jadi
Sekarang banyak scrub muka ataupun badan mengandungi microbeads di mana microbeads yang bersaiz kecil ini adalah diperbuat daripada plastik. Setelah produk habis dipakai, akan ada microbeads yang tersisa dan ianya akan berakhir di sungai ataupun laut. Maka haiwan serta tumbuhan di habibat inilah yang akan menerima kesannya.
Jika anda penggemar scrub cuba gantikan ia dengan sesuatu yang semula jadi seperti gula, garam, tanah liat, biji kopi serta oat. Yang paling best anda boleh campur dan menikmati gosokan scrub daripada bahan-bahan semula jadi yang lebih selamat digunakan.
13. Gunakan Headphone Anda Sendiri Dalam Flight
Menaiki pesawat yang mengambil masa yang lama biasanya penumpang akan diberikan headphone plastik. Headphone ini biasannya kurang berkualiti dan mudah rosak dan menyebabkan kebanyakkan daripada headphone ini perlu dibuang.
Untuk mengunakan Headphone anda sendiri, anda boleh mendapatkan Airplane Flight Headphones Adapter. Dengan adapter ini anda boleh menggunakan headphone peribadi anda setiap kali anda fly.
14. Sertai Aktiviti Mengutip Sampah
Menyertai aktiviti mengutip sampah agak trending dan semakin popular sekarang. Banyak NGO tempatan mengambil inisiatif mulia dengan menganjurkan aktiviti sebegini bagi tujuan memupuk kesedaran masyarakat.
Jadi ambillah peluang ini, sertai kumpulan dan teruskan tabiat jumpa sampah terus kutip. Ingat sampah adalah tanggungjawab kita bersama.
15. Amalkan 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Repurpose, Recycle)
Kami pasti anda sudah familiar dengan slogan 3R iaitu Reuse, Recyle dan Reduce. Tetapi sekarang ada pertambahan 2R iaitu Reuse dan juga Repurpose.
- Refuse– Elakkan menggunakan barangan plastik. Dengana adanya tips yang kami kongsikan ini anda mampu lakukan.
- Reduce– Kurangkan penggunaan plastik sebanyak yang mungkin.
- Reuse– Guna semula semua barang plastik selagi ia bermanfaat.
- Repurpose– Anda boleh megubah fungsi/tujuan sesuatu barang.
- Recycle– Kitar semula sekiranya ia tidak lagi digunakan.