Apabila kita fikirkan tentang penginapan yang mempunyai pemandangan atau suasana laut, selalunya kita terus fikirkan pulau-pulau ternama di Malaysia seperti Pulau Tioman, Pulau Redang dan lain-lain.
Namun, ramai yang tidak tahu bahawa ada satu pusat penginapan yang cukup menarik dengan pemandangan laut yang terletak di Yan, Kedah. Mari kami kongsikan serba sedikit tentang Casa Bayu Chalet.
Pengenalan Ringkas
Casa Bayu Chalet ini terletak di Kampung Ruat, Yan, Kedah. Chalet ini sebenarnya berskala kecil dan ternyata lebih private dan sesuai untuk percutian intim. Sejurus sampai ke Casa Bayu Chalet ini, anda pasti disulami rasa tenang dan nyaman.
Bukan sahaja menawarkan pemandangan laut yang menenangkan jiwa, persekitaran kampung, sawah padi dan Gunung Jerai turut membuat para tetamu dan pengunjung cukup tertarik dengan chalet ini.
Seperti dikatakan tadi, pusat penginapan berskala kecil ini adalah lebih private. Dengan hanya 8 bilik buat tetamu, kami suka mencadangkan tempat sebegini untuk gathering bersama kawan-kawan ataupun family day bersama kaum keluarga dan sanak saudara.
Malah, bagi mereka yang akan ke utara negara atau memang berada di sekitar ini yang sedang mencari tempat sesuai untuk berkumpul bersama, anda mesti cuba dan saksikan Casa Bayu Chalet ini. Walaupun saisnya kecil, pusat penginapan ini menampilkan yang terbaik dengan hiasan dan rekaan gabungan tradisional Melayu dan modern.
Penginapan
Terdapat 2 jenis bilik di sini yang boleh anda pilih. Bilik biasa merupakan chalet yang memuatkan 2-4 orang dengan katil Queen. Terdapat 6 unit semuanya untuk unit ini. Bilik VIP Pula hanya ada 1 tetapi, bilik jenis ini didatangkan dengan 2 bilik dan ruang tamu tersendiri. Setiap bilik biasa didatangkan kelengkapan dan kemudahan asas seperti penghawa dingin, almari, bilik mandi, peti sejuk mini dan sinki.
Bilik VIP pula lebih istimewa dengan kemudahan ruang tamunya yang luas yang lengkap dengan meja makan dan ruangan yang besar. Bolehlah berkumpul beramai-ramai. Buat pengetahuan anda, setiap bilik akan dilengkapkan dengan keperluan-keperluan lain seperti tilam, bantal dan selimut extra atas permintaan.
Ada ruangan legar tertutup atau foyer di hadapan chalet-chalet ini di mana anda dan keluarga dapat bersantai dan berehat. Bagi golongan muda yang suka nak tidur bertemakan bunyi laut, bolehlah tidur di hadapan ini juga.
Sebuah dapur dan pantry melengkapkan lagi kemudahan yang mereka sediakan bagi tetamu yang menginap di sini.
Dapur yang serba lengkap dengan alatan memasak seperti Periuk nasi, blender, cerek dan paling penting stove top untuk memasak akan memudahkan anda dan keluarga untuk menyediakan makanan tanpa perlu risau atau keluar dari chalet ini untuk mendapatkan makanan. Bawa saja bahan-bahan memasak dari rumah. Jimat juga.
Fasiliti
Fasiliti-fasiliti di sini tidak kurang hebat nya. Walaupun tidak mewah, ia memadai untuk memberikan anda dan keluarga percutian yang cukup bermakna. Orang kata, jangan pandang sebelah mata. Walaupun basic, fasiliti di sini cukup melengkapkan rencana percutian dan family gathering anda. Kolam Renang yang mereka sediakan cukup nyaman dan menghadap pantai.
Angin laut menambahkan lagi rasa cool dan tenang buat sang tetamu yang sedang bersantai sambil melayan anak-anak. Mereka juga memastikan untuk menyediakan kolam renang dewasa dan kanak-kanak yang berasingan. Jadi, bukan anak-anak sahaja yang dapat berseronok, yang dewasa pon boleh juga bermain air.
Apabila kita berkumpul beramai-ramai, pasti ada 1 aktiviti yang kita semua akan lakukan, iaitu BBQ. Di Casa Bayu Chalet ini, mereka turut menyediakan keperluan membakar dan BBQ. Tempat BBQ atau BBQ pit mereka cukup besar dan akan membolehkan anda memasak dengan mudah, cepat dan banyak. Syok betul dapat kumpul ramai-ramai sambil BBQ Di tepi pantai.
Anda juga akan terasa seronok dengan kemudahan seperti ruang duduk di tepi pantai yang mereka sediakan. Set meja kerusi marble yang dihiasi sekelilingnya dengan pokok-pokok dan bunga-bunga bukan sahaja memberikan ruang bergambar yang ideal, tetapi juga tempat lepak yang cukup selesa. Bolehlah anda dan keluarga duduk bersantai sambil ahli keluarga lain pergi mandi di pantai atau memancing. Nak duduk-duduk dan nikmati matahari terbenam pon boleh.
Baca: The Jerai Hill Resort | Penginapan Dengan Pemandangan Yang Menakjubkan
Apa jua rancangan percutian anda, sama ada reunion bersama rakan-rakan sekelas, family day atau penginapan beramai-ramai untuk majlis kahwin keluarga terdekat, Casa Bayu Chalet mungkin saja pilihan tepat untuk anda. Walaupun simple dan kasual, pusat penginapan ini tetap menjanjikan kemudahan dan keselesaan sepanjang percutian anda. Walau dimana jua, asalkan bersama yang tersayang, pasti percutian jadi lebih bermakna.
Media Sosial: Facebook
Alamat: Lot 60010, Seksyen 4, Belakang Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh, Kampung Ruat, Yan, Kedah