Perak adalah antara negeri terbesar di negara kita. Dengan pelbagai tarikan yang ada, tentulah makin ramai pelancong datang ke sini.
Jika anda ada rancangan untuk datang ke sini untuk bercuti, beraya atau sekadar melawat keluarga, kami ingin berkongsi tentang satu penginapan tradisional modern yang selesa untuk seisi keluarga anda, Cinta Abadi Resort.
Lokasi
Cinta Abadi Resort terletak di Kampung Poh, Bidor, Perak. Dikelilingi kehijauan alam semulajadi, ia terletak di kaki Banjaran Titiwangsa.
Resort ini dikategorikan sebagai low density yang dibina dengan konsep tradisional modern. Menjanjikan percutian yang penuh makna buat anda dan pasangan, keluarga atau secara berkumpulan.
Cinta Abadi Resort terletak di sebuah kawasan di mana sebuah sungai mengalir melaluinya. Ini menambahkan lagi suasana ketenangan dan jauh dari bunyi bising kotaraya.
Penginapan
Di Cinta Abadi Resort, terdapat 2 jenis bilik penginapan yang boleh anda pilih. Secara keseluruhannya terdapat 10 bilik standard queen dan 1 villa yang dinamakan sebagai Rumah Ibu. Jadi, jika anda merancang untuk mengadakan family day di sini juga, sangat ideal.
Standard Queen Room
10 buah standard queen room ini disediakan bersama bilik mandi tersendiri. Bilik jenis ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin untuk keselesaan optimum. Dekorasi bilik adalah kombinasi elemen tradisional dan gaya modern.
Menggunakan pallet warna yang neutral dengan tona semulajadi, bilik yang didatangkan bersama katil Queen ini tampak luas dan selesa. Ada sofa yang disediakan untuk duduk dan santai bersama menonton TV. Setiap bilik juga dilengkapi dengan amenities asas seperti tuala mandi dan toiletries. Sebuah peti sejuk mini juga disediakan untuk kemudahan anda.
Rumah Ibu
Di sini, cuma ada 1 sahaja villa yang dinamakan sebagai Rumah Ibu. Rumah Ibu datang dengan 3 bilik yang berkatil Queen setiap satu, dapur, ruang makan, ruang tamu dan bilik mandi.
Membawakan suasana homey atau seperti berada di rumah sendiri, Rumah Ibu ini cukup selesa dan dapat memuatkan seluruh keluarga. Amenities dan kemudahan yang disediakan cukup lengkap.
Dapur yang penuh dengan peralatan memasak dan alatan makan serta peti sejuk akan memudahkan anda sekeluarga. Penghawa dingin dan kipas angin turut disediakan untuk memberikan anda keselesaan. Tuala mandi dan toiletries juga disediakan buat anda.
Fasiliti
Di Cinta Abadi Resort, fasiliti yang mereka sediakan adalah basic namun cukup lengkap untuk memberikan anda sebuah percutian yang bermakna.
- Kolam Renang – kolam renang di sini membenarkan anda bersantai dan berseronok sambil menikmati keindahan alam semulajadi di sekelilingnya. Ada kolam renang dewasa dan kanak-kanak.
- Dewan Anggerik – sebuah Dewan berkeluasan 50 X 20 kaki yang lengkap dengan kemudahan peralatan BBQ dan sebuah ambin di tepi sungai akan membuatkan percutian anda sentiasa segar di ingatan.
- Bilik air luar – bilik air luar atau outdoor toilet disediakan di sini untuk memudahkan para penginap setelah seharian meluangkan masa di kolam renang atau bermain di luar
- Telaga Cinta Abadi – sebuah telaga lama yang membenarkan generasi muda mengalami pengalaman laindari yang lain. Anda dan keluarga akan berpeluang untuk belajar mendapatkan air dari telaga ini.
- Along Burger Leleh – sebuah restoran yang menyediakan masakan western yang terletak di Kampung Poh. Dengan perkhidmatan penghantaran ke Cinta Abadi Resort, makanan yang lazat dimasak oleh chef hotel ini berharga sangat berpatutan.
Jadi, sekiranya anda akan ke Bidor, Perak di masa akan datang atau masa terdekat, jangan ragu-ragu dan susah-susah mencari pusat penginapan yang sesuai untuk anda sekeluarga.
Datang saja ke Cinta Abadi Resort. Sementara itu, pastikan anda ikuti laman media sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini dan promosi terkini.
Media Sosial: Facebook | Instagram | Laman Web
Alamat: Lot 1465 Kampung Poh, Bidor, Negeri Perak, 35500, Malaysia