Dark Mansion Pulau Pinang | Alami Dunia Fantasi Luar Biasa

Dark Mansion di Penang adalah antara tarikan yang cukup unik dan istimewa. Ia merupakan sejenis muzium seni tetapi berbeza dengan muzium seni 3D yang lain, Dark Mansion menggunakan cat berlampu dalam gelap atau glow in the dark bagi menaikkan lagi suasana fantasi dan memberikan kelainan kepada para pengunjung.

Dark Mansion - 3D Glow In The Dark Museum - Glowing Tent
Sumber: Dark Mansion

Terletak di Lebuh Kimberley, Georgetown, Dark Mansion ini sebenarnya sudah pun beroperasi sejak tahun 2018. Namun, sejak is dibuka, ia kian ditambah baik. Paling menarik sekali ialah Dark Mansion ini merumahkan pelbagai seni hasil lukisan artis-artis ternama di dalam dan luar negeri.

Dark Mansion - 3D Glow In The Dark Museum - Amazing Hallway
Sumber: @surya_af

Lukisan-lukisan ini mempunyai sifat dwi-alam kerana ia boleh membuat transisi yang kemas dari dalam keadaan cerah seperti waktu siang dan gelap seperti waktu malam.

Dark Mansion - 3D Glow In The Dark Museum - Glow In The Dark Mushroom
Sumber: Rainbow Round

Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian. Bahagian yang paling utama ialah bahagian yang dinamakan “Fire & Water: Tribute to Darwin” oleh pelukis jalanan ternama dari Jerman, Edgar Mueller.

Dark Mansion - 3D Glow In The Dark Museum - Waterfall
Sumber: Dark Mansion
Dark Mansion - 3D Glow In The Dark Museum - King Kong
Sumber: Mizta Suren

Selain itu, bahagian yang juga merupakan tarikan di sini ialah “Tropical Pandora: The Forbidden Land” yang merupakan sejenis lukisan yang mengetengahkan alam semulajadi dan metamorfosis tumbuhan menjadi haiwan apabila ia transisi dari siang ke malam.

Baca: 77 Destinasi Menarik Di Penang

Dark Mansion - 3D Glow In The Dark Museum - Ultraviolet Room
Sumber: azri adnan

Akhir sekali ialah “Infinity Room: The Origins of Eywa” yang lebih bertemakan outer space atau angkasa lepas. Dengan bilik yang dipenuhi cermin-cermin, ia melambangkan pengalaman dalam suasana ruang tanpa penghujung.

Dark Mansion - 3D Glow In The Dark Museum - Light Saber
Sumber: Dark Mansion
Dark Mansion 3D Glow In The Dark Museum - Butterfly Room
Sumber: aina_nani26

Anda boleh mendapatkan tiket secara online kerana ia berserta dengan diskaun yang sangat berpatutan. Klik saja di sini. Selain itu, diingatkan bahawa penjarakkan 1 meter di antara pengunjung berlainan kumpulan hendaklah di pantau.

3D Glow In The Dark Museum - Princess Chariot
Sumber: Dark Mansion

Sepanjang anda berada di sini, anda perlu mengenakan pelitup muka dan dinasihatkan agar sentiasa bersanitasi. Untuk melihat sendiri keadaan di sini, ikuti mereka di Facebook dan Instagram.

Alamat: 145, 147, 149, 151, 153, Kimberley Street, 10100 George Town, Penang, Malaysia

Waktu Operasi: 10am-6.30pm (setiap hari)

4/5 - (1 vote)