Dim sum merupakan sejenis masakan Cina popular yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat melayu. Ianya merupakan hidangan ringan yang bersaiz kecil dan biasanya disajikan di dalam pengukus mangkuk buluh.

Menariknya, dim sum boleh didapati dalam pelbagai jenis rasa termasuk daging, ayam, makanan laut, sayuran malahan manisan. Walaupun tidak banyak tempat di sekitar Lembah Klang yang menyajikan dim sum halal, kami senaraikan 9 restoran yang menyajikan dim sum lazat dan halal yang boleh dinikmati oleh semua. Jom kita lihat!

1. Dodo Dim Sums & Bowls

Dodo Dim Sums & Bowls (Image 1)
Sumber: @rahimirosli

Tahu apa yang lain daripada yang lain di Dodo Dim Sums & Bowls? Mereka menjanjikan bukan sahaja hidangan dimsum yang lazat tetapi juga masakan Thai asli yang pasti memikat selera anda.

Dodo Dim Sums & Bowls (Image 3)
Sumber: @itsmerifat_, @aziraambia

Jadi bolehlah hidangan dimsum kegemaran anda seperti Kari Siew Mai, BBQ Chicken buns dan Salted Egg Custard digandingkan bersama semangkuk masakan mi atau nasi goreng Thai yang rasanya cukup menyelerakan.

Baca: Senarai Lengkap Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur

Bagi mereka yang gemarkan cabaran di dalam hidangan, anda perlu cuba hidangan istimewa Kerabu Ayam mereka yang dimasak bersama aroma serai, halia dan ayam, dibungkus seperti dumplings berwarna ungu.

Dodo Dim Sums & Bowls (Image 2)
Sumber: @shereneleong

Menarik bukan? Jadi tunggu apa lagi? Cepat datang dan rasai sendiri pengalaman makan dimsum dalam suasana santai dan menenangkan.

📍 Alamat
Alamat: cawangan di Subang Parade, Tropicana Gardens Mall, JUMPA @ Sungei Wang

2. Lai Po Heen, Mandarin Oriental

Lai Po Heen Mandarin Oriental 1
Sumber: @mrsmarkiza
Lai Po Heen Mandarin Oriental 4
Sumber: @lavienenrose

Lai Po Heen menampilkan kepakaran di dalam penyediaan hidangan Kantonis klasik dan masakan dim sum.

Ruang restorannya yang dihias penuh elegan dengan siling tinggi, candelier berhias, meja bulat besar dan lantai parket yang cantik menjadikan tempat ini amat sesuai untuk menjamu selera bersama rakan-rakan dan keluarga.

Sumber: @lavienenrose
Dim Sum Lai Po Heen Mandarin Oriental
Sumber: @lavienenrose

Apa yang lebih menarik, restoran ini juga mengetengahkan konsep dapur terbuka yang membolehkan anda melihat sendiri kepakaran cef mereka menyediakan pelbagai jenis dimsum secara langsung.

Lai Po Heen Mandarin Oriental - 5
Sumber: @mo_kualalumpur

Bukan itu sahaja, jika datang dan makan disini jangan lupa untuk memesan hidangan itik panggang ala Beijing yang merupakan masakan istimewa restoran ini. Rugi kalau tak cuba!

📍 Alamat
Alamat: Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

3. Shang Palace, Shangri-La Hotel

Shang Palace, Shangri-La Hotel (Image 1)
Sumber: @mistermarkfuentes

Jika anda mahu menarik perhatian orang yang tersayang, disinilah tempat yang sesuai. Shangri-La Hotel’s Shang Palace merupakan salah satu restoran berkelas tinggi yang menyediakan hidangan dimsum halal yang luar biasa.

Shang Palace, Shangri-La Hotel (Image 3)
Sumber: @Shangri-La Kuala Lumpur

Bersesuaian dengan namanya, Shang Palace, anda akan merasa seperti raja menikmati hidangan dimsum lazat disini bertemankan suasana yang penuh classy dan elegan.

Apa yang lebih istimewa disini ialah restoran ini menyediakan hidangan dimsum menggunakan bahan mewah seperti udang kristal bersama black truffles dan sarang burung.

Shang Palace, Shangri-La Hotel (Image 2)
Sumber: @Shangri-La Kuala Lumpur

Jangan bimbang, tentunya harga yang ditawarkan juga bersesuaian dengan pengalaman menjamu selera hidangan dimsum mewah yang tidak mungkin anda lupakan.

📍 Alamat
Alamat: Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, 11, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur.

4. Dolly Dim Sum

Dolly Dim Sum (Image 1)
Sumber: @eeeeemran

Sebut sahaja tentang Dimsum, pasti restoran ini yang pertama bermain di minda. Lihat sajalah banyak cawangan yang telah dibuka di sekitar Kuala Lumpur bagi memenuhi permintaan ramai.

Dengan beraneka hidangan Dim Sum untuk dipilih mungkin memang susah kalu nak cuba semua kali pertama anda makan disini. Antara hidangan popular yang menjadi sasaran ramai adalah adalah Har Gao Dumplings dan Ebiko Siew Mai. Bagi yang sukakan masakan pedas pula, anda boleh mesti jatuh cinta dengan menu dumpling Szechuan atau kaki ayam pedas.

Dolly Dim Sum (Image 2)
Sumber: @raffieyusoff

Restoran ini juga menjanjikan suasana bertemakan tradisi orang cina yang dimodenken dengan hiasan dalaman yang sangat menarik. Dengan harga yang berpatutan, tentu berbaloi untuk belanja keluarga dan rakan-rakan menjamu selera disini.

📍 Alamat
Alamat: Cawangan di Avenue K, NU Sentral, Pavilion Kuala Lumpur, Sunway Putra Mall, IOI City Mall, Sunway Pyramid, The Curve, and KL East Mall

5. DIN by Din Tai Fung

DIN by Din Tai Fung (Image 1)

DIN by Din Tai Fung umpama mimpi menjadi kenyataan kepada masyarakat muslim yang cukup gemarkan masakan dimsum terutamanya dumpling sup yang dikenali sebagai Xiao Long Bao.

DIN by Din Tai Fung (Image 4)
Sumber: @ohmytiara, @bell2nite, @joecool_kl, @thewishingwand

Apa yang lebih menarik, Xiao Long Bao di sini didatangkan dalam tiga jenis perasa iaitu ayam, kambing dan ayam sambal. Bagi mereka yang baru pertama kali mencubanya, ada cara makan yang perlu anda ketahui bagi betul-betul mendapatkan rasanya yang asli itu.

DIN by Din Tai Fung (Image 2)
Sumber: @VirtualBackpack

Tipsnya ialah oleh kerana Xiao Long Bao diisi dengan rasa sup sebagai inti, anda perlu letakkannya di atas sudu dan cucuk bulatan kecil menggunakan penyepit  sebelum makan. Jangan lupa cecahkan sedikit sos kicap halia istimewa yang disediakan bersama hidangan ini buat penambah rasa.

DIN by Din Tai Fung (Image 3)
Sumber: @alaniseats

Percayalah, anda akan datang kembali untuk menikmati hidangan lazat ini tambahan pula dengan suasana restorannya yang luas dan selesa.

📍 Alamat
Alamat: Cawangan di Suria KLCC dan NU Sentral

6. Chynna, Hilton Hotel

Chynna, Hilton Hotel (Image 1)
Sumber: @carol.eats

Semua setuju yang Laksa Penang dan Laksa Johor walaupun namanya sama tapi cara persediaan, cara masak dan rasanya tidak serupa. Perkara yang sama juga boleh dikatakan kepada Dim Sum dan anda dapat merasai perbezaan yang kecil ini jika anda sudi menjamu selera di Restoran Chynna, Hilton Hotel.

Ini kerana Dim Sum yang di sajikan di sini dipengaruhi elemen masakan daripada masyarakat Shanghainese dan Kantonis.

Chynna, Hilton Hotel (Image 2)
Sumber: @lawrencegor

Restoran yang dihias indah dengan konsep bertemakan ala tradisi cina, dengan gantungan tanglung sebagai lampu di setiap sudut dan perabot kayu yang klasik, menjadikan pengalaman menjamu selera di sini cukup menarik.

Chynna, Hilton Hotel (Image 4)
Sumber: @my_tables

Dimsum disini bukan sahaja menggunakan bahan mewah berkualiti tinggi seperti abalone, Australian scallop dan black truffles sebagai inti, penyediaannya juga hanya dibuat oleh cef-cef terkemuka yang berpengalaman luas dalam seni menyediakan Dim Sum ini.

Chynna, Hilton Hotel (Image 3)
Sumber: @justbeingval

Jika tidak percaya, pelanggan boleh melihat sendiri penyediaan dimsum dalam konsep dapur terbuka yang diketengahkan sambil menikmati hidangan mereka. Menarik bukan? Jadi, cepat dapatkan tempahan meja di restoran ini untuk merasai hidangan dimsum mewah yang cukup berbaloi sambil beramah mesra bersama keluarga atau pun rakan sepejabat.

📍 Alamat
Alamat: Hilton Kuala Lumpur, Level 5, 3, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470.

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian tentang tempat makan dimsum halal yang menarik yang wajib dikunjungi bagi memenuhi cravings anda terhadap hidangan popular ini. Selamat mencuba!

4/5 - (1 vote)