Dinosaurs Sandwich, Ipoh | Sandwich ala Fast Food Yang Menjanjikan Kelainan

Masa yang cukup singkat dan jadual harian yang padat bagi sebahagian besar masyarakat kita mendorong kepada peningkatan popularity budaya fast food di negara kita.

Walaupun sering dikaitkan dengan stigma bahawa makanan fast food tidak sihat, ada sebahagian restoran yang memastikan mereka tidak tergolong dalam stereotaip itu.

Antara restoran yang menyajikan fast food yang masih dianggap diet yang lengkap ialah Dinosaurs Sandwich yang terletak di Ipoh, Perak.

Dinosaurs Sandwich ini merupakan restoran sandwich yang menaruhkan egg-drop sandwich dan toast ala Korea sebagai specialty mereka.

Menawarkan kelainan yang sangat menarik, sandwich-sandwich yang mereka tawarkan adalah hasil dari resepi yang direka sendiri.

Konsep fast food yang mereka sediakan juga memudahkan pelanggan untuk menikmati makanan dengan cepat, mudah dan lengkap. Mari kita kenali restoran yang menarik ini bersama!

Lokasi

Dibuka pada bulan Oktober tahun 2022, Dinosaurs Sandwich terletak di Medan Station 19/9, Station 18, Ipoh, Perak. Ianya terletak di belakang Aeon Mall Station 18, Ipoh.

Jadi, jika anda dan keluarga bersiar-siar di sekitar kawasan ini, jangan lupa untuk singgah dan cuba. Lokasi yang cukup mudah untuk ditemui ini sangat strategik.

Dari jauh, anda tentu akan dapat melihat bangunan kuning ceria ini dengan mudah. Ditambah pula dengan papan tanda berwarna hitam yang tampak cukup modern dan sleek, lagilah menarik perhatian ramai. 

Suasana

Jika anda belum pernah datang ke sini, anda pasti teruja apabila datang buat kali pertama. Tema Jurassic yang mereka ketengahkan membuatkan suasana di restoran ini sangat berbeza.

Dinding hitam yang menjadi kanvas terbaik untuk padanan warna merah dan kuning, membuatkan restoran ini nampak modern dan agak playful.

Memang sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga, ia juga pasti digemari oleh golongan remaja dan belia. Kiranya, memang mampu menarik perhatian semua lapisan masyarakat.

Di sekitar restoran ini juga terdapat beberapa mural lukisan dinosaur dan zaman jurassic yang sering dijadikan backdrop untuk sesi bergambar.

Jika anda ingin menyambut hari jadi atau apa-apa majlis, mereka juga menyediakan seksyen khas yang boleh dihias ceria. Ruang ini adalah percuma! Malah, jika anda buat tempahan awal, mereka turut menyediakan kek secara percuma.

Sebab itulah ramai juga yang menganjurkan majlis di sini. Setting meja yang mempunyai dua jenis iaitu ala dining  dan ala booth menambahkan lagi seri pada restoran yang sudah pun kelihatan modern, kemas dan bersih ini. Yang penting, apabila anda dan keluarga atau rakan-rakan datang nanti, pasti selesa.

Menu

Egg Drop Sandwich & Toast

Jika anda peminat K-drama dan K-pop, egg-drop sandwich ini bukan sesuatu yang baru anda dengar. Namun, mari kami perkenalkan apakah yang dipanggil egg-drop sandwich.

Secara asasnya, egg-drop sandwich ialah sejenis sandwich telur yang diapit dengan roti tebal dan ditambahkan sos istimewa. Namun, di Dinosaurs Sandwich, mereka memvariasikan sandwich ini dengan padanan inti yang bermacam-macam.

Anda boleh nikmati sandwich telur bersama inti ayam seperti Toast Sweet Spicy Chicken, yang merupakan antara menu popular di sini, atau sandwich telur bersama inti Daging Salai yang juga merupakan menu pilihan ramai.

Jika mahukan sesuatu yang istimewa, boleh cuba menu spesial mereka iaitu Toast Pulled Lamb yang merupakan sandwich telur berinitikan daging kambing. Banyak lagi variasi egg-drop sandwich yang mereka sediakan.

Terbaru, mereka memperkenalkan Italian Beef Sandwich yang menggandingkan sandwich telur bersama daging yang dimasak secara slow cook.

Namun, yang perlu anda ambil kira ialah jenis sandwich yang akan menjadi pilihan hati. Ini kerana, menu mereka terbahagi kepada 2 jenis sandwich iaitu toast dan sandwich biasa. Beza antara keduanya ialah roti yang dibakar (toast) dan roti tidak dibakar (sandwich).

Ternyata gandingan sandwich telur, sos istimewa dan inti-inti yang bermacam-macam ini memang lazat. Rasa telur hancur bersama sos istimewa itu cukup tepat dengan rasa inti pelbagai rasa itu.

Ada rasa pedas, manis, smokey, lemak, memang sedap lah. Kalau tak pernah cuba egg-drop sandwich, jangan lepaskan peluang untuk cuba tau.

Buat pengetahuan anda juga, di Dinosaurs Sandwich ini, hidangan sandwich mereka didatangkan dalam bentuk set bersama kentang goreng dan air berkarbonat.

Dinosaurs Sandwich Ipoh - Gambar Breakfast Sandwich

Harga juga cukup berpatutan dalam lingkungan RM13.90 hingga RM25.90. Siap dengan air dan hidangan tepi, memang lengkaplah untuk makan tengah hari atau malam.

Bagi kami, menu sebegini cukup sihat kerana seimbang dari segi portion karbohidrat, protein dan vitamin. Karbohidrat yang rendah dan protein yang tinggi sangat baik untuk kesihatan. 

Korean Chicken Wing

Ini satu lagi menu yang popular di kalangan peminat budaya Korea, Chicken Wing. Di Dinosaurs Sandwich ini, terdapat 3 variasi chicken wing iaitu sweet spicy, soy garlic dan hot spicy.

Juga didatangkan dalam bentuk set atau a-la carte, anda turut boleh memilih bilangan chicken wing yang anda mahu antara 6 atau 12 pieces.

Selalu kita lihat orang-orang Korea makan kepak ayam ni dalam K-drama kan? Nampak sedap sangat. Kini, anda bolehlah cuba sendiri. Harga bermula dari RM15.90.

Dinosaurs Sandwich Ipoh - Spicy Korean Chicken Wings

Hidangan Tepi

Sebagai hidangan tepi, side dish, atau snek, Dinosaurs Sandwich menawarkan 3 jenis kentang goreng. Pilih antara curly fries, waffle-cut fries atau wedges.

Walaupun ketiga-tiganya merupakan kentang goreng, kami pasti anda juga punyai jenis kentang goreng kegemaran tersendiri, bukan? Lagipun dari segi nisbah isi dan kerangupan kentang juga berbeza antara ketiga-tiga jenis kentang goreng ini. Selain dari kentang goreng, anda juga boleh memilih mac & cheese.

Kombinasi makaroni dan keju memang tidak disangkal lagi, dan di Dinosaurs Sandwich ini, mereka padankan sajian mac & cheese ini bersama ketulan daging atau ayam. Tentu sedap.

Dessert

Dessert di sini agak berbeza dan istimewa. Walaupun hanya sejenis, ia cukup menarik perhatian. Honey Drizzle Egg Toast with Ice-cream yang mereka tawarkan merupakan pencuci mulut yang tepat untuk anda akhiri pengalaman makan bersama Dinosaurs Sandwich.

Masih lagi mengekalkan identiti sandwich telur, roti telur atau french toast yang mereka sajikan cukup manis digandingkan bersama madu dan aiskrim. 

Kids Meal

Bagi anda yang mempunyai anak-anak kecil, tentu anda akan berpuas hati dengan set kanak-kanak atau Kids Meal yang mereka tawarkan. Portion makanan yang sesuai dengan si kecil tentunya mengelakkan pembaziran, dan setiap set didatangkan bersama 1 mainan.

Seronoklah si kecil nanti. Untuk Kids Meal, anda boleh memilih dari hidangan nugget, drummet, mac & cheese, mini burger dan mini sandwich.

Setiap set datang bersama 1 juice box dan kentang goreng. Packaging pastel bersama gambar dinosaur-dinosaur comel juga akan membuatkan anak-anak anda teruja.

Minuman

Seleksi minuman di Dinosaurs Sandwich ini terbahagi kepada 3, mojito, jus dan minuman panas. Untuk mojito, terdapat sehingga 12 jenis perisa yang boleh anda pilih.

Rasa buah-buahan bersama air gas dan daun pudina pasti menyegarkan. Untuk jus pula, ada 6 jus buah-buahan yang boleh anda nikmati. Namun, jika anda penggemar minuman panas, mereka sediakan milo, nescafe dan teh o. 

Jadi, apa pendapat anda setakat ini? Pasti rasa nak cuba, kan? Tentunya sesuatu yang baru dan berbeza dalam pasaran fast food di Malaysia ini, Dinosaurs Sandwich ini wajar diberi peluang dan dicuba.

Jika anda berada di sekitar Station 18, Ipoh, pastikan anda singgah tau. Mereka beroperasi setiap hari dari jam 11am hingga ke 10pm. Untuk maklumat lanjut tentang berita terkini dan tawaran hebat, pastikan anda follow dan like mereka di laman sosial mereka. Selamat menjamu selera!

Sosial Media: Facebook | Instagram | Tiktok

No. Telefon: 013 646 2131

Alamat: No. 27, Medan Station 19/9, Station 18, Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 11am-10pm (setiap hari)

Whatsapp