Sebagai keluarga Malaysia yang sihat dan aktif, tentunya kita teruja apabila banyak tempat-tempat senaman dan kesihatan sudah dibuka dan kembali beroperasi seperti sedia kala. Menjaga kesihatan dan kekal aktif tidak bermakna anda tidak boleh bermain atau perlu menjadi terlalu serius.
Banyak aktiviti masa kini yang menyeronokkan tetapi masih menggalakkan dan menyokong rutin senaman dan kesihatan. Antara tempat yang sebegini ialah District 21 iaitu sebuah taman tema aktif untuk anda sekeluarga yang terletak di Putrajaya. Apa itu District 21? Mari, kami kongsikan!
Lokasi
District 21 terletak di dalam pusat membeli-belah ternama Putrajaya iaitu IOI City Mall. Membawa tema post-apocalyptic, District 21 menawarkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang bukan saja mencabar tetapi juga menggalakkan anda sekeluarga bergerak aktif.
Lokasinya yang terletak di dalam mall bukan sahaja memudahkan pengunjung untuk mendapatkan tempat letak kereta, ia juga membantu memudahkan pengunjung mencari makanan dan minuman jika ingin menghabiskan sepanjang hari di District 21.
Tarikan & Aktiviti
Berkeluasan 70,000 kaki persegi, taman tema aktif ini mengandungi 10 aktiviti dan tarikan yang boleh anda cuba serta 8 bilik acara untuk anda gunakan jika ingin mengadakan apa-apa sambutan dan majlis. Jom kami kongsikan aktiviti yang ada di sini, satu persatu.
Launch Pad
The Launch Pad merupakan antara tarikan dan aktiviti utama di District 21. Malah, ramai yang mengenali tempat ini kerana terikan ini. Ia merupakan sebuah tempat trampoline di mana para pengunjung dapat melompat, bukan sahja setinggi mahu tetapi dari satu arah ke satu arah yang lain.
Jika sudah menjadi expert atau mahir, siap boleh lakukan stunt dan tricks seperti air sommersalt dan backflip ketika melompat. Anda juga disediakan dengan bola untuk bermain bersama rakan-rakan dan keluarga sambil melompat. Jangan risau, ruang ini terbahagi kepada tahap kemampuan jadi keselematan semua pihak sedia terjamin.
Go Pedal
Gemar berlumba? Cubalah aktiviti Go Pedal di District 21 ini. Ia merupakan trek berlumba untuk go-kart yang dikayuh. Tentu seronok sekali berlumba bersama rakan-rakan dan keluarga. Sambilitu, tentu berpeluh-peluh mengayuh go-kart. Senaman percuma!
Tubby Ride
Tubby Ride merupakan salah satu aktiviti kegemaran kanak-kanak. Ia merupakan gelongsor besar yang dituruni menggunakan boya besar. Tentu ramai yang rasa ia hanya sekadar gelongsor biasa.
Namun, ia mempunyai permukaan khas yang akan membuatkan boya dan anda turun dengan laju. Anda boleh pilih untuk melakukan aktiviti ini secara solo atau bersama pasangan.
Power Station
Power Station ialah sebuah tarikan yang mengetengahkan konsep wall climbing. Bezanya, dinding yang akan dipanjat ini bersifat interaktif.
Anda dan keluarga juga dapat mencuba aktiviti ini mengikut tahap kemampuan dan ketahanan fizikal anda. Mencabar tetapi ia tetap menyeronokkan, terutama sekali jika sudah sampai ke kemuncak.
Free Fall
Bagi anda yang sukakan sesuatu yang lebih berunsur adrenalin, bolehlah mencuba Free Fall, iaitu sejenis aktiviti ala Bungee Jumping. Anda boleh melompat atau menjunam ke bawah dari aras yang tinggi. Jangan risau, tentunya anda akan terikat pada cord dan tali yang kuat bagi memastikan anda sentiasa selamat. Memang tidak ramai yang berani melakukan aktiviti ini tetapi, apa salahnya mencuba, walau sekali seumur hidup.
The Maze
The Maze merupakan sebuah aktiviti di mana anda dan keluarga perlu memikirkan cara terbaik untuk keluar dari halangan dan tempat tahanan.
Aktiviti ini tentunya mencabar kecerdasan minda dan ketahanan fizikal anda namun, ia sebuah aktiviti yang cukup menyeronokkan.
Low Ropes
Low Ropes merupakan sejenis aktiviti di mana anda dan keluarga akan merentasi ruangan melalui tali yang tergantung.
Simulasi yang sama seperti aktiviti tight rope. Cuma, anda tentunya dilengkapi dengan cord keselematan serta topi keledar dan sebagainya untuk memastikan keselamatan anda terjamin.
Roller Glider
Kalau anda pernah mencuba aktiviti Flying Fox, anda tentu akan sukakan aktiviti Roller Glider ini. Aktiviti ini dinaik taraf di District 21 dengan menambahkan elemen roller coaster dengan laluan yang lebih kompleks dan juga kelajuan sehingga 30km/j. Memang rasa seperti terbang. Tambahkan keseronokkan anda dan keluarga dengan menaiki aktiviti ini dalam posisi Superman. Bila lagi, kan?
Sky Trail
Sky Trail merupakan sebuah aktiviti yang disediakan untuk mereka yang lebih kental dan sukakan aktiviti mencabar.
Ia merupakan sebuah laluan berhalang yang perlu anda lengkapkan dalam altitude tinggi. Terdapat beberapa halangan sepanjang course ini. Pastikan anda tidak gayat.
Ninja Warrior
Pernah saksikan rancangan Ninja Warrior di televisyen? Ya, District 21 juga mempunyai aktiviti larian berhalang yang sama mencabar.
Bagi anda yang ingin menguji tahap kemampuan dan kebolehan fizkal, mental dan semangat anda, pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk mencuba Ninja Warrior di District 21 nanti!
Kemudahan & Fasiliti
District 21 yang serba lengkap, besar dan high-tech ini tentunya menyediakan pelbagai kemudahan dan fasiliti yang akan membuatkan lawatan anda lebih mudah. Tambahan pula, lokasinya yang berada di dalam sebuah pusat membeli-belah menambahkan lagi convenience buat para pengunjung. Antara fasiliti yang mereka sediakan termasuk:
- tandas awam
- locker simpanan berbayar
- bilik acara/majlis
- ruang santai/ tempat duduk
Tarikan Lain Yang Menarik Di Putrajaya:
- Putrajaya Challenge Park
- Putrajaya Secret Garden
- Pantai Floria Putrajaya
- Taman Saujana Hijau, Putrajaya
Tips
Buat anda yang sudah tidak sabar untuk ke sini, mari kami kongsikan beberapa tips agar lawatan anda lebih mudah, bermakna dan menyeronokkan.
- Buat tempahan tiket awal dan dapatkan promosi online
- Pastikan anda berpakaian atau membawa pakaian yang sesuai dengan aktiviti-aktiviti lasak yang akan dilakukan di sini.
- Kasut sukan dan stokin adalah WAJIB bagi memastikan keselamatan anda sekeluarga sepanjang berada di sini.
- Anda digalakkan untuk menyimpan barang-barang kemas dan perhiasan agar tidak menjadi halangan untuk anda ketika beraktiviti.
- Anda dan keluarga boleh menjamu selera di mana-mana restoran yang tersedia di IOI City Mall.
- Mereka mengehadkan aktiviti-aktiviti di sini mengikut usia dan timbang berat. Jadi, pastikan anda periksa dulu had-had tersebut.
Harga Tiket & Waktu Operasi District 21
District 21 beroperasi setiap hari mengikut jadual di bawah:
Isnin-Jumaat | 12pm-8pm |
Sabtu-Ahad & Cuti Umum | 10am-8pm |
Manakala, harga tiket secara amnya adalah seperti berikut:
Harga tiket walk-in |
Aktif |
Pelawat |
Hari Biasa |
RM64 |
RM10 |
Hujung Minggu/Cuti |
RM80 |
RM10 |
Namun, kami sangat mengesyorkan anda untuk mencari tiket secara online dengan potongan harga dan promosi terkini.
Baca: Superpark Malaysia | Taman Tema Aktiviti Dari Finland Terbaik Untuk Seisi Keluarga
Itu dia, serba sedikit tentang District 21, sebuah taman permainan bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi juga untuk para bu bapa dan golongan dewasa yang masih terasa seperti kanak-kanak. Cubalah lakukan aktiviti mencabar dan aktif ini bersama keluarga ketika cuti sekolah dan hujung minggu. Pastikan anda ikuti laman media sosial mereka untuk maklumat lanjut dan promosi terkini!
Media Sosial: Facebook | Instagram
Alamat: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (12pm-8pm) | Sabtu-Ahad & Cuti Umum (10am-8pm)